Kontak rapat Positif Covid-19. Apa tindakan yang perlu dilakukan?

Masa dapat berita kontak rapat kami Positif Covid-19 rasa badan ni menggeletar tak cukup nafas sebab dia rapat dengan anak-anak. Semalaman tak tidur lena fikirkan anak-anak nangis tak kena swab? Kebetulan pula ena dan suami tak sihat sakit tekak. Lagi lah otak ni fikir bukan-bukan.

Untuk pengetahuan semua tempoh kuarantin pada 25/2/2021 - 4/3/2021. Alhamdulillah result kami negatif untuk kedua-dua swab test dan kini habis kuarantin. Jadi ena saje nak share mungkin ada yang blur macam ena masa mula-mula dapat berita melalui pengalaman sendiri. Biasa dengar je orang kena kuarantin dan otak ni terus ingat pergi je swab test. Rupa-rupanya korang tak boleh terus terjah KKM taw. Kalau nak jimat kos macam kami ni memang pergi Kerajaan je free. Tapi kalau nak pergi swasta dapat result cepat kena bayar RM300 atau pon ambil masa 2 hari untuk RM120. Uitttt memang tidak lah ena pergi swasta kalau dah 4 orang nak bayar tu. Jadi kami pergi je Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pusat Muar. Result tunggu selepas 48 jam sebab kena hantar ke Johor Bahru.

Kontak rapat hanya dari rumah


Kami bukan jenis berjalan dari tahun lepas. Banyak masa terperap dalam rumah kecuali suami pergi kerja dan sumayyah pra sekolah. Nak dijadikan cerita dapatnya daripada adik angkat kami, R. Si R ni sewa kereta kami dah 2 tahun. 

Rutin harian dia memang setiap hari akan parking motor depan rumah dan pergi kerja bawa Alza kami. Sebab sejak ena resign kerja Alza tu takde siapa pakai. Kami decide sewakan saje. Suami pon ada kereta sendiri. Risau kereta tak bergerak nanti rosak. Kalau dah terbiasa jumpa balik kerja confirmlah suami ni suka ajak lepak borak. Cuma sejak PKP kurang jumpa. R selalu balik kerja terus start motor dan balik. Cuma masa 22/2/2021 tu suami ada berjumpa dia atas urusan custom papan nak pasang kat bilik. Si R ni kerja kilang perabot Bukit Pasir Muar. Ena tak tahu pula masa tu R dukung safiyyah anak bongsu ni baru setahun. Masa tu ena sibuk uruskan sumayyah petang nak mandi.

Tapi bila fikir balik syukur jugaklah ena terus mandikan budak-budak walaupun tak tahu masa tu R baru lepas main dengan anak sebab ena minta suami jagakan kejap. Suami pon mungkin tak sangka jadi camni. Jadi kami takde salahkan sesiapa. Jenis ena ni 1 hari entah berapa kali mandikan budak-budak disebabkan cuaca terik. Si R pula dapat daripada kilang termasuk 10 orang positif dan kilang kena tutup 2 minggu. Tapi R diarahkan kuarantin di rumah sahaja. Keluarga si R Alhamdulillah 1 rumah negatif. R cuma terperap dalam bilik tanpa jumpa mama babah dia. Lagi terseksa kan macamtu...Demam dia agak teruk sampai deria makan pon takde. Masa demam dah 10 hari result negatif. Kali kedua pula positif.

Prosedur mendapatkan pengesahan KKM Muar

1. Telefon dahulu Pusat Kawalan Daerah (PKD) Muar dan berikan butiran nama kotak rapat yang positif Covid-19. Daftar nama keluarga dan tunggu arahan untuk pergi KKM

Telefon : 06-9530917 / 019-3979674

2. Selepas mendapat arahan untuk buat swab test baru lah pergi ke pusat swab test KKM. Macam Muar terletak di Klinik Kesihatan Parit Jawa. Terus parking kereta di belakang klinik dan akan nampak khemah. Masa kami pergi jam 10 pagi tak ramai orang selesai lebih kurang 1 jam.

3. Selesai swab test, diarahkan memakai gelang untuk tempoh kuarantin selama 8 hari. Suami dan sumayyah kena lah cuti duduk rumah. Yang tak sihat ena dan suami sahaja. Kami mengalami sakit kepala, sakit tekak dan bisa badan.

Swab test pertama : 25/2/2021 (Negatif)
Swab test kedua : 1/3/2021 (Negatif)

4. Kami yang kena call PKD selepas 48 jam. Setelah semua negatif dan tempoh tamat kami diarahkan ke Pejabat Kesihatan Muar sebelah Pejabat Pos Muar untuk potong gelang.

Kalau ditanya pengelaman ena cukuplah ini kali pertama dan terakhir. Bayangkan sakit tekak kena pula jolok, sakit taw. kena test 3 area di kedua-dua belah hidung dan juga tekak. Kakak dah meraung kuat sampai 4 orang kena pegang. Adik pula steady tak nangis. Siap gelak-gelak. hehe. Adik memang kuat lah. Ibu ni beriya risaukan dia tapi dia gelak main je. Kakak tu takut bahagian hidung je tapi tekak dia boleh terima. Masuk kereta merajuk tak nak bersuara. Tempoh kuarantin yang tak best sebab pergerakan terbatas. Nasib baik jiran prihatin banyak hulurkan bantuan makanan.

Kami sangat bersyukur sebab kami ni kerap mandi. Selain itu, ena selalu mop lantai sebab budak-budak makan bersepah. Haa tu yang jadi rajin. Lepastu ena dan suami dari tahun lepas consume Vitamin C Shaklee. Jadi mungkin sebab antibodi kuat. Sumayyah pon makan Vitamin. Safiyyah pula baru kena vaksin pneumococcal. Ena bukan over claim taw. Tapi seeloknya makanlah vitamin untuk ketahanan imun badan. Sebab kami takde demam pon. Suami jatuh sakit lepas jumpa si R dan ena berjangkit suami. Sebab itu sentiasa lah jaga kebersihan, keluar beli barang balik mesti semua mandi dan barang-barang ena akan lap bersih sebelum disimpan. 

Post a Comment

5 Comments

Mummy Julia said…
Risau jugak mcm ni kan.. Sapa nak sangkakan. Moga dipermudahkan eana sekeluarga.. Moga budak2 pun baik-baik saja. Amiin .Take Care!
Alhamdulillah.. syukur semuanya negatif
Atie Zieya said…
i contact rapat tempat kerja... huhuhu kena jolok satu hidung pun dah mmg pedih gila.. hmm tak sanggup lagi dah
Sis Lin said…
Alhamdulilah Ena semua dalam peliharaan Allah..
Virus ni siapa sangka kan, semua orang tak minta, redha aje laaa
Illya LeYa said…
Alhamdulillah... Syukur Ena sekeluarga selamat dan dilindungi Allah.