ForAnjo Membelai Kulit Seperti Spa di Rumah | Setiap wanita mengimpikan kulit yang bersinar seperti wanita korea, selembut kulit bayi dan nampak muda ibarat bidadari. Itu lah yang cuba disampaikan oleh ForAnjo dalam misinya membuat anda berasa cantik dan muda. Sebutan "For Anjo" bermaksud "For Angle" di dalam bahasa Portugis Angle adalah Anjo. Mula-mula pelik juga dengar nama ni tapi unik didengar.
Rangkaian Produk dari ForAnjo
Diformulasikan di Switzerland dan pembuatan di Hongkong, China ini mempunyai 5 produk iaitu:
1. ForAnjo - Revival EX Hyaluronic Acid Anti-Aging Serum RM108.00
2. ForAnjo - Revival Hyaluronic Acid Brightening Serum RM68.00
3. ForAnjo - Time Reversal Anti-aging Essense RM258.00
4. ForAnjo-Extreme Repairing Hydration Hand Glove RM198.00
5. ForAnjo- Extreme Repairing Hydration Foot Sock RM198.00
Harga produk ini memang agak pricey tapi nama pon dibelai manja seperti bidadari, ibarat kita buat rawatan Spa dirumah. Ia berbaloi digunakan. Korang pernah dengar Masker tangan dan kaki?? Eh.. ena first time dengar taw. agak teruja nak mencubanya.
ForAnjo - Revival Hyaluronic Acid Brightening Serum (Siang)
Manfaat daripada kekuatan 3 saiz Asid Hyaluronik yang membantu menguatkan kulit, mengatur kelembapan, melindungi kulit dari faktor luaran dan melembutkan garis halus dengan segera.
ForAnjo Revival Hyaluronic Acid Brightening Serum berkesan membantu penghidratan kulit, pencerahan dan pengurangan kedutan. Memberi kulit awet muda dan cerah.
ForAnjo - Revival EX Hyaluronic Acid Anti-Aging Serum (Malam)
Kekuatan Hyaluronic Acid dan SYN-AKE yang membantu menguatkan kulit, mengawal kelembapan dan melindungi kulit dari faktor luaran. Sifat pembaharuan SYN-AKE anti-penuaan Hyaluronic Acid membantu melembapkan dan melembutkan garis halus dengan segera.
ForAnjo Revival EX Hyaluronic Acid Anti-Aging Serum berkesan membantu penghidratan kulit, pencerahan dan pengurangan kedutan. Memberi kulit awet muda dan cerah.
Digunakan selepas ForAnjo - Time Reversal Anti-aging Essense
ForAnjo juga membelai tangan dan kaki
Part ni memang ena teringin nak cuba sebab biasa guna masker muka je. Lepastu malam ena cuma pakai lotion untuk sapu pada tangan dan kaki sebelum tidur. Yang bagusnya ia tidak buatkan korang buang masa begitu saje! Boleh buat kerja lain dalam satu masa tanpa menggangu proses spa kulit korang.
ForAnjo-Extreme Repairing Hydration Hand Glove & ForAnjo- Extreme Repairing Hydration Foot Sock
Dapat menambah penghidratan dan kelembapan kulit yang mendalam dengan berkesan. Ia mengandungi 3 jenis asid hyaluronik termasuk Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Hyaluronic Acid dan Sodium Acetylated Hyaluronate dengan lembut memperbaiki kulit tangan & kaki yang kering dan rosak, kekeringan, kekasaran, alahan dan membuatkan kulit lembut yang cerah.
Selepas memakai selama 10 hingga 20 minit, tanggalkan sarung dan buat urutan supaya lebihan cecair akan meresap pada kulit
Lihatkan perbezaan selepas menggunakannya. Kulit tangan jadi lebih lembut. Maklumlah di siang hari asyik basuh botol susu anak dan kerap sabun tangan, confirm mudah kering. Bestnya dapat rawatan Spa hanya di rumah. Boleh digunakan 2-3 kali seminggu untuk dapatkan result yang lebih baik.
Jadi jika korang berminat untuk merasakan set Spa di rumah boleh lah dapatkan harga promosi di https://www.foranjo.com/ dengan menggunakan kod "TINYNASWEET8" dan penghantaran percuma!
ForAnjo Contact :
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM
Skincare Tutorial
8 Comments
Suka jenis serum, Sis kalau dapat serum, tak kesah jenama apa, memang ku pakai sampai licin hahahaha