ツ Teman Tapi Mesra

SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear Melindungi Mata Kanak-Kanak Dari Skrin dan Peranti Digital

SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear Melindungi Mata Kanak-Kanak Dari Skrin Digital |  Sebagai seorang ibu, sukar nak halang anak daripada melihat gadget langsung sebab mereka ni lahir pada generasi kini yang memang celik digital. Bukan macam zaman ena dulu main kat parit.hehe. Sangat risau bila tengok anak menghadap skrin TV dan handphone dalam tempoh lama. Walaupun peruntukkan beberapa jam sahaja tapi mestilah nak ada perlindungan UV. Ini bukanlah untuk menggalakkan anak korang untuk bermain gadget tapi membantu korang untuk mengelakkan mata mereka daripada terkena Blue Light. 

Apa itu Blue Light dari Gadget?

Blue Light atau Cahaya Biru dipancarkan pada jumlah yang besar dari skrin digital. Cahaya bertenaga tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) menembusi kornea dan sampai ke retina. Pendedahan cahaya biru yang terlalu lama boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Cahaya biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala. Antaranya membaca dan menonton daripada Tablet/Ipad, Mobile phone, Komputer/Laptop, televisyen dan lampu.

Jadi bayangkanlah selama ini, berapa banyak blue light dah tembus ke mata anak???? Ishhh nasib baik lah ena bertemu jodoh dengan SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear.

Kelebihan Kanta SaferOptics membantu melindungi mata anak ena dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi 420 Blue Coat direka khusus untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan kanta. Dengan kurang cahaya biru menembusi mata, kualiti tidur menjadi lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata.


Masa mula-mula parcel sampai, alahai comel sangat anak teruja nak tengok hadiah daripada ibu. Penghantaran mengambil masa 2 - 3 hari bekerja.


Ena memilih design "Kids Rectangle - Black Cherry" sebab boleh match dengan semua style pakaian dan keadaan. Banyak juga dapat freegift daripada seller antaranya stiker dan travel wipes by Bare Nuhcessities tetapi terhad untuk 250 pelanggan pertama sahaja.


Kenapa memilih SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear ?

1. Bingkai tahan lasak


Dibuat dengan bahan silikon yang fleksibel dan tahan lama. Bingkai bersifat super lembut dan super ringan. Bingkai ini dapat menahan lasak semasa bermain. Ukuran cermin mata ini sesuai dengan kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun. Tidak mudah tergelincir dan mempunyai pelbagai warna pilihan yang menarik.

2. High energy blue light blocking filter


Ia mempunyai Penapis penyekat cahaya biru tenaga tinggi yang dapat mengurangkan ketegangan mata dan mencegah sakit kepala. SaferOptics menawarkan 420 Blue Coat with Premium dengan perlindungan UV400-420 dengan jaminan keselamatan dan kualiti untuk penglihatan anak anda.

3. Produk optik berkualiti tinggi


Setiap pasang SaferOptics anti blue light memenuhi kriteria kawalan kualiti yang ketat yang menjanjikan hanya selamat digunakan untuk si kecil. Makmal kami memproses pesanan kanta, membuat pemeriksaan kualiti, membersihkan dan membasmi kuman setiap cermin mata sebelum pembungkusan dan penghantaran.

4. SaferOptics bercirikan Play, Protect dan Prevent


Cermin mata SaferOptics anti blue light memberi keselesaan kanak-kanak untuk bermain dan melihat peranti digital sambil menyekat cahaya sinar biru dari skrin, mencegah sakit kepala, mengurangkan ketegangan mata dan silau

5. Kanta non-powered selamat digunakan
Selamat digunakan untuk semua kanak-kanak kerana design terkini UV + 420 Anti-High Energy Blue Light Coating ini tiada toksik berbahaya. Tetapi boleh juga didapati kanta powred jika mempunyai preskripsi daripada Pakar Optometris


Perbezaan diantara Basic Blue Coat (Basic Lens) VS 420 Blue Coat (Premium Lens)


Semua cermin mata SaferOptics dilengkapi dengan sepasang Basic non-power anti-blue light lense. Ciri-ciri lensa, Lapisan biru anti-reflektif dan perlindungan UV400. Cuma warna cermin mata Basic Blue Coat sedikit kekuningan.

Tapi apa salahnya korang upgrade je cermin mata kepada 420 Blue Coat sebab harga tambahan hanya RM30 sepasang. Dengan ciri tambahan lensa dilengkapi Lapisan biru anti-reflektif, perlindungan cahaya UV400 dan Tenaga Tinggi (HEVL) hingga panjang gelombang 420 nm. Cermin mata tanpa warna yang lebih jernih dan jelas ini mempunyai lapisan permukaan yang lebih licin dan mudah dilap kerana "Super Hydrophobic" iaitu lapisan Anti Air. Lensa 420 Blue Coat ini juga dilengkapi dengan Warranty 1 tahun terhadap kecacatan pembuatan.

Highly recommended untuk pelaburan melindungi mata anak


Apa yang ena dapat simpulkan selama anak menggunakan cermin mata Anti-Blue Light 420 Blue Coat ni :

1. Ena perasan sumayyah tak mudah gosok mata. Biasanya dia asyik menggosok mata sampai kemerahan walaupun ena pakai screen protector gelap. Even dah selalu pesan tengok dalam jarak jauh tapi dia tetap nak tengok dalam jarak dekat. Sekurang-kurangnya dapat melindungi mata anak.

2. Sumayyah suka pakai ketika membaca buku jugak. Mungkin sebab ena dah tunjuk demo kesannya kalau tidak pakai, tu yang anak faham effect kalau tak pakai. Kalau tidak mula-mula tu dia taknak pakai taw. Haa anak ni kena bagi faham kenapa kita suruh pakai, baru dia nak follow. Kita taknak lah dia set mind cermin mata ni hanya mainan semata-mata. 

3. Selain itu memang tahan lasak sebab budak biasalah lepas pakai je letak merata, tapi ena tak risau sangat sebab tahu ia tahan lasak dan boleh dibengkokkan. Eh berbaloi taw korang beli. Harga sangat berpatutan tapi siap ada warranty setahun. Harap lepasni keluarkan edisi dewasa pula. Ena pon berkenan nak guna tapi kecil pula kan.

4. Mesra pengguna dan laman web mudah dilayari. Mudah saje nak order. Tak perlu banyak renyah nak click order. Kalau dah masuk website confirm rambang mata sebab banyak lawa-lawa. hahahaha..kalau korang tak faham cara nak order ada 1 kotak mesej dibelah kanan bawah website. Haa tekan jelah chat tu. Nak mintak kod PROMO pon boleh chat untuk pertanyaan.

SaferOptics - Premium Optical Grade, Safety and Quality Guarantee

"Kebanyakan kanak-kanak pada masa ini bergantung pada telefon pintar, iPad, komputer riba dan TV untuk tujuan hiburan, permainan dan pembelajaran. Jumlah masa yang dihabiskan untuk peranti ini akan meningkat sehingga mereka dewasa. Sebagai ibu bapa, kami prihatin dengan kesan negatif jika terlalu lama menghadap skrin.

SaferOptics menawarkan blue light filter glasses penyelesaian secara moden untuk era digital ini. Cermin mata Anti Blue Light kami menyaring silau skrin, mengurangkan ketegangan mata, keletihan, dan membantu mencegah masalah yang berkaitan dengan mata"

Layari Laman Sesawang SaferOptics


Di bawah ini merupakan ujian yang ena lakukan dengan menggunakan "The Blue Light Test Area card & Blu-Ray Lamp" untuk menguji kanta cermin mata Saferoptics Anti-Blue Light 420 Blue Coat. Jadi bayangkanlah berapa banyak masa dihabiskan oleh anak menghadap gadget tanpa protection.

View this post on Instagram

Keinginan anak nak bermain gadget susah nak halang. Walaupun bagi dalam tempoh pendek tetap ada side effect. So korang boleh tengok video ni dan bayangkan "the blue light test area card" ini sebagai mata anak. Bayangkan lah suluh kejap je dah nampak kesan. Kalau tengok dalam tempoh lama??? 😭 . Sebab itu lah ena memilih @saferoptics Anti Blue Light Eyewear. Jangan risau takde power jadi selamat digunakan untuk anak2. Dengan teknologi 420 blue coat ia menyaring blue light berbahaya ini. Bila kurangnya cahaya biru menembusi mata, kualiti tidur lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata Layari laman web untuk lihat banyak lagi design cun dan pelbagai color https://www.saferoptics.com/ #SaferOPTICs #happykids #PlayProtectPrevent #SaferOpticsAntiBlueLightlasses #AntiBlueLightEyeWear #420BlueCoat #happyparents #AntiBlueLight #parentingblogger #vlogger #vlogtinynasweet #jdtblogger #bloggerjohor #bloggermalaysia

A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on

18 Chantiq Manis:

Atie Zieya said...

good la glasses ni kan , sbb mmg penting now.. zaman skrg kids semua ada gadget sendiri and kecil2 dah kena pakai spek

Sis Lin said...

Anak sedara Sis,Mia tu pun ada gak Mama dia belikan... memang mereka berdua badik guna bila nengok handphone..kadang tgk tv pun pakai...

Kitkat Nelfei said...

Wow bagus spec ini. Dulu kita takde spec macam ni untuk lindungi mata dari cahaya biru yang boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Will definitely share ngan my family and friends about this.

mamapp said...

gadget dan hp mmg tak boleh nak elak dah zaman skrg ni. elok juga ada pelindung mcm ni

Dikbee said...

OOO... Kanta takde power rupanya. Masa tengok kat IG ingat ada power. Bagus la ada cermin mata protection macam ni. Dapat cegah kerosakan mata dari peringkat awal

Bae Roslan said...

saferoptics ni dah jadi keperluan buat anak2 zaman sekarang. mana taknya buat homework pun dah guna gadjet lani

saidila said...

dah tunjuk dekat anak buah suruh belikan untuk anak2 diorang ...maklumlah kanak2 sekarang ni pun suka dan banyak belajar guna phone...memambg wajib beli untuk protect mata diorang dari sekarang

Mahamahu said...

Sekarang ni betul budak-budak kecil sahaja mata dan rosak sebab banyak sangat tengok telefon pengaruh daripada ibu bapa dan juga ada ibu bapa yang tidak ambil berat tentang mata ni...

AyuArjuna BiGoshh said...

Bagus sebenarnya bagj menjaga kesihatan Mata esp kanak2. Nanti nak cr satu utk ameer

Ika.S said...

oh bagusnya. kalau dari dulu ada spek ni mungkin boleh jaga mata anak anak kecil yang suka main gadjet. thanks share

RAIHANAH AHMAD said...

bagus ada pilihan camni, sebab semakin ramai budak2 kena pakai spek kan

Rawlins GLAM said...

Di samping fungsinya yang menapis sinaran yang tak elok untuk mata, memang nampak fashinable untuk the kids. Comel betul plak diorang lepas pakai spek tu

Sunshine Kelly said...

This is good to protect the kids eyes from harmful light, i will check out also.

Tekkaus said...

Memang perlu investment sebegini untuk memastikan mata si anak-anak terjaga kan.

halimah muhiden said...

Wah.. bagusnya SaferOptics Anti-Blue Light Eyewearni utk kanaj2 blhlah rekomen utk cucu2 kak yg selalu tgk hphone mak dorang tu.

Huda Halid said...

Anak-anak huda pun pakai spek ni. baguskan untuk lindungi mata anak-anak sejak dari kecil yang kerap bermain gadget

Zaza Azman said...

Bagus ada cermin mata mcmni utk melindungi mata anak2 kita. Nak halang screentime mmg susah tapi atleast kita tahu mata dia terlindung

Syamimi Saad said...

Waaa.. ada cermin mata khas untuk kanak-kanak Macam ni bagus juga kan.. atleast mata anak anak terjaga