ツ Teman Tapi Mesra

Nikmati Kopi Panggang Segar dari Doorstep Coffee Roaster

Nikmati Kopi Panggang Segar dari Doorstep Coffee Roaster | Agak jakun lah mula-mula nak guna. hahahaha. Yelah tahu nak minum kopi dari tangan magis Barista ni pergi je Cafe Hipster. Di rumah tahu guna kopi uncang je. Tapi yang ni berbeza. Haa kalau malas nak keluar pergi Cafe, kita order je kopi ni semudah "DRIP & DRINKS"Dapatkan coffee drip bag dari @Doorstepcoffeeroaster dan rasai kelazatan kopi di rumah cafe sendiri. Memang feeling habis.

Masa first time buka, aroma bau kopi wangi tu harum semerbak di ruang dapur. Ena suka minum kopi lagi-lagi baunya boleh hilang stress. Kopi sememangnya banyak manfaat. Kalau kereta ena bau tak berapa enak letak je uncang kopi 1 hari. Esok kuranglah bau hapak tu.


Coffee drip bag filter senang digunakan. No messy. Buka dan koyak bahagian atas beg, kemudian susun di atas cawan.


Macam ena ambil 2 sudu kopi untuk 1 cawan ni jika nak minum kopi o panas. Ena gunakan drip bag sama juga untuk 1 cawan lagi sebab pekat kan. Just kongsi bancuhan yang sama.


Macam ni lah rupa dia bila sangkut pada atas cawan. Cawan ni comel je untuk 150ml air jadi nampak lah drip bag ni tinggi.


Tuang air panas 20ml dan tunggu dalam 30 saat bagi kopi mengembang. Kemudian tuang lagi 150 ml air panas. Selepas beberapa minit boleh buang drip bag. Lebih kurang camni lah step nya. Ala air tu agak-agak je macam kita biasa buat tu. Syok jugak buat nak feeling jadi Barista.hahahah...


100% Arabica Coffee Bean yang segar, mudah dibawa, mesra alam dan senang disediakan. Cuma perlukan air panas sahaja

Boleh dinikmati Panas atau Sejuk


Saje buat 2 versi mana yang sedap kan, eh 2 2 sedap lahhh,. Letak ais separuh dan tuangkan susu kotak, Lepastu tuangkan sedikit bancuhan kopi yang telah ditapis tadi dan kacau. Minum sejuk-sejuk memang nikmatlah.

Mesti korang tertanya-tanya kopi flavour apa ena minum? House Blend N°3 Sumatra Mandheling, Brazil (Caramel Black Tea). Haaa patutlah sedap. Jauh ni import. Nak single origin pon ada.

Gambar ni antara salah satu flavour di dalam kopi ena tu, Indonesia Sumatera Mandheling ni baru lagi dipasarkan pada bulan Ogos yang lalu diambil dari Wilayah Batak Sumatera Tengah Barat, Aceh.

Wahhh terharu rasanya dapat rasai kelazatan kopi ni. Tak payah merentas negara nak dapatkan kopi asli. Korang tahu tak ada banyak lagi kopi asli dari negara lain ! 

Team Doorstep Coffee Roaster bermula dengan mendapatkan sumber, mencuba, menyaring dan memilih biji kopi terbaik dari seluruh dunia. Sebilangan negara asal adalah Brazil, Colombia, China, Ethiopia, Indonesia, Kenya, Mexico dan Nicaragua. Haaa memang rambang mata dibuatnya. Lepasni nak cuba lain pula.


Dengan biji kopi mentah premium, @Doorstepcoffeeroaster memanggang setiap pagi pada hari bekerja dan menghantarnya terus ke depan pintu anda sehingga anda dapat menikmati kopi terbaik dari keselesaan di rumah atau pejabat anda. ☕️ ☕


Untuk memudahkan rutin pagi anda, @Doorstepcoffeeroaster menyediakan perkhidmatan mengisar kopi percuma untuk anda sebelum dibungkus. Anda boleh menjadualkan tarikh panggang dengan kami untuk memastikan anda mendapat kopi panggang segar.

Kalau korang nak cuba, boleh terus shopping di Shopee dan harganya murah je. Bancuh bila-bila masa dan senang dibawa bercuti. Untuk pengetahuan korang, pemilik @Doorstepcoffeeroaster ni merupakan Barista yang berpengalaman. Haa jadi jangan ragu-ragu nak dapatkan kopi berkualiti ni.

Resepi menggunakan Burger Lembu Ramly @ Ramly Beef Burger

**Rahsia nak Spaghetti Bolognese sedap kena pakai "Burger daging Ramly" ingat taw BURGER. Bukan "daging kisar Ramly". Lebih sedap dari pakai daging kisar..

Resepi menggunakan Burger Lembu Ramly @ Ramly Beef Burger | Jika sebelum ni ena share resepi menggunakan daging segar, kali ni ena nak share menggunakan daging ekspress pula. Kalau nak tengok resepi guna daging segar boleh refer entri di bawah

https://www.tinynasweet.com/2020/09/resepi-menggunakan-daging-segar-daging.html

Kita dah biasa buat kepingan burger ayam atau lembu untuk makan dengan roti burger kan?? Tapi cuba ubah resepi lain pulak. Ena pernah pos di Facebook Spaghetti Bolognese guna Burger Beef Ramly, rupa-rupanya ramai yang akui sedap pakai jenama Ramly. Kira menjadilah resepi tu.hahahah. Sebab ena dah selalu buat guna daging segar tapi leceh lah sebab nak kena blend kan. Lepastu berbau. Berbeza pakai daging Ramly ni senang dimasak. 

Percayalah memang sedap oiiiii.. Kalau masak mesti orang yang tak pandai makan terus jadi pandai makan. Nak pula buat versi orang melayu ada pedas. Memang kick ! Ni antara resepi yang ena masak untuk tetamu. Diorang cakap lain lah rasa. Tak masam. Memang ena tak gemar Spaghetti di kedai sebab almost masam daripada pes tomato. Nak juga ikut tekak melayu ni. So ena olah resepi.

Spaghetti Bolognese Hot & Spicy

Cewahhh macam chef pulak kan ada resepi sendiri. Masak ni kena kreatif dan ubah je ikut tekak sendiri. No rules.

🍝🍝 Bahan (2 orang makan) :

1. Spaghetti yang siap direbus dan ditos
2. Ramly Beef burger 2 keping (hancurkan dan lumur serbuk kunyit )
3. 2 senduk besar Cili kering (Siap dikisar bersama bawang putih dan bawang besar)
4. 2 sudu kecil sos spaghetti tomato Prego. (Jangan guna lebih untuk elak masam)
5. Air masak setengah cawan untuk pekatkan kuah


Cara memasak :

1. Masukkan minyak masak dalam 2 senduk besar ke dalam kuali
2. Tumis daging dahulu. Api kecil saje. Jangan tumis lama sebab cepat masak
3. Masukkan cili blend dan tunggu sehingga pecah minyak
4. Bubuh garam & gula untuk rasa lemak manis
5. Masukkan sos tomato Prego dan air masak
6. Agak2 dah pekat boleh tutup api dan siap dimakan 

**Boleh tambah cendawan, sosej, lobak merah dan sebagainya. Ikut citarasa masing-masing.

Popia Inti Daging

Tak sempat snap gambar dah masak sebab asal masak je dah licin.hahaha. Yelah popia ni sedap makan tengah panas lagi sebab kerangupan kulit popia tu. Ramai cakap rasa dia seperti makan karipap daging tapi guna popia. Ni versi ena yang malas nak uli tepung dan kelim tepi karipap. 

Dari kecik dah biasa uli tepung sebab nenek jual karipap. So dah jemu.hahahahah. Ena ni dari kecik dah dipaksa buat kerja dapur dan menjual. So kalau bab olah resepi memang pandai. Kadang jadi kadang tidak jugak. Yang jadi mangsa suami lah habiskan. Nasiblahhhh...


Untuk resepi ni takde sukatan bahan. Ena main agak je bahan banyak mane. Kira kentang lagi banyaklah daripada daging.Boleh tengok contoh di bawah.


Bahan :

1, Kulit popia
2. Ramly Beef burger
3. Kentang dipotong dadu
4. Bawang besar dihiris halus
5. Bawang putih dicincang halus
6. Sedikit serbuk kari daging

Cara memasak :

1. Masukkan minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga garing
2. Masukkan kentang dan kacau sehingga keperangan
3. Masukkan daging dan kacau rata
4. Masukkan serbuk kari dan perasa. Kemudian tutup api
5. Setelah sejuk, gulung kan inti daging bersama kulit popia. Lekatkan bersama bancuhan tepung pada penghujung popia
6. Boleh frozen ataupun digoreng terus. Siap dihidang


Ni lahh rupa intinya sebelum digulung bersama popia

Korang mesti biasa guna kan untuk makan burger. Haa burger ni lah untuk buat resepi di atas. Ena suka sebab tak perlu masak lama dan tidak berbau. Jenama yang memang dipercayai.

Tema Pakaian Beragam Merdeka


Tema Pakaian Beragam Merdeka | Sebenarnya pertandingan ni dah lepas masa sekolah sumayyah adakan pertandingan Pakaian Beragam dan mewarna 5 tahun. Termasuk juga 2 orang sepupu berusia 6 tahun di Pontian. Boleh lah jadi rujukan tahun depan pula. hehe. Ena buat simple je sebab last minute punya kerja. Guna je apa yang ada.hahaha

Untuk baju sumayyah ni memang sedia ada je baju raya tahun lepas. Lepastu ena pergi je Mr DIY beli aksesori. Modal pon bape ringgit je. Bendera sapu ayah sumayyah punya.hehe. Janji ena tengok nampaklah tema bendera Malaysia tu ada warnanya. Nak jahit bendera jadi baju memang lah tak pandai. Jadi jahit je bendera di baju depan Sumayyah.


Yang ni memang ena dengan suami tergelak bila Sumayyah menang tempat pertama untuk 2 kategori.haha. Ni mesti dia posing catwalk habis depan cikgu. Tahu sangat perangai dia suka cantik macam princess. Tapi bab colour tu tak sangka lah sebab anak bukan jenis rajin buat kerja sekolah kat rumah. Jenis main je. Haa ni rasa perangai ena jugak masa kecik sebab ena dulu pon tak suka buat keje sekolah kat rumah. Sebab di rumah is Playtime !!! 


Cantik tak baju Syuhada dan Erina ??? Baju syuhada belah kiri hantar tempah orang luar tapi Erina memang makcik yang jahit. Kreatiflah makcik ku ni sebab dia memang banyak pegang trofi menang segala gubahan hantaran kat kampung. Setiap tahun dia masuk mesti sapu habis sampai ada 1 pertandingan ni dia tak dibenarkan masuk. hahaha. Terpaksa pakai nama orang lain. Pon menang jugak. Ena suruh buka tempahan menjahit or gubahan dia tak nak pula. Mungkin minat untuk diri sendiri je. tu saje nak share :) Baju anak korang mesti lagi lawa kan. Ramai kata beli online je senang.

Tq Reading :)

Wordless Wednesday | Aplikasi Viral Avatar

Sama ke tidak?

Ena rasa bibir je sama. Hahahahahaha. Penatlah nak cari


"AVATAR" yang dimaksudkan :

An icon or figure representing a particular person in a video game, Internet forum, etc.

"conversation is depicted in a balloon over the avatar's head"

Tiada kaitannya dengan keagamaan. Sekian...

#copypaste

Resepi menggunakan daging segar

Resepi menggunakan daging segar | Ena ni takdelah hebat memasak pon. Tapi selalu follow resepi kat Facebook je tu. Haa kalau jadi baru share. Kalau tak jadi memang tak pos lah. hehehe..

Berikut merupakan resepi yang ena suka masak :

1. Daging dendeng
2. Nasi goreng daging
3. Spaghetti daging masak lemak cili api


Di antara favourite ena selain daging masak kicap, ialah daging dendeng. Sebenarnya ramuan resepi lebih kurang sama je tapi bezanya dendeng ni REBUS>>>HIRIS>>>TUMBUK>>>GORENG. Haaa step situ yang leceh. Tapi time teringin nak makan baru rajin nak buat. Sebab susah nak jumpa orang jual. Time dah malas tu memang daging masak kicap je.hehehehe..

Ada banyak jenis resepi tapi ena follow resepi asal >>> "Resepi Ummi" tapi ena olah sedikit sebab tak pakai belacan. Ena suka sebab mudah dan tak banyak bahan digunakan.

RESEPI DAGING DENDENG



Bahan (2 orang makan) :

1. 400gram daging (Anggaran 1 buku daging)
2. 2 biji bawang besar
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 2 batang serai dititik
6. Cili kering yang siap di kisar bersama bawang putih dan bawang besar
7. Bancuhan air asam jawa
8. Kicap manis
9. Garam @ penambah perasa


Cara memasak : 

1. Kebiasaannya daging tu ena akan belah lagi 4 bahagian supaya cepat empuk. Masukkan sedikit garam dan 1 inci halia dihiris kasar. Kemudian rebus sehingga empuk atau lebih kurang 1 jam

2. Tos daging dan hiris melawan urat. Ingat ya jangan ikut urat, nanti liat

3. Goreng sekejap daging bersama sedikit minyak sehingga separuh garing

4. Tumbuk setiap keping daging dengan menggunakan batu lesung sehingga leper

5. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar dan halia. Ena tak guna banyak sebab cili kering dah ada bahan sama dikisar

6. Tumis bahan tumbuk bersama serai yang dititik sehingga naik bau

7. Masukkan cili kering ikut tahap kepedasan yang korang suka. Masak sehingga pecah minyak

8. Masukkan daging dan kacau rata

9. Masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan sehingga kuah hampir kering

10. Masukkan kicap manis dan sedikit perasa tambahan. Ena tak guna gula sebab kicap dah manis. Kalau nak nampak warna daging lebih gelap boleh tambahkan kicap pekat

RESEPI NASI GORENG DAGING


Kalau ena rebus daging, biasanya memang akan simpan sedikit untuk dibuat goreng dengan nasi. Haaa ena memang suka masak ni. Sebelum masak tu daging boleh diperap bersama serbuk kunyit + kicap. Mantap rasanya.


Bahan (2 orang makan) :

1. Hirisan daging lebih kurang segenggam tangan (Diperap serbuk kunyit + kicap manis)
2. 1 biji bawang besar ditumbuk halus
3. Nasi sejuk
4. Cili kering yang siap di kisar bersama bawang putih dan bawang besar
5. Frozen mix vegetables (Kalau tak suka tak perlu letak)
6. Garam @ penambah perasa


Cara memasak : 

1. Tumis bawang merah sehingga naik bau

2. Masukkan cili kering ikut tahap kepedasan dan masak sehingga pecah minyak. *Boleh gantikan dengan cili padi

3. Masukkan daging dan kacau rata

4. Masukkan frozen mix vegetables dan kacau rata. *Kalau nak pecahkan telur pon boleh

5. Tambah perasa tambahan. Siap dihidang

SPAGHETTI DAGING MASAK LEMAK CILI API


Kalau korang jenis biasa makan pasta tu, rasa boleh la kot masuk tekak makan resepi ni. Bagi ena memang sedaplahh. Sebab ada pedas kan. Daging ni pon sama je proses macam di atas ena akan simpan frozen. Haaa jenis ena ni memang suka rebus dan hiris siap-siap lepastu frozen. Senang nak pakai bila-bila masa sahaja !

Bahan :

1. Daging yang sudah siap direbus dan dihiris
2. Stok air rebusan daging
3. 3 batang serai dititik
4. 1 inci kunyit
5. 1 inci halia
6. 10 -15 batang cili api ikut kepedasan yang disukai
7. 1 kotak santan KARA 200ml
8. Asam keping
9. Garam @ penambah perasa
10. Spaghetti yang siap direbus dan ditos (rebus dalam air bercampur sedikit minyak untuk tidak melekat)


Cara memasak : 

1. Tumbuk kunyit, halia dan cili api sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk. *Nak kisar pon boleh

2. Tambah air masak @ air rebusan daging lebih kurang 3 cawan besar

3. Masukkan serai yang dititik

4. Masukkan daging

5. Hidupkan api dan masak sehingga mendidih

6. Kemudian masukkan santan bersama garam. Haa ni petua orang tua kalau malas nak kacau selalu tabur garam siap-siap. Jadi takdelah santan pecah. Api pon jangan besar sangat

7. Masukkan 2 asam keping

8. Kalau rasa tawar tambah lagi perasa dan tutup api setelah masak


Haaa mudah je resepi ni. Rajin tak rajin jelah nak buat kan. Next entri ena share resepi guna daging kisar pula :)

Masak Nasi lemak Lebih sedap dan Peroi Confirm Tak Melekat

Masak Nasi lemak Lebih sedap dan Peroi Confirm Tak Melekat | Statement berani betol ena ni. hahahahah. Sebenarnya ena tak rujuk pon mana-mana resepi nasi lemak ni sebab dah dibesarkan dengan makan nasi lemak sebabtu agak-agak sendiri je. Nasi lemak ni memberikan "Sentimental value" pada ena sebab masa Darjah 3 ena dah kena jual nasi lemak di sekolah tapi sorok-sorok kau sampai kantoi dengan cikgu. Bukan sebab minat tapi sebab kena paksa nenek. Yelah masa tu hidup susah, nenek pula kena bela ena dengan maksu anak last nenek yang ke 12 sebaya dengan ena pula tu. So nak tak nak kami kena bantu nak tampung hidup sebab kami sekolah sebaya. Jadi setiap kali ena masak dan makan mesti terkenangkan kena serbu budak sekolah nak beli ! Nasi lemak nenek laku keras.

Nasi Lemak cara saya


Nak kata resepi turun temurun tidaklah sebab ena olah sendiri ikut tekak suka rasa yang camne. So far suami memang suka versi ni. Bila ena bekalkan ke pejabat untuk kawan dia pon suka makan licin katanya.hahahaha. Sah-sah lah lapar sebenarnya tu. InsyaAllah kalau kekalkan sukatan nasi tu menjadi. Sebab ena masih guna sukatan yang sama. 

Maaflah tidak menggunakan daun pandan sebab masak tu tak dirancang jadi malas nak beli on the spot. Bila beli awal tak masak sampai layu. Jadi ena memang masak guna bahan ni sebab tetap wangi dan sedap dimakan.

Ada 2 perkara penting kalau tak nak derhaka dengan resepi ni !

1. Sukatan bahan
2. Cara nak gaulkan nasi selepas masak

Bahan untuk Nasi Lemak peroi tak melekat


Bahan (untuk 2 orang makan) :

1. 2 pot beras Carnation (Ni pilihan ena)
2. 1 kotak santan Kara 200ml
3. Setengah sudu garam (Ena guna Garam Bukit Halagel jadi tak kuat masin macam garam biasa)
4. Setengah sudu biji halba
5. Setengah bawang besar dihiris halus
6. 2 -3 hiris halia
7. Minyak masak 2 sudu


Cara Penyediaan :

1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan.

2. Cukup senang campak je semua menjadi satu bahan di dalam periuk kecuali santan. Kalau korang guna garam lain disyorkan kurangkan sukatan sebab garam bukit Halagel ni lain. Dulu ena pernah try yang tumis dahulu bahan dengan marjerin sedap jugak tapi sejenis yang tak rajin nak buat keje banyak kali so ena memang praktikkan cara ini.

3. Selepas tuangkan santan Kara ke dalam periuk nasi, ambil air masak dan tuang ke dalam kotak santan tu, goncangkan dan tuang semula ke dalam nasi dengan mengulang sebanyak 3 kali. Senang cerita 2 pot nasi bersamaan 3 pot air. Tapi lain orang dia sukat guna cawan sama untuk nasi kan. Haa macam ena guna kotak santan tu. ena suka pakai Kara sebab patinya pekat. 

Kalau tak yakin jugak boleh lah ukur dengan satu ruas jari hantu. Yang penting disini air sukatan untuk beras nasi lemak mesti kena lebih sedikit daripada masak nasi biasa taw!

4. Kacau rata dan masak seperti biasa. Macam ena memang langsung tak kacau nasi banyak kali sebelum nasi betul-betul masak. Haa ada orang dia nak gemburkan nasi. Tapi ena memang biarkan je.

5. Bila nasi dah masak, korang cek dulu tekstur seperti gambar di bawah. TAPI jangan dikacau. Biarkan dalam 10 minit lagi atau nampak kering. Kan banyak lubang halus tu. Haa baru dikacau rata. lepastu tekan lagi sekali button untuk memasak. Gituuuu.. Nak bagi dia lagi masak dan gebu.


Kejadiannya bila nasi lemak sudah masak. Biarkan seketika


Taraaa.. hasilnya nasi peroi sebutir-sebutir tak melekat pon. Bau pon harum sebab guna biji halba. Nasi jugak tak berkerak guna Rice Cooker Tefal ni.


Inilah hasilnya Nasi lemak versi ena. Dihidangkan bersama sambal ikan bilis, sambal dada ayam, telur goreng dan timun jepun. kalau ikan bilis ena memang cerewet sedikit suka guna ikan bilis Pangkor atau Langkawi. Memang rangup. 

Tips dia pergi kedai tu tengok warna ikan bilis biar putih cerah dan tulangnya mudah tanggal bila kite kopek. Kalau kita try kopek ikan bilis tu macam melekat sangat so tu memang tak best.hehehehe.. dan sambal ena kering tidak menggunakan sebarang air asam jawa tambahan. Sambal kering lah baru kick kan. Selera masing-masing.

Tq Reading :)

Resepi Ayam Kalio daripada Aya Real Food

Kalau korang sangat gemar masakan kari dan rendang tapi nak rasa 2 in 1 apa kata korang cuba masak Ayam Kalio daripada Aya Real Food. Resepi ini ena olah sendiri sebab lagi suka masak kering ala-ala Ayam Penyet gituu.. Kalau masak berkuah macam tak kena dengan tekak,hehe. Rasanya takdelah sebiji ayam penyet sebab dia ada rasa masam-masam pedas plus rendang. Susah nak describe.hahaha. Tapi memang sedap.

Pes dan Sos segera daripada Aya Real Food

Authentic, Yummy, Amazing


Produk Aya Real Food ni ada banyak lagi sos instant taw sesuai untuk yang nak masak cepat tapi kekalkan kelazatan. Macam ena ambil pakej #STAYATHOME2 bernilai RM50 untuk ketiga-tiga paket ni Kalio (500g), Gillies Rendang (120g) & Karashi Bilis (120g). 

Ada banyak lagi pakej seperti "Mini Packs, Large Packs, Bundle Packs dan StayAtHome Packs". Menggunakan bahan semulajadi, tidak mengandungi MSG, tanpa bahan pengawet dan tanpa pewarna tiruan membantu wanita masak cepat tetapi mengekalkan keaslian yang lazat untuk keluarga.

Bukan itu sahaja, Kalio yang merupakan masakan berasal dari Indonesia ini boleh masak dengan pelbagai resepi lain seperti Laksa, Otak-otak, Sandwich, Kalio Mini Pizza dan banyak lagi ! Boleh tengok kesemua resepi di RESEPI AYAREALFOOD.

Resepi Ayam Kalio versi Ena


Bahan :

1. 1 paket Aya Real Food Kalio
2. 8 - 10 ketul ayam
3. 3 - 4 batang serai
4. Kentang 3 biji (Tak wajib letak)


Cara penyediaan :

1. Masukkan ayam ke dalam periuk
2. Masuk pes Kalio 1 paket sahaja
3. Tambah air kedalam paket plastik kalio untuk saki baki pes yang tinggal dan tuangkan ke dalam periuk
4. Masukkan serai yang sudah dititik
5. Masukkan kentang yang sudah dipotong
6. Masukkan air untuk tenggelamkan ayam. Kemudian buka api dan tutup dengan penutup periuk. Tunggu sehingga ayam dan kentang empuk. Selalu buka untuk kacau rata
7. Setelah masak, keluarkan ayam dan toskan
8. Goreng semula ayam seketika
9. Untuk kuah yang ada, panaskan sehingga menjadi kering atau sehingga menjadi sambal

**Macam ena tak perlu tambah perasa sebab pes ni sudah cukup rasa tapi kalau korang rasa tawar bolehlah tambah secukup rasa

Boleh tambah hiasan lain seperti tempe goreng dan timun jepun. Bagi ena tak berapa pedas pon. Tapi macam bahang pada tekak sebab banyak black pepper. Jadi kalau korang hantu pedas, boleh lah tambah lagi cili.

Resepi Kalio Ikan Kerisi Goreng


Selain itu ena juga mencuba ikan Kerisi goreng. Sedap juga. Makan panas-panas dengan nasi pon dah cukup. Pes ni memang pekat dan cukup rasa. Jadi elakkan tambah perasa dari awal sebab takut ter over masin. Tunggu dah masak baru korang rasa samada cukup rasa atau tidak

Bahan :

1. 3 ekor ikan kerisi dipotong menjadi 2 bahagian
2. 1 paket Aya Real Food Kalio
3. Sedikit air untuk pekatkan kuah
4. 2 ulas bawang putih
5. 1 ulas bawang besar

Cara penyediaan :

1. Goreng ikan yang sudah digaul bersama serbuk kunyit
2. Panaskan sedikit minyak sahaja ke dalam kuali lain kerana di dalam pes Kalio sudah ada minyak
3. Tumis bawang putih dan bawang besar yang sudah dihiris halus
4. Masuk pes Kalio. Masukkan setengah cawan air dan kacau rata
5. Setelah mendidih, masukkan ikan dan kacau rata
6. Tutup api setelah kuah menjadi pekat


Mudah saje kan? Kalau rasa nak tukar menu cuba lah pes Kalio ni. Memang sedap dan mudah dimasak. Pembelian secara Online di SINI

Lihat video di bawah untuk resepi Ayam Kalio

Sambut Anniversary di Thistle Johor Bahru

Sambut Anniversary di Thistle Johor Bahru | Pada bulan 8 yang lalu, mama dan ayah mentua menyambut ulang tahun perkahwinan mereka, jadi ena pon hadiahkan lah set minum petang. Sekali sekali bagi diorang santai sambut di hotel, syoklah sikit kan. Menarik juga pakej Hi-Tea ni sebab tengah promosi kan so kita bagi chance mama ayah dating.hehe.. 

English 3-Tier Hi-Tea set RM48 nett 2 orang


Tempat yang menarik dan merupakan antara salah satu Hi-Tea famous di sekitar Johor Bahru. Keselamatan pengunjung juga diutamakan mengikut SOP ditetapkan. Rasa selamat nak menikmati kopi dan kek secara santai di hotel.

Dikelilingi dengan persekitaran yang nyaman dan selesa dengan pemandangan hijau nampak mewah dan eksklusif seperti berada dirumah konsepnya. Sambil duduk santai bersama tersayang ataupun rakan kerja menikmati pelbagai kek dan pastri confirm tinggalkan memori indah. Lepasni boleh lah ena ajak suami pula Hi-Tea. Romantik gituu. Bukan saje boleh sambut anniversary, korang yang nak ajak kawan lepak minum pon boleh. Contohnya balik dari kerja atau nak buat meeting secara santai. Sambil hilangkan stress boleh nikmati makanan manis.

Menu yang disajikan


Bila mama hantar gambar, ena pula yang rasa teruja nak pergi.hehe. Maklumlah kopi dan manisan memang favourite ena. Nampak sedap pula kopi ni.


Assorted macarons, Petit Fours & Tuna Croissant




Untuk minum petang bagi ena berbaloi lah buat snek ringan untuk 2 orang makan. Jadi kalau korang takde idea nak pergi mane dating tu, boleh lah ke Thistle, JB. Mudah nak cari lokasi sebab nampak dari tepi jalan raya. Bukan itu saje, banyak lagi pakej hidangan lain korang boleh cuba taw. Terus saje ke laman web rasmi.

ALL RESTAURANTS & BARS
1. Fresh Buffet Breakfast (Daily) : 6:30am to 10:30am
2. Steps A la Carte – available for breakfast, lunch & dinner from 8:00am to 11:00pm
3. Glass A la Carte – available for lunch & dinner from 11:00am to 10:30pm
4. Oasis Available for dinner from 6:00pm to 10:30pm
a. Candle Light Set Dinner 
b. Italian Buffet Dinner
5. The Hive 5:00pm to midnight

Untuk tempahan meja dan pertanyaan:

🗓 Monday - Sunday
⏰ 2.00pm - 8.00pm
💵 RM48 nett per set inclusive of drinks for 2 pax
📌 Lobby Lounge - Glass, Thistle Johor Bahru, Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru
☎ 07-222 9234


SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear Melindungi Mata Kanak-Kanak Dari Skrin dan Peranti Digital

SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear Melindungi Mata Kanak-Kanak Dari Skrin Digital |  Sebagai seorang ibu, sukar nak halang anak daripada melihat gadget langsung sebab mereka ni lahir pada generasi kini yang memang celik digital. Bukan macam zaman ena dulu main kat parit.hehe. Sangat risau bila tengok anak menghadap skrin TV dan handphone dalam tempoh lama. Walaupun peruntukkan beberapa jam sahaja tapi mestilah nak ada perlindungan UV. Ini bukanlah untuk menggalakkan anak korang untuk bermain gadget tapi membantu korang untuk mengelakkan mata mereka daripada terkena Blue Light. 

Apa itu Blue Light dari Gadget?

Blue Light atau Cahaya Biru dipancarkan pada jumlah yang besar dari skrin digital. Cahaya bertenaga tinggi ini (antara panjang gelombang 400-420 nm) menembusi kornea dan sampai ke retina. Pendedahan cahaya biru yang terlalu lama boleh merosakkan sel sensitif cahaya di retina. Cahaya biru dari peranti digital mengurangkan kontras, menyebabkan ketegangan mata, keletihan, mata kering, penglihatan kabur dan sakit kepala. Antaranya membaca dan menonton daripada Tablet/Ipad, Mobile phone, Komputer/Laptop, televisyen dan lampu.

Jadi bayangkanlah selama ini, berapa banyak blue light dah tembus ke mata anak???? Ishhh nasib baik lah ena bertemu jodoh dengan SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear.

Kelebihan Kanta SaferOptics membantu melindungi mata anak ena dengan menyekat dan menyaring cahaya biru berbahaya ini. Teknologi 420 Blue Coat direka khusus untuk menyekat sinar tenaga yang lebih tinggi sambil mengekalkan kejelasan kanta. Dengan kurang cahaya biru menembusi mata, kualiti tidur menjadi lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata.


Masa mula-mula parcel sampai, alahai comel sangat anak teruja nak tengok hadiah daripada ibu. Penghantaran mengambil masa 2 - 3 hari bekerja.


Ena memilih design "Kids Rectangle - Black Cherry" sebab boleh match dengan semua style pakaian dan keadaan. Banyak juga dapat freegift daripada seller antaranya stiker dan travel wipes by Bare Nuhcessities tetapi terhad untuk 250 pelanggan pertama sahaja.


Kenapa memilih SaferOptics Anti-Blue Light Eyewear ?

1. Bingkai tahan lasak


Dibuat dengan bahan silikon yang fleksibel dan tahan lama. Bingkai bersifat super lembut dan super ringan. Bingkai ini dapat menahan lasak semasa bermain. Ukuran cermin mata ini sesuai dengan kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun. Tidak mudah tergelincir dan mempunyai pelbagai warna pilihan yang menarik.

2. High energy blue light blocking filter


Ia mempunyai Penapis penyekat cahaya biru tenaga tinggi yang dapat mengurangkan ketegangan mata dan mencegah sakit kepala. SaferOptics menawarkan 420 Blue Coat with Premium dengan perlindungan UV400-420 dengan jaminan keselamatan dan kualiti untuk penglihatan anak anda.

3. Produk optik berkualiti tinggi


Setiap pasang SaferOptics anti blue light memenuhi kriteria kawalan kualiti yang ketat yang menjanjikan hanya selamat digunakan untuk si kecil. Makmal kami memproses pesanan kanta, membuat pemeriksaan kualiti, membersihkan dan membasmi kuman setiap cermin mata sebelum pembungkusan dan penghantaran.

4. SaferOptics bercirikan Play, Protect dan Prevent


Cermin mata SaferOptics anti blue light memberi keselesaan kanak-kanak untuk bermain dan melihat peranti digital sambil menyekat cahaya sinar biru dari skrin, mencegah sakit kepala, mengurangkan ketegangan mata dan silau

5. Kanta non-powered selamat digunakan
Selamat digunakan untuk semua kanak-kanak kerana design terkini UV + 420 Anti-High Energy Blue Light Coating ini tiada toksik berbahaya. Tetapi boleh juga didapati kanta powred jika mempunyai preskripsi daripada Pakar Optometris


Perbezaan diantara Basic Blue Coat (Basic Lens) VS 420 Blue Coat (Premium Lens)


Semua cermin mata SaferOptics dilengkapi dengan sepasang Basic non-power anti-blue light lense. Ciri-ciri lensa, Lapisan biru anti-reflektif dan perlindungan UV400. Cuma warna cermin mata Basic Blue Coat sedikit kekuningan.

Tapi apa salahnya korang upgrade je cermin mata kepada 420 Blue Coat sebab harga tambahan hanya RM30 sepasang. Dengan ciri tambahan lensa dilengkapi Lapisan biru anti-reflektif, perlindungan cahaya UV400 dan Tenaga Tinggi (HEVL) hingga panjang gelombang 420 nm. Cermin mata tanpa warna yang lebih jernih dan jelas ini mempunyai lapisan permukaan yang lebih licin dan mudah dilap kerana "Super Hydrophobic" iaitu lapisan Anti Air. Lensa 420 Blue Coat ini juga dilengkapi dengan Warranty 1 tahun terhadap kecacatan pembuatan.

Highly recommended untuk pelaburan melindungi mata anak


Apa yang ena dapat simpulkan selama anak menggunakan cermin mata Anti-Blue Light 420 Blue Coat ni :

1. Ena perasan sumayyah tak mudah gosok mata. Biasanya dia asyik menggosok mata sampai kemerahan walaupun ena pakai screen protector gelap. Even dah selalu pesan tengok dalam jarak jauh tapi dia tetap nak tengok dalam jarak dekat. Sekurang-kurangnya dapat melindungi mata anak.

2. Sumayyah suka pakai ketika membaca buku jugak. Mungkin sebab ena dah tunjuk demo kesannya kalau tidak pakai, tu yang anak faham effect kalau tak pakai. Kalau tidak mula-mula tu dia taknak pakai taw. Haa anak ni kena bagi faham kenapa kita suruh pakai, baru dia nak follow. Kita taknak lah dia set mind cermin mata ni hanya mainan semata-mata. 

3. Selain itu memang tahan lasak sebab budak biasalah lepas pakai je letak merata, tapi ena tak risau sangat sebab tahu ia tahan lasak dan boleh dibengkokkan. Eh berbaloi taw korang beli. Harga sangat berpatutan tapi siap ada warranty setahun. Harap lepasni keluarkan edisi dewasa pula. Ena pon berkenan nak guna tapi kecil pula kan.

4. Mesra pengguna dan laman web mudah dilayari. Mudah saje nak order. Tak perlu banyak renyah nak click order. Kalau dah masuk website confirm rambang mata sebab banyak lawa-lawa. hahahaha..kalau korang tak faham cara nak order ada 1 kotak mesej dibelah kanan bawah website. Haa tekan jelah chat tu. Nak mintak kod PROMO pon boleh chat untuk pertanyaan.

SaferOptics - Premium Optical Grade, Safety and Quality Guarantee

"Kebanyakan kanak-kanak pada masa ini bergantung pada telefon pintar, iPad, komputer riba dan TV untuk tujuan hiburan, permainan dan pembelajaran. Jumlah masa yang dihabiskan untuk peranti ini akan meningkat sehingga mereka dewasa. Sebagai ibu bapa, kami prihatin dengan kesan negatif jika terlalu lama menghadap skrin.

SaferOptics menawarkan blue light filter glasses penyelesaian secara moden untuk era digital ini. Cermin mata Anti Blue Light kami menyaring silau skrin, mengurangkan ketegangan mata, keletihan, dan membantu mencegah masalah yang berkaitan dengan mata"

Layari Laman Sesawang SaferOptics


Di bawah ini merupakan ujian yang ena lakukan dengan menggunakan "The Blue Light Test Area card & Blu-Ray Lamp" untuk menguji kanta cermin mata Saferoptics Anti-Blue Light 420 Blue Coat. Jadi bayangkanlah berapa banyak masa dihabiskan oleh anak menghadap gadget tanpa protection.

View this post on Instagram

Keinginan anak nak bermain gadget susah nak halang. Walaupun bagi dalam tempoh pendek tetap ada side effect. So korang boleh tengok video ni dan bayangkan "the blue light test area card" ini sebagai mata anak. Bayangkan lah suluh kejap je dah nampak kesan. Kalau tengok dalam tempoh lama??? 😭 . Sebab itu lah ena memilih @saferoptics Anti Blue Light Eyewear. Jangan risau takde power jadi selamat digunakan untuk anak2. Dengan teknologi 420 blue coat ia menyaring blue light berbahaya ini. Bila kurangnya cahaya biru menembusi mata, kualiti tidur lebih baik dan mencegah masalah berkaitan mata Layari laman web untuk lihat banyak lagi design cun dan pelbagai color https://www.saferoptics.com/ #SaferOPTICs #happykids #PlayProtectPrevent #SaferOpticsAntiBlueLightlasses #AntiBlueLightEyeWear #420BlueCoat #happyparents #AntiBlueLight #parentingblogger #vlogger #vlogtinynasweet #jdtblogger #bloggerjohor #bloggermalaysia

A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on