ツ Teman Tapi Mesra

Saferoptics kini upgrade untuk Dewasa serendah RM105 untuk 420 Blue cut Lens + Frame

Saferoptics kini upgrade untuk dewasa serendah RM105 untuk 420 Blue cut Lens + Frame | Akhirnya berita gembira buat pengguna yang pernah beli Saferoptics Anti-Blue Light Eyewear untuk anak macam ena ni kini dah upgrade design dewasa. Masa first time beli tengok anak pakai comel je selalu terfikir "kan bagus ada untuk aku pulak" Ehhh tak sangka sekarang dah ada versi dewasa taw baru dilancarkan pada bulan Oktober 2020. Bukan itu saje siap ada upgrade "420 PC SAFETY". Apa yang special tu?? Kena lah baca sampai habis.

Ena ada masalah rabun jauh + silau. Even pakai spec pon still magrain dan tak boleh tengok skrin lama. Bila cek rupa-rupanya power silau naik dari asal 50 sekarang dah 175. Patutlah sakit mata teruk bila ngadap laptop lama-lama ni. Cuma spec ena takde perlindungan Blue Light. Hati nak upgrade ke Anti-Blue Light sebab tengok kesan dia selepas sumayyah pakai. Memang tak nampak dia gosok mata pedih ngadap skrin handphone lagi. Tengok TV pon dia steady je takde nampak mata merah. Boleh refer entri SaferOptics Anti-Blue Light eyewear versi kanak-kanak dibawah

https://www.tinynasweet.com/2020/09/saferoptics-anti-blue-light-eyewear.html

SaferOptics Anti-Blue Light Adults Eyewear

Musim Pandemic ni kita memang order online je awak. Korang boleh order non power atau pun nak tambah power. Yang ena pakai ni non power hanya guna untuk kat rumah ngadap laptop dan phone. Sebab power ena rabun jauh dan silau untuk driving malam je. Bukan jenis pakai 24jam pon. Jadi ok lah kan ada  2 spec berbeza boleh asing pakai ikut mood.haha...

Ena dah survey dulu beberapa kedai berdekatan bandar. Memang berbaloi grab Saferoptics ni. Korang kena selidik betul-betul kedai murah sangat ni apa ciri-ciri yang dia berikan. Ada yang RM50 lens blue coat without frame tapi yang basic sahaja. Kalau nak upgrade premium dah jadi RM200. Belum cerita frame. Senang cerita korang cari je lens yang ketuk pakai hammer tak pecah. Haaaa tanyalah berapa price. Memang RM200 ke atas. Sebabtu berbaloi beli dengan Saferoptics ni. Memang under budget taw. Bayangkan kalau RM105 pon dah power ciri-ciri 420 blue coat lens + frame yang ada tapi tambah lagi RM15 (harga asal RM40) dah dapat 420 PC Safety. Eh terkejut gaklah. So total baru Rm120. Lepastu free shipping over RM100 pembelian. Still murah lagi kan??? Compare spesifikasi yang ena nak ni semua ikuatkan cecah RM300 jugak.

Lindungi mata tersayang dari Blue Light


Sebelum itu korang tahu tak apa itu Blue Light atau Cahaya Biru? Blue Light dipancarkan pada jumlah yang besar dari skrin digital. Cahaya bertenaga tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) menembusi kornea dan sampai ke retina. Pendedahan cahaya biru yang terlalu lama boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Cahaya biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala. Antaranya membaca dan menonton daripada Tablet/Ipad, Mobile phone, Komputer/Laptop, televisyen dan lampu. Ena dah nampak kesannya teruk weyhhh magrain.


Kelebihan Kanta SaferOptics membantu melindungi mata dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi 420 Blue Coat direka khusus untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan kanta. Dengan kurang cahaya biru menembusi mata, kualiti tidur menjadi lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata. Jadi dah faham kan???

Basic VS Premium 420 Blue Coat

Nampak tak basic ni lah yang paling murah di kedai. Ena memang pergi sendiri 3 kedai dan bandingkan harganya. Jadi ena faham kenapa ada murah dan mahal. Murah pon tak semestinya tak bagus ok. Boleh je pakai selagi ia ada Anti-Blue Light. Cuma bezanya dari segi kualiti. Kalau ada budget lebih tak salah untuk upgrade.

Perbezaan Basic Lenses vs 420 Blue coat


Semua cermin mata SaferOptics dilengkapi dengan sepasang kanta Anti- blue light tanpa power. Ciri-ciri lensanya Anti-reflective blue light filter dan UV 400 Protection berwarna sedikit kekuningan

420 Blue Cut Lens Anti-reflective blue coating, UV dan High Energy Visible light (HEVL) hingga panjang gelombang 420 nm, sifat lensa penyekat biru terkini tanpa warna dilengkapi dengan jaminan 1 tahun terhadap kerosakan pembuatan.

Saferoptics kini upgrade 420 PC Safety

Kesemua kelebihan di atas ada pada 420 blue coat hanya bernilai RM105 TAPI korang hanya invest RM15 dah dapat 420 PC Safety lens yang perbuat daripada bahan anti pecah (Anti-Break, Shatter-Proof and Unbreakable safety lens). FDA diperakui untuk Ketahanan Kesan Tinggi. Pilihan lensa keselamatan utama untuk melindungi mata bagi anak-anak yang aktif dan juga dewasa.

**Nak tambah power? Boleh je korang dapatkan "Prescription / Power di kedai berhampiran anggaran cas full eye test RM20-RM30. Tapi disini ada penambahan wang ya.

Bingkai tahan lama dan fleksibel

Ena suka bingkai yang tidak terlalu lebar lagi-lagi pakai tudung tidak ketara kembang. Saferoptics Pioneer menjadi pilihan ena sebab tak minat bulat atau petak sangat

Korean trend terbaharu dari Saferoptics. Haaa kalau korang suka pattern ni boleh lah grab. Nampak cun.


Ena memilih Saferoptics Pioneer Anti Blue Light Glasess Ice Blue. Dari jauh nampak transparent je. I like!!!!!! Design smart dan color pon selamat sebab boleh kongsi dengan suami.gituuuu...


Nampak tak Sumayyah pon sesuai pakai sebab spec ni tak terlalu lebar. Siap tukar-tukar pakai kami bertiga.hahahahahhaa...Takde power kan. Takde hal kongsi.


Untuk setiap pembelian kanta dewasa akan menerima freegift "Lens cleaning wipe"


Untuk pembelian repeat order atau beli lebih dari sepasang, akan dapat freegift mini screwdriver set. Mudahlah nak betolkan skru tercabut sendiri.

Maklong ni repeat order sebab sepupu Sumayyah pon nak jaga mata macam Sumayyah.hehe.. Apa lagi korang jomlah lindungi mata keluarga dengan Saferoptics Anti-Blue Light Eyewear

Layari Laman Sesawang SaferOptics untuk Promosi hebat

WEBSITE : https://www.saferoptics.com/

FACEBOOK : https://www.facebook.com/saferoptics/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/saferoptics/

Lihat The blue light test area card

17 Chantiq Manis:

Sis Lin said...

Bagus..anak sedara Sis pun ada gak cermin mata gini, tak tau laa sama brand atau tak, lupa plak nak tanya.. tapi katanya sama, beli online ..cuma tu lee bebudak ni, kadang leka, takde pakainyaa time nengok gadjet..ermmmm

Atie Zieya said...

love the color! looks so nice and simple

Ruby said...

Selama akak pakai spek, memang minta upgrade lens utk komputer. Lagi satu kalau yang lens biasa tu kuning dan dalam gambar pun tak cun. Org tengok pun tak cun. Spek ni bukan sekadar aksesoi. Dah jadi benda wajib dalam penampilan diri. Pakej gituh. Hehehe.

nikkhazami said...

good thinking la. saya pun rasa macam nak glasses ni. boleh dikatakan sepanjang hari menghadap screen fon & laptop. risau juga kalau boleh rosakkan mata, walaupun saya tak rabun

kisah si dairy said...

untuk budak-budak ni dah ada.mana aci diorang je ada kan.Umi pun nak jugak cari cermin mata untuk lindungi mata dari blue light ni..nak beli la satu...

Vitamin Syaza said...

Comelnya spek! Nampak fressshhhhh :D

Eiza GreenAppleKu said...

Dah ada untuk dewasa ye. Boleh la akak beli untuk anak akak yang sekolah menengah. Dah lama ushar cermin ni sebab dulu terhad hanya untuk kanak-kanak sekolah rendah je. Thanks for the sharing.

MESSARAH said...

orang yang selalu hadap skrin buat kerja, online kelas memang digalakkan sangat pakai blue filter macam ni untuk protect mata kita

Ummi said...

Yesss, finally dah ada utk dewasa! Baru la fair, kita pun perlukan eye protection jugak. Lagi2 blogger mcm kita ni kan, yang asik mengadap komputer je.

Kitkat Nelfei said...

Yes, akhirnya mereka dah keluarkan cermin mata ni untuk yang dewasa pulak.. Kita pun selalu terdedah dengan Blue Light ni... lagi2 skrg musim work from home, lagi panjang masa berhadapan dengan laptop, etc. Nak dapatkan ni juga la.. tapi ada yang with power tak?

Cik Puan Ena said...

Nak tambah power cuma 90rgt je. Tp dptkan eye test dri kedai. Just upload pd order

Ana Suhana said...

Memang perlu utk pakai spek yg anti blue light bila ngadap hp atau lappy lelama. Mata tak jadi letih dan boleh protect mata juga kan.

Veronica C said...

Me and my husband planning to buy this for my little girl.
She's been watching TV & phones at home!
Hopefully, they have cheaper ones!

mamapp said...

mama rasa power silau mama pun makin teruk gak ni. kena pegi check.. bagu produk ni

Rawlins GLAM said...

Rawlins hari tu pun masa beli minta lens yang anti-blue light sebab now banyak mengadap gajet kan.
Tapi yours nie memang murah bethul

Tengkubutang said...

Wah.. Dah keluar untuk dewasa pulak.. Syoknya.. Best ni kalau dapat beli untuk diri sendiri pulak kan.. Kita pun kena jaga mata jugak

Mawardi Yunus said...

Murah sangat tu sis kalau leh dapat dengan harga yang diorang tawarkan tu. nanti boleh la saya usha2 tengok kt kedai ni.