Mimpi jamban kotor, kebetulan atau petanda rezeki?

Mimpi jamban kotor, kebetulan atau petanda rezeki? | Mimpi bukan perkara biasa. Ia boleh jadi mainan tidur, bila terlalu letih pon boleh dapat mimpi bukan-bukan. Cuma mimpi ena kali ni agak pelik. Tak pernah pula mimpi camni. Setakat mimpi nampak jamban nak be*** tu biasa lah. Tapi mimpi ni lain. Ena bangun pagi tu asyik terfikir je.hahahaha... Dah kenapa kan?

Mimpi 3 toilet kotor tapi tak masuk

Haa nak dijadikan ceritanya ena dalam rumah asing. Tak tahulah rumah siapa macam rumah kampung lama taw. Yang ena ingat ada 3 toilet sebab rumah tu 2 tingkat. Pergi toilet atas kotor jadi ena taknak lah masuk. Bukanlah kotor nampak najis tapi berlumut lantai macam tak pernah cuci lah senang cerita. Dah tu lari ke toilet tingkat bawah pon macam tu. Ena dok ulang alik 3 toilet ni tapi tak masuk-masuk. Dah mimpinya macam tu aje sampai terbangun.

Terima rezeki dari 2 hamba Allah

Dalam jam 11.30 ena dapat ikan siakap dan udang. haaaa siapa sangka pada hari tersebut akan dapat lauk segar dari laut. Ceritanya biarlah rahsia. Hehe bukan apa takut orang kata riak. Yelah dulu ada lah orang tu tegur benda sedekah tak elok cerita lebih baik diam je. Aduhai. Dah nama pon blogger. Standard lah sharing tips atau tutorial. Padehal ena share tu cara nak sedekah guna banking online serendah RM5. Bukan ena derma RM500. Nampak tak? Padehal niat nak ajar sedekah cara mudah secara atas talian.

Jadi ini lah menu yang ena masak mee goreng udang buat suami dan sup ikan untuk anak-anak



Kejutan lagi lepas 2 jam datang pula sorang jiran berdekatan sedekah pelam. Yang specialnya baka pokok ni dia dapatkan dari India. Memang manis sangat makan. Pokok die merimbun buah siap lah cina datang beli. Tapi ena selalu dapat kalau ada musim. Tuannya taknak ambil duit. Yang pelik tu tak semua jiran dia bagi. Tapi taknak lah bersangka buruk, anggap jela dah rezeki kita. 

Sebenarnya selalu juga dapat rezeki terpijak. Contohnya orang bayarkan di kaunter padehal tak kenal pon. Pernah sekali tu suami isi minyak motor, ena dan sumayyah tunggulah tepi kan. Ada juga hamba Allah bagi duit. Tapi ena anggap ni rezeki anak. Sumayyah tu mulutnya memang potpet sikit. Orang tak kenal pon boleh terhibur dengan keletah dia. Bila orang tua ketawa dengar lawak dia mula lah hulur duit. Kadang dapat RM50.hehe..

Ena kongsikan antara tips mudah nak bersedekah. Kita nampak nilai kecil tapi kita tak sedar cukup je makan minum setiap bulan sebab rezeki tu masuk dari banyak cara. Tak semestinya wang ringgit tapi dapat orang yang baik banyak menolong pon satu rezeki. Teringat kes ena dan suami naik ambulans tu sampai jiran tolong jagakan anak. 

1. Berbaik dengan jiran tetangga

Sejak pindah rumah sendiri 2014 sampai sekarang belum pernah lagi ada isu bergaduh. Cuma kalau ena rasa tak puas hati ena akan mesej dan tegur. Contohnya kucing dia ber** merata kat rumah ena, tong sampah berulat masuk rumah ena. Ishh stress taw tapi kita ambil anisiatif tegur secara berhemah. Orang pon takkan mudah marah dan terima teguran. Sekarang bersih laman sebab masing-masing tahu yang kita tak suka kotor.  

Selain tu amalkan bertukar-tukar lauk tak payah tunggu bulan puasa baru nak bagi. Ada rezeki lebih kongsi je. Contoh mudah ena buat sedekah 10 batang serai setiap rumah. Suri rumah mana tak suka serai? kat kedai beli mahal taw!

2. Beri air kepada pekerja pemungut sampah dan pengutip barang terpakai

Ena memang tak sampai hati tengok makcik tua kutip kotak, botol kosong dalam tong sampah. Nak suruh masuk dia segan, bagi duit pon kadang tak nak tapi cuba bagi air botol atau air kotak buat dia bekalan sepanjang berjalan tengah panas tu, suka betol makcik tu dapat hilangkan dahaga. Sebab makcik ni viral kat Muar group ramai nak sedekah dia tak nak taw. Jenis tak mesra orang. Kadang tu ena pon kena marah.hahahaha. Orang tua kan. Tu yang ena try dekat dengan dia bagi air. Terus dia ok nak bercakap lembut.

Kena ingat setiap minggu bila pemungut sampah akan kutip sampah kita, tanpa mereka korang nak ke angkat hari-hari hantar ke tempat pelupusan sampah? Bagi ena kerja mereka mulia sangat. Jadi belikan stok barang kering contohnya gula, tepung, minyak, kicap dan sebagainya buatlah 1 plastik dan sedekah. Bagus budak kat taman ena ni ramah senyum walaupun hari-hari hadap bau busuk.

3. Reviews bisness rakan-rakan secara percuma

Di sini ena memang akan bantu promot buat reviews secara ikhlas tanpa mereka minta sebab ena berpuas hati dengan servis dan kejujuran mereka. Kalau orang boleh buat kerja baik untuk kita apa salahnya kita bantu war-warkan kebaikan perniagaan mereka. 

4. Beri wang atau makanan kepada kanak-kanak

Kalau nampak budak-budak comel main tu kadang bagi juga RM1. Tak pon belikan jajan 30sen. Menggembirakan hati budak-budak pon boleh buat kita rasa bahagia. Tips ni ena amalkan masa ena susah nak dapat anak (gugur 2 kali). Orang tua kata amalkan sedekah pada budak-budak kalau nak rezeki zuriat.

Mudahkan konsep bersedekah ni. Kalau kita mudahkan orang, nanti orang pon permudahkan urusan kita.

Post a Comment

9 Comments

Husniey Husain said…
Alhamdulillah semoga berterusan amalan baik.. 😘 Samalah selalu juga amalkan bagi duit kat anak2 kecil.. Suka tengok orang lain happy tenang rasa hati..

Masuk mengadap #641 ✨
Unknown said…
Pernah mimpi masuk tandas kotor. Tandas asrama sekolah pulak tu. Siap ada hantu lagi.Hahah
Sis Lin said…
Betul Enaa..lagi kalau berjiran, kalaus akit susah, yang dtg membantu jiran dulu dari keluarga sendiri, makanya berbaiklah dengan jiran tak kira bangsa,.. Sis pun dh ada pengalaman berjiran macam-macam perangai, tapi kita buat hal kita dan terus berbuat baik..
Syazni Rahim said…
tergodanya tengok gambar udang tu haa hehe
Sunah Sakura said…
mimpi mainan tido..tapi kalo mimpi tempat kotor ni takut gangguan aje..

murah rezeki ena and family ramai orang berkongsi rezeki..alhamdulillah..
mamapp said…
murah rezeki ena. mama selalu mimpi toilet kat asrama. mmg nighmare haha..
nohas said…
Alhamdulillah..berkat sedekah, rezeki dtg dari pelbagai bentuk..

sedapnya mee goreng udang..nyum, nyum..
Sofinah Lamudin said…
Nombor 3 tu paling senang kan sis... kita as blogger. hehehe...
Cik TK said…
Sedapnya mee udang tuuu...

Bila bersedekah ni nanti rezeki lain akan datang tak disangka