Mister Coffee meyediakan kopi terbaik untuk penggemar kopi | Ena memang coffee lover. Kalau 1 hari tak dapat kopi tu rasa tak lengkap je hidup. At least secawan kopi sebelum memulakan tugas harian sebagai isteri dan ibu kepada 2 princess Dhia. Lemau badan ni kalau tak dapat aroma kopi.hahaha.. Kali ni ena nak share antara jenama favourite ena yang ada di rumah iaitu Mister Coffee.
Mister Coffee memilih biji kopi terbaik di dunia
Diantara koleksi kopi yang ena grab adalah Drip Brew dan Bag Brew sebab mudah kalau nak staycation dimana-mana ada pack yang dah siap bungkus. Tak perlu ena nak buka serbuk. Just koyakkan sachet dan terus tuang air panas. Ena lagi suka coffee bag. Nak guna baru buka. Lebih jimat ruang dan easy travel.
Uwhh yeee... Mister Coffee ni ada banyak jenis dan pattern taw. Terdapat juga coffee machine, coffee grinder dan banyak lagi. Betul-betul memahami kehendak penggemar kopi. Dan paling penting ia produk HALAL.
Sebelum ena cerita lebih lanjut, jom kita kenali Mister Coffee Malaysia:
1. Mister Coffee adalah perniagaan milik keluarga yang beroperasi selama lebih dari 3 Generasi sejak 1982 dimana rasa nostalgia yang tidak anda dapati di tempat lain kerana Mister Coffee diberi hak istimewa untuk menjadi salah satu Perintis Pod Kopi di Asia (Pioneers of Coffee Pods in Asia)
2. Yang paling penting, Mister Coffee memastikan bahawa setiap langkah dilakukan sesuai dengan piawaian tertinggi, dari awal produksi hingga pengiriman setiap produk dan perkhidmatan.
3. Bukan itu sahaja, Mister Coffee dianggap sebagai pembekal OEM terkemuka untuk banyak jenama kopi lain di Malaysia.
4. Mister Coffee selalu mengikuti perkembangan dan perkembangan terkini dunia F&B dengan terus mengikuti Pameran Perdagangan Antarabangsa (International Trade Fairs)
The Brand Behind many Brands
Korang tahu tak Mister Coffee sekarang terkenal sebagai "coffee solution" untuk perniagaan lain dengan banyak yang menganggap ia sebagai "Jenama di Sebalik Banyak Jenama" dan telah menjadi salah satu syarikat kopi milik keluarga terbesar di Malaysia, yang mempunyai lebih dari 30 juta cawan kopi setiap tahun.
Kesegaran kopi terjamin
Di Mister Coffee, kami membungkus produk kami dengan Sistem "Modified Atmosphere Packaging (MAP)". Teknologi pembungkusan membantu mengubah taburan semula jadi dan susunan gas atmosfera dalam kopi untuk memberikan keadaan optimum untuk mengekalkan aroma dan kualiti kopi.
Dengan memanfaatkan teknologi, kita dapat mengendalikan sisa oksigen di dalam beg pembungkusan, meninggalkan sekitar 1% kandungan oksigen setelah pembungkusan, sehingga meningkatkan jangka hayat dan mengurangi pengoksidaan kopi.
BagBrew - Single Serve Coffee
BagBrew adalah penyelesaian terbaik untuk membancuh kopi satu hidangan bagi penggemar kopi yang mencari kemudahan tanpa menjejaskan kualiti. Beg kopi inovatif yang membolehkan air menyerap dengan lebih berkesan, sehingga menghasilkan secawan kopi tunggal yang lebih bersih dan beraroma.
Setiap sachet BagBrew dibungkus secara individu dengan Sistem Pembungkusan Suasana Diubah (MAP) menggunakan mesin canggih dari Jepun untuk mengekalkan aroma kopi untuk jangka masa yang sangat lama.
Jika korang first time pengguna Mister Coffee, jadi tak perlu risau sebab arahan cara menyediakan kopi pon ada disertakan di belakang coffee bag. Yang bagusnya BagBrew ni boleh buat secawan kopi dengan saiz besar iaitu dari 150ml hingga 200ml. Biasa kan standard 150ml sahaja. Jadi ni puas lah minum secawan besar tapi masih mempunyai kepekatan yang sama tanpa mengganggu rasa asli kopi itu sendiri. Sebab apa ? Sebab kopi ni ada level light, medium dan dark roast. Tapi BagBrew ena cuba ni level "Dark Roast" warnanya lebih gelap melalui proses brew yang panjang. Baunya harum selepas dibuka dan jiwa rasa tenang setiap kali dinikmati.
Jadi antara kopi BagBrew yang ena ada :
26 Chantiq Manis:
nak kena beli ni
sedap nampak kopi tu..nanti akak nak try jugaklah
tak pernah lagi jumpa coffee ni, mcm kena try ni
Pernah rasa yang no. 1 dan 3 sahaja tak silap.
tak tahan nya tengok kopi. rasa macam nak langgar pantang je..Hahah
wah siap ada coffee machine and grinder ek dia..nanti nak cuba la kopi dia..
Nak kena cuba laaa ni, adeii nampak sedap nauu kopinyaaa tu...
macam sedapnya kopi..xsangka kat muar je hq..mcm xpernah nmpk plk brand ni kat kedai..
okay ni menarik! sebab khai pun coffee lover. macam nak beli juga lah sebab mesti sedap kan since dah kata semua brand amik dari sini kebanyakannya
Baru tau ada jenama Mister Coffee. Nanti nak cari kat pasaraya. Nampak review macam best. Bleh cuba sepaket kan. Hehe
Nama kopi ini menarik tau. Nampak pekat kopinya, boleh try ni.Lagi satu sebab bungkusannya dalm pek yang mudah bancuh. Tak perlu nak tapis bagai kalau pakai serbuk.
i kinda like the simple, white packaging. they look so traditional and good!
Nie lah syurga kopi - gitu kata sahabat yang menggemari kopi bila dia tengok rangkaian produk Mister Coffee nie
nampak macam sedap je. rumah ni memang selaly buat kopi o. boleh cuba nanti
oh first time sebenarnya saya tahu ada jenama mister coffee ni. maklumlah saya ni kalau bab kopi2 ni kurang sikit. saya lebih suka teh. tapi family saya yg lain memang suka kopi. bolehlah suggest dkt diorg koffee ni.
Suka minum kopi2 dr Mister Coffee ni terutama yg costa rica tu..cam wangi n sedap
Housemate saya penggemar coffee tegar. Nanti saya cuba recommend kat dia.
Baru tau pasl kopi ni. Nampak sedap.. Pekat tengoknyaa.. Huishh telan air liur pulak.. Hehe.. Boleh cuba ni
Suka coffee jugak. Tgk pacakging mister coffee ni sgt2 mesra pengguna laa 😊
Nampak lemak berkrim kopi dia ni. Tapi Marina bukan penggemar kopi. Boleh bagi husband try
Selalu debgar pasal brand ni. Tapi tak pernah try lagi. Nampak kaw kopi dia
Bagus bungkusannya macam tu. Memang mudah nak dibawa ke mana saja. Tak perlu risau serbuk kopi tumpah ke ape ke... buh je dalam air dan minum. Senang kan
First time dengar about brand Mister Coffee ni tapi baca2 ni rupanya dah lama bertapak di Malaysia.. packaging dia pun sangat menarik ala2 old school, reminds me of my great grandparent and grandparent :)
Menarik packagingnya.. penggemar kopi wajib ada satu kat rumah nie.. boleh la AM grab satu buat letak kat opis.. boss kalu pepagi asyik request AM buatkan kopi utk dia..
Tertarik pulak nak cuba. Ni first time dengar jenama ni. Tak sangka ada Coffee Grinder lagi. DripBrew tu pun mcm menarik je.
Kak mmg peminat kopi kdg2 minum. Kopi tanpa gula, first time dgr jenama Mister Coffee
Post a Comment