ツ Teman Tapi Mesra

Bila anak peminat Origami, keje ibu jadi senang ada buku Origami Pertama Saya by Mommy Happy

Ena ni bukan peminat Origami. Masa kecik selalu main kat luar macam main guli, main pondok-pondok. Tapi yelah zaman sekarang ni ditambah pula Pandemik confirmlah sumayyah bosan asyik ngadap TV dengan toys. Tiba-tiba pula dia minta ajar buat binatang guna kertas. Memang blur cari kat Youtube. Kang esok dia nak bentuk lain. Susah juga nak cari ea bentuk origami ni. Kadang tak faham tengok tutorial dok ulang-ulang. Data internet berjalan ni. 

Tapi ena ternampak pula Kak Eda promot buku ni terus ena grab. Haaaaa lega hati ni senang betul lengkap dengan step by step. Ena buat 1 contoh dan sumayyah follow step. Eh baguslah buku ni membantu taw skill anak guna tangan dan otak ni.


Ni contoh ena buat 1bentuk diikuti sumayyah buat 1bentuk jugak. Lepastu dia pandai lah tambah lukisan sendiri. Kiranya bila kita perhati betul-betul bukan saje pandai melipat bentuk, tapi sumayyah belajar potong kertas sebab kena buat saiz segi empat sama. Lepas tu dia belajar bagaimana nak lipat kertas dan last sekali melukis serta mewarna. Tak rugi beli. Murah pula tu RM10 jerr. Kita nak masak pon tak risau tinggal dia hadap buku ni buat sorang-sorang. Cepat belajar. 


Yang ena perasan dia lebih fokus main ni. Bila umur 6 tahun ni ena tak bagi phone sangat. Nak dia banyak latihan tangan. Nampak perubahan suka menulis dan melukis. Kalau tidak tahun lepas dia taknak pegang pensil taw. Menangis kena paksa siapkan kerja sekolah. Haishhh banyak keburukan pegang phone ni. So tak kisah lah ena melabur duit kepada buku. 

ORIGAMI atau Seni melipat kertas adalah kemahiran yang menyeronokkan untuk semua peringkat. Melipat kertas origami juga dapat meningkatkan ketekunan anak sehingga mereka tidak mudah berputus asa dalam membuat bentuk yang diinginkan.

Begitulah BUKU ORIGAMI PERTAMA SAYA dapat mendorong anak-anak supaya lebih kreatif, tidak mudah berputus asa, dan PENTING mereka dapat membuat origami dengan tekun dan teliti, maka anak-anak ini juga akan melakukan perkara-perkara lain dengan tekun dan teliti.

Kalau nak elak anak kebosanan dan jenis suka main phone, haaa ena suggest beli buku ni. Anak mesti suka sebab macam-macam bentuk dia boleh buat. Sumayyah cukup suka buat. 

Ena siap tambah koleksi buku membaca sebab sumayyah masih lemah membaca. Dia lebih minat matematik dan hafazan. Sebab itu ena kena lah fokus lebih sumayyah membaca. Harga set ni RM23.60

SIRI GEMBIRA MEMBACA: CERITA KESUKAAN ANAKKU

🌸 Siri Gembira Membaca : ‘Cerita Kesukaan Anakku’ ini terdiri daripada 4 buku. Buku ini ditulis dalam bentuk bacaan suku kata yang sangat sesuai dijadikan sebagai bahan bacaan awal untuk anak-anak.
🌸Buku ini juga merupakan himpunan karya-karya kreatif yang berupaya mengetengahkan para pembaca kepada perspektif positif dalam mengenali warisan, budaya dan tradisi masyarakat setempat.
🌸Bahan bacaan yang berkualiti tinggi mutunya dari segi cerita dan illustratsi berwarna -warni ini turut memuatkan unsur-unsur nilai murni dan pengajaran bertujuan melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia

Korang boleh order dengan Kak eda agent Mommy Happy ni. 
No telefon : 011-2739 0866

Cara keluarkan duit saraan KWSP melalui Janji Temu Online 2021

Cara keluarkan duit saraan KWSP melalui Janji Temu Online 2021 | Baru-baru ni ena minta maksu bawakan mak ke KWSP untuk keluarkan duit saraan sebab mak di Pontian , ena pula di Muar. Fuhhh berbulan nak tunggu slot kosong bila tengok online kalender tu taw. Bukan senang nak dapat slot kosong on the spot. Contohnya kau nak plan pergi bulan depan belum tentu ada kosong. FULL!!.. Tapi ena dah faham taktik KWSP ni camne. Korang kena buka website waktu pagi jam 7-8 lebih kurang macamtu , KWSP akan buka slot petang pada hari yang sama. Cepat-cepatlah booking sebab beberapa jam dah full.

Ena tak perasan umur mak dah 58 tahun sah-sah boleh keluar duit KWSP untuk 'Pengeluaran umur 55'. Sebelum itu buat i-AKAUN pergi kiosk RHB Bank je dapatkan password sementara kemudian ena buatkan secara online. Nasib baik mudah uruskan dari jarak jauh. Ena daftarkan online sebab kat kampung line slow, tapi urusan ke bank dan KWSP maksu yang tolongkan. Lepastu duit masuk akaun selepas 1 hari je. Laju betul. Sebab pegawai inform ambil masa 5 hari tapi mak dapat mesej yang duit sudah dimasukkan. 

Kalau takde i-AKAUN macam mane???

Kalau takde untuk cek baki pon takpe. Letak je berapa amount seperti RM1000.00 dulu sebab di kaunter pegawai akan masukkan amount sebenar. Pendaftaran online akan kesan nombor kad pengenalan pemilik.


1. Tetapkan masa dan lokasi di https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

Pilih negeri dan cawangan terdekat. Klik 'Seterusnya'

2. Pemilihan janji temu

Memilih 'Pengeluaran Umur 55' untuk mak usia 58 tahun

3. Set slot untuk janji temu

Korang tengok sendiri memang full. hanya ada 1 hari slot kosong akan terpapar pada waktu pagi. Tapi bergantung pada kekosongan juga. Kena rajin tengok sebab KWSP selalu update harian. Even ena set 3:50 petang tapi mak dapat masuk jam 2:40 petang dan selesai dalam masa 10 minit sahaja. Jadi datang awal sebab tak perlu beratur panjang.

4. Isi maklumat peribadi

Macam ena sebut tadi amount tu hentam je berapa RM kalau tak tahu baki

5. Perakuan pemohon

Tanda (✅) pada terima SMS dan juga pengesahan. Klik 'Buat janji temu'

6. Terima pengesahan appointment

Boleh print kertas atau snap gambar sebagai bukti kalau tiba-tiba kena tahan polis masa sekatan jalan raya.


Bukan itu saje, akan menerima email ini untuk berjumpa dengan siapa yang perlu kita berurusan di KWSP.


Masa ni memang ramai beratur panjang. Tapi kalau dah ada janji temu tak perlu pon beratur. Hanya bawa dokumen untuk pengesahan dan korang akan dapat masuk ke kaunter terus. Maksu sampai awal sebab takut jem dari Pontian ke Johor Bahru. Katanya beratur panjang tu sebab nak guna kiosk KWSP. Haa nasib baik mak daftar i-AKAUN guna kiosk RHB Bank Pontian je. 

Dokumen yang diperlukan Kad pengenalan asal dan juga salinan akaun bank. Ena cuma bagi gambar print slip transfer duit online banking je. Tak perlu pon pergi bank minta statement akaun. Settle 10 minit dan selepas 1 hari duit masuk bank. Alhamdulliah semua berjalan dengan lancar. Thank you mak bagi komisyen.hehe.. Rezeki jangan ditolak.....

Kitsui Coco XsLITE menyekat selera makan berlebihan

Dilema apabila menghadapi masalah sukar mengawal selera makan disebabkan mudah lapar, sudah tentu rasa agak susah ena nak konsisten diet. Maka nak bersenam lagi lah susah nak amalkan. Itu lah yang ena alami di usia 30an ni. Mungkin faktor usia yang makin naik maka kadar metabolisme makin rendah. Lemau juga badan ni nak uruskan rumahtangga kalau tak jaga makan dan kecergasan badan. Kekangan masa buatkan ena mencari anisiatif yang mudah tapi selamat digunakan sesuai untuk ibu-ibu yang kejar masa. 

Sebab itu ena mula amalkan Kitsui Coco XsLITE yang memberi rasa kenyang lebih lama. Lagi pula ena ada tanda seperti di bawah :

Tanda makan berlebihan
Sakit perut, sakit kepala, tekanan, perut kembung dan cepat letih & mengantuk

Amalkan Coco XsLITE selepas sarapan untuk bekalkan tenaga ketika bersenam


Alaaaa mudah sangat senaman yang sesuai untuk suri rumah ni. Nanti korang tonton video ena bersenam okay... Cara amalkan pon senang iaitu sebelum melakukan senaman regangan, ambil sarapan dan minum Coco XsLITE kerana kesan pembakaran lemak lebih cepat jika digabungkan dengan senaman serta membantu kawal pemakanan. Biasanya selepas bersenam perut kita akan cepat lapar semula. Sebab itu ena sarankan jangan skip sarapan ya.


Dengan gabungan bahan-bahan natural untuk membantu penurunan berat badan disamping menjaga kesihatan tubuh. Ia memberi rasa kenyang yang lebih lama sesuai untuk ena buat senaman ringkas di rumah tanpa biarkan perut kosong. 

Apakah bahan utama di dalam Coco XsLITE?


Sijil yang diperakui sah bebas bahan yang membahayakan


Semua produk dibawah jenama Kitsui telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal, malah telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum dipasarkan kepada orang ramai melalui Farmasi Watsons & Guardian yang terkemuka di Malaysia.


Kitsui adalah produk jenama tempatan yang telah bertapak di pasaran tempatan lebih dari 20 tahun dan antara jenama paling dipercayai dan laris di Guardian dan Watsons.

 Kenapa pilih Kitsui?

1. Kesihatan : Sachet Pack Menghindari Bacteria dari memasuki
2. Kualiti : Denaturasi takkan berlaku dengan satu hidangan per sachet
3. Kemudahan : Senang di bawa kemana-mana
4. Segar : Penduaan sachet bukanlah prosedur yang mudah
5. Vitamins & Minerals : Komposisi bahan seimbang seperti yang di tuntut
6. Sachet Powder : serbuk + air lebih senang serap kedalam system badan kami

Cara penyediaan minuman produk Kitsui


* Waktu pengambilan yang disarankan adalah sebelum makan tengahari iaitu selepas sarapan

1. Sediakan shaker untuk membancuh air
2. Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam ke dalam shaker
3. Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. Minum air yang banyak sepanjang hari untuk kesan terbaik.

Kitsui review >> Ena bukan penggemar coco tapi Coco XsLITE ni kena dengan selera tekak ena sebab tak terlalu pekat dan muak. Ia tidak mengganggu proses penghadaman harian ena. Jadi Kitsui untuk kurus ini selamat digunakan tanpa mengganggu pemakanan kita.

Full video senaman ringkas yang boleh dipraktikkan surirumah

Voucher ‘KITSCOCO’ Diskaun 5% di shopee KITSUI MALL

.....................................................................................................

Laman sesawang rasmi Kitsui Malaysia

Instagram :

Facebook :

Tik Tok :

Shopee : 

Website :

#Kitsui #Kitsuimalaysia #Kitsuilovers #kesehatan #watsonsmalaysia #guardianmy #cocoxslite #kitsuireview #kitsuiuntukkurusreview #kitsuiuntukkurus
 

Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia dengan Design Collection IDW Design & Build

Reka Bentuk Dalaman Kini Boleh Dimiliki Oleh Semua Rakyat Malaysia dengan Design Collection IDW Design & Build | Rasa bertuah dapat memilik senaskah buku ini dengan harga mampu milik. Sebab buku ini dilengkapi dengan drawing untuk setiap design. Ena dan suami sangat suka dekorasi rumah. Tapi ena tak tahu sangat informasi yang banyak tentang hiasan dalaman ni. Hanya survey melalui sosial media. Sekarang duduk di ruang tamu boleh sambil belek buku ni dengan tenang. Haaa pilih lah ikut citarasa sendiri. Rambang mata !!!! 


All in One Package
200 luxurious & modern home collection with :
1. Complete plan
2. Drawings
3. Renovation Guidelines



Cabaran Membina IDW

Memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, IDW Design & Build (IDW) pada tahun 2007, ketika masing-masing berikut 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta. Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70k. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupu terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Tragedi Kebakaran

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

Fenomena COVID

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah.

Bersikap sentiasa bersedia mendepani apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik. Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan.

Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga. Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.


Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik. Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik.

Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.




Lihatlah contoh hasil tangan dari IDW memang cukup memuaskan. Ena pon teruja setiap kali membelek buku ini. Favourite ena sudah tentulah ruangan dapur. Banyak idea yang ena dapat apabila melihat buku ini. Tak rugi memilikinya. Haaa kalau korang tercari-cari lagi design boleh lah grab sebab ada promosi ! Klik link di bawah ini.

DAPATKAN "PLUG & PLAY" INTERIOR DESIGN BOOK PERTAMA DI MALAYSIA SEKARANG!
RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)

#bestinteriordesigninmalaysia  
#houseinteriordesigninmalaysia  
#interiordesigninmalaysia
#topinteriordesigninmalaysia
#topinteriordesigninselangor
#topinteriordesigninshahalam
#minimalisthousedesign
#modernhouseinterior
#bohoroomdecor
#bohemiandecor
#contemporaryinteriordesign
#houseinteriordesigninselangor
#aestheticbedroom
#livingroomdesign
#bedroominteriordesign
#Interiordesignbumiputra
#outdoordecor
#famousinteriordesigners
#famousinteriordesignersinmalaysia
#artdecointeriordesign
#3droomdesign
#decorationdesign
#interiordesignnearme

Cara memohon Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Negeri Johor dan Kelebihannya

Rezeki kami lah duduk Muar ni ada pilihan sekolah yang menduduki di dalam senarai kecemerlangan di Malaysia. Jadi boleh lah ena mohon juga Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Muar sebagai backup selain sekolah kebangsaan.

Untuk permohohan online ena memilih Sekolah Kebangsaan Convent Muar. Tak sampai 3km pon dari rumah. Ramai suggest masukkan saje sumayyah ke sekolah perempuan. Nak masukkan sekolah top Muar iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani tapi fikirkan sesak di kawasan bandar serta masuk kena interview dulu. So malas nak fikir kawasan sesak dan jauh jadi pilih la SK Convent yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2. Itu lah ena cakap rezeki rumah dekat dengan sekolah yang kami inginkan.

Mohon SRAB sebelum 31 Mac 2021


Untuk memohon kemasukan sumayyah tahun 1 pada 2022, SRAB ni tiada online ye. Ramai yang tanya ena dan diorang salah faham ingatkan isi sama online untuk Tahun 1. Tapi sebenarnya tidak. Online tu untuk sekolah kebangsaan tapi SRAB ni kena pergi ke sekolah tersebut dan ambil borang dengan pakcik Guard. Untuk ibu bapa yang ingin memohon boleh lah cepat-cepat ambil borang sebelum ditutup. Salinan dokumen pon mudah disediakan. Ena bagi senarai ni jadi mudah pergi terus isi borang dan hantar. Tak perlu patah balik ke rumah.

1. Salinan sijil kelahiran anak
2. Salinan Mykid anak
3. Salinan kad pengenalan bapa
4. Salinan kad pengenalan ibu


Kenapa ena nak sangat sumayyah masuk SRAB ni sebab senang 1 sesi untuk semua. Tak perlu nak ada 2 sesi sekolah rendah dan agama. Buat masa ni time PKP masa sampai 1.00 tengahari je selagi belum ada perubahan.

Kelebihan belajar di SRAB

1. SRAB mengandungi dwi kurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Agama (KSSA)
2. Sesi pembelajaran (8.00-4.30 petang) memudahkan pengurusan anak-anak terutama ibubapa yang bekerja pada waktu pejabat
8.00 pg – 4.30 ptg( Ahad- Rabu)
8.00 pg – 1.00 tgh ( Khamis)
3. Makan disediakan 2 kali sehari. Sarapan dan makan tengahari dengan bayaran Rm60 sebulan
4. Kelengkapan LCD projector setiap kelas bagi proses pmbelajaran dan pengajaran
5. Solat Zohor berjamaah bersama guru.
6. Amalan rutin setiap pagi Solat Hajat & Solat Duha bagi murid Tahun 6


SRAB Muar sedikit jauh dari rumah. Ni buat backup kalau sumayyah lulus interview nanti. Kalau tidak, ibu pon tiada masalah masuk SK convent. Tapi korang doa-doakan lah ya sumayyah dapat masuk SRAB tahun 2022. Sebab sumayyah ni pra sekolah PASTI. Jadi dia banyak hafazan. Sebab itu ena mohon tengok pada kemampuan anak.

Ada 3 ujian perlu dilalui. Semua calon wajib menjalani Ujian Kelayakan yang akan diberitahu kelak. Ada ujian bertulis, hafazan dan temubual

Jadi ibu bapa kenalah persiapkan anak dengan bacaan berikut berdasarkan info dari kenalan yang anaknya masuk SRAB :

1. Menghafal surah lazim
2. Doa makan, lepas makan, masuk tandas, naik kenderaan dan doa ibu bapa

Ibu doakan sumayyah semoga lulus Ujian Kelayakan nanti. Aaminn..

Ohh yaa.. kalau sudi follow la Instagram sumayyah. Ena suka kongsi perkembangan anak sekadar buat tatapan keluarga yang jauh.

Worldless Wednesday - Binatang apakah sebut namanya 3 kali?

Soalan teka teki yang famous. Haa jomlah kita refresh otak ni berkaitan binatang.


Sotong celup tepung.....kah...kah...kah....Sekadar hiburan ya kawan-kawan

Contoh Jawapan : Ikan lumba-lumba.. sila lah sambung :)

Kredit : Hamba Berdosa

Resepi Brownies Kedut paling mudah dan sedap by Passionfood

Resepi Brownies Kedut paling mudah dan sedap by Passionfood | Kalau first time buat mesti kita blur nak bermula dari mana. Survey bahan apa nak guna dan nak cek sukatan pakai cawan atau timbang? Tapi tak rasa susah pon even ini kali pertama sebab Passionfood dah bagi jalan mudah untuk korang yang tak pernah buat brownies. Kalau sebelum ini ena mencuba buat cupcake sendiri menjadi, apa lah sangat try brownies pula. Eh yakin lah sebab ni kali kedua buat guna Passionfood sahaja. confirm jadi !!

Tak percaya tengok resepi cupcake sebelum ini :

Brownies Kedut sedap tak perlu sukat cawan

Kerja kita jadi mudah di  dapur tanpa bersepah sebab apa taw ⤵️

❎ Tak perlu cari bahan di kedai
❎ Tak perlu sukatan cawan. Semua dah dibekalkan
❎ Tak renyah nak ayak tepung
✅ Jimat kos, masa dan tenaga
✅ Boleh kukus atau bakar oven
✅ Hanya perlukan 2biji telur gred A sahaja
✅ Aneka topping & filling disediakan seperti Biscoff, Salted Caramel, Peanut butter, Nutella, Walnut dan  Chocolate Chips.

Buka je kotak terus dapat flyers ni ajar step by step. Haa tak perlu pon salin resepi di internet. Mudah kan??? Masa diperlukan untuk siapkan bahan sehingga brownies siap dimasak hanya 60 minit sahaja. Siap boleh ajak anak bonding lagi. Kira tunjuk step dia yang masukkan ke dalam mangkuk.

Hanya sediakan telur


Tadaaaa.. semua ada uolllsss.. Cukup lah makan untuk 4 beranak. Tak perlu ayak tepung atau timbang bahan. Ikut je arahan. Nak lagi faham tengok video ena sediakan.


Untuk Bowl 1 cairkan coklat (Bahan A + B) menggunakan kaedah double boiler. Nak guna Microwave pon boleh.


Bowl 2 pula masukkan telur 2 biji gred A dan gula (Bahan C) dan kacau rata. Kemudian tuang ke dalam Bowl 1. Tak payah pakai mixer pon. Ena kacau guna garfu dan tak perlu pukul sehingga kembang.


Kemudian tuang Bahan D dan kacau sehingga likat


Part topping ni best anak suka tabur-tabur ikut suka.hehe. Ena tak ikut step tapi ubah sendiri ikut tekak. Paling sedap ena suka Nutella + Chocolate chips. Yang bagusnya adunan ni korang boleh dapat 6 jenis perisa taw :

1. Biscoff brownie
2. Peanut butter banana brownie
3. Chocolate chips brownie
4. Salted caramel almond
5. Walnut brownie
6. Nutella brownie

Panaskan oven sebelum masukkan brownies ke dalam oven. Kemudian untuk bakar brownies ini kena 180 degree selama 30 - 40 minit. Setelah masak biarkan brownies sejuk supaya nampak kedut. Tapi kami tak sabar makan terus ngap je. Hahaha. Baki simpan dalam peti ais lepastu makan balik memang sedap. Terasa fully chocolate


ini lah yang ena ubahsuai Nutella mix chocolate chips. memang sedap. Kedua Biscoff brownie sedap. Highly recommended untuk korang cuba kali pertama. Sesuai untuk buat birthday tersayang. Confirm suka hasil air tangan sendiri.

TUTORIAL BROWNIES KEDUT



BROWNIES KEDUT BY PASSIONFOOD

🎂🧁 RM32.80 / BOX (6 jenis toppings & fillings)
🚒💨💨 SHIPPING FLAT RATE - RM5

Facebook:

Instagram:

Whatsapp:

Kontak rapat Positif Covid-19. Apa tindakan yang perlu dilakukan?

Masa dapat berita kontak rapat kami Positif Covid-19 rasa badan ni menggeletar tak cukup nafas sebab dia rapat dengan anak-anak. Semalaman tak tidur lena fikirkan anak-anak nangis tak kena swab? Kebetulan pula ena dan suami tak sihat sakit tekak. Lagi lah otak ni fikir bukan-bukan.

Untuk pengetahuan semua tempoh kuarantin pada 25/2/2021 - 4/3/2021. Alhamdulillah result kami negatif untuk kedua-dua swab test dan kini habis kuarantin. Jadi ena saje nak share mungkin ada yang blur macam ena masa mula-mula dapat berita melalui pengalaman sendiri. Biasa dengar je orang kena kuarantin dan otak ni terus ingat pergi je swab test. Rupa-rupanya korang tak boleh terus terjah KKM taw. Kalau nak jimat kos macam kami ni memang pergi Kerajaan je free. Tapi kalau nak pergi swasta dapat result cepat kena bayar RM300 atau pon ambil masa 2 hari untuk RM120. Uitttt memang tidak lah ena pergi swasta kalau dah 4 orang nak bayar tu. Jadi kami pergi je Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pusat Muar. Result tunggu selepas 48 jam sebab kena hantar ke Johor Bahru.

Kontak rapat hanya dari rumah


Kami bukan jenis berjalan dari tahun lepas. Banyak masa terperap dalam rumah kecuali suami pergi kerja dan sumayyah pra sekolah. Nak dijadikan cerita dapatnya daripada adik angkat kami, R. Si R ni sewa kereta kami dah 2 tahun. 

Rutin harian dia memang setiap hari akan parking motor depan rumah dan pergi kerja bawa Alza kami. Sebab sejak ena resign kerja Alza tu takde siapa pakai. Kami decide sewakan saje. Suami pon ada kereta sendiri. Risau kereta tak bergerak nanti rosak. Kalau dah terbiasa jumpa balik kerja confirmlah suami ni suka ajak lepak borak. Cuma sejak PKP kurang jumpa. R selalu balik kerja terus start motor dan balik. Cuma masa 22/2/2021 tu suami ada berjumpa dia atas urusan custom papan nak pasang kat bilik. Si R ni kerja kilang perabot Bukit Pasir Muar. Ena tak tahu pula masa tu R dukung safiyyah anak bongsu ni baru setahun. Masa tu ena sibuk uruskan sumayyah petang nak mandi.

Tapi bila fikir balik syukur jugaklah ena terus mandikan budak-budak walaupun tak tahu masa tu R baru lepas main dengan anak sebab ena minta suami jagakan kejap. Suami pon mungkin tak sangka jadi camni. Jadi kami takde salahkan sesiapa. Jenis ena ni 1 hari entah berapa kali mandikan budak-budak disebabkan cuaca terik. Si R pula dapat daripada kilang termasuk 10 orang positif dan kilang kena tutup 2 minggu. Tapi R diarahkan kuarantin di rumah sahaja. Keluarga si R Alhamdulillah 1 rumah negatif. R cuma terperap dalam bilik tanpa jumpa mama babah dia. Lagi terseksa kan macamtu...Demam dia agak teruk sampai deria makan pon takde. Masa demam dah 10 hari result negatif. Kali kedua pula positif.

Prosedur mendapatkan pengesahan KKM Muar

1. Telefon dahulu Pusat Kawalan Daerah (PKD) Muar dan berikan butiran nama kotak rapat yang positif Covid-19. Daftar nama keluarga dan tunggu arahan untuk pergi KKM

Telefon : 06-9530917 / 019-3979674

2. Selepas mendapat arahan untuk buat swab test baru lah pergi ke pusat swab test KKM. Macam Muar terletak di Klinik Kesihatan Parit Jawa. Terus parking kereta di belakang klinik dan akan nampak khemah. Masa kami pergi jam 10 pagi tak ramai orang selesai lebih kurang 1 jam.

3. Selesai swab test, diarahkan memakai gelang untuk tempoh kuarantin selama 8 hari. Suami dan sumayyah kena lah cuti duduk rumah. Yang tak sihat ena dan suami sahaja. Kami mengalami sakit kepala, sakit tekak dan bisa badan.

Swab test pertama : 25/2/2021 (Negatif)
Swab test kedua : 1/3/2021 (Negatif)

4. Kami yang kena call PKD selepas 48 jam. Setelah semua negatif dan tempoh tamat kami diarahkan ke Pejabat Kesihatan Muar sebelah Pejabat Pos Muar untuk potong gelang.

Kalau ditanya pengelaman ena cukuplah ini kali pertama dan terakhir. Bayangkan sakit tekak kena pula jolok, sakit taw. kena test 3 area di kedua-dua belah hidung dan juga tekak. Kakak dah meraung kuat sampai 4 orang kena pegang. Adik pula steady tak nangis. Siap gelak-gelak. hehe. Adik memang kuat lah. Ibu ni beriya risaukan dia tapi dia gelak main je. Kakak tu takut bahagian hidung je tapi tekak dia boleh terima. Masuk kereta merajuk tak nak bersuara. Tempoh kuarantin yang tak best sebab pergerakan terbatas. Nasib baik jiran prihatin banyak hulurkan bantuan makanan.

Kami sangat bersyukur sebab kami ni kerap mandi. Selain itu, ena selalu mop lantai sebab budak-budak makan bersepah. Haa tu yang jadi rajin. Lepastu ena dan suami dari tahun lepas consume Vitamin C Shaklee. Jadi mungkin sebab antibodi kuat. Sumayyah pon makan Vitamin. Safiyyah pula baru kena vaksin pneumococcal. Ena bukan over claim taw. Tapi seeloknya makanlah vitamin untuk ketahanan imun badan. Sebab kami takde demam pon. Suami jatuh sakit lepas jumpa si R dan ena berjangkit suami. Sebab itu sentiasa lah jaga kebersihan, keluar beli barang balik mesti semua mandi dan barang-barang ena akan lap bersih sebelum disimpan. 

Sedap atau tidak kek Mamasab Bakery?

Sebenarnya dah lama teringin nak merasa tapi susah nak jumpa runner yang boleh delivery ke rumah. Tapi baru-baru ni rezeki lah jumpa juga trusted agen ni dari Batu Pahat tapi dia ada runner yang servis murah di Muar cuma RM10 je berbeza yang lain offer RM15 cas penghantaran. Yang kelakarnya masa ena transfer duit tu macam familiar je nama pemilik akaun ni. Rupa-rupanya 1 batch sekolah Sri Kukup hahahaha. Elok lah ena tak cam dia. Dia tak cam ena. Yelah 18 tahun kot tak jumpa. Mestilah tak cam bila dah beranak pinak. Apa lagi tergelak lah bila zoom in muka profila Facebook. Jadi dapatlah kek percuma.hehe. Rezeki gitu. Apa yang ena puji kek ni even simpan lama dalam peti ais, bila keluarkan dia tak mengeras lama cream tu. Dan tak cepat cair. Memang kualiti lah.

Sedap ke tidak kek Mamasab?

Sejujurnya tak semua kena dengan selera tekak. Bukan tak sedap tapi nama pon tekak sendiri kan. Macam ena bukan peminat coklat so tak suka lah kek coklat sangat cepat muak. Tapi suami dan anak suka kek coklat. Confirmlah diorang bagi 5 bintang. Ena bagi rate ikut pengalaman sendiri. Ada yang ena baca komen kata "tak sedap langsung camne lah boleh viral". Haaaa.. ena rasa mungkin kek tertentu. Macam ena cuba pelbagai kek jadi ada yang sedap ada yang kurang. Jangan lah pukul rata semua kalau tak merasa dulu. Kalau betul tak sedap langsung tak kan lah laku permintaan tinggi setiap hari. ye tak????

..................................................................................................................

KATALOG SEMUA MENU MAMASAB

https://mamasabbakery.com.my/katalog/


Masa buat surprise birthday suami ena saje order Mamasab tengah offer Red Velvet Full Nutella. Ena peminat Red Velvet. Jadi pendapat ena ni ranking kedua sedap sebab ena pernah rasa lagi sedap dari ini di Bakery Muar.

RED VELVET FULL NUTELLA RM50


Kek Red velvet yang sangat moist disaluti dengan cheese gebu dan topping pula Full Nutella 

Review >> 4.5/5 bintang

DEVIL FOOD CHOCOLATE CAKE STANDARD RM40


Rezeki suami sambut birthday kali kedua bila BFF dia belanja. Jadi suami nak kek coklat. Kek ni memang sedap cuma ena bukan penggemar coklat jadi cepat muak makan.

Perkataan devil digunakan untuk menggambarkan kesedapan resepi kek coklat yang sangat 'jahat' sehingga mampu membuatkan ramai orang termimpi-mimpi DFCC STANDARD katanya kek paling laku keras sebab tu buat come back semula.
Dari bawah :
✅ Kek Chocolate Padu
✅ Chocolate Ganache
✅ Cream Cheese
✅ Caramel Drizzle
✅ Nutella Drizzle

Review >> 4/5 bintang

DFCC Minipack RM12


Sambutan birthday pertama suami kan ena beli Red Velvet. Dalam masa yang sama ena beli minipack DFCC standard ni. Tu yang suami request lagi tapi nak kek besar terus.

COMBO LAGI DASYAT RM40

Anak suka coklat, suami suka red velvet, mak suka pandan, kite suka butterscotch 🤔
Gabungan mantap 4 jenis kek dalam satu harga. Kebahagiaan dikongsi bersama 💖
🍫 *DFCC No Cheese*
(kek coklat padu pekat melekat 🤤)
🧀 *Red Velvet Standard*
(gabungan kek moist dgn creamcheese tak kedekut 🤤)
🍰 *Pecan Butterscotch*
(kek pluffy gebugebass ditabur kacang pecan rangup yg telah disalut caramel dan dicurah sos Butterscotch di atas kek 🤤🤤)
🌿 *Pandan Gula Melaka*

(kek klasik citarasa modern dgn wangian pandan asli, mggunakan swiss meringue cream, ditabur kelapa hawaiian dan dicurah gula melaka 🤤😋)


Ni first trial ena sebab masa tu rambang mata nak beli kek apa jadi try lah CLD tapi tak kena jiwa. Ena tak suka manis sangat tapi maybe kek span bawah tu agak kering. So rasa biasa-biasa je. Haa tapi kalau nak buat birthday kek untuk parents sesuai sebab biasa kan orang tua tak suka kek manis-manis. Siapa yang tak suka manis sangat ena recommend kek CLD. Lagi satu malas nak pening kepala macam ena suka Red Velvel je, anak dan suami suka coklat. Haa kek ni sesuai lah makan sebab pakej lengkap. Di antara 4 jenis ni yang kurang sedap pandan gula melaka. Mungkin sebab ena dah rasa yang lebih sedap dari ini.

Review >> 3/5 bintang

Nutella cheese cake slice RM10


Disebabkan kek ini mahal yang besar RM100 jadi ena try yang minipack. Memang sedap kombinasi rasa ada biskut crunchy. TAPI terlalu manis. makan 1 slice je dah buat rasa tekak melekat.haha. Kalau korang suka manis sesuailah makan kek ni. Serious sedap sangat cuma terlalu manis. Suami ena pon suka kek ni.

First layer: oreo crumble+digestive biskut
Second layer: cheese + Nutella 
Third layer : cheese 
Top layer : nutella
Whole 9" berat -+1730g RM100

Review 4/5 bintang


Untuk kudapan ada pelbagai pilihan cookies. Dah orang belanja kan kita pon try lah satu cookies.hehe. Ni ena cuma try Cadbury Oreo. 


Memang sedap habis. Ena makan biskut bawah je sebab anak dah berebut nak coklat di atas. hahahaha. Untung dapat ibu yang tak minat sangat coklat ni. Tapi biskut bawah tu makan gitu tanpa coklat pon sedap taw. Kerangupan dan lemak manis tu cukup rasa je.

Review >> 4.5/5 bintang


Nak order Mamasab ni mudah sebab agen ada seluruh Malaysia. tinggal lagi kena cek dulu ada runner boleh hantar ke tidak. Dan korang boleh survey dulu cas paling murah. Macam ena tinggal di Muar jadi outlet terdekat berada di Parit Raja. Jadi senang kalau nak order. Korang boleh beli time promosi sebab setiap hari akan ada offer yang berlainan. dapatlah saving sikit.


Nak cuba kek Mamasab tapi tak tahu trusted seller? Haa boleh contact je Aimie