ツ Teman Tapi Mesra

Maafkan kami mak 2 tahun beraya sorang

Semua rakyat sudah maklum yang seluruh negara di landa Pandemik Covid-19. Masa adik ena ke New Zealand awal tahun lepas, masa tu Malaysia belum start PKP. Dalam masa yang sama ena baru berpantang anak kedua dalam 2 minggu di rumah mertua dan raya pon di rumah mertua hari pertama kejap lepastu balik Muar sebab suami boleh jemput isteri yang terkandas di kampung. 

Kesian jugak lah pada suami sebab semua cuti anggota di tarik. Hanya dapat balik Raya Haji sambut dengan mak itu pon 1 hari 1 malam sebab suami tak cuti. Dugaan lagi tahun ini kita dikejutkan berita tak boleh merentas daerah pula seminggu sebelum raya tiba. Down malam tu baru nak packing baju suami izinkan maksu ambil lah konon masa tu. 

Baju raya kami tak sempat pakai


Ena ada balik bulan 4 ke Pontian jenguk mak dan tempah sekali baju raya. Tak sangka tak dapat pakai. Walaupun mak tak luah tapi boleh bayangkan dia nangis sorang-sorang rindukan anak cucu. Ena ni dah macam takde beza je dengan adik yang lagi jauh tapi sebab tak boleh balik hanya Allah je tahu perasaan ni. Nasib baiklah ramai adik beradik mak di kampung. Takdelah risau sangat fikirkan mak takde anak jaga. Puas lah hai pujuk ajak duduk sama tapi fahamlah kan orang tua selesa juga rumah sendiri.

Kami beraya di perantauan


Selamat hari raya mak ....!
Selamat hari raya dik ...!
 Semoga kita bersua kembali bertiga nanti, Aamin 
(Menaip sambil air mata laju turun)....

Untuk pengetahuan korang disana dah lama bebas Covid-19 sebab itu tak perlu pon pakai face mask. Rakyat sana disiplin patuhi SOP.  Industri perkilangan buka je macam biasa tapi memang rakyat jaga SOP. Masa awal dapat kesan virus terus lockown. Hmmmm. Sejujurnya dah letih memerap dalam rumah, tak balik kampung. tapi sakit hati bila ramai yang masih degil sehingga kes mencanak naik. Dari asyik nak tuding jari ke satu pihak, lebih baik muhasabah diri dan jaga SOP. Kita pasti boleh menang.

Salam rindu dari anak mu mak..............

Memukau bak Sakura dengan Fanbo Cosmetics Serlahkan Seri Setiap Wanita di Musim Perayaan ini

Ena excited mencuba produk nostalgik yang sudah lama bertapak di Indonesia sejak 1968. Patutlah lama bertahan sebab murah! Tapi murah bukan bermaksud low quality taw. FANBO bermaksud "Bedak Berharga" ini berkualiti tinggi dan jadi pilihan MUA. Memukau bak Sakura dengan Fanbo Cosmetics sesuai untuk kulit orang Asia.

Memilih produk penjagaan kulit dan mekap yang benar-benar sesuai untuk kulit anda adalah amat penting. Keadaan persekitaran di Malaysia yang panas dan kering merupakan antara cabaran bagi produk tersebut, dan kini dengan penjarakan sosial serta pelbagai tekanan lain, perlu dipastikan bahawa sebarang produk yang digunakan pada kulit kita dapat bertahan, serta dapat membuat kita berasa kekal hebat sebagaimana semasa mula memakainya.

Dengan warisan Fanbo yang menyerlahkan kehebatan setiap wanita menerusi produknya, supaya mereka dapat tampil dengan versi yang terbaik diri mereka, produk penjagaan kulit yang mempunyai reputasi yang baik serta boleh diharap ini kini dibawakan untuk wanita pada semua peringkat umur. Terkenal kerana kualiti, ketahanan, kesesuaian untuk semua jenis kulit tempatan, dan semestinya nilainya yang berbaloi, Fanbo kini bersedia untuk menawarkan produk-produk berkualiti kepada wanita Malaysia, sebagaimana yang sudah dinikmati oleh wanita di negara jiran selama berdekad lamanya. Bagaimanapun, ’jenama nostalgik’ ini masih kekal kontemporari dengan adanya penyelidikan dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan bahawa rangkaian lengkap produk-produknya mengikuti perkembangan terkini.

Keanggunan dan kelembutan pokok Sakura mengingatkan kita bahawa keindahan ada di mana-mana sahaja di sekeliling kita, yang menyerlah dengan caranya yang tersendiri. Fanbo membawakan falsafah ini menerusi produk penjagaan kulit dan kecantikan jenama tersebut, demi memastikan bahawa kaum wanita mempunyai pilihan yang elegan dan mudah didapati untuk menyerlahkan seri semula jadi mereka menerusi cara yang mencerminkan alam semula jadi.


Formula unik Fanbo dihasilkan supaya ia dapat membantu menyihatkan dan melindungi kulit anda. Produk Fanbo membantu melembapkan kulit dan melindunginya daripada anasir luar supaya anda mempunyai kanvas yang bersih untuk menyerlahkan kecantikan menerusi daya cipta anda. Ia juga mesra wuduk, oleh itu anda tidak perlu memperbaharui solekan anda selepas membersihkan muka. Fokus produk tersebut adalah untuk membawakan penyediaan dan asas yang berkualiti supaya anda dapat menyerlahkan gaya semula jadi anda. Formulasi yang tahan lama, ringan dan mudah diserap memastikan keselesaan dan perlindungan berjam-jam lamanya.

Precious White


Rangkaian Precious White, semuanya dengan ekstrak Sakura, melembapkan kult supaya tampak sihat dan segar. Ringan dan mudah diserap, ia menghilangkan kotoran, benda asing, dan mekap dengan mudah, dengan provitamin dan ekstrak Sakura untuk mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah. Terdapat tiga jenis produk (toner, pembersih muka dan pelembap) yang mudah digunakan untuk disesuaikan dengan jenis kulit dan cara pemakaian anda.

Pancake Powder



Dikaji dan dihasilkan supaya sesuai dengan semua jenis kulit, bedak kompak ini didatangkan dalam rona kulit tempatan. Tepung jagung menyerap minyak yang berlebihan pada kulit, dan zink oksida melindungi kulit daripada UVA dan UVB – ideal bagi iklim kita yang panas dan sentiasa disinari cahaya matahari.


Pensel kening


Untuk membantu anda menyerlahkan kening supaya tampak lebih natural. Produk yang halal dan mesra wuduk ini bukan sahaja mudah digunakan, tetapi juga tahan lama.

Penggunaan ekstrak Sakura membawakan pelbagai manfaat untuk kulit; ia menjadikan kulit lebih cerah secara semula jadi, mengurangkan pengoksidaan, mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kemerahan kulit, dan antiradang. Ia bukan sahaja lembut dan halus, tetapi juga menyerlahkan kecantikan dan seri semula jadi kulit anda.

Menurut jurucakap Fanbo, Anastasia Gracia, Pengarah Fanbo Malaysia, “Fanbo berbesar hati untuk mengongsikan rangkaian produknya dengan Malaysia. Kami mengenali jenis-jenis kulit di Malaysia, dan kami berasa gembira kerana dapat membantu semua wanita Malaysia untuk menyerlahkan seri wajah mereka dengan produk-produk yang dihasilkan khusus untuk kulit Asia, serta yang mengambil kira faktor iklim dan gaya hidup tempatan. Seperti juga keanggunan pokok Sakura, ia dibawakan untuk memberikan sokongan dan asas yang lembut supaya semua wanita merasakan diri mereka istimewa”.

Produk-produk Fanbo boleh didapati di Malaysia secara eksklusif di gedung dalam talian berikut:


Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik

Komitmen TOP untuk Inovasi Teknologi Pencuci Pakaian Berterusan Menghasilkan Detergen yang Menyingkirkan 99.9% Virus Tepat Pada Masa untuk Pemulihan Pandemik

Rumusan Inovatif Terbukti Menyingkirkan 99.9% Virus Termasuk Virus COVID-19!

Wabak COVID-19 masih berada dalam kalangan kita. Sementara pelaksanaan program imunisasi sedang berjalan, rakyat Malaysia juga bertindak dengan penuh tanggungjawab mengikut seruan kerajaan untuk lindung diri, lindung semua, dengan mengambil berbagai langkah berjaga-jaga untuk mengawal penularan virus COVID-19 ini.

Sementara duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, mencuci atau sanitasi tangan, pemeriksaan suhu badan adalah sebahagian daripada norma baharu kita, Malaysia yang bersemangat #kitajagakita menyukai inovasi teknologi pencuci pakaian terbaru TOP yang terbukti menyingkirkan 99.9% virus termasuk virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan COVID-19, dan Influenza A. 

Pautan di media sosial dengan hashtag (#TOPcaresforYOU #TOPsayangisemua #TOPneversettles) telah membanjiri laman media sosial setelah orang ramai kembali ke tempat kerja, sekolah dan berada di luar rumah berkongsi cara menangani norma baharu iaitu membersihkan baju dengan pencuci pakaian anti-virus TOP untuk melindungi mereka yang berada di rumah.

TOP, jenama pencuci pakaian No 1 di seluruh Malaysia, memperkenalkan “Advanced Micro-Clean TechTM” sebagai respon secara langsung kepada kebimbangan pengguna terhadap kemungkinan virus berbahaya yang masih melekat pada baju yang telah dicuci, dan seterusnya membawa risiko kepada mereka yang tersayang. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP mampu untuk menanggalkan 99.9% virus, bukan sekadar bakteria. 

“Advanced Micro-Clean TechTM” TOP menerusi revolusi “Anti-Microbial Tech” daripada Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua fungsi TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan berbau segar.

“Advanced Micro-Clean Tech” TOP dengan Anti-Microbial Tech telah dilancarkan tepat pada masa kepada mereka yang inginkan ketenangan minda dan memastikan telah mengambil langkah untuk mengurangkan risiko daripada menyebarkan virus kepada orang tersayang dan masyarakat secara tidak sengaja.

Menurut Southern Lion Sdn Bhd, Pengurus Besar Kanan, Cik Carmen Foo, pelanggan Malaysia telah membuat pilihan bijak dengan memilih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP untuk fungsi penyingkiran 99.9% anti-virus, yang dapat menanggalkan virus COVID-19 dari fabrik, di mana ia pilihan yang penuh tanggungjawab untuk mereka sendiri, ahli keluarga dan masyarakat. Rumusan ini telah diuji oleh makmal bebas di Jepun dan terbukti berkesan menanggalkan virus sehingga 99.9% terutamanya COVID-19 & Influenza A.

“Bahkan sebelum wabak ini, Lion Corporation di Jepun telah mengkaji teknologi pencuci pakaian anti-virus untuk memberi gaya hidup yang lebih bersih menyeluruh kepada pengguna kami. Kami memperkenalkan teknologi pencuci pakaian yang inovatif dan penting ini kepada Malaysia hanya selepas memastikan rumusan yang lengkap supaya ia berkesan melawan virus, terutamanya SARS-CoV-2. Rakyat Malaysia menghargai tawaran produk inovatif kami kerana ia sesuai dengan norma baharu kita, dan memberi ketenangan minda kepada mereka. Untuk TOP, kami berasa bangga kerana menyumbang kepada #kitajagakita dengan menawarkan rangkaian pencuci pakaian inovatif ini.”

“Kepercayaan dan keyakinan para pengguna telah mendorong TOP untuk menjadi jenama pencuci pakaian nombor satu di Malaysia selama bertahun-tahun. Kami berterima kasih kepada mereka melalui komitmen kami untuk terus berinovasi berdasarkan pandangan pengguna dengan tujuan menjadikan kehidupan dan gaya hidup mereka lebih baik dan bersih,” jelas Cik Foo. 

“Kami berasa bangga dapat meningkatkan kesedaran warga Malaysia dari peringkat masyarakat untuk mengambil berat melalui inovasi termaju TOP. Kita masing-masing dapat memainkan peranan penting dengan mengambil langkah-langkah kecil seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencuci baju dengan pencuci yang boleh menyingkirkan virus.”


“Sejak saya kembali bekerja, saya bimbang sekiranya ada terbawa balik virus bersama pakaian, sebab nenek saya tinggal bersama kami. Oleh itu, kami harus berhati-hati. Bila saya mendapati TOP dapat menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19, terus saya mendapatkannya untuk keluarga saya. Kami sudah biasa dengan menanggalkan baju kotor dan meninggalkannya dalam bakul baju yang tertutup sebaik sahaja sampai di rumah, sebelum mandi. Kami akan mencuci baju setiap petang untuk mengurangkan risiko penularan. Saya berasa senang hati menggunakan TOP sebab ia menyingkirkan 99.9% virus,” kata Wenny Soong, ibu kepada dua anak.


Muhammad Syahidee, pemandu e-hailing berasa bertanggungjawab untuk menggunakan pencuci pakaian yang boleh menyingkirkan 99.9% virus dan bakteria sebagai usahanya untuk mengurangkan risiko penularan.

“Sebelum wabak ini saya tidak tahu perbezaan antara virus dan bakteria. Saya risau akan menyebarkan penyakit ini kepada keluarga, kawan-kawan, pelanggan dan rakan sekerja secara tidak sengaja kerana saya pekerja barisan hadapan. Saya mendapati TOP menyingkirkan 99.9% virus termasuk COVID-19 dari pakaian saya, dan ia memberi jaminan dan ketenangan minda kepada saya. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab kita semua. Inilah #kitajagakita. Kini saya lebih pentingkan kebersihan berbanding dengan masa lalu. Tiada seorang yang harus menjadi penyebar virus,” jelasnya.


Pengguna TOP setia sejak sekian lama, Syakirah Yusof, rangkaian baru Antivirus 99.9% Advanced Micro-Clean Tech TOP adalah tepat pada masanya.

“Ibu bapa saya guna TOP, saya pun guna TOP untuk banyak tahun sebab fungsi anti bau hapak dan anti-sebum amat berkesan pada baju berbau peluh dan tiada bau semasa pengeringan dalam rumah. Saya amat gembira kerana TOP masih mengekalkan kesemua fungsi yang saya gemari dan berkesan menyingkirkan 99.9% virus termasuk penyebab COVID-19. TOP memang berkesan membersihkan kotoran biarpun yang dapat dilihat ataupun yang tidak kelihatan dan saya boleh merasainya. Saya juga suka bau wangi pada baju selepas mencuci dengan TOP,” kata Syakirah Yusof, peguam.
“Advanced Micro-Clean Tech” TOP 99.9% Antivirus terdapat dalam bentuk serbuk, cecair dan rendah buih untuk pilihan anda. Para pelanggan serbuk pencuci TOP boleh menikmati faedah “Advanced Micro-Clean Tech” melalui pilihan Super White, Super Colour, Super Hygienic, Blooming Freshness dan Silky Miracle. Untuk pelanggan rangkaian cecair TOP, mereka boleh memilih dari rangkaian Brilliant Clean, Colour Protect, Odour Buster, Stain Buster, Blooming Pleasures dan Silky Miracle. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP juga terdapat dalam Super Low Suds dan Super Low Suds Blooming Garden (serbuk) serta Smart Clean (cecair) dalam rumusan rendah buih yang direka khas untuk mesin basuh muatan hadapan, demi cucian yang cekap dan berkesan. Pencuci pakaian TOP boleh didapati di peruncit seluruh negara dan atas talian melalui Kedai Rasmi Shopee dan LazMall.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133. 

Mengenai Pencuci Pakaian TOP
TOP yang merupakan Jenama Pencuci Pakaian No 1 di Malaysia merupakan jenama yang inovatif, memberi tumpuan kepada pengguna oleh Lion Corporation Japan, yang telah menaikkan taraf cara kita mencuci pakaian di Malaysia melalui penyelidikan berterusan, menghasilkan inovasi termaju untuk berkhidmat dan memperbaikkan kehidupan pengguna. 

Ia terkenal dengan perjuangan konsep kehidupan bersih menyeluruh melalui inovasi teknologi pencuci pakaian yang berterusan. “Advanced Micro-Clean Tech” TOP yang baharu dengan Anti-Microbial Tech oleh Lion Jepun menggunakan teknologi pencuci pakaian generasi baru yang menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (SARS-CoV-2, lebih dikenali sebagai COVID-19 & Influenza A) dan bakteria2 secara berkesan. Rumusan khas ini bertindak segera dengan mengunci virus dan bakteria lalu menyingkirkannya daripada pakaian dengan satu cucian berkuasa.

Ia mempertingkatkan prestasi rumusan yang tersedia dengan semua kefungsian TOP yang terkenal termasuk anti-sebum, anti-bau hapak, anti-debu hama, ditambah dengan keberkesanan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya dan bakteria untuk perlindungan optimum. Ia juga menembus jauh ke dalam serat pakaian untuk menarik keluar kesan peluh, minyak badan dan kotoran yang terperangkap, disamping mencegah kotoran dalam air basuhan daripada melekat kembali pada pakaian, memastikan pakaian anda bersih menyeluruh setiap masa dan kekal segar.

Sebagai sebuah jenama yang memenangi pelbagai anugerah, TOP dipercayai oleh pelanggan dan dikenali oleh industri. Antara anugerah yang dimenangi baru-baru ini: Pemenang Emas People’s Choice di Putra Brand Awards 2020. 

TOP boleh didapati di seluruh negara melalui pasar raya besar, pasar raya, kedai cucian dan laman atas talian yang dipercayai, TOP boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz paket, bersesuaian dengan keperluan cucian yang berlainan. Untuk maklumat lanjut: layari http://www.southernlion.com.my

Kesemua Pencuci Pakaian “Advanced Micro-Clean Tech” adalah

Pencuci Pakaian Serbuk “Advanced Micro-Clean Tech” TOP

Pencuci Pakaian Cecair “Advanced Micro-Clean Tech” TOP

Pencuci Rendah Buih “Advanced Micro-Clean Tech” TOP

Suami puji rendang daging ikut resepi Che Nom sedap!

Resepi Rendang daging, Rendang kerang dan Lemang kukus cawan

Kalau balik kampung belah suami di Jelai memang syok sebab macam-macam rendang ada. Rendang ayam, rendang daging, rendang kerang, rendang maman dan lemang. Tapi dah 2 tahun tak balik sebab PKP jadinya suami suruh ena masak sendiri. Cuma kali ni ena teringin sangat nak cuba resepi Che Nom iaitu "Rendang Daging Hari Raya, suami bagi 5 bintang". Sumpah sedap sampai suami tambah 5kali makan dan siap suruh ena masak lagi. Kena ikut sebiji resepi ni. Ena suka tengok Youtube sebab step Che Nom bagi kita mudah faham. Suara pula lembut. hehe..

Menu RAYAPKP 2021 Rendang Daging dan Lemang Kukus Cawan

Penat masak sorang-sorang ni sebab ena ada rebus ketupat 5 jam juga. Suami cuti beku jadi ada masa habis shift tu lah kami beraya bersama. Jadi lah hiburkan hati anak-anak sambutan raya tanpa keluarga lain.

Kali ni ena try santan Ayam Brand Edisi terhad. Sedap juga. Semua rendang ena masak tak pernah tambah air. Baru lah cukup lemak.

**Pesanan : Di bawah ini resepi Che Nom. Ena cuma tukar santan perah menggunakan santan kotak Ayam Brand. Untuk masak daging 1kg ni menggunakan santan light putih (santan cair) dan santan klasik biru (santan pekat)

Bahan-bahan kisar halus:
7-8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
3 batang serai
15-20 tangkai cili kering
sedikit air

Bahan-bahan untuk sangai kemudian tumbuk hancur:
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil biji jintan putih
1 sudu kecil biji jintan manis

Bahan-bahan lain:
2 cawan minyak masak
1 kilo daging lembu
2 cawan santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 keping asam keping (kalau kepingan besar, letak separuh je dulu)
2-3 sudu besar kerisik
1-2 helai daun kunyit
2-3 helai daun limau purut
gula nisan atau gula melaka secukup rasa
garam secukup rasa

** Jumlah santan adalah dari 1 biji kelapa. Jika guna santan kotak, guna yang 500ml. Kalau untuk santan fresh timbang, guna 1 kilo.

Cara memasak boleh tengok di bawah


Rendang kerang cili padi


Rendang kerang ni ena ikut resepi mertua. Kalau korang nak tumis letak minyak dulu pon boleh. Cuma ena tak guna minyak sebab nanti pecah minyak jugak. Ikut selera masing-masing.

RENDANG KERANG CILI PADI (3-5 ORG MAKAN)

Bahan-bahan dikisar:
1 genggam cili padi hijau
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 inci kunyit hidup
3 batang serai
1 cawan air

Bahan lain:
500 gram kerang siap direbus
1 kotak santan ayam brand 200ml
2 sudu besar lada kering dah dikisar
2 sudu besar kerisik
2 asam keping
2 sudu kecil garam
2 helai daun kunyit

Cara penyediaan:
1. Kisar bahan-bahan
2. Panaskan kuali dan leburkan semua bahan dikisar
3. Masukkan lada kisar untuk lebih pedas dan juga garam. Tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan santan tanpa tambah air
5. Masukkan asam keping dan kerisik. Sentiasa kacau dan masak sehingga kering sedikit.
6. Taburkan dengan hirisan daun kunyit. Masukkan kerang dan sentiasa kacau dengan api yang sederhana.
7. Masak sehingga kuah kering dan siap untuk dihidang.

**Pesanan: Jika terlalu pedas boleh tambah sedikit gula dan perasa.

Boleh tonton video di bawah

Lemang kukus cawan


Ena pernah update jadi boleh refer entri ni



Ini lah menu rayapkp ena. Satu cabaran masak sorang-sorang ni. Biasa di kampung tolong potong-potong je.hahahah. Ada hikmah lah belajar buat sendiri. Masa ni lah nak tambat hati suami. Yang penting suami puji rendang sedap. Hilang penat memasak tu.

Fruit cocktail


Rezeki raya kedua dapat banyak lauk rendang dari keluarga angkat di Muo. Jadi ena buat fruit cocktail je. hehehe. Ni senang buat dan cepat juga lah habis. hahaha.

Resepi mudah je. Guna 2 tin susu cair, gula 4 sudu besar dimasak. Kemudian korang masuk jelah buah-buahan dalam tin fruit cocktail yang korang suka. Dah siap, Teruslah simpan dalam peti sejuk dan letak ais bila nak makan.

1 gambar je elok sebab budak-budak ni taknak bagi kerjasama. Ok lah ada kenangan bergambar petang raya sebab suami keje. Syukur masih bertemu Syawal dan disisi suami. Kalau nak tahu ada tahun ena beraya tanpa suami. Kena redha lah jadi isteri badan beruniform ni.

Masih tak terlambat untuk ena ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam. Sedih sebenarnya 2 tahun tak berapa dengan mak di Pontian. Paling sedih sebab mak beraya sorang tanpa ena dan adik. Adik ena bekerja di New Zealand. Nasib baik lah adik beradik mak ada di kampung. Dapatlah beraya juga bersama keluarga lain, Cuma hati tersentuh bila mak cakap ena beruntung juga raya ada anak-anak. Huwaaa terus berjurai air mata ni. Semoga kita semua dapat beraya bersama keluarga tanpa PKP. Terseksa jiwa raga risaukan mak yang ibu tunggal. Hmm. Biasalah orang tua mana nak duduk dengan anak. Pujuk camne pon selesa tinggal sorang. Hanya mampu berdoa dari jauh. SALAM LEBARAN RAYA 2021 !!!

Perdebatan Hebat Rendang Raya Santan Ayam Brand™ Menyerlahkan Keenakan Rasa Tradisi

Perdebatan Hebat Rendang Raya Santan Ayam Brand™ Menyerlahkan Keenakan Rasa Tradisi | Apakah memori Raya yang paling manis anda? Bagi anak-anak kampung, kemeriahan bergotong-royong memasak rendang, ketupat dan dodol mungkin antara kenangan Raya paling awal mereka. Dengan bau semerbak santan yang kian masak di atas kayu api, serta kehingaran ruang yang diisi dengan irama Hari Raya daripada radio berhampiran dan gelak-tawa jiran tetangga yang sibuk memasak, pastinya akan menggamit ingatan kemeriahan sambutan. 

Bagi keluarga dengan ibu bapa mereka yang berasal dari negeri yang berbeza, Perdebatan Hebat Rendang Raya pasti muncul menjelang berakhirnya Ramadan. Setiap pihak akan mempertahankan mengapa sajian rendang dari negeri mereka adalah lebih hebat, baik dari segi rasa, aroma, tekstur, tahap kepedasan sehinggalah keenakan baki rendang yang ada. 

Ada keluarga yang akan memilih untuk menyediakan rendang daging, ayam, kerang, kambing mahupun makanan laut dalam pelbagai cara bagi menenangkan kedua-dua pihak, dan menggembirakan tetamu mereka. Pilihan ini juga akan mencetuskan lagi perdebatan tentang rendang mana yang lebih enak, sekali gus membuktikan tiada pihak yang menang mahupun kalah dalam Perdebatan Hebat Rendang Raya ini. Sebaliknya, ia mampu menggembirakan selera dan perut yang lebih kenyang. 

Terdapat empat komponen untuk menghasilkan rendang yang hebat: rempah, pes, daging atau makanan laut, serta santan yang lemak berkrim. Chef, tukang masak di rumah mahupun connoisseur rendang bersetuju bahawa santan berkualiti merupakan ramuan utama bagi rendang yang enak. 

Ayam Brand™ memahami cabaran yang dihadapi dalam menghidupkan resipi-resipi tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain, serta keperluan gaya hidup hari ini seperti kebimbangan terhadap pemakanan yang berkaitan kesihatan dan masa terhad untuk masak. 

Sejak berdekad lamanya, Ayam Brand™ menyediakan rasa hebat dan manfaat kesihatan santan dalam pek mudah. Dalam persekitaran yang bersih, Santan Ayam Brand™ diperah daripada kelapa-kelapa terpilih dengan santan yang terhasil kemudiannya dimasukkan dalam pek tetra menggunakan teknologi ultra tinggi (UHT). Kaedah yang digunakan adalah sama baik dengan perahan menggunakan tangan. Bezanya, anda tidak perlu berhadapan dengan kerja-kerja membersih perkakas selepas santan diperoleh. Penstandardan kualiti, kepekatan dan kuantiti dalam setiap pek akan memudahkan individu yang memasak, menyingkirkan kaedah agak-agak yang sebelum ini diamalkan. 

Terdapat pelbagai pilihan Santan Ayam Brand™ bagi memenuhi segenap cita rasa. Anda boleh memilih, Santan Trim Ayam Brand (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand (hanya 5% kandungan lemak!).

Bersempena sambutan Hari Raya ini, Ayam Brand™ telah memperkenalkan pek edisi terhad Santan Ayam Brand™ 200ml dengan penutup senang dibuka - agar anda dapat menggunakan santan mengikut keperluan dan menyimpan baki yang ada dengan mudah di dalam peti sejuk sebelum digunakan lagi. Walaupun pek santan baharu ini ditawarkan dalam tempoh yang terhad, namun rasa dan resipi Santan Ayam Brand™ yang dikenali ramai masih lagi sama. 

Bekerjasama dengan tiga tukang masak di rumah yang berpengalaman, Ayam Brand™ membawakan anda tiga resipi rendang yang unik. Setiap resipi merupakan khazanah keluarga yang telah dicuba dan disempurnakan oleh turun-temurun dengan penuh kasih-sayang. 

Sekiranya anda masih belum memutuskan pilihan rendang bagi Hari Raya ini, masih ada masa untuk mencuba resipi-resipi ini untuk mengetahui yang manakah rendang kegemaran anda. Adakah ia Rendang Kerang, Rendang Ayam Cili Padi dengan Puluh Kuning atau Rendang Daging Pedas Perak?  

Rendang Kerang by @wanakamal_79

Hidangan Rendang Kerang ini merupakan sajian tradisi bagi Wana Kamal (@wanakamal_79) dan membawanya ke zaman silam kerana ia merupakan rendang kegemaran arwah ayah beliau setiap kali sambutan Hari Raya. Wana masih ingat memori ketika kecil. Beliau akan memetik cili padi yang ditanam di rumah dan mengupas kerang bersama saudara perempuannya sebelum rendang dimasak. 

“Bagi memudahkan kerja, saya akan merebus kerang terlebih dahulu agar kulit kerang akan terbuka dan menyenangkan isi dikeluarkan. Namun, saya perlu peka dengan masa merebus kerana kerang yang direbus terlalu lama akan menjadi keras dan liat. Bagi menyediakan rendang yang enak, anda memerlukan dua genggam cili padi dan Santan Ayam Brand™,” kata Wana yang amat merindui masa yang dihabiskan bersama keluarga untuk menyediakan hidangan istimewa tersebut.  

INGREDIENTS: 
2 Genggam Cili Api Hijau (Kampung)
2 Labu Bawang Besar.
5 Ulas Bawang Putih.
2 Inci Halia Muda.
2 Inci Lengkuas Muda.
2 Inci Kunyit Hidup.
5 Batang Serai.
Cawan Air.

Bahan-Bahan Lain
1/2 Cawan Minyak Masak.
2kg Kerang, Size Sederhana.
1 Santan Ayam Brand 200ml 
200ml Air 
10 Urat Kacang Panjang.
4sdb Kerisik Kelapa.
Garam.
Daun Kunyit.

PREPARATION: 
1. Kisar bahan-bahan dan ketepikan
2. Di dalam kuali panas, masukkan bahan kisaran,santan ayam brand dan air. Gaul sebati 
3. Masukkan isi kerang dan masak. 
4. Kemudian, masukkan, kacang Panjang dan kerisik kelapa. Tambahkan sedikit garam. 
5. Gaul dan siap memasak. 

Rendang Ayam Cili Padi by @mira.sofia.saufi


Walaupun banyak pihak yang berpendapat bahawa daging merupakan ramuan paling sempurna bagi rendang yang lazat, namun Amirah (@mira.sofia.saufi) merasakan rempah dan santan yang digunakan dalam Rendang Ayam CIli padi menyerlahkan lagi rasa sedap ayam kampung, terutamanya apabila ia dipadankan dengan pulut.

“Ketika membesar saya didedahkan dengan pelbagai jenis hidangan Rendang tetapi bagi Hari Raya, Rendang Ayam Cili Padi wajib ada. Ibu telah mengajar saya cara untuk menyediakannya, dan saya akan meneruskan tradisi ini. Beliau akan menggunakan banyak cili padi berbanding saya kerana sememangnya suka pedas. Bagi menyediakan masakan ini, saya gemar menggunakan Santan Ayam Brand™, lebih-lebih lagi ia didatangkan dengan penutup yang mudah dibuka. Tekstur santan ini juga lebih pekat dan berkrim, berpadanan dengan tahap kepedasan ramuan. Rendang ini sesuai dipadankan dengan pulut kerana ia mempunyai kuah. Ia juga enak dimakan bersama lemang mahupun ketupat!” tambah Amira. 

INGREDIENTS: 
Ayam (Dipotong Kecil) 
Bahan Kisar
2 Bawang*
3 Bawang Putih*
3 Batang Serai*
1 Halia*
1 Lengkuas*
1 Kunyit Hidup*
1 Cawan Cili Api Kampung*

Bahan Lain
1 Kotak Santan Ayam Brand 200ml 
2 Sudu Besar Kerisik
1 Daun Limau Purut 
Daun Kunyit
1 Asam Keping
Gula & Garam Secukupnya

PREPARATION: 
1. Kisar halus bahan2 bertanda * dan tumiskan sehingga pecah minyak. 
2. Masukkan ayam, gula & garam secukupnya. Biarkan ayam kecut sedikit sebelum dimasukkan santan. 
3. Setelah santan dimasukkan, biarkan sehingga kering sedikit. Masukkan kerisik dan asam keping. Biarkan sehingga ayam masak. 
4. Setelah rendang masak, boleh taburkan dengan hirisan daun kunyit dan daun limau purut. 
5. Hidang Bersama Pulut

Rendang Pedas (Daging) by @zarra.riana


Mereka yang berasal dari Perak memang dikenali sebagai pengemar makanan pedas. Rendang kegemaran Zarra (@zarra.riana) adalah Rendang Daging Pedas yang disediakan keluarganya kerana tekstur rendang yang memuaskan rasa. 

“Sementara Rendang Tok menggunakan kerisik, Rendang Daging Pedas menggunakan kelapa parut bagi mendapatkan tekstur lembut yang serupa dengan Serunding. Bagi mendapatkan daging yang empuk bersama rasa sempurna rempah dan herba serta ‘berkawan’ dengan Santan Ayam Brand™, hidangan ini dimasak di atas api yang perlahan untuk tempoh yang lama,” jelas Zarra.

INGREDIENTS: 
*2 Biji Bawang Besar
*3 Batang Serai
*3 Ulas Bawang Putih
*1 1/2 Inci Kunyit Hidup
*1 Inci Halia
*1 Inci Lengkuas
*Segenggam Kelapa Parut
*Air Masak Paras Separuh Dr Bahan
1kg Daging Batang Pinang (Potong Tebal)
1 Senduk Lada Kisar
1 Kotak Santan Ayam Brand 200ml
1/2 Keping Asam Keping
1/2 Ketul Gula Melaka
Garam Secukupnya
Daun Kunyit
[*Bahan Kisar]

PREPARATION: 
1. Kisar semua bahan bertanda * kecuali kelapa parut
2. Kemudian kisar kasar kelapa parut
3. Panaskan kuali dan lebur semua bahan kisar
4. Masukkan lada kisar
5. Kacau rata dan masukkan air dr bekas blender
6. Kemudian masukkan daging
7. Biar hingga mendidih
8. Masukkan 1 kotak santan ayam brand 200ml
9. Kacau rata
10. Masukkan asam keping
11. Masukkan gula melaka
12. Perasakan dgn garam secukupnya
13. Sentiasa kacau & masak dgn api sederhana
14. Masak hingga kuah kering
15. Sentiasa kacau untuk elak hangit di bahagian bawah
16. Masukkan hirisan daun kunyit
17. Masak hingga kuah kering & tekstur seperti serunding
18. Untuk dapatkan tekstur kering masa masak lebih kurang selama 1 jam lebih
19. Siap untuk dihidang, tabur hirisan daun kunyit lagi di atasnya
20. Sedap dimakan dgn ketupat, lemang, nasi putih, jemput-jemput atau roti canai. 

Oleh itu, siapakah bakal menjadi pemenang Perdebatan Rendang Hebat Raya ini? Keputusannya di tangan anda - sediakan ketiga-tiga resipi warisan ini dan jadikan ia kegemaran anda. 

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemudahan Santan Ayam Brand™ dengan penutup edisi terhad ini dan menyertai peraduan Masak dan Menang Ayam Brand™. Anda hanya perlu memasak rendang atau hidangan-hidangan lain dengan menggunakan santan Ayam Brand™, ambil gambar dan memuat naik ke laman Facebook atau Instagram anda dengan menggunakan tanda pagar #santanayambrand. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM17,200 dari innochef! Untuk butiran lanjut, layari laman https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.

Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my.