Bila anak peminat Origami, keje ibu jadi senang ada buku Origami Pertama Saya by Mommy Happy

Ena ni bukan peminat Origami. Masa kecik selalu main kat luar macam main guli, main pondok-pondok. Tapi yelah zaman sekarang ni ditambah pula Pandemik confirmlah sumayyah bosan asyik ngadap TV dengan toys. Tiba-tiba pula dia minta ajar buat binatang guna kertas. Memang blur cari kat Youtube. Kang esok dia nak bentuk lain. Susah juga nak cari ea bentuk origami ni. Kadang tak faham tengok tutorial dok ulang-ulang. Data internet berjalan ni. 

Tapi ena ternampak pula Kak Eda promot buku ni terus ena grab. Haaaaa lega hati ni senang betul lengkap dengan step by step. Ena buat 1 contoh dan sumayyah follow step. Eh baguslah buku ni membantu taw skill anak guna tangan dan otak ni.


Ni contoh ena buat 1bentuk diikuti sumayyah buat 1bentuk jugak. Lepastu dia pandai lah tambah lukisan sendiri. Kiranya bila kita perhati betul-betul bukan saje pandai melipat bentuk, tapi sumayyah belajar potong kertas sebab kena buat saiz segi empat sama. Lepas tu dia belajar bagaimana nak lipat kertas dan last sekali melukis serta mewarna. Tak rugi beli. Murah pula tu RM10 jerr. Kita nak masak pon tak risau tinggal dia hadap buku ni buat sorang-sorang. Cepat belajar. 


Yang ena perasan dia lebih fokus main ni. Bila umur 6 tahun ni ena tak bagi phone sangat. Nak dia banyak latihan tangan. Nampak perubahan suka menulis dan melukis. Kalau tidak tahun lepas dia taknak pegang pensil taw. Menangis kena paksa siapkan kerja sekolah. Haishhh banyak keburukan pegang phone ni. So tak kisah lah ena melabur duit kepada buku. 

ORIGAMI atau Seni melipat kertas adalah kemahiran yang menyeronokkan untuk semua peringkat. Melipat kertas origami juga dapat meningkatkan ketekunan anak sehingga mereka tidak mudah berputus asa dalam membuat bentuk yang diinginkan.

Begitulah BUKU ORIGAMI PERTAMA SAYA dapat mendorong anak-anak supaya lebih kreatif, tidak mudah berputus asa, dan PENTING mereka dapat membuat origami dengan tekun dan teliti, maka anak-anak ini juga akan melakukan perkara-perkara lain dengan tekun dan teliti.

Kalau nak elak anak kebosanan dan jenis suka main phone, haaa ena suggest beli buku ni. Anak mesti suka sebab macam-macam bentuk dia boleh buat. Sumayyah cukup suka buat. 

Ena siap tambah koleksi buku membaca sebab sumayyah masih lemah membaca. Dia lebih minat matematik dan hafazan. Sebab itu ena kena lah fokus lebih sumayyah membaca. Harga set ni RM23.60

SIRI GEMBIRA MEMBACA: CERITA KESUKAAN ANAKKU

🌸 Siri Gembira Membaca : ‘Cerita Kesukaan Anakku’ ini terdiri daripada 4 buku. Buku ini ditulis dalam bentuk bacaan suku kata yang sangat sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan awal untuk anak-anak.
🌸Buku ini juga merupakan himpunan karya-karya kreatif yang berupaya mengetengahkan para pembaca kepada perspektif positif dalam mengenali warisan, budaya dan tradisi masyarakat setempat.
🌸Bahan bacaan yang berkualiti tinggi mutunya dari segi cerita dan illustratsi berwarna -warni ini turut memuatkan unsur-unsur nilai murni dan pengajaran bertujuan melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia

Korang boleh order dengan Kak eda agent Mommy Happy ni. 
No telefon : 011-2739 0866

Post a Comment

6 Comments

Anum said…
wow menguji minda
Sis Lin said…
Ini bukan anak je suka, kalau Sis ada pun Sis nak juga buat sama hehehe.. dulu pandai buat, ni dah lupa sikit skill dia..
sitirohaida said…
terima kasih ena atas review ni.Kita ibubapa ni kurang ilmu untuk beri yang terbaik untuk anak-anak kan?Sebab tu ada buku-buku ni untuk bantu ibubapa berikan aktiviti yang berfaedah macam ni
ctsuzie said…
bagus buku tu...anak suzie pn suka..tapi dia org bnyk tgk kat you tube..hehe
Atie Zieya said…
kena letak kan satu ruang utk dia decorate letak origami dia :)
Wak Lat said…
origami ni bagus utk exercise minda,. ;p