Pengalaman Menginap di GBW Hotel Johor Bahru

Penginapan 2 Hari 1 Malam di GBW Hotel

Pada 7/8/2020 yang lalu ena berkesempatan short vacation di Johor Bahru memandangkan ada urusan event JDT Blogger disana. Kami stay di GBW Hotel dimana namanya telah rebranding dari nama asal "Grand Bluewave Hotel". Rasa tak puas lagi bercuti sebab agak susah suami nak dapat cuti lama. Jadi kita lari time Off day saje. 

Kami memilih "Executive Queen Room" sesuailah untuk kami 4 beranak. Memang selesa ada 2set TV di dalam bilik dan ruang tamu. Berebutlah ibu nak tengok drama "7 Hari Mencintaiku 2" dan anak pula sibuk nak tengok kartun.hahahaha...

GBW Hotel Johor Bahru Mengutamakan Keselamatan Pengunjung

Sebenarnya agak risau nak ajak suami bercuti dalam keadaan negara dilanda Covid-19. Tapi hati teringin nak bercuti sekejap ambil angin luar dan ramai cakap hotel ikut SOP, so tak perlu nak risau sangat yang penting berjaga-jaga. 

Bila sampai je pintu masuk Lobi, Security Guard akan cek suhu dahulu. Di hadapan kaunter penyambut tetamu pon mematuhi SOP dengan penjarakan fizikal 1 meter. Antaranya:

1. Swimming Pool kena berdaftar di kaunter lobi kerana tidak boleh melebihi daripada 15 orang dalam 1 masa

2. Penggunaan Gym maksimum 3 orang dalam 1 masa

3. Penggunaan Surau dibenarkan masuk 4 orang dalam 1 masa

4. Daftar masa sarapan pagi yang ditetapkan dengan memilih 4 masa dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi

Hand Sanitize disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Ruang tamu


Masa mula-mula masuk bilik tak sangka pula seluas ini, rasa seperti berada di rumah sendiri. Ena pon selesa nak update blog sambil santai mencari idea. Di ruangan tamu ada Dining table, Flat screen TV dan Sofa. Dalam bilik ni memang banyak meja dan kerusi. Jadi ena, suami dan sumayyah ada meja masing-masing. Sebab ena paksa sumayyah buat keje sekolah.hahaha.

Bilik Tidur


Tempat favourite sumayyah suka tengok tingkap. Bila waktu malam memang cantik dapat lihat di tengah kota Bandaraya dan juga view laut antara Singapura dan Johor Bahru. Yang syoknya, R&F Mall JB dekat seberang jalan je, kami jalan kaki nak ke shopping mall. Kalau takut anak bosan, bawa lah Indoor Playground Kiddomo Innovation Centre Johor Bahru. Syoklah masuk dari jam 10 pagi sampai 3.30 petang baru balik sebab ada tempat khas untuk anak tidur. Boleh refer entri ni.



Bathroom with bathtub memang selesa digunakan. Kesemua paip dan sinki ada pilihan air panas & sejuk kecuali paip jamban. Memang beku nak siram.haha.. ena suka cermin toilet besar macam-macam toiletries boleh letak di situ. Hotel ada menyediakan Bath Amenities dan Hair Dryer.

Kabinet baju pula disediakan hanger, safe deposit box, selipar 2pasang termasuk laundry plastic bag. Di ruangan small kitchen pula ada ruang dapur memasak, oven, kabinet dapur dan juga kettle. Cuma terkilan takde mini bar. Budget bawa Susu segar sekali takde tempat simpanan.huhu. Lepasni bawa family memang berbaloi sebab suka masak sendiri.


Untuk kemudahan lain seperti Swimming pool dan Gym boleh naik ke Tingkat 7 tapi sebelum itu daftar nama mengikut masa hotel untuk jaga Penjarakan fizikal.



Masih takut nak bawa anak mandi, jadi kita santai tengok jela dari jauh.




Kanak-kanak di bawah 12 tahun dilarang menggunakan Gym ini. 



Nak gosok baju pon senang berada di tengah blok bilik.

Choice of American Breakfast VS Asian Breakfast

**All breakfast are inclusive of (Assorted Bakeries, White toast, whole meal, croissant with butter & jam, orange juice, coffee or tea and fresh cut fruits)



Semasa check in, ena tetapkan masa breakfast jam 9.30 pagi jadi senang turun ikut masa sendiri. Sarapan sudah termasuk dalam penginapan. Kita hanya tunggu makanan sampingan dihidangkan terus ke meja termasuk pilihan main menu.

Jadual breakfast:
6.30am-7.30am
7.30am-8.30am
8.30am-9.30am
9.30am-10.30am


Ena memilih Baked beans hash brown & chicken sausage + omelette + coco crunch manakala suami makan Nasi lemak ayam rendang. Sumayyah pula dapat "Kids Meal" percuma lebih kurang macam ena cuma beza ada roti telur.



Jika nak minum air panas, boleh ambil sendiri. Yang lain memang dihidangkan terus ke meja. Makanan puas hati kenyang sampai tengahari. So far ena berpuas hati dengan layanan pihak hotel dan makanan juga sedap belaka. Untuk makanan lain ena akan update next entri ya!

Fantastic Stay Deal 2 Days 1 Night GBW Hotel


ohhh yaa.. GBW Hotel sedang buat promosi taw untuk "Deluxe Room" sahaja. Berbaloi untuk menginap. Travel sekarang dengan norma yang baharu. Datang dan tempah selama 2 Hari 1 Malam di GBW Hotel bermula dari RM140.00 nett termasuk Set Sarapan (Amerika atau Asia) dan Set Makan Malam (Tempatan atau Jepun). Untuk contoh set makan malam boleh lihat gambar di last entri.

Hubungi pihak hotel:
📞 Mr. Syahmi: +6016 710 0048
📞 Ms. Urfa: +6016 710 0073
📞 Ms. Aiza: +6016 723 3558

**Promo ini Sah sehingga 30 November 2020
** Set sarapan dan makan malam untuk 1 pax @ boleh tukar kepada 2 set sarapan.
** JIka ingin buat penambahan 2 pax harga penginapan menjadi RM180 termasuk set sarapan dan makan malam

Let's Travel Buy 5 Free 1 Voucher


Jika korang nak buat social events, Family Day, Annual Dinner, Birthday, wedding atau reunion pon sangat berbaloi untuk grab kombo "Buy 5 Free 1" hotel. Ajak ramai-ramai untuk jimat kos sambil meraikan majlis di sini sebab hotel juga menyediakan "Personal & Social Events Space". Beli baucer dahulu bermula dari RM98nett (Tidak termasuk sarapan) dan menginap kemudian Sah sehingga 30 Jun 2021.

Check-in time: 14:00
Check-out time: 12:00
Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah adalah percuma

Stay & Dine In Set Dinner RM20 nett

Jika korang memilih menginap tanpa dinner, boleh saje ambil pakej "Dine In Set Dinner" ini. Memperkenalkan Makan Malam Set kami untuk Menginap & Makan dengan hanya RM20.00nett. Dihidangkan dengan teh lemon ais dan buah-buahan segar. Masa adalah dari jam 6.30 petang sehingga 10.30malam




INFO GBW HOTEL :

Post a Comment

17 Comments

Cik Puan Ena said…
This comment has been removed by the author.
Atie Zieya said…
GWB hotel ni nampak fancy gila! semua besar and look at the breakfast!!!
atie klu book hotel, atie mmg suka survey the breakfast dulu .
Syamimi Saad said…
Hotel ni dekat belah mana ehh.. macam best je. Harga pun nampak sedang elok mampu milik.
Teruja pulak tengoknya.
Tapi nak pergi bercuti ntah bila la yang bolehnya pun..
Farhana Jafri said…
Wahhhh siap ada free breakfast dengan dinner lah! Selalunya hotel bagi offer breakfast free je. Gym dia pun cun bukak sampai malam
gbw hotel memang bilik nya luas. memang bagus La untuk kita yang Ada anak kecik ya. senang nak buat macam-macam urusan.
Lia Hasty said…
Lama tak gi Johor lah. Kalau pergi boleh cuba menginap di hotel GBW. Bilik dengan harga berpatutan lengkap dgn kemudahan. Yang penting ikut SOP
mrsliez said…
Pernah stay GBW dulu ms kerjadgn travel agen.. antara hotel pilihan tourist ni. Bilik selesa foods pun sedap. Rates pun ok
shamiera osment said…
Tak pernah berkunjung ke hotel ni tapi tengok harga menu dia berpatutan. Japanese set tu harga sama macam kat restaurant luar je kan..
Rawlins GLAM said…
Letups la bilik tu. Rawlins pun cadang nak melancong tapi tengah tunggu kengkawan free.
Admin said…
Wow..menarik sangat hotel ni..best menginap di sini. Harga pun berpatutan...
Angel said…
Sungguh selesa dan menarik hotel ini. Set makanan juga sangat menyelarakan. Sangat sesuai untuk penginapan sekeluarga.
Angel said…
Sunggug selesa dan menarik hotel ini. Set makanan juga sangat menyelerakan. Sangat sesuai untuk penginapan sekeluarga.
Sunshine Kelly said…
This hotel is so comfortable, wow your room comes with mini pantry or kitchen also.
ciktom said…
bestnya memang luas betul GBW hotel ni...nampak menu makanan pun semuanya sedapp..eh pandai pulak safiyyah tengok kamera bila ambil gambar tu..hehe
xulhlmi said…
cantiknya bilik dia! nampak luas n exclusive. harga pun tgh promosi ni memang best lah. Tak sabar nak pergi JB n book sini!
Wak Lat said…
hotel berapa bintang nih? 😅😅😅
Cik Puan Ena said…
4 star 🌟🌟🌟🌟