Masak Nasi lemak Lebih sedap dan Peroi Confirm Tak Melekat

Masak Nasi lemak Lebih sedap dan Peroi Confirm Tak Melekat | Statement berani betol ena ni. hahahahah. Sebenarnya ena tak rujuk pon mana-mana resepi nasi lemak ni sebab dah dibesarkan dengan makan nasi lemak sebabtu agak-agak sendiri je. Nasi lemak ni memberikan "Sentimental value" pada ena sebab masa Darjah 3 ena dah kena jual nasi lemak di sekolah tapi sorok-sorok kau sampai kantoi dengan cikgu. Bukan sebab minat tapi sebab kena paksa nenek. Yelah masa tu hidup susah, nenek pula kena bela ena dengan maksu anak last nenek yang ke 12 sebaya dengan ena pula tu. So nak tak nak kami kena bantu nak tampung hidup sebab kami sekolah sebaya. Jadi setiap kali ena masak dan makan mesti terkenangkan kena serbu budak sekolah nak beli ! Nasi lemak nenek laku keras.

Nasi Lemak cara saya


Nak kata resepi turun temurun tidaklah sebab ena olah sendiri ikut tekak suka rasa yang camne. So far suami memang suka versi ni. Bila ena bekalkan ke pejabat untuk kawan dia pon suka makan licin katanya.hahahaha. Sah-sah lah lapar sebenarnya tu. InsyaAllah kalau kekalkan sukatan nasi tu menjadi. Sebab ena masih guna sukatan yang sama. 

Maaflah tidak menggunakan daun pandan sebab masak tu tak dirancang jadi malas nak beli on the spot. Bila beli awal tak masak sampai layu. Jadi ena memang masak guna bahan ni sebab tetap wangi dan sedap dimakan.

Ada 2 perkara penting kalau tak nak derhaka dengan resepi ni !

1. Sukatan bahan
2. Cara nak gaulkan nasi selepas masak

Bahan untuk Nasi Lemak peroi tak melekat


Bahan (untuk 2 orang makan) :

1. 2 pot beras Carnation (Ni pilihan ena)
2. 1 kotak santan Kara 200ml
3. Setengah sudu garam (Ena guna Garam Bukit Halagel jadi tak kuat masin macam garam biasa)
4. Setengah sudu biji halba
5. Setengah bawang besar dihiris halus
6. 2 -3 hiris halia
7. Minyak masak 2 sudu


Cara Penyediaan :

1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan.

2. Cukup senang campak je semua menjadi satu bahan di dalam periuk kecuali santan. Kalau korang guna garam lain disyorkan kurangkan sukatan sebab garam bukit Halagel ni lain. Dulu ena pernah try yang tumis dahulu bahan dengan marjerin sedap jugak tapi sejenis yang tak rajin nak buat keje banyak kali so ena memang praktikkan cara ini.

3. Selepas tuangkan santan Kara ke dalam periuk nasi, ambil air masak dan tuang ke dalam kotak santan tu, goncangkan dan tuang semula ke dalam nasi dengan mengulang sebanyak 3 kali. Senang cerita 2 pot nasi bersamaan 3 pot air. Tapi lain orang dia sukat guna cawan sama untuk nasi kan. Haa macam ena guna kotak santan tu. ena suka pakai Kara sebab patinya pekat. 

Kalau tak yakin jugak boleh lah ukur dengan satu ruas jari hantu. Yang penting disini air sukatan untuk beras nasi lemak mesti kena lebih sedikit daripada masak nasi biasa taw!

4. Kacau rata dan masak seperti biasa. Macam ena memang langsung tak kacau nasi banyak kali sebelum nasi betul-betul masak. Haa ada orang dia nak gemburkan nasi. Tapi ena memang biarkan je.

5. Bila nasi dah masak, korang cek dulu tekstur seperti gambar di bawah. TAPI jangan dikacau. Biarkan dalam 10 minit lagi atau nampak kering. Kan banyak lubang halus tu. Haa baru dikacau rata. lepastu tekan lagi sekali button untuk memasak. Gituuuu.. Nak bagi dia lagi masak dan gebu.


Kejadiannya bila nasi lemak sudah masak. Biarkan seketika


Taraaa.. hasilnya nasi peroi sebutir-sebutir tak melekat pon. Bau pon harum sebab guna biji halba. Nasi jugak tak berkerak guna Rice Cooker Tefal ni.


Inilah hasilnya Nasi lemak versi ena. Dihidangkan bersama sambal ikan bilis, sambal dada ayam, telur goreng dan timun jepun. kalau ikan bilis ena memang cerewet sedikit suka guna ikan bilis Pangkor atau Langkawi. Memang rangup. 

Tips dia pergi kedai tu tengok warna ikan bilis biar putih cerah dan tulangnya mudah tanggal bila kite kopek. Kalau kita try kopek ikan bilis tu macam melekat sangat so tu memang tak best.hehehehe.. dan sambal ena kering tidak menggunakan sebarang air asam jawa tambahan. Sambal kering lah baru kick kan. Selera masing-masing.

Tq Reading :)

Post a Comment

21 Comments

Atie Zieya said…
kena let my mom know about this , thank you for sharing
ctsuzie said…
nasi lemak memang all time favret..klo masak sndri boleh makan bnyk kali..haha:)
Mmg mudah buat nasi lemak.. lebih puas masak sendiri.. jimat summore
Slumber Lady said…
Tips beli ikan bilis tu first time tahu. Biasa beli yang dah kopek saja. Hehe.
Mahamahu said…
Kenapa kita baca artikel nasi lemak tengah malam macam ni dah jadi lapor dibuatnya Ya Allah sedapnya hehehe kita lama tak masak nasi lemak boleh cuba resipi ni hurmmmmm
wow it looks so interesting. thanks for sharing this unique recipe. nak cuba la try make it too
Sis Lin said…
Lama tak buat nasi lemak, tap9i kalau buat pun biasa anak yang masaknya hehehehe... ingat esok hari cuti nak buatlah.. udang ada tu...
Sunshine Kelly said…
Kita pun selalu standby bahan masakan kat rumah, lebih sedap and sihat kalau makan masakan kat rumah.
Yaya Azura said…
Nasi lemak ni feveret anak-anak. Tapi kalau masak nasi tu tak beria sangat lah. Dorang tak suka ada bawang dengan halba..mengalah je lah mak ni dengan anak-anak. hihi.
Kak Fas said…
Bagus juga simpan pelbagai cara masak nasi lemak ni... kak buat lrbuh kurang sama la cuma x letak bawang sekadar halia shj dan daun pandan dan sikit biji lada hitam tapi x masuk minyak.
Kitkat Nelfei said…
Wahhh thanks for sharing this recipe, Nak share ngan chef kat rumah la boleh try this recipe.
Marina Bashah said…
Bolehla cuba santan jenama ni pulak. Tak pernah try lagi
Ruby said…
Sejak saya kahwin kan kak. Nasi lemak ni jd menu wajib. Ada masa menjadi cantik wangi gebu gebas. Ada masa tak best. Eksperimen saya dah dapat jawapan. Ternyata kena guna santan Kara sahaja kak. So penggunaan jenis santan pun penting. Stok kat rumah ada dua jenis santan. Ayam brand dan Kara. Kara ni buat kuih tradisional, pulut kuning dan nasi lemak memang cun.
Nadia Johari said…
Nasi lemak memg feveret.. Nad buat nasi lemak pun dengan santan tu.. Buat nasi lemka sendiri puas hati boleh tambah bnayak2
Puan B said…
Adududu... Viu pun dah pecah liur. Serius tak pernah lagi buat nasi lemak version myownself. Haha. Takpe esok Hari Malaysia kena tryni athome. Tq sist.
Farhana Jafri said…
tak pernah lagi jumpa nasi lemak letak biji halba ni. Nanti boleh try masak nasi lemaak ikut resipi ni pulak. Thanks ena!
Ana Suhana said…
Kalau masak nasi lemak wajib guna santan kara.cuma nasi lemak ana tak letak bawang, halba, halia. Tp resipi mil ada tu semua.
Nina Mirza said…
Kak nina selalu masak nasi lemak. Favorite anak-anak. Cara masak kita pun sama. Senang
mohon belajar resepi nasi lemak ni. BBL dah lama nak masak nasi lemak sebab si housemate suka sangat makan nasi lemak. nampak resepi Tiny mudah je, harap menjadi..
halimah muhiden said…
Sekali sekala masak sendiri nasi lemak mmg sedap, klu beli kat luar rasa xsama mcm kuta masak.
Kak Yana said…
Nak try lah nanti .. Sedap sangat makan nasi lemak dengan ayam berempah .