Cara keluarkan duit saraan KWSP melalui Janji Temu Online 2021

Cara keluarkan duit saraan KWSP melalui Janji Temu Online 2021 | Baru-baru ni ena minta maksu bawakan mak ke KWSP untuk keluarkan duit saraan sebab mak di Pontian , ena pula di Muar. Fuhhh berbulan nak tunggu slot kosong bila tengok online kalender tu taw. Bukan senang nak dapat slot kosong on the spot. Contohnya kau nak plan pergi bulan depan belum tentu ada kosong. FULL!!.. Tapi ena dah faham taktik KWSP ni camne. Korang kena buka website waktu pagi jam 7-8 lebih kurang macamtu , KWSP akan buka slot petang pada hari yang sama. Cepat-cepatlah booking sebab beberapa jam dah full.

Ena tak perasan umur mak dah 58 tahun sah-sah boleh keluar duit KWSP untuk 'Pengeluaran umur 55'. Sebelum itu buat i-AKAUN pergi kiosk RHB Bank je dapatkan password sementara kemudian ena buatkan secara online. Nasib baik mudah uruskan dari jarak jauh. Ena daftarkan online sebab kat kampung line slow, tapi urusan ke bank dan KWSP maksu yang tolongkan. Lepastu duit masuk akaun selepas 1 hari je. Laju betul. Sebab pegawai inform ambil masa 5 hari tapi mak dapat mesej yang duit sudah dimasukkan. 

Kalau takde i-AKAUN macam mane???

Kalau takde untuk cek baki pon takpe. Letak je berapa amount seperti RM1000.00 dulu sebab di kaunter pegawai akan masukkan amount sebenar. Pendaftaran online akan kesan nombor kad pengenalan pemilik.


1. Tetapkan masa dan lokasi di https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

Pilih negeri dan cawangan terdekat. Klik 'Seterusnya'

2. Pemilihan janji temu

Memilih 'Pengeluaran Umur 55' untuk mak usia 58 tahun

3. Set slot untuk janji temu

Korang tengok sendiri memang full. hanya ada 1 hari slot kosong akan terpapar pada waktu pagi. Tapi bergantung pada kekosongan juga. Kena rajin tengok sebab KWSP selalu update harian. Even ena set 3:50 petang tapi mak dapat masuk jam 2:40 petang dan selesai dalam masa 10 minit sahaja. Jadi datang awal sebab tak perlu beratur panjang.

4. Isi maklumat peribadi

Macam ena sebut tadi amount tu hentam je berapa RM kalau tak tahu baki

5. Perakuan pemohon

Tanda (✅) pada terima SMS dan juga pengesahan. Klik 'Buat janji temu'

6. Terima pengesahan appointment

Boleh print kertas atau snap gambar sebagai bukti kalau tiba-tiba kena tahan polis masa sekatan jalan raya.


Bukan itu saje, akan menerima email ini untuk berjumpa dengan siapa yang perlu kita berurusan di KWSP.


Masa ni memang ramai beratur panjang. Tapi kalau dah ada janji temu tak perlu pon beratur. Hanya bawa dokumen untuk pengesahan dan korang akan dapat masuk ke kaunter terus. Maksu sampai awal sebab takut jem dari Pontian ke Johor Bahru. Katanya beratur panjang tu sebab nak guna kiosk KWSP. Haa nasib baik mak daftar i-AKAUN guna kiosk RHB Bank Pontian je. 

Dokumen yang diperlukan Kad pengenalan asal dan juga salinan akaun bank. Ena cuma bagi gambar print slip transfer duit online banking je. Tak perlu pon pergi bank minta statement akaun. Settle 10 minit dan selepas 1 hari duit masuk bank. Alhamdulliah semua berjalan dengan lancar. Thank you mak bagi komisyen.hehe.. Rezeki jangan ditolak.....

Post a Comment

5 Comments

Sis Lin said…
Dah alert gak kat Suami ni.. sebab tak lama lagi nak bersara dah hahahaha.. kita tunggi i-sabar ni hahahaha
Ana Jingga said…
perkongsian yang bermanfaat Ena, laa nii semua urusan perlu ada temujanji kan :)
Atie Zieya said…
hahahaha bahayaa ni,.. klu kluar sngt2 nanti future time tua smua tadak apa dah
ain said…
Hi, saya dah buat appointment. Tapi lupe nak screen shot yg pengesahan tu. Mcm mna ????
Cik Puan Ena said…
rasa kalau da appoinment xde masalah nanti dia cek sistem. janji ingat jam berapa set.