Bubur Lambuk sedap Muar, Tempahan dibuka sempena PKP

Bubur Lambuk sedap Muar, tempahan dibuka sempena PKP | Ni honestly review memang sedap dan ena repeat banyak kali order daripada jiran ena. Asalnya pengasas bubur lambuk ni, Kak ayu cuma buat suka-suka masak kemudian sedekah pada jiran, kawan-kawan dan keluarga. Dia buat tu 1 periuk besar. Eh sekali ena first time makan terus suka. Lain daripada yang lain. Siap tanya takde buat tempahan ke???? Tapi tak lama tu PKP (Perintah kawalan Pergerakan) bermula jadi tiba-tiba kak ayu start open order sebab permintaan tinggi. Bayangkanlah daripada masak suka-suka boleh jadi bisness di rumah. Puas lah ena makan lepasni sebab selalu buat. hehe. Kalau korang nak tempah untuk majlis pon boleh starting RM100 je.

Bubur Lambuk Special + Acar Timun serendah RM15

Apa yang buat bubur lambuk ni special sebab kombinasi makan bersama acar timun. Acar timun tu pon sedappppp. Kalau korang tak suka makan sayur percayalah korang akan suka makan. Dia punya rasa cukup lemak, cukup bahan, cukup mewah... Harga RM15 tu tak rugi sebab takkan rasa kosong. Acar tu dia cuma google je resepi tapi lepastu dia olah resepi sendiri. Ena tak tahu nak describe camne. Tapi memang sekali suap terus kena dengan tekak. Honestly ena bukan penggemar acar ni. Tapi sebabkan resepi kak ayu ni marbeles terus ena jadi peminat acar timun dia. Kerangupan timun masih segar (membayangkan sambil telan air liur...haha)

Ramuan Bubur Lambuk Special

Hebat kak ayu boleh masak sorang-sorang. Ena dengar je kintang kintung kat sebelah rumah.hahahaha. Apa yang membuatkan bubur lambuk ni sedap sebab bahannya tak kedekut penuh dengan isi tetel, udang kering dan kerisik. Ena memang suka bubur lambuk daging berbanding ayam.

Resepi Acar timun @ Cucumber pickle


Baru ku tahu kenapa ena bukan peminat acar timun terus jadi suka. Tapi versi kak ayu la.hehe... Sebab kak ayu tumis dahulu bawang merah, bawang putih, cili api, serbuk kari dan cuka. Haaaaa. Dah nampak kan bayangan dia. Dimasak tapi masih kekalkan kesegaran dan kerangupan. Biasakan hidang mentah. Yang ni makan tanpa bubur lambuk pon sedap taw.

Dijamin bersih


Disebabkan jiran jadi ena tahu lah tahap pembersih camne. Jadi tak perlu ragu-ragu sebab makanan disediakan bersih. Persekitaran dapur pon kemas. 

Pre-order seawal seminggu


Kak ayu akan open order awal. Buat masa ni dia ambil hari Isnin saje sebab ada perniagaan Car Wash sendiri. Jadi kalau berminat nak tempah sila lah risik awal-awl ya. Maklumlah buat pon sendiri takde pembantu lain jadi dia open seminggu sekali je. 

Tercetus idea menjual selepas PKP bermula


Kak ayu ni sekilas pandang macam "Shima Anuar Laksam" yang viral selebriti masak laksam sorang-sorang je tapi tempahan memang banyak. Padehal masing-masing ada kerjaya sendiri. Mungkin sebab "passion'.  Dan asalnya tercetus idea pon sama cari resepi memasak di google, bagi jiran makan kemudian jual. Memang sama perwatakan mereka. Cuma kak ayu ni ena puji lebih anak 4 tapi boleh masak banyak. hehe. Paling kecil umur 3 tahun tak silap. Takde maid.




Sebahagian pelanggan yang berpuas hati dengan menu ini. RM15 berbaloi makan sebab masak pon renyah banyak bahan. Daging batang pinang lagi. Lembut je isi. Kacang pon rangup. Ena bagi 5/5 bintang. Berbaloi untuk repeat order. Untuk tempahan awal boleh terus ke link berikut



Post a Comment

17 Comments

Atie Zieya said…
selalu bubur lambuk time bulan puasa ja, tapi pkp ada :)
bestnya.. hilang craving but Johor :( jauh betul
Sis Lin said…
Sedapnya Ena oii...Sis ni pantang kejiranan bukak order, memang Sis order punyaa.. ni lama plak mereka tak bukak order..kalaulah dekat, dah ku order 3 bekas...
Kasih Juju said…
aduihhh.. jarang-jarang jumpa kalau bukan bulan puasa nih
ctsuzie said…
thanks ena sharing..nnt suzie balik muar boleh la try rasa..tgk pn dah sedap apatah lagi bila makan kan..:)
mamapp said…
sebagai org muo mama confidence bubur lambuk ni mmg sedap. lagi pula makan dgn acar. kalau balik kg boleh la oder
Farhana Jafri said…
aduhhh sedapnya! Sayang betul jauh ke Muar sana. Kalau dah dekat memang order dah sebab suka sangat makan bubur lambuk
Fadima Mooneira said…
Yum!!!!!! I love eating bubur lambuk. The price looks affordable. Will check it out later. Thank you for sharing.
Ummi said…
Nampak menarik bubur lambuk dia, makan pulak dgn acar timun. Selalu bulan puasa je dpt merasa.
Kitkat Nelfei said…
Aduii lapar terus dibuatnya tengok gambar2 sis.. Hurm.. jauh pulak di Muar,ada rezeki next time turun sana, sure order ni.. Semoga terus dimurahkan rezeki ye.. :)
Cuppy Cake said…
God bless you & your family!
Hope your business will get better during this pandemic!
Bubur lambuk plg sedapp.. tengok pun dah tahu sedap.. alamak teringin nya heheh
Cik Min said…
Ya ampunnn..sedap giler bubuk lambuk nih! Tringin lak nak makan bila baca entry ni..adoiii
Unknown said…
tu dia..sekali masak periuk besar . Mesti ramai pelanggan tetap dah ni.
Marina Bashah said…
Pernah try makan bubur lambuk. Takleh terima tekak. Tapi suka tengok orang makan. Nampak menyelerakan sungguh
Nina Mirza said…
Aduyai... Sedapnya bubur lambuk! Juadah paling wajib masak tatkala Ramadhan. Rindunya...
iena eliena said…
wahh bestnya jiran jual makanan..menarik bubur lambuk tu..kalau jiran iena jual makanan macam ni memang iena la pelanggan tetap haha..
kalau dekat boleh cuba kan..tapi jauh :D
Uyul Rosli said…
Ya Allah sedapnya. Batu Pahat ada delivery tak?