ツ Teman Tapi Mesra

Fogging sanitasi rumah percuma dengan Coway 2021

Fogging sanitasi rumah percuma dengan Coway 2021 | Korang mesti tahu kos disinfection services ni mahal mencecah sehingga RM250 mengikut keluasan. Jadi bila tengah ada promosi secara percuma ni ena memang nak buat nyahkuman di rumah seperti yang disarankan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulllah yang membenarkan proses sanitasi dilakukan sendiri oleh pemilik kediaman masing-masing berpandukan kepada garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan.

Kempen sebarkan "Rasa Sayang" Coway sedang menjalankan sanitasi rumah secara percuma yang bermula dari Jun 2020 tapi masih boleh didapatkan secara percuma pada tahun 2021 untuk tempoh terhad. Jadi kalau korang belum berkesempatan nak sanitize rumah cepat-cepatlah booking dengan agen Coway. Pengguna Coway dan bukan pengguna pon boleh dapat percuma. Mengambil masa selama 30 minit untuk nyahkuman 1 rumah. Cuma korang kena dengar lah info berkaitan produk tapi tiada paksaan untuk melanggan. Macam ena sendiri pengguna Coway water filter sejak 2018, memang jimat bil tak naik mendadak.

Kelebihan Coway Disinfection

Proses sanitasi di seluruh kediaman rumah 2 tingkat kami di Muar

Sanitasi ini berasaskan water based jadi tak perlu risau ia selamat untuk kanak-kanak dan ibu mengandung. 

1. Diuji secara klinikal 99.999% membunuh kuman dan bakteria dan tidak membahayakan tubuh badan manusia
2. Teknologi terobosan membunuh kuman dan bakteria sepantas 10 saat
3. Semburan yang mampu kena pada setiap tempat
4. Sekatan Bahan Berbahaya (RoHS) Restriction of Hazardous Substances (RoHS)
5. Tiada kandungan alkohol, tidak mudah terbakar dan bebas dari kerengsaan kulit
6. Terbukti bebas dari racun perosak oleh Jabatan Pertanian (DOA - Department of Agriculture)


Alat dan bahan digunakan

Sanitizer Machine & Liquid ( PowerShield - Airbone Lite )

Prosedur sanitasi rumah dilakukan :

1. Tutup semua tingkap, pintu dan kipas supaya asap tidak akan keluar
2. Proses semburan sanitizer dilakukan ke seluruh rumah dan juga setiap sudut kabinet serta perabot
3. Selepas beberapa minit on penapis udara Coway 'Storm AP-1516D' untuk natural kan udara di dalam rumah

Storm AP  - 1516D

Penunjuk LED setiap warna menunjukkan indikator kualiti udara (real time). Masa mula-mula on memang nampaklah warna pink dan last sekali bertukar kepada biru menandakan udara kediaman rumah sudah bersih dan nyaman.

Masa ni lah akan ada demo penapis udara yang merangkumi:

1. Pre Filter - Menyedut habuk, rambut manusia dan bulu haiwan peliharaan
2. Fine Dust Filter - Menapis partikel yang sangat kecil seperti debu halus
3. AC Deodorisation Filter - Menghilangkan bau busuk, rokok dan pencemar udara yang lain
4. HEPA Filter - Menghapuskan asap rokok, habuk mikro, bakteria, virus dan kuman

Penapis Udara Storm Coway 3 in 1
(penapis udara, kipas & lampu tidur)


1. Model mampu milik ini direka khas untuk menghasilkan peredaran udara yang optimum (powerful air circulator) dan memastikan anda menghirup udara yang bersih menggabungkan teknologi sedia ada dengan kipas. 

2. Storm Coway mempunyai Multi-Directional Air Flows dengan kitaran udara secara terus sejauh 6 meter.

3. Mempunyai fungsi HAZE Mode (mod jerebu) untuk pengaliran udara yang lebih kuat dan laju bagi membuang habuk secara berterusan

4. Luxurious touch interface yang mesra pengguna dengan sentuhan lembut di hujung jari seakan menggunakan 'Smartphone'

5. Dilengkapi HEPA Filter yang mengurangkan risiko jangkitan Influenza

6. Menjimatkan elektrik pada waktu malam. Light sensor berfungsi mengesan cahaya yang samar atau gelap akan bertukar kepada SLEEP Mode


Untuk booking di sekitar Johor boleh hubungi Coway Health Planner
.
.
Puan Erlina : 017 - 651 4014

2 Chantiq Manis:

Atie Zieya said...

my house recently almost tiap hari ada fogging ! huhuhuhu

Ana Jingga said...

mesti rasa selesa dan selamat selepas rumah di sanitasi kan ena :)