Laksa Asam bersarang sedap di Muar

Walaupun ena anak jati Johor tapi favourite ena Laksam dengan Laksa utara. Janganlah kecam pulak. Selera masing-masing kan. hehe. Semuanya sedap yang penting kick ke tidak rasanya. Ena review sebab memang sedap dan puas hati dengan portion. Kalau order menu yang kita nak tapi tak lengkap bahan dengan harganya mahal memang idok lah nak review kat blog. Haaaa memang recommended first time makan terus in love. Tak jemu langsung ulang makan. Ena ni hantu laksa so kalau order tak cukup sebungkus sorang. Terpengaruh beli sebab ada kawan review kat Facebook. Kalau taukey bisness makanan kata makanan orang lain sedap mesti lah ena percaya....

Laksa Sarang sedap di Muar setakat ini (RM6)


Portion dia banyak bila pindahkan ke pinggan. Puas hati tengok bahan disediakan. Bagi ena RM6 tu cukup murah untuk portion camni. Buat masa ni ena tengok aktif ambil order time PKP ni. So tak perlu risau kalau terlepas order.



Tempahan pre-order kena awal taw. Bukan esok nak makan, hari ni baru nak order. Sebab menu akan bertukar. Haaa dia siap ada menu lain yang bagi ena sedap juga. Suami pon puji sedap.

Nasi Butter Chicken Roasted RM10


Ni pon sedap portion besar. Susah nak describe. Sedap lah! Ayam die tu besar kalau ena makan tu memang kekenyangan dibuatnya.

Nasi Arab Mandy Chicken Roasted
Nasi Ayam Mandy Kambing Cry2


Belum sempat merasa. Tapi mesti sedap sebab tempahan banyak.huhu. Dah rasa later ena update

Macaroni Cheese with Chicken Roasted


Belum merasa lagi..

Oglio Chicken Roasted


Pon belum merasa lagi. Ena baru tahu ada seller ni so ena just sharing apa menu yang ada. Kalau tengok review banyak feedback positif. Jadi tak salah share jela apa yang dijual kan. Next time boleh lah ena cuba. Bagi ena puas hati lah kalau setiap kali order tak pernah mengecewakan tekak ni.

Untuk tempahan pre-order boleh contact Raihanah @ Rai dan nak lagi mudah boleh tengok di Whatsapp status untuk ketahui detail bila open order. Haa kena inform Rai nak save contact kalau tidak tak dapat lah cek status tu.

Raihanah Razali | 013 758 9632


Post a Comment

2 Comments

AzianKhalil said…
teringinnya nak merasa...mesti sedap tu
Illya LeYa said…
Wahhhh... Sedapnya... Tiba² terliur pulak tengok