10 Tempat Menarik di Johor Wajib Dikunjungi

Ena merupakan anak jati Pontian, Johor tapi telah menetap di Muar sejak 2014 sehingga kini. Jadi sedikit sebanyak ada lah tempat menarik yang biasa dikunjung sekitar Johor. Itu pon banyak lagi tempat menarik di Johor yang belum dilawati. Jadi checklist ni ena simpan siap-siap supaya senang nak refer untuk family trip nanti. Mana tahu korang pon ada jugak survey tempat best di Johor. So boleh follow entri ini. Banyak lagi tempat menarik di Johor yang bakal dikongsi. Jom kita intai lokasi.

1. Forest City, Iskandar Puteri Johor


Pemandangan menghijau Forest City ini seumpana hutan di dalam bandar adalah pembangunan bandar hijau pertama dan terbesar di Asia Tenggara. Nilai pembangunan dianggarkan mencecah 170 billion. Ianya projek pembangunan antarabangsa yang terdiri daripada kediaman, kawasan hijau, hab pengangkutan serta kawasan tarikan pelancong. Tujuan utama Forest City untuk menarik orang dari seluruh dunia untuk melabur, bekerja, bermain dan hidup.

BACA LANJUT DISINI : http://www.ciktom.com/jalan-jalan-tengok-pemandangan-di-forest-city-johor/


2. B5 Johor Street Market, Johor Bahru


Salah satu tempat tarikan baru dibuka pada tahun ini iaitu pada bulan Februari 2020 yang lepas. Lokasi B5 Johor Street Market terletak di Batu Lima bersebelahan dengan Angsana Johor Bahru Mall.  Asalnya dulu ni kawasan projek terbiar dan jadi tempat penagih dadah melepak tau. Sekarang alhamdulillah makin meriah selepas di bina B5 Johor Street Market.

Ini kira satu tempat hentian komersil pelancongan di Johor. Ada persembahan kebudayaan (culture show), pameran (exhibition) dan aktiviti demontrasi kraftangan mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari. Kat sini pun banyak ada dijual barangan kraftangan Johor sebagai cenderahati. Kira macam ala-ala Pasar Seni kat KL tu

BACA LANJUT DISINI : https://herneenazir.com/2020/02/21/b5-johor-street-market-daya-tarikan-terbaru-pelancong-ke-negeri-johor/


3. Malay Cultural Village, Johor Bahru


Pada yang sukakan tempat tradisional dan budaya Melayu boleh berkunjung ke Malay Cultural Village. Sesuai juga untuk bawa rombongan anak sekolah untuk belajar kebudayaan melayu tradisional. Disini korang boleh belajar dan tahu:

1. Pelbagai jenis pokok dan tumbuhan
2. Rumah tradisonal melayu
3. Mencanting batik
4. Menebar roti canai
5. Buat teh tarik
6. Persembahan kebudayaan
7. persembahan wayang kulit
8. Proses peleburan dan tempa biji timah
9. Cenderahati

Memang majmuk menyaksikan persembahan kebudayaan. Ada tarian melayu, cina, india dan kadazan. Yang menari sambil lompat celah buluh pun ada.

BACA LANJUT DISINI : https://www.kasihjuju.com/2019/12/malay-cultural-village-johor.html


4. Umbrella Alley, Muar


Cerita asal kenapa buat di kawasan lorong adalah untuk menaiktaraf di mata manusia bahawa daripada kita set mind lorong tu kawasan tercemar, lebih baik kita jadikan tempat yang cantik dan ceria. Usaha ini adalah untuk meremajakan kawasan Muar. Tengoklah deretan payung berwarna-warni ini menceriakan lagi lorong.

Selain itu penuh dengan mural daripada animasi kartun seluruh dunia termasuk Malaysia seperti Upin Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali . Kalau budak-budak memang teruja lah sebab banyak kartun kegemaran. Bila dah penat pusing bergambar, jangan lupa singgah makan Cendol famous.

BACA LANJUT DISINI : https://www.tinynasweet.com/2020/01/umbrella-alley-muar-tarikan-baru-di.html


5. VRinity Malaysia, Iskandar Puteri Johor


Siapa yang suka kan kelainan ketika bercuti ke Johor boleh pergi ke VRinity Malaysia di Medini of Mall yang tak jauh dari Legoland. Ianya satu pusat hiburan interaktif yang mengetengahkan konsep teknologi virtual reality sepenuhnya yang pertama kat Malaysia.

Korang boleh main game yang terasa real sangat seperti berlaku depan mata gitu. Teknologi hebat ini dibawakan langsung dari Korea Selatan yang memang popular dengan kecanggihan teknologi.

Selama ni korang takut nak main roller coaster yang betul? Jangan risau korang masih boleh rasa experience main roller coaster dengan mencuba VR Roller Coaster

BACA LANJUT DISINI : https://www.sunahsukasakura.com/2019/10/reach-infinity-vrinity-malaysia.html


6. Kolam Puteri, Gunung Ledang, Muar


Dah alang-alang ke Johor takkan nak lepaskan peluang singgah ke Kolam Puteri Gunung Ledang. Kisah Puteri Gunung Ledang ni kita semua dah biasa dengar sejak dari kecil lagi.

Lihatlah betapa cantiknya pemandangan di Kolam Puteri sambil menikmati keindahan flora dan fauna, jauh dari hiruk pikuk di Kotaraya. Air yang bersih, sejuk dan nyaman. Bawa bercuti bersama keluarga berkelah pasti meninggalkan kenangan indah.

BACA LANJUT DISINI : https://afzani.com/2019/10/kolam-puteri-gunung-ledang


7. Pantai Desaru, Kota Tinggi


Pantai Desaru merupakan antara pantai terbaik dan tercantik di Johor. Banyak deretan Pokok Rhu indah di persisiran pantai membuatkan pengujung terkesima melihat keindahan pantai terutama ketika matahari sedang terik. Pengunjung boleh berenang, memancing, kembara denai dan banyak lagi aktiviti. Pada siang hari jangan lupa untuk melihat sunrise dan juga sunset menjelang senja. Pasti gambar menjadi lebih menarik.

BACA LANJUT DISINI : https://www.mialiana.com/2020/08/pantai-desaru.html


8. Kolam Renang AMA Resort, Muar


Musim cuti sekolah, pasti ramai ibu bapa yang suka bawa anak mandi-manda. Jika tidak suka mandi di pantai, apa kata pilih Kolam Renang di AMA resort, Muar ada replika ala-ala transfomer terpacak kat depan pintu masuk. Di AMA Resort & Training Centre nie selain bermandi-manda, ia ada menyediakan homestay & tempat training. Jika nak buat family day, majlis perkahwinan, seminar, BBQ, Gathering atau apa-apa aktiviti berkumpulan memang sesuai sangat buat disini.

BACA LANJUT DISINI : https://www.sitisuziana.com/2019/02/kolam-renang-di-ama-resort-muar.html


9. Kiddomo Discovery R&F Mall,  Tanjung Puteri JB


Kalau ke Johor Bahru, apa kata bawa anak ke Kiddomo Discovery R&F Mall yang memenangi award "BEST CHILDREN'S EDUCATIONAL PLAYLAND 2017/2018" cawangan kedua selepas Kiddomo Universe di Starling Mall, Petaling Jaya

Ada beberapa station di Kiddomo Discovery Playland:

1. Kiddomo Heroes Station
2. Discovery Station
3. Collection Station
4. Fitness Station
5. Power Ride Station
6. Performing Station
7. Magic Station
8. Creative Station
9. Kiddomo Cafe
10. Baby Gym (Under 3 years)
11. Pampering Zone

Setiap permainan dipaparkan nama dan muka. Anak memang teruja lah main real muka sendiri. Selain itu boleh mewarnakan lukisan dan kemudian korang boleh tengok 3D taw. Hanya colour, print, lipat dan tengok hasil pelbagai jenis kenderaan dipaparkan pada skrin layar.

Yang paling best tu ada workshop. Seronok menguji minda anak untuk lihat kreativiti menghasilkan "slime". Pelbagai permaianan seperti puzzle, lego, wooden puzzle, toys dan buku bacaan. Dapat develop kecergasan otak anak. Sure tak bosan taw bawa anak ke sini

BACA LANJUT DISINI : http://kisahsidairy.com/rangsang-imaginasi-anak-di-kiddomo-discovery-johor/


10. Skyscape Johor Bahru City Centre

Untuk merasai pengalaman berjalan di atas lantai kaca, boleh lah ke Tingkat 34 Skyscape @ Menara JLand Johor Bahru City Centre (JBCC) yang pertama di Johor berkonsepkan ruang hiburan di udara. Terdapat pelbagai aktiviti menyeronokkan kalau masuk ke dalam Skyscape antaranya:

1. Floor Interactive Games
2. LED Tunnel
3. Visual Reality (VR) Games
4. Mini Theater
5. Sky Bridge
6. Observation Deck and Activity Area
7. Merchandise Shop
8. Skybridge di skyscape johor bahru

Tapi dalam banyak- banyak aktiviti, paling hot ialah Sky Bridge. Ada berani ke idok nak join? Jangan lupa untuk membawa stokin ataupun beli sahaja Stokin Anti-slip Skycape berharga RM5 sepasang

BACA LANJUT DISINI : https://www.sislin76.com/2019/07/pengalaman-berjalan-di-atas-lantai-kaca.html

Haa.. teruja tak nak visit Johor? Ini baru saje tempat menarik wajib dikunjungi, belum lagi pelbagai makanan yang enak ada di Johor. Pasti korang akan jatuh hati dengan budaya warisan, lokasi dan makanannya. Jumpa lagi di next entri menarik di Johor.


Post a Comment

6 Comments

Husein Husaini said…
cantiknya kolam puteri. teringin nak pegi sana
Sis Lin said…
Jom laaa kita explore lagi jommm...ada juga tempat yang belum jejak ni hehehehe
Hernee Nazir said…
ada beberapa tmpt lagi tak pergi 🤭
sitirohaida said…
banyak lagi tempat yang belum pegi ni
banyak jugak yang belum pernah sampai ni
ciktom said…
banyak tempat best kat johor ni..cuma tak sempat nak pergi semua lagi..ni semua nak masuk wishlit..teringi nak pi muor