Tingkatkan Sistem Imun Badan Dengan Eskayvie Diffenz Mengandungi Khasiat Cendawan Susu Harimau

Tingkatkan Sistem Imun Badan Dengan Eskayvie Diffenz Mengandungi Khasiat Cendawan Susu Harimau | Negara kita kini masih lagi dalam keadaan Pandemik Covid-19 dengan kes harian positif Covid-19 yang tinggi mencecah 5 angka. Walaupun kerajaan Malaysia masih menggerakkan pengambilan vaksin di seluruh negara, ia tidak bermakna badan kita sudah cukup kebal nak melawan virus. 

Badan kita masih lagi terdedah untuk mendapat jangkitan kerana kita perlu terima hakikat yang Covid-19 memang akan ada di sekeliling kita.

Yaaa… Ena dah lengkap 2 dos vaksin tapi Ena masih terdedah dengan virus. Jadi, pentingnya menjaga diri dengan pengambilan makanan sihat dan juga vitamin tambahan. 

Alhamdulillah Ena takde alami kesan teruk selepas vaksin pertama mahupun kedua. Kehidupan berjalan dengan lancar. Mungkin sebab ena sejenis yang amalkan suplemen untuk kuatkan sistem imun badan. Ada anak kecil ni bukan senang nak dapat cukup rehat. Sebab itu penting jaga kesihatan dalaman badan.

Bila kita terlalu lama duduk di rumah sebenarnya, ia mungkin boleh mendatangkan kesan yang kurang baik kepada kesihatan fizikal dan mental individu dan ramai yang ambil masa untuk sesuaikan diri dengan norma baru ini. 

Tapi Ena juga risau jika nak kerap keluar sebab ada anak kecil boleh memberi risiko kepada mereka. Nak pergi ke kedai pun hanya seminggu sekali sahaja itu pun untuk buat stok makanan. 

Mula lah kita stress lama sangat terperap, kurang Vitamin D dari sinaran matahari dan paling ketara Ena rasa banyak menghadap skrin handphone ajar anak yang PDPR ni. Serius! Letih badan! 

Kalau korang alami perkara sama, tak salah untuk ambil alternatif menyihatkan tubuh badan. Ena sarankan ambil supplement 4-in-1 immunity booster Eskayvie Diffenz ini. Yang penting kita ikhtiar untuk kebaikan diri kita sendiri dan orang yang kita sayang kan?


Eskayvie Diffenz Khas Untuk Kuatkan Sistem Pertahanan Badan

Sejak negara kita menghadapi Pandemik Covid-19, Ena tengok ramai yang berkongsi di media sosial tentang kebaikkan vitamin C untuk tingkatkan sistem imun badan bagi melawan jangkitan virus. 

Tapi tahukah korang? Eskayvie Diffenz bukan sahaja mengandungi Vitamin C malahan ada 3 lagi kandungannya yang menjadikannya sangat terbaik untuk diambil untuk kuatkan sistem pertahanan badan kita.



GABUNGAN CENDAWAN SUSU HARIMAU, BUAH CAMU-CAMU DAN VITAMIN C & D (MANFAAT UNTUK SISTEM IMUN BADAN DI MUSIM PANDEMIK COVID-19)

Musim pandemik yang melanda negara sekarang ini menyebabkan kebanyakan kita dihantui dengan rasa ketakutan dek kes dilaporkan semakin hari semakin meningkat dan kes kematian juga semakin tinggi, yang mana kita pun tidak tahu bila penghujung kepada semua ini. 

Jadi, apa yang patut dilakukan?

Perkara utama yang kita perlu lakukan adalah dengan meningkatkan sistem imun badan bagi melindungi diri dan keluarga daripada jangkitan Covid-19. 

Ia menjadi kewajipan sebagai usaha dan ikhtiar manusia. Perkembangan nanoteknologi makanan kini memudahkan kita memanfaatkan khasiat dari nutrisi yang terbaik dan menyediakannya dalam bentuk yang lebih mudah diamalkan.


1. Cendawan Susu Harimau (Lignosus Rhinocerus)


Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Cerita daripada orang-orang tua dahulu, nilai cendawan ini sangat mahal kerana ia hanya akan tumbuh pada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan.

Cendawan jenis eksotik ini amat berkhasiat bagi menguatkan sistem imun daripada jangkitan kuman dan virus. Uniknya cendawan susu harimau ni adalah dia tak tumbuh secara berjemaah macam cendawan yang lain tapi tumbuh secara sendirian.

Tempoh masa untuk cendawan ni membesar memakan masa bertahun lamanya, menjadikan cendawan yang tumbuh di lereng bukit Hutan Khatulistiwa ini sangat ‘rare’ dan susah diperolehi.

Harganya juga boleh mencecah sehingga ribuan ringgit! Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang beliau alami bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini. 


Cendawan Susu Harimau ini sememangnya khazanah negara yang sukar didapati dan sangat mahal harganya ya. 

Jadi, Eskayvie Diffenz ini telah diformulasikan untuk memudahkan anda mendapat khasiat daripada cendawan ini tanpa perlu meredah hutan. 

Kebaikan Cendawan Susu Harimau:

● Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
● Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
● Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
● Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.
● Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, allergi sinus dan asma.


2. Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)


“Digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu”.

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. 

Banyak kajian mendapati buah ini mempunyai kandungan Vitamin C yang paling mudah diserap berbanding buahan yang lain. Lebih best, ia mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi dari buah oren! Disebabkan oleh khasiatnya yang melimpah ruah, buah camu-camu ini mendapat jolokan SUPERFOOD.

Superfood ini turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic yang menguatkan lagi sistem imun badan. 

Lagi-lagi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan merokok! Bukan hanya mengandungi Vitamin C, superfood ini mengandungi banyak mineral yang mampu menguatkan sistem imun badan seperti Zinc, Magnesium dan Manganese.

Kebaikan: 

● Menguatkan sistem imun
● Antioksidan dan anti-radang
● Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
● Menstabilkan tekanan darah tinggi
● Merangsang penghasilan kolagen
● Mengawal gula darah

3. Vitamin D


Jika dulu vitamin D sering diwar-warkan untuk fungsi tulang yang kuat. Namun, kini saintis giat mengkaji dan menemui 3000 reseptor vitamin D di dalam badan, menyebabkan ia bukan hanya penting untuk tulang tetapi untuk keseluruhan badan. 

Malah, ia sangat penting di musim pandemik ini kerana ia membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. Perokok adalah individu yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru, sehingga boleh menyebabkan batuk yang teruk.

Malah, ada golongan-golongan tertentu yang mempunyai risiko kekurangan vitamin ini seperti wanita berhijab, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas. 

Walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai sinar matahari mencukupi, namun, 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Walhal, ia sangat penting untuk mengawal selia sistem imun, membantu kawalan gula darah, kekuatan tulang dan banyak lagi. 

Sumber utama vitamin D dalam badan adalah dari matahari, namun beberapa faktor lain boleh mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti,

● Warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari.
● Cahaya matahari perlu kena terus kepada kulit tanpa halangan sunblock, pakaian, kaca, awan mendung, topi, etc. 
● Hanya 10-20% sumber Vitamin D mampu dicapai dari sumber makanan mendedahkan ramai individu kepada kekurangan Vitamin D. 

**Yang paling penting, ia menurunkan risiko kematian COVID19 sebanyak 700%! (Irish Journal of Medical Science, 2020).

4. Vitamin C


Mengikut kajian Kementerian Kesihatan Malaysia, 57% pesakit COVID19 yang berada di ICU pulih dan dibenarkan discaj (tanpa komplikasi) setelah diberi dos vitamin C yang tinggi. 

Hanya 14% kematian dilaporkan di kalangan mereka yang diberi Vitamin C, yang nyata lebih rendah berbanding 71% kematian di kalangan mereka yang tak diberi Vitamin C.


Bukan sahaja di Malaysia, malah menurut Nutrition Journal (2021), lebih 82% pesakit COVID-19 yang kritikal mempunyai paras Vitamin C yang rendah.  

Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Sudah tentu pengambilan vitamin C ini boleh bantu elak jangkitan virus ini dan mengurangkan kesan virus terhadap badan bagi mereka yang dijangkiti.

Namun, badan tak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air. Ia boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran ataupun melalui makanan tambahan yang berasaskan vitamin C. 

Walaupun pengambilan makanan telah seimbang, tetapi penyerapan vitamin dan nutrisi masih bergantung kepada kadar penyerapan nutrisi tersebut yang mana bukan semua vitamin C dari dalam makanan akan diserap ke dalam badan. 

Pengambilan vitamin C yang mencukupi dari makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C dan perkara ini agak mustahil untuk sesetengah individu. Situasi ini menjadikan pengambilan suplemen vitamin C amat diperlukan masa kini.

Malah dengan gaya hidup kini yang tidak terjaga, pencemaran persekitaran serta sesetengah keadaan seperti perokok, tekanan tidak terkawal dan mempunyai penyakit kronik akan menjadikan keperluan Vitamin C meningkat untuk membantu mengatasi keradangan kronik dalam badan. 


Bukan itu sahaja, cara masakan juga menyebabkan vitamin C di dalam sayuran berkurangan sekitar 13-60% menyebabkan semakin ramai yang tidak mendapat bekalan vitamin C yang cukup. Jika tidak mengambil vitamin C dengan cukup, kita akan berhadapan dengan masalah kekurangan vitamin C seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19


Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia diformulasikan bagi membantu anda untuk tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru.

Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Eskayvie Diffenz Membantu:

1. Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
2. Meningkatkan Sistem Imun Badan
3. Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
4. Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
5. Menyokong Kesihatan Sendi
6. Menyihatkan Jantung
7. Memberikan Tenaga
8. Mengawal Gula di Dalam Darah
9. Mencantikan Kulit
10. Anti Kanser & Anti Virus


4 Kelebihan Eskayvie Diffenz

1. Kaya dengan Vitamin C dan D
Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.

2. Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu
Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningkatkan perlindungan dalaman.

3. Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet
Kandungan aktioksidan dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri.

4. Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat
Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja. Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan virus dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati. 


Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C & Vitamin D yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh kita dan keluarga.

Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas. 

Jom kita lihat lagi testimoni
        

“Doktor dah nak tidurkan saya, tapi Alhamdulillah….” – Dj Najman Mohamed
- Positif Covid-19 –


Pengalaman Paknil selepas menerima suntikan pertama vaksin


Norfadillah bukan sahaja telah pulih dari positive Covid-19 bahkan pulih dari asma


SOALAN & JAWAPAN

Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?

Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.

Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?

Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?

Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?

Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut. 

Website: www.diffenz.com 

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita


Post a Comment

1 Comments

Bae Roslan said…
brand ni famous jugak tapi belum pernah cuba. banyak khasiat ye