Sedap atau tidak kek Mamasab Bakery?

Sebenarnya dah lama teringin nak merasa tapi susah nak jumpa runner yang boleh delivery ke rumah. Tapi baru-baru ni rezeki lah jumpa juga trusted agen ni dari Batu Pahat tapi dia ada runner yang servis murah di Muar cuma RM10 je berbeza yang lain offer RM15 cas penghantaran. Yang kelakarnya masa ena transfer duit tu macam familiar je nama pemilik akaun ni. Rupa-rupanya 1 batch sekolah Sri Kukup hahahaha. Elok lah ena tak cam dia. Dia tak cam ena. Yelah 18 tahun kot tak jumpa. Mestilah tak cam bila dah beranak pinak. Apa lagi tergelak lah bila zoom in muka profila Facebook. Jadi dapatlah kek percuma.hehe. Rezeki gitu. Apa yang ena puji kek ni even simpan lama dalam peti ais, bila keluarkan dia tak mengeras lama cream tu. Dan tak cepat cair. Memang kualiti lah.

Sedap ke tidak kek Mamasab?

Sejujurnya tak semua kena dengan selera tekak. Bukan tak sedap tapi nama pon tekak sendiri kan. Macam ena bukan peminat coklat so tak suka lah kek coklat sangat cepat muak. Tapi suami dan anak suka kek coklat. Confirmlah diorang bagi 5 bintang. Ena bagi rate ikut pengalaman sendiri. Ada yang ena baca komen kata "tak sedap langsung camne lah boleh viral". Haaaa.. ena rasa mungkin kek tertentu. Macam ena cuba pelbagai kek jadi ada yang sedap ada yang kurang. Jangan lah pukul rata semua kalau tak merasa dulu. Kalau betul tak sedap langsung tak kan lah laku permintaan tinggi setiap hari. ye tak????

..................................................................................................................

KATALOG SEMUA MENU MAMASAB

https://mamasabbakery.com.my/katalog/


Masa buat surprise birthday suami ena saje order Mamasab tengah offer Red Velvet Full Nutella. Ena peminat Red Velvet. Jadi pendapat ena ni ranking kedua sedap sebab ena pernah rasa lagi sedap dari ini di Bakery Muar.

RED VELVET FULL NUTELLA RM50


Kek Red velvet yang sangat moist disaluti dengan cheese gebu dan topping pula Full Nutella 

Review >> 4.5/5 bintang

DEVIL FOOD CHOCOLATE CAKE STANDARD RM40


Rezeki suami sambut birthday kali kedua bila BFF dia belanja. Jadi suami nak kek coklat. Kek ni memang sedap cuma ena bukan penggemar coklat jadi cepat muak makan.

Perkataan devil digunakan untuk menggambarkan kesedapan resepi kek coklat yang sangat 'jahat' sehingga mampu membuatkan ramai orang termimpi-mimpi DFCC STANDARD katanya kek paling laku keras sebab tu buat come back semula.
Dari bawah :
✅ Kek Chocolate Padu
✅ Chocolate Ganache
✅ Cream Cheese
✅ Caramel Drizzle
✅ Nutella Drizzle

Review >> 4/5 bintang

DFCC Minipack RM12


Sambutan birthday pertama suami kan ena beli Red Velvet. Dalam masa yang sama ena beli minipack DFCC standard ni. Tu yang suami request lagi tapi nak kek besar terus.

COMBO LAGI DASYAT RM40

Anak suka coklat, suami suka red velvet, mak suka pandan, kite suka butterscotch 🤔
Gabungan mantap 4 jenis kek dalam satu harga. Kebahagiaan dikongsi bersama 💖
🍫 *DFCC No Cheese*
(kek coklat padu pekat melekat 🤤)
🧀 *Red Velvet Standard*
(gabungan kek moist dgn creamcheese tak kedekut 🤤)
🍰 *Pecan Butterscotch*
(kek pluffy gebugebass ditabur kacang pecan rangup yg telah disalut caramel dan dicurah sos Butterscotch di atas kek 🤤🤤)
🌿 *Pandan Gula Melaka*

(kek klasik citarasa modern dgn wangian pandan asli, mggunakan swiss meringue cream, ditabur kelapa hawaiian dan dicurah gula melaka 🤤😋)


Ni first trial ena sebab masa tu rambang mata nak beli kek apa jadi try lah CLD tapi tak kena jiwa. Ena tak suka manis sangat tapi maybe kek span bawah tu agak kering. So rasa biasa-biasa je. Haa tapi kalau nak buat birthday kek untuk parents sesuai sebab biasa kan orang tua tak suka kek manis-manis. Siapa yang tak suka manis sangat ena recommend kek CLD. Lagi satu malas nak pening kepala macam ena suka Red Velvel je, anak dan suami suka coklat. Haa kek ni sesuai lah makan sebab pakej lengkap. Di antara 4 jenis ni yang kurang sedap pandan gula melaka. Mungkin sebab ena dah rasa yang lebih sedap dari ini.

Review >> 3/5 bintang

Nutella cheese cake slice RM10


Disebabkan kek ini mahal yang besar RM100 jadi ena try yang minipack. Memang sedap kombinasi rasa ada biskut crunchy. TAPI terlalu manis. makan 1 slice je dah buat rasa tekak melekat.haha. Kalau korang suka manis sesuailah makan kek ni. Serious sedap sangat cuma terlalu manis. Suami ena pon suka kek ni.

First layer: oreo crumble+digestive biskut
Second layer: cheese + Nutella 
Third layer : cheese 
Top layer : nutella
Whole 9" berat -+1730g RM100

Review 4/5 bintang


Untuk kudapan ada pelbagai pilihan cookies. Dah orang belanja kan kita pon try lah satu cookies.hehe. Ni ena cuma try Cadbury Oreo. 


Memang sedap habis. Ena makan biskut bawah je sebab anak dah berebut nak coklat di atas. hahahaha. Untung dapat ibu yang tak minat sangat coklat ni. Tapi biskut bawah tu makan gitu tanpa coklat pon sedap taw. Kerangupan dan lemak manis tu cukup rasa je.

Review >> 4.5/5 bintang


Nak order Mamasab ni mudah sebab agen ada seluruh Malaysia. tinggal lagi kena cek dulu ada runner boleh hantar ke tidak. Dan korang boleh survey dulu cas paling murah. Macam ena tinggal di Muar jadi outlet terdekat berada di Parit Raja. Jadi senang kalau nak order. Korang boleh beli time promosi sebab setiap hari akan ada offer yang berlainan. dapatlah saving sikit.


Nak cuba kek Mamasab tapi tak tahu trusted seller? Haa boleh contact je Aimie


Post a Comment

9 Comments

Atie Zieya said…
what a small world kan, tgk2 kawan juga yg buat ni ... heheheh nampak smua sedap2 ni .. rambang mata
PeRdU cINta said…
Setiap orang ada citarasa dan pilihan masing-masingkan. Jadi mungkin ok pada orang tapi tak ok pada kita. Lagi satu bila kita dah biasa mencuba kita boleh bezaka rasa tu..mana yang ok mana yang kurang ok. Itu bagusnya.
nohas said…
terbaik mamasab ni..tidak mengecewakan..dah byk kali beli..
Illya LeYa said…
Memang rata-rata ramai puji kek Mamasab ni. That's why dia viral sesangat kan. Tapi tu la..tekak semasing. LeYa pun kurang dengan yg pandan gula melaka tu.. xkick sangat. Maybe mcm Ena ckp laa... Dah rasa lagi best.. hehe..
Aimie Azman said…
Alhamdulillah, terima kasih atas review Ena, hihi setuju sangat, ikut tekak dan cita rasa masing-masing menilai setelah rasa sendiri ;)
Hafizan said…
Boleh saya tahu red velvet paling sedap di Muar tu di bakery mana? kalau ade rezeki nak cuba.
Cik Puan Ena said…
Search je fb kamariah musa. Kedai die sebelah Peugeot sebelum bulatan wedtex
SHAFIDA said…
Ya. Say pun dah rasa kek pandan tu. Mcm kek span biasa bagi saya dan agak kering.

Saya tercari2 review utk kek buah mamasab. Ada sesiap yg dh cuba? Sb nk beli utk mak kat kampung. Ada jumpa 1 lagi yg viral kata sedap di Fb. Tp nk cri dlu reviewnkwk buah mamasab ni.
Cik Puan Ena said…
Tak pernah rasa sbb xminat 😅 hehe. Tp brownies die sedapla