ツ Teman Tapi Mesra

Kebaikan Memakai Bengkung Selepas Bersalin

Menjaga Kesihatan Dalaman

Walaupun anak sudah genap 6 bulan tetapi ena masih memakai bengkung ikut cara mak ena kalau nak perut ramping kena lah pakai lama. Selagi tak dapat bentuk badan ideal seperti sebelum mengandung, selagi itu ena akan pakai. Berketurunan Jawa ni memang agak ketat segala pantang. 

Masa pantang ena memang amalkan secara tradisional mandian herba, bertungku, urut, memakai param dan pilis juga berbengkung. Anak pertama ena memakai bengkung Lilit Jawa. Haa memang panjang berjela tapi dah di ajar pakai sendiri tak perlu bantuan orang. Cuma anak kedua ni ena selesa memakai bengkung jenis Bersalin Moden sebab lebih mudah nak buka dan cepat.  Suami pula jenis mulut lepas kalau tak jaga badan memang cari lain.hahahah.. Nampak?? Baguslah dia jujur tak suka kita badan gemuk. 

So sebagai perempuan bukan saje untuk nampak cantik depan suami tapi benefit untuk kesihatan dalaman. So far perut dah bersih dari sebarang parut atau regangan. Cuma makan masa nak slim balik sebab masa ngandung Safiyyah naik 13 KG. Target nak dapatkan semula berat 42KG.


Bila kita ada anak kecil selalu dukung, jadi ena sentiasa perlukan bengkung untuk sokongan pada bahagian perut. Nenek ena tukang urut, jadi mudah ena nak minta cek peranakan samada dalam kedudukan betul atau tidak. Sakit wooo "Sengkak" ni. Tapi kalau tak jaga betul-betul, kita akan rasa tak selesa, sakit dan juga asyik nak terkencing.

Kebaikan memakai bengkung

1. Mengelakkan perut buncit dan menggeleber
2. Memperbaiki struktur kulit perut daripada kesan regangan
3. Mengempiskan perut dan mengelakkan peranakan ke bawah
4. Menyokong postur badan yang menarik dan menguatkan kedudukan tulang belakang

Sebenarnya banyak lagi kebaikan memakai bengkung ni. Kalau korang jenis pencinta bengkung macam ena, confirm akan rasa kelainan memakai dengan tidak memakai bengkung. Setiap kali selepas mandi, ena akan sapukan krim di perut, kemudian memakai bengkung. Selesa membuat kerja di dalam rumah. 

Tapi jenis material bengkung pon memainkan peranan jugak. Kalau material dan saiz tak best, rasa-rasa give up tak nak teruskan?????

Nano Bamboo Belly Bend dari Mamaway pilihan Ena selepas bersalin


Pemilihan jenis bengkung memainkan peranan penting. Ena dah ada macam-macam pattern dan saiz, so ini adalah pilihan ena yang terbaik. Walaupun harga agak pricey tapi sejujurnya sangat sedap dipakai. Tidak berbau kalau berpeluh buat kerja. Haishhh kalau tidak asyik nak basuh je sebab penyerapan yang tidak baik dan cepat kepam.

Kebaikan menggunakan Mamaway's Nano Bamboo Belly Band 

1. Produk yang diperakui oleh TGA Australia (produk preskripsi gred perubatan), yang membantu semua ibu pulih lebih awal selepas melahirkan anak.

2. Disyorkan oleh profesional kesihatan dan ahli fisioterapi di seluruh dunia.

3. Mengetatkan, membentuk dan menyokong peranakan ibu setelah melahirkan.

4. Dari pemulihan rahim hingga pemulihan otot, ia juga menstabilkan pemulihan perut dan luka ibu selepas c-zer atau bersalin normal semasa menyusukan dan mendukung bayi.

5. Dibuat oleh "ultra soft nano bamboo charcoal fabric" arang buluh nano yang sangat lembut dengan pelekat "Velcro" yang sangat tegang dan melekat di mana sahaja.

6. Bengkung ini juga sesuai dipakai semasa haid sebagai penyokong tulang belakang dan menjaga rahim agar tetap hangat untuk menghilangkan keputihan dengan lancar kerana mengandungi sinar inframerah jauh.

7. Fabrik yang dilengkapi aliran elastik yang lancar, bebas bernafas dan ngam dipakai.

8. Penghasilan fabrik yang berkualiti tinggi dan tahan lama untuk mengekalkan bentuknya selepas dicuci.

9. Lulus CNS15290 Taiwan Textile Safety Text (Formaldehyde and Azo dyes free).

10. Direka di Australia dan dibuat di Taiwan.


Sesuai untuk pemulihan bersalin secara C-Zer

1. PEMULIHAN RAHIM : Mempercepat pemulihan rahim dengan menstabilkan rahim untuk mengelakkan rasa tidak selesa ketika bergerak.

2. MENGURANGKAN KESAKITAN : Menstabilkan dan menyembuhkan luka pembedahan untuk mengelakkan luka terjadi kembali ketika bergerak.

3. BATUK SELEPAS PEMBEDAHAN : Anestesia semasa c-zer boleh menyebabkan penumpukan lendir di saluran udara. Batuk semasa memakai tali perut dapat mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh getaran.

4. MELEGAKAN SAKIT BELAKANG : Mengagihkan berat badan dari tulang belakang dan memperbaiki postur untuk mengurangkan sakit belakang.

5. KEMBALI SIHAT : Membantu pemisahan perut dan pengetatan otot perut dan kulit

**PERINGATAN :  Letakkan bengkung di sekitar pelvis anda dan pastikan menutup luka anda dengan baik

Cara pilih saiz bengkung


Pelanggan boleh memilih sendiri ukuran saiz untuk dipakai selepas bersalin mengikut carta ukuran yang diberikan di atas sebagai rujukan tetapi jika tidak pasti ukuran ketika hamil, boleh berhubung dengan customer service.

New Edisi Nano Bamboo Belly Band

Antibakteria, selamat pada kulit, mempunyai pemegang sokongan pada bengkung dan fabrik arang buluh dengan Inframerah jauh "Far Infrared" terbukti berkesan melancarkan peredaran darah.


Bahan : 57% Nilon, 28% Poliester (Mengandungi Arang Buluh) dan 15% Getah.

Cara penjagaan : Boleh mencuci menggunakan tangan atau dimasukkan ke dalam mesin basuh (masukkan ke dalam laundry bag) tetapi jangan dijemur menghadap cahaya matahari kerana fabrik jenis antibakteria.

Sebarang pertanyaan boleh rujuk link di bawah ini:

Cara memakai bengkung dengan cara yang betul
Pastikan bengkung berada pada kedudukan yang betul untuk menyokong perut dan juga punggung.


Ena menggunakan saiz S-M dan sangat suka sebab saiz adalah tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang. Lihat pada step ke-3 ada penambahan pemegang sokongan (New Edition) untuk memudahkan pemakaian bengkung. Pelekat elastik mudah dibuka dan dilekatkan semula. ena sangat berpuas hati dengan Mamaway's Nano Bamboo Belly Band. Bukan itu saje, Mamaway juga ada rangkaian produk yang lain khas untuk ibu hamil dan selepas bersalin.

Untuk meilhat secara lebih terperinci produk, harga pembelian dan review pelanggan boleh terus ke link ini >>>> https://bit.ly/345cKOm

Jika korang berminat nak dapatkan barang kelengkapan ibu dan anak, boleh gunakan promo code ini "MAMABLOG-TINYNA" untuk enjoy RM15 diskaun bagi pembelian RM150 ke atas sah sehingga 30 November 2020.

MAMAWAY OFFICIAL MALAYSIA

21 Chantiq Manis:

Cik Puan Ena said...

Comment here

Sunah Sakura said...

kalo bukan ibu bersalin, boleh pakai jugak tak? nak gak kempiskan perut dan jadi langsing macam ena..hahahahahha

Huzaini Ismail said...

Bagus amalan memakai bengkung ni. Amalan menjaga kesihatan selepas bersalin nenek moyang dulu. Bengkung yang dah improvis mcm ni lagi sesuai dan mudah digunakan

cc kak fas said...

Memakai bengkung selepas berrsalin memang disyorkan agar perut dpt kembali kempis...

Ika.S said...

Nampak selesa ya bengkung ni :) Thanks for sharing sis hehe. Semoga bermanfaat buat semua hee

Rawlins GLAM said...

Pemakaian bengkung berterusan bukan sahaja menguruskan badan, malah menyusun atur dalaman wanita agar menjadi semakin sihat dan cergas seperti sedia kala.

AyuArjuna BiGoshh said...

Menarikla bengkong ni.. dan od masa yg sama dapat membantu rawatan dalaman

Huda Halid said...

Mudah yer nak pakai bengkung ni.. menarik ni nak cuba

Zayani Zulkiffli said...

Makin moden dan mudah nak pakai bengkung zaman sekarang. Bayangkan zaman dulu bertali-tali. Haha

Sis Lin said...

Untung orang sekarang bengkus tinggal lekap aje, mudah nak bukak pakai...Sis ko dulu bersalin 3 orang, guna yang kain 10meter tu haaa..ikat dari paha sampai ke atas perut...nak kencing bukak, then pasa lilit balik, lilit guna kiki tangga lagi hahahaha adeiii tapi tu lerr, kesannya ramping macam anak dara....

Sekarang??? Tak ngandung pun perut bolat... di manakah silapnya hahahahahahha

RAIHANAH AHMAD said...

menarik jenis zap zap zap ni. mudah dan selesa. saya tak pernah pakai bengkung sbenarnya, sbb tak selesa

Mahamahu said...

Sekarang ni dah macam-macam jenis bengkung hehehe yang untuk bersalin ada yang untuk kurus ada yang untuk cantik pun ada wakakaka. Tapi ia adalah amalan tradisi yang diamalkan dari sejak turun temurun dan ternyata berkesan bagus..

Kak Su said...

Orang lama cam akak ni boleh guna bengkung jugak kan, nak juga kempis langsing cam zaman remaja

 4 Idea Bisnes Makanan Viral

mrsliez said...

Mmg bagus pakai bengkung ni. Terutama sekalimasa dalam pantang lagi berkesan klau nak kempiskan perut.. nampak selesa je bengkung tu

Princesa3290 said...

yang tak bersalin ni pun tercari-cari bengkung yg sesuai. agak2 boleh x nak try bengkung ni?

Sunshine Kelly said...

Memang kena pakai bengkung selepas bersalin untuk mengetatkan otot otot and the lose skin.

shamiera osment said...

Suka bengkung modern macam ni..mudah sangat yg penting same dia punya kelebihan dan manfaat kan. Pantang kalau tak berbengkung rugi la.. hehe

mrspuex said...

saya ada satu strap ni..memang sedap pakai masa pantang dan lepas pantang pon saya suka pakai.. sedappppp je pinggang..

Syamimi Saad said...

Bestnya berbengkung..
Rindu nak berbengkung lagi..
Tapi memang betul.
Lepas bersalin kan sana sini longgar..
Kalau x berbengkung, rasa mcm tak selesa.
Pastu memang kejap kejap rasa nak terkencing .

dr-Life said...

actually yg tak lahir anak also good to wear bekung... i have seen many wear everyday walau belum kahwin

ciktom said...

nmpk berkualiti sangat material bengkung tu...boleh try usya jap lagi..