ツ Teman Tapi Mesra

ARISSTO 100% kopi asli dari Italy harga marhaen tapi kualiti bangsawan

ARISSTO 100% kopi asli dari Italy harga marhaen tapi kualiti bangsawan | Finally ena terpengaruh juga nak ada mesin kopi ARISSTO sendiri di rumah. Sebagai seorang coffee lover haruslah nak try yang sibuk diviralkan hanya sewa RM1 sebulan. Ena mula-mula tak percaya. Tak kan laaaaahhh... Kena servis tak tu?? Haaa dia punya persoalan terlalu banyak. Tapi sekarang tak ragu dah sebab memang betul sebulan sewa RM1.. Ya ! RM1 je awak-awak sekalian. Tak payah nak brew, tak payah nak drip bagai. Tekan je kapsul terus air tu dah boleh minum. Semudah ABC.. Nak jaga pon senang. Mati-matilah ena ni ingat agen hantar ke rumah briefing bagai. Ajar cara guna, cara cuci, cara servis. Eh tak perlu semua.. Tahu-tahu je courier DHL hantar mesej inform mesin kopi nak jumpa tuan rumah.

Sewa mesin kopi ARISSTO RM1 sebulan


Ena sedang menikmati Caffe Latte (2x milk & 1x amico small cup)

Menikmati revolusi premium kopi dan teh dengan teknologi kapsul Espresso dan TeaPresso. Kopi O dan Teh tarik memang tidak asing bagi warga tempatan apa lagi satu dunia menggemarinya. Yang lebih menarik ARISSTO dihasilkan 100% di Italy, direka oleh pakar kopi Italy dan sumber kopi terbaik di seluruh dunia iaitu Brazil, Columbia, Costa Rica, Guatemala, Togo, Kenya dan Ethiopia. Korang tak perlu susah payah ke Italy sebab hanya sewa RM1 korang dah boleh nikmati kopi premium eksklusif hanya di rumah. Manakala daun teh pula dari ladang terbaik dunia seperti China, India, Sri Lanka, Kenya dan Turki.

Arissto tawarkan Espresso dan TeaPresso premium terbaik


Kapsul ARISSTO dicipta oleh Master ARISSTO Coffee. Dengan menggunakan mesin kopi ARISSTO ini, high-pressurised steam menekan kapsul pilihan untuk mengeluarkan pati dalam masa 30 saat dan kualiti kopi dijamin setanding hotel 5 bintang.

ARISSTO menawarkan pelanggan FREE TRIAL SEBULAN. 
Tiada kontrak, Boleh cancel anytime


Serious cakap senang dijaga. Berat pon dalam 4 KG je. Fleksibel nak pindah ke mana-mana tempat. Korang nak bawa menginap hotel pon boleh. Easy travel dan easy pack sebab tidak terlalu berat dan reka bentuk comel tak memerlukan ruang besar. Korang just penuhkan air pada tangki belakang mesin kopi. Tak perlukan sambungan air paip. Hanya sambungkan kabel elektrik. Nak cuci pon cukup senang hanya tekan "touch button" untuk cuci setiap kali korang habis guna kapsul. Dah kata kan ARISSTO semudah ABC..... Dahlah RM1 sebulan, servis sendiri, jadi Barista pon diri sendiri. 

Sebenarnya korang saving 75% berbanding minum di cafe luar. Di musim Pandemik ni tak perlu nak beratur hanya nak dapat kopi kegemaran sebab korang boleh jadi Barista dirumah. Ena pon dah explore pelbagai resepi. Yang bagusnya siap FREE TRIAL tanpa terikat kontrak. Korang nak ragu-ragu apa lagi???? Haa guna lah ARISSTO dulu. Lepastu tak nak pakai boleh contact customer servis untuk pemulangan. Diorang yang akan datang pickup.


Boleh adjust muncung saluran air tarik ke bawah jika cawan kecil

Step pertama : Cuci tank mesin kopi


Korang boleh set sukatan air sendiri samada nak small cup atau big cup. Selepas sahaja korang on button di tank belakang dan air di isi penuh baru lah korang tekan button big cup sekali. Tunggu sehingga ia berhenti dan bunyi beep baru tekan kali kedua dan air akan keluar. Ingat ya jangan masuk kapsul dahulu. Ini untuk proses mencuci mesin kopi.


Haa nampak tak warna air yang dicuci tu. Tunggu sehingga bunyi beep baru lah korang boleh masukkan kapsul. Kalau korang dah habis guna kapsul pon step yang sama untuk cuci tank. Pastikan kapsul takde baru korang tekan big cup untuk cuci sebelum korang off elektrik. Mudah kan??? Tak perlu pon korang angkat mesin kopi ni ke sinki untuk cuci dalam. Tong sampah kapsul pon ringan just tarik keluar dan cuci. Patutlah orang panggil kualiti bangsawan, dah semua serba serbi canggih. Anak pon pandai buat sendiri.


ARISSTO bukan saje ada kapsul kopi tapi ada banyak pilihan. Jika korang bukan penggemar kopi, ARISSTO ada menyediakan kapsul teh. ARISSTO juga ada kapsul susu tetapi korang juga boleh gantikan dengan fresh milk sendiri jika kehabisan stok. Antara flavour yang ada ialah Sunrise, Lonely, In Love, Passion, Luna, Amico, Choco dan milk. Kapsul TeaPresso pula ada The King, The Queen, Prince, Princess dan Earl. Ena paling suka bau aroma yang wangi dan kekal segar kerana antioxidant fresh-preserving capsule tanpa pengawet dan pewarna tiruan.

Berapa pula harga kapsul??

RM3 untuk 1 kapsul. 1 kotak ada 10 kapsul RM30/ box

Tapi kalau korang nak jimat terus jadi membership selepas 30 free trial, boleh mendaftar Pelan Kopi RM1. Dengan ini, korang dapat menikmati mesin kopi dengan sewa bulanan RM1, dan komitmen minimum 10 kapsul (1 kotak kapsul). Yang terbaik adalah korang akan mendapat 2 kotak teh percuma bermaksud harga serendah RM1 purata untuk 1 kapsul.

Resepi air ARISSTO boleh dinikmati panas atau sejuk


Brown sugar iced coffee

Bahan :
1. Brew 1 x amico small cup
2. Bancuh gula perang dengan air panas yang dijadikan sirap
3. UHT full cream milk (Ena guna Goodday)
4. Ais kiub

Penyediaan :
Letak ais kiub separuh cawan
Layer 1 - Tuang sirap gula perang
Layer 2 - Tuang susu UHT
Layer 3 - Tuang kopi amico


Iced Cappuccino

Bahan :
1. Brew 1 x amico small cup
2. Gula perang
3. UHT full cream milk
4. Shaker dan ais kiub

Penyediaan :
Letak ais kiub separuh cawan
Tuang susu UHT separuh cawan
Masukkan air amico + gula perang ke dalam shaker dan kacau
Masukkan ais kiub ke dalam shaker dan tutup rapat
Goncang sehingga banyak buih
Tuang kopi amico ke dalam cawan


Milk Chocolate

1. Brew 1 x choco small cup
2. Brew 1 x milk small cup
3. Tabur serbuk koko


Lemon brown sugar tea

Bahan :
1. Brew 1 x earl big cup (*optional boleh tekan 2 kali)
2. Gula perang
3. 2 x hirisan lemon

Penyediaan :
Masukkan gula perang dan perahan air lemon ke dalam teh dan kacau


Honey lemon iced tea

Bahan :
1. Brew 1 x The King big cup (*optional boleh tekan 2 kali)
2. Madu
3. 2 x hirisan lemon
4. Ais kiub

Penyediaan :
Masukkan ais, madu dan perahan air lemon ke dalam teh

Revolusi ARISSTO premium Bread - teknologi 5 minit oven fresh


ARISSTO bukan sahaja menghasilkan kopi dan teh terbaik dari ladang tetapi menghasilkan revolusi roti 100% menggunakan bahan premium. Roti ini telah siap dibakar selama 90%, kemudian proses "nitrogen packing". Roti hanya perlu simpan di dalam peti ais dan bertahan selama 6 bulan. Hanya perlu masukkan ke dalam oven atau air fryer dan panaskan selama 5 minit. Roti ini akan masak dari 90% ke 100% segar dan korang pasti tergoda dengan bauan roti yang dibakar. Sebab itu revolusi roti ini digelar "5 minutes oven-fresh technology". Kombinasi yang saling melengkapi untuk tea time.

Roti ARISSTO hanya menggunakan ramuan terbaik dari seluruh dunia termasuk 100% butter AOP Perancis berkualiti tinggi, Tepung asli Valrhona dan tepung T55 Perancis. ARISSTO menghasilkan roti yang mewah dan kuat dengan rasa berkrim yang tinggi tapi menyihatkan. ARISSTO menghasilkan roti dan pastri tanpa bahan pengawet dan pewarna tiruan, 100% asli dan semula jadi juga sihat tetapi dengan rasa yang hebat.



Croissant biasa yang dijual di kedai roti hanya mempunyai sedikit lapisan di bawahnya tetapi ARISSTO menggunakan Signature 38-Hour Miracle Dough untuk mencipta croissant pelbagai lapisan dengan rasa unik dan kalau korang buka rupa isi didalam macam sarang lebah sangat lembut dimakan. Berbaloi untuk dicuba. Bagi ena Raspberry butter croissant paling sedap di makan kosong. Berebut makan dengan anak-anak. Ada pelbagai roti lain lagi seperti Matcha butter croissant, Golden roti, CharGold roti dan Golden cake.

Resepi Roti premium Arissto


Sangat mudah hanya menggunakan tuna, salad dan tomato dimasukkan ke dalam Butter croissant.


Focaccia mempunyai tekstur bahan seperti doh pizza dibuat hanya dengan menggunakan minyak zaitun terbaik Itali dan ramuan herba Mediterranean sangat sedap dicecah bersama mushroom soup. 

Secara keseluruhannya ena berpuas hati dengan keenakan kopi, teh, coklat dan juga roti. Dapat rasa keaslian dan aroma wangi sangat segar. Thank you ARISSTO memudahkan coffee lover menikmati kopi terbaik dunia hanya di rumah.

RASAI PENGALAMAN ARISSTO SECARA PERCUMA SELAMA SEBULAN

Pelanggan akan menerima pakej tersebut :
**12 jenis kapsul ARISSTO Premium Coffee & Tea
**30 Hari Penggunaan Mesin Kapsul ARISSTO Percuma

Korang hanya perlu daftar link di bawah dengan yuran pendaftaran RM1 dan cas penghantaran RM19 (SM) & RM39 (SS)




9 Chantiq Manis:

ctsuzie said...

Wow..menarik..plan yg sgt mampu milik..rasa pun mcm setanding kopi barista ternama..

Syaz Rahim said...

menariknya! tergoda

Unknown said...

bestnya roti dgn kopi
.paduu..

Ardini Humaira said...

Dni suka kopi amico, sunrise, dengan lonely 😁

Sis Lin said...

Memang berbaloi puashati, Sis yang sewa sendiri ni pun rasa puas nauu dapat mesin arissto ni haaa..

Sofinah Lamudin said...

Comel lah mesin ni... peminat kopi perlu tau mesin kopi kat rumah hahaha... tapi saya tak beli pun... asyik minum 3 in 1.

Tehokaw.com said...

Singgah tengah malam ...blogwalking..nice antry terbaik tuan tanah..

Cik TK said...

Roti-roti tu menggodaaa

nohas said...

bagus ni..berbaloi, value for money..