ツ Teman Tapi Mesra

Resepi menggunakan Burger Lembu Ramly @ Ramly Beef Burger

**Rahsia nak Spaghetti Bolognese sedap kena pakai "Burger daging Ramly" ingat taw BURGER. Bukan "daging kisar Ramly". Lebih sedap dari pakai daging kisar..

Resepi menggunakan Burger Lembu Ramly @ Ramly Beef Burger | Jika sebelum ni ena share resepi menggunakan daging segar, kali ni ena nak share menggunakan daging ekspress pula. Kalau nak tengok resepi guna daging segar boleh refer entri di bawah

https://www.tinynasweet.com/2020/09/resepi-menggunakan-daging-segar-daging.html

Kita dah biasa buat kepingan burger ayam atau lembu untuk makan dengan roti burger kan?? Tapi cuba ubah resepi lain pulak. Ena pernah pos di Facebook Spaghetti Bolognese guna Burger Beef Ramly, rupa-rupanya ramai yang akui sedap pakai jenama Ramly. Kira menjadilah resepi tu.hahahah. Sebab ena dah selalu buat guna daging segar tapi leceh lah sebab nak kena blend kan. Lepastu berbau. Berbeza pakai daging Ramly ni senang dimasak. 

Percayalah memang sedap oiiiii.. Kalau masak mesti orang yang tak pandai makan terus jadi pandai makan. Nak pula buat versi orang melayu ada pedas. Memang kick ! Ni antara resepi yang ena masak untuk tetamu. Diorang cakap lain lah rasa. Tak masam. Memang ena tak gemar Spaghetti di kedai sebab almost masam daripada pes tomato. Nak juga ikut tekak melayu ni. So ena olah resepi.

Spaghetti Bolognese Hot & Spicy

Cewahhh macam chef pulak kan ada resepi sendiri. Masak ni kena kreatif dan ubah je ikut tekak sendiri. No rules.

🍝🍝 Bahan (2 orang makan) :

1. Spaghetti yang siap direbus dan ditos
2. Ramly Beef burger 2 keping (hancurkan dan lumur serbuk kunyit )
3. 2 senduk besar Cili kering (Siap dikisar bersama bawang putih dan bawang besar)
4. 2 sudu kecil sos spaghetti tomato Prego. (Jangan guna lebih untuk elak masam)
5. Air masak setengah cawan untuk pekatkan kuah


Cara memasak :

1. Masukkan minyak masak dalam 2 senduk besar ke dalam kuali
2. Tumis daging dahulu. Api kecil saje. Jangan tumis lama sebab cepat masak
3. Masukkan cili blend dan tunggu sehingga pecah minyak
4. Bubuh garam & gula untuk rasa lemak manis
5. Masukkan sos tomato Prego dan air masak
6. Agak2 dah pekat boleh tutup api dan siap dimakan 

**Boleh tambah cendawan, sosej, lobak merah dan sebagainya. Ikut citarasa masing-masing.

Popia Inti Daging

Tak sempat snap gambar dah masak sebab asal masak je dah licin.hahaha. Yelah popia ni sedap makan tengah panas lagi sebab kerangupan kulit popia tu. Ramai cakap rasa dia seperti makan karipap daging tapi guna popia. Ni versi ena yang malas nak uli tepung dan kelim tepi karipap. 

Dari kecik dah biasa uli tepung sebab nenek jual karipap. So dah jemu.hahahahah. Ena ni dari kecik dah dipaksa buat kerja dapur dan menjual. So kalau bab olah resepi memang pandai. Kadang jadi kadang tidak jugak. Yang jadi mangsa suami lah habiskan. Nasiblahhhh...


Untuk resepi ni takde sukatan bahan. Ena main agak je bahan banyak mane. Kira kentang lagi banyaklah daripada daging.Boleh tengok contoh di bawah.


Bahan :

1, Kulit popia
2. Ramly Beef burger
3. Kentang dipotong dadu
4. Bawang besar dihiris halus
5. Bawang putih dicincang halus
6. Sedikit serbuk kari daging

Cara memasak :

1. Masukkan minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga garing
2. Masukkan kentang dan kacau sehingga keperangan
3. Masukkan daging dan kacau rata
4. Masukkan serbuk kari dan perasa. Kemudian tutup api
5. Setelah sejuk, gulung kan inti daging bersama kulit popia. Lekatkan bersama bancuhan tepung pada penghujung popia
6. Boleh frozen ataupun digoreng terus. Siap dihidang


Ni lahh rupa intinya sebelum digulung bersama popia

Korang mesti biasa guna kan untuk makan burger. Haa burger ni lah untuk buat resepi di atas. Ena suka sebab tak perlu masak lama dan tidak berbau. Jenama yang memang dipercayai.

14 Chantiq Manis:

Ika.S said...

Woww. nampak menyelerakan :) guna bahan yang senang dapat. nanti nak cuba la.

Farhana Jafri said...

sama lah, kalau buat spaghetti ataupun begedil daging memang guna daging kisar ramly sebab juicy and manis daging. Brand lain kureng sikit

Qeela said...

Thanks for this sharing, sedap2 belaka nampaknya resepi2 tu semuaa hehe. Indeed daging burger Ramly memang terbaik kan, bagus beli sambil support local product kita hehe.

miedaJaz said...

K mid x pandai buat spagheti nie...bolehlah ambik.resepi ena nie..tengok pun dah sedap

Kitkat Nelfei said...

Ramly's ni memang my trusted brand especially comes to nak beli patty.. Thanks sis sharing this recipe, boleh la prepare different dishes lepas ni..

Sis Lin said...

Biasa Sis buat guna daging cincang Ramly gak..mmg sedap..
Cuma lately ni jarang dah letak daging, banyak letak cendawan aje...

Ruby said...

Daging kisar ramly memang fav akak utk masak lauk, popia dan spaghetti. Cuma, kalau takda option. Pakai daging burger. Tapi mahal kan. Huhu. Hehehe.

Ana Suhana said...

Kalau buat kebab pun ana suka guna burger daging ramly ni. Lagi sedap dan mudah masak.

Atie Zieya said...

mmg good idea, kadang2 buat meatball pon pakai burger ramly juga mmg sedap

Huda Halid said...

kreatif yer ina, macam-macam resepi gunakan daging burger ni. thanks sharing ina

Kak Fas said...

Klu bab nak makan burger nemang kak selalu pilih Ramly Burger...ttp blm pernah cuba cara ni sbb jrg makan spaghetti huhu..

Galaksi Viral said...

woowwww. serius nampak lazat kak. burger ramly mmg isi daging superb kak. huhu

iena eliena said...

wow nampak sedap betul Spaghetti Bolognese Hot & Spicy tu. MAcam macam boleh buat dengan produk ramly ni. iena pun memang suka produk2 Ramly..Nanti boleh buat

yaya_flanella said...

Brand ramly ni memang trusted dari dulu and kita pun dah terbiasa dengan keenakannya dari kecil kan Tq share resepi