Misteri Mona memaparkan 3 penyakit mental kronik dalam 1 drama | Bukan seorang yang suka mengulas drama tapi terpanggil untuk review sebab kisahnya sangat dekat dengan masyarakat. Kalau korang perasan semakin banyak drama mula mengangkat kisah berkaitan gangguan mental seperti drama "Camelia", "Mimpi Sumi", "Suri Katriana" dan banyak lagi.
Misteri Mona ni betul-betul plot twist dari awal sampai akhir tiada siapa boleh teka ending nya. Senang cerita kita sebagai penonton yang tengok pon boleh jadi stress, gila sebab otak kita dimainkan asyik terfikir siapa Mona???? Mana mak Anom??? Kita boleh teka Mona tu kakak kepada anom tapi mana Mona???? Part paling best tu tak sangka Nadeem pon seorang pesakit mental, ena ingatkan dia setakat panas baran sebab penat jaga isteri yang sakit mental. Yelah dari awal kita tahu dia seorang Doktor Psikiatri. Lepastu awal cerita kononnya ayah dia tipu cakap sakit jantung. Jadi ingatkan dia mungkin dah meninggal masa kecil. sebab nama disebut Fahmi, bukan Nadeem. Memang superb cerita ni.
Drama bersiri TV3, Misteri Mona
Drama genre psiko thriller sebanyak 8 episod arahan Amor Rizan disiarkan bermula 10 Disember 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 10 Disember 2020 pukul 10 malam di TV3.
Menampilkan pelakon Janna Nick (Anom), Redza Rosli (Fahmi Nadeem), Ruzana Ibrahim (Mona) dan Elisha Sandha (Farah)
Mangsa penderaan dan seksual sejak kecil
Pada mula episod agak slow jalan ceritanya. Tapi sakit hati juga menonton bila Razlan (suami kedua selepas suami pertama meninggal) seorang penagih dadah bersifat panas baran selalu memukul isteri (Laila) dan sehingga menjual isteri untuk langsaikan hutang. Kemudian merancang untuk menjual Mona dan Anom tetapi tidak kesampaian apabila Anom membunuh Razlan ketika dalam kenderaan sehingga kemalangan. Yang tragisnya Anom melihat sendiri Mona ditikam Razlan sebelum pengsan. Sejak itu Anom tidak dapat menerima hakikat kematian Mona dan sering berhalusinasi bercakap dengan Mona yang tidak wujud.
1. Dissociative identity disorder (DID)
"Tak suka rasa macam ni"
Menangis tengok time ni bila Anom cakap "Tak suka rasa macam ni". Anom tak nak membunuh tapi dia tak sedar bila Mona melakukan pembunuhan. Siapa tak sayang ibu. Sedihhhhhh part ni.
Sejarah penderaan dan seksual dialami sejak kecil membuatkan Anom menghidap penyakit Dissociative identity disorder (DID) atau Kecelaruan Identiti Diri. Kebiasaanya dipanggil "split personality". Ia adalah penyakit kronik yang melibatkan kekacauan memori autobiografi dan kesatuan identiti. Penghidap penyakit ini mempunyai lebih dari satu identiti yang tidak seragam. Anom adalah Mona dan Mona adalah Anom. Suara Mona yang didakwa Anom muncul sebenarnya datang daripada diri dia kerana pemikiran yang tidak boleh dikawal oleh penghidapnya. Emosi yang kuat yang berlaku secara tiba-tiba tanpa dapat dikawal sehingga Anom menjadi pembunuh bila perwatakan berubah kepada Mona yang sememangnya membenci ibunya Laila berkahwin dengan Syaitan bertopengkan manusia. Mona pendua kepada Anom membunuh Razlan, Laila, anak kandung dan Nadeem.
"You tengah main dengan otak i ke sekarang ni Nadeem"
Tak tahu lah kena time ni ena tergelak sebab sebagai penonton pon rasa si Nadeem ni tengah mainkan otak kita sekali.hahahahah... Stress tengok cerita ni. Nasib baik episod pendek je. Makin lama boleh jadi gila dibuatnya nak fikir Mona tu kena kurung dalam rumah ke apa sebab Nadeem tak benarkan Farah masuk ke bilik rahsia. Berdebar dan seram bila ada bunyi pelik dari bilik tersebut. Kalau kita jadi Farah (Penjaga Mona) dah lama cabut lari.
2. Pedofilia
Tuan Jamal (suami ketiga Laila) seorang "Pedofilia" memperkosa anak kandung iaitu kakak kepada Fahmi Nadeem menyebabkan kakak dan ibu Nadeem membunuh diri. Kemudian Mona, anak tiri menjadi mangsa Tuan Jamal. Pedofilia adalah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya merupakan individu dewasa cenderung melakukan seks terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Mona dan Anom tak mampu membongkar rahsia kepada Laila disebabkan ugutan Tuan Jamal. Bayangkan Mona, Anom dan Nadeem hidup dalam ketakutan di rumah sendiri. Sejujurnya kesian sangat pada Mona jadi mangsa Tuan Jamal dan selalu meluahkan rasa bencinya pada Laila terhadap Anom. Sebabtu Anom tidak boleh berpisah dengan Mona. Dia yang merasa penderitaan Mona.
3. Skizofrenia
Penyakit "Skizofrenia" dihidapi Nadeem merupakan gangguan mental kronik yang menyebabkan perubahan dalam tingkah laku, pemikiran, ingatan, pertuturan dan juga pergerakan. Nadeem sering mengalami kemurungan, rasa tidak yakin pada diri sendiri dan mula mengasingkan diri daripada keluarga dan orang sekelilingnya. Sebab itu Nadeem tidak suka berkawan dengan Mona dan Anom. Sering mengalami halusinasi dan takut kehilangan dapat dilihat bila dia terlalu sayangkan Anom walaupun dia tahu Anom bunuh anak kandung mereka sendiri.
Serious ending cerita ni memang best. Ena tak sangka Nadeem ni pon sakit mental. Bilik yang kita sangka kurung Mona selama ni rupa-rupanya klinik khayalan Nadeem semata-mata. Plot yang tidak dijangka sebab setiap pagi Dr Nadeem akan pergi kerja dan Farah akan periksa Anom di dalam bilik. Rutin harian sama je setiap hari. Tapi selama ni Nadeem ada je di bilik bawah. Moral of story drama ni betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sebab kesannya boleh membawa penyakit mental sehingga dewasa. Tahniah diucapkan buat pada pelakon dan krew terlibat menjayakan drama yang sangat best ditonton. Drama yang cukup berat untuk disaksikan tapi 3 penyakit ditonjolkan memberi pengajaran kepada penonton betapa bahayanya penyakit ni jika tidak dirawat. Ena pon takdelah faham sangat dan keliru tentang jenis penyakit ni tapi bila 3 watak pesakit mental dimainkan dalam satu drama jadi kita boleh bezakan bagaimana keadaan pesakit tersebut. Jadi kalau korang belum menonton drama ni boleh lihat link di bawah.
Episod penuh Drama Misteri Mona
14 Comments
Sebab penat dah dengan cerita dekat malaysia ni.
Tak cintan-cintun, mesti gengster. Tak gengster, mesti hantu. Haha.
Tapi yela..bila fikir balik..xkan kejap kuo..kejap masuk... cuma kalau split kan.. jadi leh berubah ubah tulisan... yg tak sangka sgt part dr nadeem.. egtkan jahat.. sebab dr psiko... rupanya dia pun gilooooo..errr
aida baca. and teruja nak tonton.
aida memang x sempat tonton di tv la.
akan tgk nanti di utube.