Cara mohon i-Sinar KWSP Online @ Tutorial lengkap | Rasa tak perlu lah ena cerita terlalu details iSinar ni sebab korang yang nak mohon confirm dah tahu status layak atau tidak. Tapi kalau tak yakin boleh je cuba dulu memohon asalkan baki Akaun 1 KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mencukupi untuk dikeluarkan. Contoh macam ena sendiri dah last mencarum tahun 2016. So memang layak memohon sebagai suri rumah Kategori 1.
Contoh paparan i-Akaun (Member) - KWSP
Kategori 1 iSinar
Boleh mohon iSinar?
Isnin, 21 Disember 2020
Status berjaya atau tidak iSinar?
Isnin, 4 Januari 2021
Duit iSinar masuk?
Pertengahan Januari 2021
Kategori 2 iSinar
Boleh mohon iSinar?
Isnin, 11 Januari 2021
Status berjaya atau tidak iSinar?
Belum dikemaskini
Duit iSinar masuk?
Sebelum akhir Februari 2021
BACA BETUL-BETUL SEBELUM SAHKAN SEBAB TAK BOLEH EDIT SEMULA !!!!
Ena warning awal-awal ya sebab ramai tersalah pilih jumlah pengeluaran. Dia akan auto nilai kecil jadi korang kena tarik amount tu ke maksimum RM10,000. Ena baca komen di Facebook ramai tersilap isi amount. Jadi pastikan baca betul-betul sebelum klik amount.
Tutorial cara memohon pengeluaran iSinar KWSP online Kategori 1
Jika korang dah ada daftar TAC nombor di KWSP dan ada i-Akaun lagi mudah nak mohon. Ini contoh kali pertama nak buka aplikasi. Boleh terus ke laman web KWSP atau lagi cepat urusan, install aplikasi "i-Akaun"
Klik "Open"
Apabila buka aplikasi akan terpapar satu link ke "i-Sinar" di bahagian bawah menu. Klik seperti gambar di atas.
Masukkan No.IC dan No telefon yang didaftar TAC Nombor.
Kemudian korang akan dapat nombor OTP atau SMS Alert untuk pengesahan. Sebab itu pentingnya kemaskini maklumat dari awal.
Dekat sini lah korang kena hati-hati sebab borang ni auto letak amount rendah. Korang kena tarik button bulat oren tu ke maksimum yang korang nak keluarkan.
Untuk pengetahuan korang pembayaran pertama maksimum RM5,000 jika had pengeluaran adalah RM10,000. Jadi tarik button bulat hitam tu ke maksimum RM5,000
Ini lah contoh jadual berkala duit yang akan dimasukkan ke dalam akaun korang tadi. Korang boleh adjust nanti akan auto kira duit bulanan dapat berapa yang penting dalam 6 bulan tersebut.
Boleh tukar amount jika tak pasti.
Isi maklumat nama, IC dan email
Isi maklumat Bank yang ingin dikreditkan wang KWSP. Pastikan milikan sendiri. Nombor akaun Bank kena isi 2 kali.
Isikan alamat surat-menyurat
Membuat semakan sebelum dihantar
Baca maklumat bayaran dengan betul dan klik button untuk pengesahan. Kemudian klik "Saya bukan robot"
Contoh gambar lampu isyarat ni klik 4 petak atas ke bawah. Kalau tak pasti boleh pilih imej lain.
Klik "Hantar"
Permohonan berjaya. Jadi tunggu je keputusan yang akan diumumkan pada 4/1/2021. Semoga berjaya :)
10 Comments