Instagram 'Reels' untuk video pendek sehingga 30 saat ini dah start dilancarkan pada tahun lepas tapi di beberapa negara luar cuma di Malaysia baru dilancarkan pada Mac 2021 oleh syarikat milik Facebook. Sekarang dah meluas secara global. Ena pon dah terjebak.
Sebab kenapa kena explore?
Mana lah tahu tiba-tiba ada client minta review guna Reels. Eh sekali betul ena dapat DM untuk buat video Reels.
Jadi blogger dan dalam masa sama vlogger, ena suka buat kedua-duanya sebab my sifu ada dalam rumah je iaitu husby yang memang stream PUBG secara live. Dia lah tukang ajar cara rekod video. Husby punya income live Facebook je boleh dapat RM1k ke atas. Cuma part time je. Patutlah ramai yang full time boleh kaya. hehe. Tapi kami idok ler ke tahap tu. Dari buang masa main game buang duit baik husby cari duit tambahan.
Job vlog ni masih relevan sebab ena masih aktif review di Instagram kalau tiada menggunakan ruangan blog. Mana lagi best? Ermm sama je sebenarnya. Tapi kalau dah biasa dan sebab minat sekejap je buat video ni. Paling best buat untuk kurang 1 minit tapi dibayar RM200 ke atas. Ok la kan edit 1 jam je tapi bayaran lumayan.
Untuk lihat contoh video ena korang boleh search hashtag #vlogtinynasweet. Korang boleh buat hashtag sendiri untuk memudahkan bagi profile view kepada client.
Hasil kerja #vlogtinynasweet di Instagram
Saiz ratio video
Kalau video pendek Instagram untuk feed post (duration 1 minit) dan IGTV (lebih 1 minit) kebiasaanya kena pakai saiz 1:1 atau 4:5 tapi kalau Reels ni ena tak pasti. Cuma sebab dia panjang jadi ena gunakan saiz macam TikTok 9:16. So far ok ngam je.
Ena tak aktif TikTok. Pernah buat job sekali je lepas tu tak aktif dah. Haha tak tahu kenapa tak minat. Tapi Reels ni kena dengan jiwa pula. Mungkin sebab dah ada sekali dalam featured Instagram so senang nak upload dan edit terus. Tak payah fikir nak cari lagu. Pilih jela lagu tengah trending sebab Reels akan putarkan audio yang tengah trending secara rawak. Korang scroll down je button tengah tu belah bawah. Kalau takde sila lah 'update' dulu ya. Dan kalau takut lupa lagu apa nak guna, boleh tekan lagu dan 'save audio' siap-siap. Kemudian hari baru boleh edit.
Antara tengah trending ni korang boleh belajar banyak tutorial bagaimana nak rekod video. Paling suka tengok #cameratricks dan #transitions
#cameratricks #transitions #cinematicvideo #whatimeanwhenisayilivein #newbornvsnowchallange #babypleasedontgo #runawayaurora
Senarai content creator yang share tutorial videography (Reels) dan bilangan followers
Sebenarnya ramai lagi tapi ena suka refer di atas sebab senang faham tutorial mereka. Kita yang tak berapa pandai ni boleh lah belajar secara alam maya. Kalau korang nak tahu Najmuddin Muif Zulkifli seorang Barista di Terengganu telah diiktiraf Apple & National Geographic fotonya. Pehhh bangga sebagai orang Malaysia. Tahniah diucapkan.
5 Comments