ツ Teman Tapi Mesra

Menu kenyang sampai tahun depan

Menu kenyang sampai tahun depan | Alhamdulillah penutup menu 2020, masak menu simple je sebelum melabuh tirai Disember 2020.

Sambal kicap ikan cencaru, daging masak kurma dan telur dadar

Tak sangka dah nak masuk 2021 sebab ingat lagi zaman sekolah selalu dengar Wawasan 2020. Masa tu fikir alaa lambat lagi. Ehh tup tup dapat baby 2020. Hehe itu lah pencapaian terbesar tahun ni dapat baby 2020. Pantang PKP pulak tu. Safiyyah pon dah 10 bulan. Kakak pulak pra sekolah 5 tahun. Alhamdulillah. Apa pencapaian terbesar korang pada 2020? 




Tidak menjual di Facebook tetapi akaun disekat. Blogger perlu periksa Marketplace supaya link blog tidak disekat

Tidak menjual di Facebook tetapi akaun disekat. Blogger perlu periksa Marketplace supaya link blog tidak disekat | Ena tak pasti samada korang sebagai blogger tahu ke tidak jika kita share entri blog ke personal akaun Facebook, sekarang ni admin akan auto detect masuk 'Selling' iaitu di pautan "Marketplace". Kalau tidak tahu cuba korang cek samada banyak tak list selling. Jika melebihi daripada 10 listing, berhati-hatilah sebab peluang untuk disekat tinggi. Terjadi kepada mertua ena sendiri akaun Facebook disekat selama seminggu untuk komen. Bila ena cek terlalu banyak listing di Marketplace. 

Dulu ena selalu jugak kena. hahahaha. Tapi sekarang dah bijak sikit lah sebab dah tahu apa yang tidak boleh. Tengok sejarah ena selalu kena blok komen tapi sampai bulan Mac 2020. Sejak dari itu sampai sekarang tak pernah lagi kena blok url blog walaupun ena selalu share ke group. Mungkin tips selanjutnya membantu para blogger supaya alert.

Cara cek feedback daripada admin Facebook. Takde naik notification tapi korang kena cek manual

Tekan 3 line bar hujung atas belah kanan dan klik "Support Inbox"

Haa disini lah kena cek manual. Klik "Your violations"

Disini akan banyak list update. Ni contoh ena klik latest feedback. So dia review posting ena ok. Jadi takde melanggar etika. Kira blok sementara tu untuk tunggu review admin. Leceh kan kalau kena hold?????

Jadi ini antara ena lakukan tanpa kena review by admin. Perkara yang korang perlu elakkan:

1. Jangan share melebihi 3 artikel di dalam satu hari untuk group yang sama. Katakan hari ni nak share entri "travel". Kalau boleh 1 entri sahaja fokus untuk semua group Facebook. Jangan dok share entri berbeza travel, parenting, food , lifestyle dalam 24jam. Begitu juga biz online. Kadang-kadang banyak produk up jadi admin akan banned jika detect lebih 3 posting dalam group sama. TAPI kalau group tu sejenis kau posting sekali pon da tak lepas better LEAVE ye. 

2. Jika korang up balik post yang lama dengan memasukkan komen, jangan menaip ayat tetapi cuma menggunakan emoji seperti contoh dibawah. Sebab emoji ni unlimited up berulang kali tak kan kena blok komen.

Ena share ke group pada 21/12/2020 kemudian ena nak up balik entri ni dengan memasukkan komen emoji supaya entri ni naik semula ke wall group tersebut. Jangan masukkan sebarang ayat terutama ayat berulang. Kang tak pasal-pasal detect spam.

3. Jika share "Live" ke group, pastikan tidak tekan "share to group" melebihi 9 kali. Kalau tidak akaun akan hang. Lebih selamat log out ke akaun kedua dan ulang step share tadi. Agak leceh tapi kalau hang jangan stress pulak ye.. Live ni jarang digunakan kecuali korang jenis bisness online.


Contoh share PUBG live. Ena hanya tekan share untuk 9 page. Kemudian 'Log out' ke akaun kedua dan ulang share 9 page. 'Log in' semula ke akaun asal. Step ni agak leceh lah tapi selamat.

Pernah cek Marketplace walaupun tak pernah guna?


Sebagai blogger memang menjadi tugas kita untuk share task yang diberi client melalui blog, Facebook dan Instagram. Jadi mesti kita akan share link url blog ataupon website client ke Facebook. Jika Page memang takde masalah. Tapi kalau Personal Akaun yang akan bermasalah.

Setiap kali publish akan keluar format selling di bahagian atas. Kita akan tutup atau off format selling kan. Belum tentu ia disable taw.

Kalau keluar notification 'Congratulations........bla....bla' di atas terus cek "Marketplace"


Nampak kan ada gambar kedai di bahagian tengah tu. Korang klik gambar profile orang sebelah ayat "Sell"


Nampak kan ada '1 listing' di bahagian "Your Listings". Disini korang kena clear. Kalau dibiarkan menjadi lebih banyak listing nanti kena blok dengan abam Mark selama seminggu. Klik "Your Listings"


Korang boleh padam list yang tidak ada kaitan dengan selling dengan klik 3 dot belah kanan dan "Delete Listing"


Double confirmation dan tekan "Delete Listing"


Klik "Delete"


Biasa ena memilih "No, haven't sold"


Listing sudah dipadam.

Haaa mudah je kan. Tapi biasalah Abam Mark sekarang terlalu agresif nak blok akaun. Paling risau kena blok url blog. Sebab berkaitan dengan task client kan. Jadi please berhati-hati dan alert pada "Marketplace". Kalau dah kena seksa nak report balik. Kalau report tu cepat feedback takpe lah jugak kan. kalau no respon??? Itu saje perkongsian dari ena :) Mungkin korang ada lagi tips tambahan yang ena tak tahu boleh share di ruangan komen.

Mudahnya nak dapatkan barang IKEA guna servis Personal Shopper IKEA Johor by NF Imtiyaz Enterprise

Mudahnya nak dapatkan barang IKEA guna servis Personal Shopper IKEA Johor by NF Imtiyaz Enterprise | Hati banyak gembira sebab ena dah boleh beli barang idaman daripada IKEA tanpa perlu ke IKEA Tebrau. Pergi pon sekali je jejak tahun 2018. Sebab jarang turun ke Johor Bahru. Lagipun sejenis yang tak berapa gemar window shopping atau masuk ke Mall sejak ada anak ni. Memikirkan masa lebih banyak habis jaga anak berbanding survey barang sebenarnya. Bayangkanlah masuk dalam tu penat kejar anak berlari dengan sepupu je sebab diorang lagi teruja tengok toys berbanding ibu dia. 

Haa tu yang jadi jejak sekali saje sedangkan lagi puas hati beli depan mata. Nak buat macam mana anak tak nak bagi peluang ibu dia cuci mata hahaha. Jadi bila adanya Personal Shopper IKEA terus ena mintak masuk group terpengaruh tengok jiran membeli. Meriah hai group banyak betul order sampaikan kena bawa lori ke sana. Ena berpuas hati dengan servis yang diberikan. Korang cakap je nak barang apa insyaALLAH akan dipenuhi kecuali kehabisan stok.

Puas hati dapat order barang idaman


Ni order batch 2 okey..hahaha. Almaklumlah kita order secara berperingkat taknaklah borong banyak nanti over budget. Rasa nak order boleh je direct whatsapp untuk next trip. No minimum order jadi takde masalah pon nak repeat order banyak kali. 


Muka bahagia dapat shopping di IKEA Mini Showroom Tanjung Agas, Muar Johor

Kelebihan Personal Shopper IKEA

Perbandingan beli di IKEA online store, platform online store & Personal Shopper

Kenapa tak beli je guna IKEA Online store? Haaa kalau barang kita order adalah item kecil dan ringan memang lebih baik order direct dengan IKEA online store tapi kalau kita beli item besar dan berat, ia akan mempengaruhi kos penghantaran yang boleh mencecah RM2++.

Untuk platform online store pula kebanyakan hanya memenuhi kehendak bagi item kecil. Dan cas courier adalah berbeza belum termasuk kos unit barang.

Jadi ena memilih Personal Shopper yang lebih banyak memberi manfaat:
1.  Pembelian tidak terhad kepada jumlah atau saiz. 
2.  Kita lebih mudah berhubung dengan trusted seller kerana boleh pergi ke showroom. 
3.  Jumlah Servise Charge (SC) pula bergantung kepada berat item. Kalau barang besar tetapi ringan seperti toys takdelah sc mahal. Uwh yee tiada servis pemasangan, jadi sila lah DIY (Do it Yourself) sendiri.
4. Jimat masa, tenaga dan wang kerana tak perlu ke IKEA Tebrau, tak perlu beratur dan menjimatkan kos perjalanan ke sana bagi yang jauh daripada Johor Bahru.

**Apabila musim Pandemik ni sesuai sangat untuk gunakan khidmat Personal Shopper

NF Imtiyaz Enterprise, Trusted Personal Shopper IKEA Muar, Tangkak dan Batu Pahat


Kalau korang nak tahu pengasas Personal Shopper Ikea Muar ni adalah pasangan suami isteri yang berkhidmat sebagai guru iaitu Cikgu Shahrul dan Cikgu Madihah (Kak Ya). Minat ini tercetus pada Ogos 2020. Tapi siapa sangka minat ini boleh membina mini showroom yang pada asalnya adalah tempat anak murid tuisyen dan belajar mengaji. Lokasi bersebelahan Sekolah Menegah Sains Muar dan janakuasa elektrik TNB.

10 SOALAN vs 10 JAWAPAN

1) Di Muo/Tangkak ada Showroom@ Personal IKEA?
Ada

2) Siapa nama Personal IKEA tu?
Shahrul & Kak Ya

3) Macam mana kira harga?
Service charge ( sc ) ikut pada nilai harga & berat setiap barang

4)Macam mana saya nak tau sc barang tersebut?
PM Shahrul & Kak Ya

5) Mahal ke?
Anda pasti berpuas hati & happy

6) Macam mana nak beli?
Pembelian barangan IKEA melalui kami dengan 3 cara

7) Apa nombor handphone Personal Shopper Ikea tu?
Shahrul >>> klik disini 014-5068355
Kak Ya >>> klik disini 011-59629629

8) Ada buat COD (Cash on Delivery) ?
Tiada

9) Barang besar boleh order?
Boleh, setakat ini paling besar adalah katil

10) Showroom dibuka hari apa?
Akan dimaklumkan dalam group whatsapp


Terdapat ready stock item memudahkan pelanggan walk-in. Kebanyakan stok adalah hot selling. Tetapi jika tiada barang yang diinginkan tiada masalah kerana Personal Shopper akan membuat trip beberapa kali setiap bulan untuk memenuhi kehendak pelanggan bukan sahaja Muar, Tangkak dan Batu Pahat tetapi dari Kluang pon ada taw. Mereka akan menunggu di perhentian Tol untuk penyerahan barang.


Pembelian barangan IKEA melalui kami dengan 3 cara :

1) Order awal & Transfer ( Trip akan kami maklumkan dalam group ini )
2) Order semasa kami berada di IKEA ( Order & Transfer )
3) Pembelian barangan di Showroom kami



Jika korang tak familiar nama barang boleh terus tengok katalog online dan snap gambar untuk memudahkan tempahan.


Di showroom juga ada menjual pelbagai rempah seperti rempah nasi beriyani, nasi khomok, mamak letops, nasi arab mendi, nasi daging utaqa dan banyak lagi.

Kaedah 2 : Tempahan ketika jualan berlangsung di IKEA Tebrau


Lebih suka membeli dengan kaedah kedua sebab kadang-kandang ada promosi tengah berjalan di IKEA Tebrau. Contohnya semasa trip 12/12 yang lepas Personal Shopper trip kesana dan korang boleh terus melihat group untuk dapat update semasa secara langsung. Jangan risau kalau nak borong item besar sebab pengangkutan yang digunakan adalah lori.



Contoh gambar yang di update ke dalam group. Haa masa ni cepat-cepat lah order ya. Untuk memudahkan korang survey harga dan sc dikenakan boleh tengok senarai dibawah. Tak semua yang ena tahu. Ini adalah senarai yang biasa pelanggan beli. Jika nak tahu lebih lanjut item lain boleh terus join group




Lihat Personal Shopper terima order daripada pelanggan. Memang banyak tempahan dan harga sc adalah berpatutan sesuai dengan tenaga keringat mereka nak pergi ke IKEA Tebrau mengambil produk.


Bukan itu sahaja. Di showroom IKEA Muar juga menyediakan servis demonstrasi Norwex Microfibre. Jadi pelanggan yang walk in boleh mencuba keberkesanan kain kayangan ini.

Maklumat lanjut boleh terus layari laman sosial media berikut :

Facebook :

https://www.facebook.com/IKEA-Muo-Personal-Shopper-632427177385606/

...................................................................................................

Join Group Muar, Tangkak & Batu Pahat :

http://www.wasap.my/60145068355/JoinGroupIKEA

...................................................................................................

Join Telegram :

https://t.me/PSIkeaMuo

...................................................................................................

Lokasi showroom Muar :

NF Imtiyaz Enterprise, Lot 171, batu 1 3/4, Tanjung Agas, 84000 Muar Johor

Misteri Mona memaparkan 3 penyakit mental kronik dalam 1 drama

Misteri Mona memaparkan 3 penyakit mental kronik dalam 1 drama | Bukan seorang yang suka mengulas drama tapi terpanggil untuk review sebab kisahnya sangat dekat dengan masyarakat. Kalau korang perasan semakin banyak drama mula mengangkat kisah berkaitan gangguan mental seperti drama "Camelia", "Mimpi Sumi", "Suri Katriana" dan banyak lagi. 

Misteri Mona ni betul-betul plot twist dari awal sampai akhir tiada siapa boleh teka ending nya. Senang cerita kita sebagai penonton yang tengok pon boleh jadi stress, gila sebab otak kita dimainkan asyik terfikir siapa Mona???? Mana mak Anom??? Kita boleh teka Mona tu kakak kepada anom tapi mana Mona???? Part paling best tu tak sangka Nadeem pon seorang pesakit mental, ena ingatkan dia setakat panas baran sebab penat jaga isteri yang sakit mental. Yelah dari awal kita tahu dia seorang Doktor Psikiatri. Lepastu awal cerita kononnya ayah dia tipu cakap sakit jantung. Jadi ingatkan dia mungkin dah meninggal masa kecil. sebab nama disebut Fahmi, bukan Nadeem. Memang superb cerita ni. 

Drama bersiri TV3, Misteri Mona

Drama genre psiko thriller sebanyak 8 episod arahan Amor Rizan disiarkan bermula 10 Disember 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 10 Disember 2020 pukul 10 malam di TV3.


Menampilkan pelakon Janna Nick (Anom), Redza Rosli (Fahmi Nadeem), Ruzana Ibrahim (Mona) dan Elisha Sandha (Farah)

Mangsa penderaan dan seksual sejak kecil

Pada mula episod agak slow jalan ceritanya. Tapi sakit hati juga menonton bila Razlan (suami kedua selepas suami pertama meninggal) seorang penagih dadah bersifat panas baran selalu memukul isteri (Laila) dan sehingga menjual isteri untuk langsaikan hutang. Kemudian merancang untuk menjual Mona dan Anom tetapi tidak kesampaian apabila Anom membunuh Razlan ketika dalam kenderaan sehingga kemalangan. Yang tragisnya Anom melihat sendiri Mona ditikam Razlan sebelum pengsan. Sejak itu Anom tidak dapat menerima hakikat kematian Mona dan sering berhalusinasi bercakap dengan Mona yang tidak wujud. 

1. Dissociative identity disorder (DID)
"Tak suka rasa macam ni"


Menangis tengok time ni bila Anom cakap "Tak suka rasa macam ni". Anom tak nak membunuh tapi dia tak sedar bila Mona melakukan pembunuhan. Siapa tak sayang ibu. Sedihhhhhh part ni.

Sejarah penderaan dan seksual dialami sejak kecil membuatkan Anom menghidap penyakit Dissociative identity disorder (DID) atau Kecelaruan Identiti Diri. Kebiasaanya dipanggil "split personality". Ia adalah penyakit kronik yang melibatkan kekacauan memori autobiografi dan kesatuan identiti. Penghidap penyakit ini mempunyai lebih dari satu identiti yang tidak seragam. Anom adalah Mona dan Mona adalah Anom. Suara Mona yang didakwa Anom muncul sebenarnya datang daripada diri dia kerana pemikiran yang tidak boleh dikawal oleh penghidapnya. Emosi yang kuat yang berlaku secara tiba-tiba tanpa dapat dikawal sehingga Anom menjadi pembunuh bila perwatakan berubah kepada Mona yang sememangnya membenci ibunya Laila berkahwin dengan Syaitan bertopengkan manusia. Mona pendua kepada Anom membunuh Razlan, Laila, anak kandung dan Nadeem.

"You tengah main dengan otak i ke sekarang ni Nadeem"


Tak tahu lah kena time ni ena tergelak sebab sebagai penonton pon rasa si Nadeem ni tengah mainkan otak kita sekali.hahahahah... Stress tengok cerita ni. Nasib baik episod pendek je. Makin lama boleh jadi gila dibuatnya nak fikir Mona tu kena kurung dalam rumah ke apa sebab Nadeem tak benarkan Farah masuk ke bilik rahsia. Berdebar dan seram bila ada bunyi pelik dari bilik tersebut. Kalau kita jadi Farah (Penjaga Mona) dah lama cabut lari.

2. Pedofilia


Tuan Jamal (suami ketiga Laila) seorang "Pedofilia" memperkosa anak kandung iaitu kakak kepada Fahmi Nadeem menyebabkan kakak dan ibu Nadeem membunuh diri. Kemudian Mona, anak tiri menjadi mangsa Tuan Jamal. Pedofilia adalah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya merupakan individu dewasa cenderung melakukan seks terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Mona dan Anom tak mampu membongkar rahsia kepada Laila disebabkan ugutan Tuan Jamal. Bayangkan Mona, Anom dan Nadeem hidup dalam ketakutan di rumah sendiri. Sejujurnya kesian sangat pada Mona jadi mangsa Tuan Jamal dan selalu meluahkan rasa bencinya pada Laila terhadap Anom. Sebabtu Anom tidak boleh berpisah dengan Mona. Dia yang merasa penderitaan Mona.

3. Skizofrenia


Penyakit "Skizofrenia" dihidapi Nadeem merupakan gangguan mental kronik yang menyebabkan perubahan dalam tingkah laku, pemikiran, ingatan, pertuturan dan juga pergerakan. Nadeem sering mengalami kemurungan, rasa tidak yakin pada diri sendiri dan mula mengasingkan diri daripada keluarga dan orang sekelilingnya. Sebab itu Nadeem tidak suka berkawan dengan Mona dan Anom. Sering mengalami halusinasi dan takut kehilangan dapat dilihat bila dia terlalu sayangkan Anom walaupun dia tahu Anom bunuh anak kandung mereka sendiri.


Serious ending cerita ni memang best. Ena tak sangka Nadeem ni pon sakit mental. Bilik yang kita sangka kurung Mona selama ni rupa-rupanya klinik khayalan Nadeem semata-mata. Plot yang tidak dijangka sebab setiap pagi Dr Nadeem akan pergi kerja dan Farah akan periksa Anom di dalam bilik. Rutin harian sama je setiap hari. Tapi selama ni Nadeem ada je di bilik bawah. Moral of story drama ni betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sebab kesannya boleh membawa penyakit mental sehingga dewasa. Tahniah diucapkan buat pada pelakon dan krew terlibat menjayakan drama yang sangat best ditonton. Drama yang cukup berat untuk disaksikan tapi 3 penyakit ditonjolkan memberi pengajaran kepada penonton betapa bahayanya penyakit ni jika tidak dirawat. Ena pon takdelah faham sangat dan keliru tentang jenis penyakit ni tapi bila 3 watak pesakit mental dimainkan dalam satu drama jadi kita boleh bezakan bagaimana keadaan pesakit tersebut. Jadi kalau korang belum menonton drama ni boleh lihat link di bawah.

Episod penuh Drama Misteri Mona


Norwex kitchen cloth memudahkan tugas suri rumah di dapur

Norwex kitchen cloth memudahkan tugas suri rumah di dapur | Akhirnya ena dapat juga merasa kain buruk kayangan ni sebab dapat freegift belian produk IKEA melalui Personal Shopper Muar. Nanti ena akan cerita lanjut berkaitan beli barang IKEA. Patutlah ramai review kain ni best. Bila dah cuba sendiri terus rasa puas hati sebab sekali lap je dah terus lenyap minyak degil di permukaan dapur. Kurang lah stress siap memasak nak hadap dapur yang kotor kan.


Macam biasalah kalau menumis sambal confirm percikan minyak meletus sekeliling dapur. hahaha.. Sama lah juga kalau goreng ayam atau ikan. Normally memang ena akan spray dengan air sabun kemudian lap dengan kain buruk. Bila diulang perbuatan sama jadi kain buruk akan berbau hapak. Lepastu kumpul, rendam dan basuh. Tetapi bezanya Norwex kitchen cloth ni lap banyak kali pon tak berbau.  Tangan ena pon takde bau. Lap kering macamtu je. Kalau kotoran degil melekat sangat baru lembabkan kain dan lap semula.

Kitchen Cloth (RM49) - Charcoal 35 cm x 26 cm


Terdapat 5 warna: blue, charcoal, eggplant, graphite and sunflower

Kelebihan Norwex Microfiber :

1. Super-soft, cepat serap dan cepat kering
2. Mengeringkan dapur dan pinggan mangkuk dengan cepat
3. Tidak kasar dan selamat dikebanyakan permukaan dapur
4. Menjimatkan masa dan wang tanpa membeli kitchen towel pakai buang
5. Bersifat mesra pengguna sesuai untuk individu yang mempunyai kulit sensitif
6. Mengandungi agen mikro silver antibakteria BacLock di dalam kain nyahbau bakteria dalam masa 24 jam
7. Memiliki kemampuan untuk membuang hingga 99% bakteria dari permukaan dengan hanya menggunakan air
8. Menggunakan gabungan elektrik statik dan tindakan kapilari untuk menarik kotoran dan minyak sehingga ke serat jauh dari permukaan
9. Produk ini diuji bahan bebas kimia mengikut kriteria global STANDARD 100 oleh OEKO-TEX®


Nampak tak beza menggunakan kitchen cloth. Memang ketara berkilat dan bersih.

2 tahun Warranty by NORWEX


Norwex kitchen cloth ni betul-betul menjadi pembantu peribadi di dapur sebagai "Heavy duty" menanggalkan minyak dengan mudah dan cepat. Ia berbaloi untuk dimiliki. So far tangan ena takde alahan atau kering. Nak cuci kain ni pon senang. Jadi kalau korang tertanya-tanya samada patut beli atau tidak, pendapat ena memang berbaloi grab sehelai untuk kegunaan harian di dapur. Superbb!!!

Untuk tempahan denga Norwex Independent Consultant boleh hubungi 


KOMUNITI KELAB KERETA PERODUA MALAYSIA ( RANGER MYPERODUA CLUB )

 


BELI PRODUK RASMI NINJARANGERSz

 


KIDAONE ElderBerry + COLOSTRUM pemangkin Antibodi kanak-kanak daripada Wellous Malaysia

KIDAONE ElderBerry + COLOSTRUM pemangkin Antibodi kanak-kanak daripada Wellous Malaysia | Untuk kaum ibu mesti biasa dengar perkataan "Colostrum" kerana terhasil daripada susu ibu yang pertama. Sebab itu pentingnya selepas melahirkan bayi, sedaya upaya untuk terus susukan anak. Kita jangan mind set belum ada susu tapi cuba je bagi sebab hisapan bayi penggalak kepada production susu badan dan itu merupakan imuniti @ antibodi semulajadi yang dipindahkan dari susu ibu. Namun antibodi ini hanya bersifat sementara kerana bukan dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh bayi itu sendiri.

Contoh macam anak ena sendiri dah pernah kena HFMD dan Influenza walaupun dia sentiasa mendapatkan rawatan vaksin berjadual. Sebab kanak-kanak mempunyai sistem imuniti badan yang lebih rendah. Ena dah kurangkan aktiviti outdoor sebab penyakit yang sumayyah dapat daripada playground. Tapi sampai bila nak sekat kebebasan dia bermain di luar? Tak kan nak terperap di rumah. Lagi pula sekarang dia dah pra sekolah. Sebagai ibu haruslah cari alternatif makanan tambahan untuk anak. Sampaikan kami ambil kos suntikan kuatkan paru-paru yang berharga RM450 total di Klinik Pakar kanak-kanak. Anak ena juga sangat sensitif pada kucing mudah dapat selesema. So boleh bayangkan tak ena punya level nak protect anak tu camne? 

Jadi jangan mudah jatuhkan hukum apabila melihat ada segelintir ibu bapa suka bagi makanan tambahan atau suplemen. Kami bukan suka-suka beri kalau tak disebabkan selalu jatuh sakit. Vaksin sudah. Suntikan paru-paru, kerap bersihkan diri dan jaga pemakanan kesemuanya ena cuba sehabis baik tapi tetap nak cari solution tambahan supaya sumayyah boleh aktif dan lasak diluar tanpa mudah jatuh sakit.

Satu dunia pula digemparkan dengan Pandemik Covid-19 dan mengikut statistik Malaysia yang dikemukakan daripada Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Prof Madya Dr Juliana Jalaludin, "Sistem imuniti rendah melawan penyakit antara penyumbang kes kanak-kanak paling ramai dijangkiti Covid-19". Kebetulan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula ketika ena berpantang anak kedua pada tahun ini, jadi kena hadkan aktiviti di luar buat anak. 

Bercerita mengenai "Colostrum" tadi, di mana boleh dapatkan makanan pertama manusia selepas susu ibu?

.

KIDAONE ElderBerry + COLOSTRUM by Wellous Supplement terbaik untuk kanak-kanak

Jadi ena tak perlu risau sebab (KIDAONE Elderberry + Colostrum) mengandungi 3 ramuan khasiat iaitu ekstrak Elderberry hitam daripada Austria, manakala ColustrumOne dan PUREWAY-C Vitamin C daripada Amerika Syarikat. Wellous berjaya menghasilkan formulasi baharu dirumus khas untuk permata kita.  

Formulasi dengan ColostrumOne™ yang berasal dari Amerika Syarikat dan mengandungi 25% Immunoglobulin G

"Kolostrum yang kami pilih menjalani teknik aglomerasi untuk meningkatkan tahap kelarutan serbuk untuk bertukar kepada cecair, sehingga ia mudah larut di dalam usus apabila diambil.

ColostrumOne™ disumberkan secara beretika daripada produk tenusu berkualiti tinggi dan menjalani ujian ketat bagi memastikan kualiti, keselamatan, dan keberkesanan yang tinggi. Ia juga diproses di bawah tekanan dan suhu rendah, dan semburan kering menggunakan wap secara tidak langsung untuk mengekalkan bioaktiviti maksimum.

Selain itu, ia juga mengandungi ekstrak Elderberi yang merupakan salah satu superfood untuk manusia. Dahulu, Elderberi merupakan tumbuhan perubatan yang sering digunakan dan menunjukkan kesan baik terhadap jangkitan saluran pernafasan disebabkan oleh virus dan bakteria. Ia merupakan ramuan utama dalam formulasi yang digunakan semasa epidemik influenza di Sepanyol pada tahun 1918."

Setiap tablet mengandungi 100mg ElderCraft® Ekstrak Elderberi = 7000mg Elderberi

ANTIBATERIA & ANTIVIRUS, menyokong Sistem Imun dan mengurangkan selesema dalam tempoh 24 jam selepas pengambilan


2 tablet kunyah setiap hari. Sesuai untuk berumur 2 tahun ke atas dan boleh mengunyah. Sila kunyah sebelum telan di bawah bimbingan ibu bapa

1. Eldercraft® Ekstrak Elderberi piawaian "anthocyanin" yang berkualiti tinggi dikilangkan oleh Elderberi hitam Austria (Sambucus nigra, L.) dengan menggunakan teknologi hak milik penapisan membran.

2. Mengandungi PureWay-C® - METABOLIT LIPID antioksidan yang lebih kuat mempunyai kelebihan untuk menghapuskan radikal bebas.

3. Kebaikan ColostrumOne™ antibodi utama diaktifkan secara langsung, kaya dengan Protein yang diperlukan untuk pertumbuhan dan tumbesaran dan berfungsi sebagai enzim Antibakteria utama.

4. Perisa Koko dan Beri Tanpa gula tambahan, pewarna dan pengawet.


RM180 / botol (60biji)

Kejayaan terbesar untuk Wellous Malaysia telah memenangi 13 anugerah antaranya : 

1. BrandLaureate Prominent Business BestBrands Award 2018 untuk kategori "Jenama Terbaik dalam Penjagaan Kesihatan - Suplemen" setanding dengan jenama Jimmy Choo, Petronas, Mercedes-Benz, Secret Recipe, Starbucks dan AirAsia

2. Golden Bull Award 2019 untuk kategori "SMEs Award" setanding dengan jenama, Starbucks Coffee, Dragon-I Restaurant, Apple Vacation,Cuckoo dan Healthland

Bukti Lab test produk ini selamat dimakan kerana tiada bahan terlarang.





Dimana nak dapatkan produk, boleh layari laman sesawang di bawah :

 Wellous Sdn Bhd Health Food Company

WEBSITE : https://wellous.com/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/WellousMalaysia/ 

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/wellousmalaysia_official/