ツ Teman Tapi Mesra

Maafkan kami mak 2 tahun beraya sorang

Semua rakyat sudah maklum yang seluruh negara di landa Pandemik Covid-19. Masa adik ena ke New Zealand awal tahun lepas, masa tu Malaysia belum start PKP. Dalam masa yang sama ena baru berpantang anak kedua dalam 2 minggu di rumah mertua dan raya pon di rumah mertua hari pertama kejap lepastu balik Muar sebab suami boleh jemput isteri yang terkandas di kampung. 

Kesian jugak lah pada suami sebab semua cuti anggota di tarik. Hanya dapat balik Raya Haji sambut dengan mak itu pon 1 hari 1 malam sebab suami tak cuti. Dugaan lagi tahun ini kita dikejutkan berita tak boleh merentas daerah pula seminggu sebelum raya tiba. Down malam tu baru nak packing baju suami izinkan maksu ambil lah konon masa tu. 

Baju raya kami tak sempat pakai


Ena ada balik bulan 4 ke Pontian jenguk mak dan tempah sekali baju raya. Tak sangka tak dapat pakai. Walaupun mak tak luah tapi boleh bayangkan dia nangis sorang-sorang rindukan anak cucu. Ena ni dah macam takde beza je dengan adik yang lagi jauh tapi sebab tak boleh balik hanya Allah je tahu perasaan ni. Nasib baiklah ramai adik beradik mak di kampung. Takdelah risau sangat fikirkan mak takde anak jaga. Puas lah hai pujuk ajak duduk sama tapi fahamlah kan orang tua selesa juga rumah sendiri.

Kami beraya di perantauan


Selamat hari raya mak ....!
Selamat hari raya dik ...!
 Semoga kita bersua kembali bertiga nanti, Aamin 
(Menaip sambil air mata laju turun)....

Untuk pengetahuan korang disana dah lama bebas Covid-19 sebab itu tak perlu pon pakai face mask. Rakyat sana disiplin patuhi SOP.  Industri perkilangan buka je macam biasa tapi memang rakyat jaga SOP. Masa awal dapat kesan virus terus lockown. Hmmmm. Sejujurnya dah letih memerap dalam rumah, tak balik kampung. tapi sakit hati bila ramai yang masih degil sehingga kes mencanak naik. Dari asyik nak tuding jari ke satu pihak, lebih baik muhasabah diri dan jaga SOP. Kita pasti boleh menang.

Salam rindu dari anak mu mak..............

6 Chantiq Manis:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Terkesan dan sedih juga 2 tahun xdapat beraya di kampung

Anum said...

inshaallah doa yg baik2

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

kesiannya Mak , sabar ya Ena

Juls Julie80 said...

saya 3 thn x balik raya kat Sarawak pun rasa sedih giler...rindu kpg halaman :(

nona sani said...

Bestnya dah x payah pakai mask .. Sobbbs! Moga dapatlah dan sempat lagi beraya sama akan datang ni... Amin ya Rabb

Faizzah Amir said...

Kite pun suami 2 tahun sebelum ni tak dapat raya sama. Tahun ni dapat cuti tak bole ke mana pulak. Huhuhu