Cara Menjadikan Pemindahan Rumah Anda Lebih Mudah

Projek pindah rumah merupakan salah satu perkara yang boleh menimbulkan rasa stress kepada ramai orang.

Oleh itu, mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat lori sewa yang profesional dan boleh dipercayai di Kuala Lumpur adalah cara penyelesaian yang sangat berkesan untuk memastikan kerja pemindahan anda akan berjalan dengan lebih lancar pada hari pemindahan kediaman.

Apakah yang dapat anda lakukan untuk memudahkan kerja pemindahan pada hari sebelum dan selepas pemindahan?


Berikut merupakan beberapa tips pindah rumah berguna untuk membantu anda agar tidak berasa gelisah dan bimbang daripada proses pemindahan anda:

1. Mendapatkan bantuan professional untuk pembungkusan barangan anda

Kita selalunya akan memandang rendah tentang jumlah masa yang diperlukan untuk kerja packing barang pindah rumah. Bermula dari awal atau keadaan ini akan menjadikan anda merasa cemas dan anda akan cuba mengemaskan semua barangan secara terburu-buru sebelum pekerja pindah rumah tiba. 

Dapatkan perkhidmatan pembungkusan barang dari syarikat yang profesional akan meringankan tekanan anda. Pastikan pekerja pemindahan anda menggunakan kaedah dan teknik profesional dalam mengemaskan barang dengan jenis bahan pembungkusan yang sesuai, selamat dan betul. Oleh itu, dengan mendapatkan perkhidmatan pembungkusan barang dari syarikat professional, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga, tetapi juga dapat mengurangkan risiko barang-barang mudah pecah menjadi rosak semasa pemindahan.

2. Menyediakan senarai kerja yang perlu dilakukan

Luangkan masa untuk membuat senarai untuk semua tugasan kecil atau besar yang perlu anda lakukan sebelum hari berpindah agar anda tidak akan melupakan sebarang perkara penting. Ini mungkin termasuk memaklumkan syarikat utiliti mengenai tarikh pemindahan, mengatur semula alamat untuk penghantaran pos dan membersihkan rumah lama anda. Sila mengaturkan senarai anda dengan masa yang realistik untuk agar anda dapat melakukan setiap kerja secara sistematik dengan masa yang mencukupi.

3. Dapatkan tidur yang mencukupi 

Tips ini mungkin dianggap tidak begitu penting, tetapi banyak orang selalunya sibuk dengan kerja pindah rumah sehingga mereka tidak mendapat tidur yang mencukupi. 

Sekiranya anda letih, anda adalah lebih cenderung untuk melupakan perkara dan melakukan kesilapan. Tambahan pula, masalah yang kecil mungkin akan membawa tekanan yang besar kepada anda akibat kekurangan tidur. Jadi, cuba tidur awal pada malam sebelum anda berpindah supaya anda mendapatkan rehat yang secukupnya agar dapat bersedia untuk berpindah ketika hari tersebut.

4. Tentukan susunan perabot di rumah baru

Setelah anda telah membuat keputusan untuk membeli atau berpindah ke tempat baru, anda harus mengambil ukuran kawasan kediaman dan memikirkan bagaimana anda ingin menyusunkan perabot di ruang rumah. 

Sekiranya anda sudah menentukan tempat perabot besar anda, anda akan mengelakkan kekeliruan semasa pemindahan dan juga mengelakkan kejadian bahawa anda perlu memindahkan perabot sekali lagi mengikut susunan terbaru selepas hari pemindahan.

5. Pastikan semua kotak di label

Proses pengemasan adalah jauh lebih mudah jika anda mengetahui dengan tepat tentang barangan yang ada di dalam setiap kotak dan juga tempat kotak tersebut yang perlu ditempatkan.

Sekiranya kotak anda dilabel dengan jelas, pekerja akan meletakkan kotak tersebut di ruangan yang betul. Ini akan menjadikan kerja pengemasan jauh lebih pantas dan senang. Selain itu, anda juga boleh mengeluarkan barangan penting daripada kotak terlebih dahulu dan mengemaskan kotak lain sebentar lagi. Senarai inventori tentang barangan yang dikemas di setiap kotak juga merupakan kaedah yang berguna untuk membantu anda mencari barang apabila anda memerlukan sesuatu barang tertentu. Dengan ini, anda tidak perlu membuka semua kotak terlebih dahulu untuk mengetahui isinya.

Kami mengesyorkan Syarikat Mover2U di KL untuk membimbing dan membantu anda di setiap peringkat pemindahan serta mengurangkan tekanan anda semasa pindah rumah. 

Sila telefon pasukan pemindahan untuk perkhidmatan lori sewa di mereka yang profesional dan boleh dipercayai hari ini untuk sebarang pertanyaan tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

Post a Comment

4 Comments

Wan Zawawi said…
bagus juga ni, senang nak pindah rmah
aienienka said…
Sangat senang kalo pindah rumah berstrategi. :)
Sis Lin said…
Kalau ada yang bantu kemas masa berpindah, pindah soploh kali pun takpe hahahaha.. ni buat sengsorang, memang tobat kata nak pindah randah ekkkkk