Marine Essence Beauty Bar Bantu Hilangkan Ruam Susu Anak

ANAK RUAM SUSU

Ruam susu antara perkara yang selalu membuatkan ena bimbang ketika berpantang selain anak kena kuning. Sumayyah dan Safiyyah kedua-duanya kena ruam susu. Setiap kali menyusu badan sekejap je naik pada mulut. Walaupon selalu lap tapi tetap naik juga. Bila asyik tukar-tukar produk untuk hilangkan ruam , maka makin teruk pula sampai ke seluruh muka. Bukannya pakai produk biasa. Nak salahkan produk pon tak boleh juga sebab rasanya ikut pada keserasian bayi. Sampai tahap doktor suruh mandi pakai air je. Tak perlu guna apa-apa sabun mandian. Tapi tetap macamtu juga tak hilang. Memang tak upload lah gambar anak sebab dah teruk.

Sehinggalah ena bertemu dengan Marine Essense Beauty Bar ataupon nama glamour dia "Sabun Hijau ME". Mula-mula takut juga nak cuba sebab sabun hijau ni banyak buih dan berbentuk sabun buku, boleh ke sabun anak???? Tapi tengok hasil di bawah.... Ena pon macam tak percaya berkesan. 


Ena pon tak ambil gambar perkembangan hari demi hari sebab ingatkan lama proses nak baik tu. Eh tak sangka dalam 3 hari tu cepat reda kemerahan dan tengok hasil selepas 5 hari. Muka Safiyyah bersih! Hati ibu mana tak happy tengok muka anak bersih mulus seperti baru lahir. Ini adalah review ena sendiri cara nak hilangkan ruam anak masa dalam pantang. Padehal ena guna juga sabun hijau ME ni untuk kurangkan gatal-gatal badan ketika hamil. Cuma tak tahu pula boleh guna untuk hilangkan masalah kulit sensitif bayi.

KEBAIKAN SABUN HIJAU ME


Bar Kecantikan Marine Essence @ Sabun Hijau ME dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!

BAHAN UTAMA


Ramuan eksklusif sangat bermanfaat pada kulit. Sebab itu bau sabun ni tersangatlahhh wangi. Kalau kita kuat peluh, mandi dengan sabun ME ni confirm harum semerbak.

1. Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria.

2. Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

3. Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

4. Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria.

5. Vitamin E
- Antioksidan dan anti-penuaan.
- Memperbaiki kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

6. Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
- Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.

7. Aloe Vera
- Kebolehan untuk merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

CARA PENGGUNAAN


1. Seeloknya potong kepada 6 - 9 bahagian dahulu supaya tidak berlaku pembaziran sebab sabun ni mudah cair. Hanya ambil 1 bahagian dan yang lain simpan dalam bekas kering.

2. Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

PENYIMPANAN

Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

PERHATIAN

Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.

SIAPA YANG SESUAI GUNA?


Ena memang pengguna sabun ME semasa hamil sebab badan mudah naik ruam gatal. Biasalah kuat berpeluh kepanasan. Sabun hijau ME lah penyelamat. Bukan itu saje, ada pelbagai kegunaan seperti menghilangkan jerawat. Haaa yang tu memang ena akui sebab tengok muka sedara pakai bersih daripada jerawat selepas menggunakannya. Kalau ada alahan kulit sebab makan seafood pon ena akan gunakan sabun hijau. 


Taraaa.... muka Safiyyah selepas 2 minggu menggunakan sabun hijau ME. Ena lumur satu badan terutama pada bahagian belakang kepala. Situ lagi banyak ruam. Memang puas hati lah tak pakai bedak dengan losyen pon takpe sebab terlalu wangi.


Kulit Safiyyah selepas sebulan penggunaan. Bila anak dah 3 bulan baru ena berani pakai sabun mandian bayi yang lain. Tempoh 3 bulan pertama tu memang kena berhati-hati dalam pemilihan sabun anak. Belum tentu anak pertama serasi tapi anak kedua mungkin tidak. 

1 kotak ada 3 buku harga dalam RM100 lebih tapi kalau nak cuba dulu boleh beli 1 buku sahaja. Walaupon agak mahal tapi bagi ena berbaloi. Pakai sikit je tapi dah banyak buih. Haaa kalau nak cuba jangan lupa rojer je Mak Jijah. Semoga dapat membantu bagi yang masih tak dapat selesaikan masalah kulit sensitif.

Contact Number: Mak Jijah 📲

Post a Comment

12 Comments

sabun ni memang bagus.dulu pernah juga pakai sabun ni utk masalah parut. tp tak konsisten.hehe. bagus la sesuai untuk bayi. risau jugak nak bagi anak2 pakai kan
Atie Zieya said…
this info penting..thanks
Rawlins GLAM said…
Rawlins jual dan guna sabun ME nie. Untuk kulit muka sensitif seperti Rawlins, sabun ME adalah yang terbaik. Buat pengetahuan, celah keti*k yang gelap juga boleh bertambah cerah jika persistent menggunakan sabun ME.
Nadia Johari said…
Sabun ni dulu nad pernh pakai.. Memg bgus tau.. Alhamdulilkah berkesan dekat baby ye.. Cantik bersih muka dia
Mat Drat said…
Mat Drat dah tak ada anak kecil, tapi masalah ruam ni mmg mmeningkan dulu dulu...
Anak tak selesa... akan menangis je
Ruby said…
Ruam susu memang merisaukan. Kalau biar lama, lagi kesian tengok keadaan anak. Sabun macam ni pun Ruby guna. Apa sahaja ikhtiar, kita cuba sikit-sikit. Hehe
Ruam bayi mmg selalu terkena bayi.. moga cepat sembuh ya.. comel sangat si kecik ni
Aerill Hassan said…
wah.. bila tengok gambar memang berkesan ya produk ni. terima kasih atas info, terutamanya tentang ruam susu ni. saya sebelum ni tak tahu pulak ada jenis sakit ni. :)
Lia Hasty said…
Bagus nya tengok kesan positif bila pakai. Rasa nak Cuba juga lah. Kukit baby pun makin elok lepas guna
Kak Fas said…
Menarik gak ni boleh la rekomen kak anak-anak jika ada masalah ruam susu pd anak2 mereka.berapa kali pakai dalam sehari... pas basuh terus siram air ya? Satu buku berapa harga?
Tekkaus said…
3 buku untuk Rm100 memang agak mahal sedikit tapi kalau berkesan memang berbaloi. :)
Sunshine Kelly said…
Really can see the differences after you used this product on our baby, good to know.