GETHA 100% Natural Latex Membantu Tidur Lebih Lena dan Menjaga Kesihatan

Pelaburan berbaloi miliki GETHA 100% Natural Latex Pillow 


Ena nak sharing jenama bantal yang membuatkan tidur selesa sepanjang malam. Haa.. Pasal bantal pon nak cerita ke??? Mesti lah nak sharing sebab banyak benefit bantal ni. Apa yang special bantal daripada GETHA 100% Natural Latex ni korang boleh pilih ikut keperluan badan sendiri, bukan suka-suka beli sebab promosi atau cantik je. Contohnya ada pilihan untuk kulit awet muda, aktif bersukan, alahan dan banyak lagi ! Memang rambang mata nak beli. Sebelum ena cerita lebih lanjut bantal apa ena gunakan, jom kita perhatikan korang jenis tidur yang mana.

Pemilihan bantal harus tepat dengan keperluan badan


Bila dah tahu apa jenis masalah tidur tak lena, baru lah kita boleh pilih bantal yang sesuai untuk kekal sihat.

Disebabkan ena menyusukan anak mengiring pada waktu malam, sudah tentu akan mudah lenguh di bahagian leher sehingga bahu. Kadang sampai double pillow sebab asyik meleper je. Pagi-pagi kena tepuk balik bantal bagi tegang. Lepastu mula lah salahkan bantal bila sakit kepala. Oleh itu, ena memerlukan bantal yang boleh memberikan sokongan sempurna untuk tulang belakang, kepala dan leher. Lagi-lagi ena ni jenis side sleepers (Tidur Sisi). 

GETHA 2 Zone Latex Pillow

Menggunakan rekabentuk eksklusif 2 Zon untuk memaksimumkan sokongan pada bahagian kepala, leher dan bahu. Disarankan untuk golongan remaja sehingga dewasa, GETHA 2 Zone Latex Pillow adalah pilihan yang sesuai untuk tidur telentang dan tidur sisi. Ia juga sesuai untuk tubuh kecil molek macam ena ni. Ditambah pula selalu sakit belakang.
Lihat pada saiz memang puas hati, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Saiz medium ngam untuk ena. Sumayyah pon boleh baring sebelah. Harga asal RM289.00 tapi ada diskaun 10% cuma RM260.10

GETHA 100% Natural Latex Windy Pillow


Mempunyai pengaliran udara poket takungan berbilang untuk mendapatkan rehat yang nyaman dan segar ketika tidur. Ruang udara didalamnya tidak mudah menangkap debu bagi memastikan persekitaran tidur yang sihat. Kepala tidak berasa hangat sangat sesuai jika bekerja di bawah tekanan seperti suami ena di bawah PDRM.



Sesuai untuk semua peringkat umur, tidur telentang dan lebih suka bantal yang sangat lembut. Saiz lebih besar dan tebal. Tapi walaupun pada pandangan nampak macam tebal, bila baring tersangatlah lembut dan tidak akan menggeleber ke bawah. Memang sesuai untuk suami. Tambahan pula ada resdung. Kena lah pakai bantal berkualiti dan sihat. Harga asal RM339.00 tapi ada diskaun 24% hanya RM259.00

Ciri dan Kelebihan GETHA 100% Natural Latex:

• Beratus-ratus lubang dicipta untuk sistem pengudaraan semula jadi dengan unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar secara berterusan. Ini membolehkan haba dan kelembapan badan hilang sepanjang tidur, berasa nyaman dan memberikan kesegaran.


• Tahan lama dan direka untuk keselesaan tertinggi, produk GETHA 100% Natural Latex tidak akan melekuk, tidak akan menggeleber dan mengekalkan bentuknya selama bertahun-tahun dengan sokongan yang berterusan.


• Dibasuh sebelum proses pembuatan untuk memastikan kebersihan. GETHA 100% Natural Latex tahan terhadap kulat. Ia juga mempunyai sifat Antimikroba semula jadi yang menentang hama debu dan alergen lain yang memberi kesan alahan dan kerengsaan kulit serta gatal-gatal hidung seperti tungau dan kutu katil. 

• Diuji dan diluluskan terhadap bahan berbahaya mengikut keperluan ECO Eropah. Ia tidak beracun,  hypoallergenic semula jadi dan sesuai untuk penghidap alergi dan asma.

• Sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang. Sokongan melembutkan titik tekanan dan secara keseluruhan dapat mengurangkan gangguan tidur.


• Direka dan dibentuk khas, GETHA 100% Natural Latex diketuk langsung dari sumber semula jadi bumi - pokok getah, dan dihasilkan mengikut standard yang tepat. Ia mesra alam dan tidak membahayakan alam sekitar


5 years in a row winning the world branding award at Kensington Palace


"Memberikan sokongan yang sempurna untuk tulang belakang, kepala dan leher anda, untuk pengalaman tidur yang sungguh santai! Tambahan pula, produk kami yang direka untuk 5 pancaindera termasuk minyak pati, lilin, penutup mata, dan banyak lagi, yang direka khas untuk membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena. Pusat Terapi Tidur Getha kami juga dirancang dengan bahagian 5 deria untuk membimbing anda dalam mewujudkan tempat perlindungan tidur yang sempurna. Dengan hanya beberapa perubahan ringkas, bilik tidur anda akan berubah menjadi syurga malam yang tenang!"

Toxic Free, Luxury & Eco Friendly


Percayalah. walaupun agak pricey tapi ia berbaloi sesuai dengan kualiti bahan semulajadi buatan Malaysia. Tapi perasaan seperti di peringkat Antarabangsa ! Selepas membuat pembelian, jangan lupa untuk daftar warranty produk secara online dan akan terima lagi kupon percuma RM10 untuk pembelian seterusnya.

Layari online store GETHA :

100% Natural Latex VS Polyurethane Foam

Lihat video di bawah perbezaan menggunakan bantal daripada jenama lain.



A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on

Post a Comment

19 Comments

Sis Lin said…
Brand Getha ni memang bagus tau, kalau ada rezeki nak je beli tilam dia.. Sis pun ada bantal dia, masa mula keluaran dia, sampai skrg masih guna.. walaupun mahal, tapi bagus untuk kesihatan..
Empuknya bantal, letak kepala terus hilang ke alam mimpi..hi..hi..hi. Oh.dah bertukar ke domain .com dah tahniah ye...
Empuknya bantal, letak kepala terus hilang ke dunia mimpi... hihihi... oh dah bertukar ke domain .com ea... tahniah!..
Sofinah Lamudin said…
Naaakkk... hehe... saya selalu sakit tengkuk... masalah bantal la rasanya tu. Baru baru ni ada beli bantal bentuk macam ni. Tapi kecik...Getha ni siap ada award pula ni...masuk senarai untuk dibeli kalau macam ni.
Tekkaus said…
Ya bantal memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti kan. :) Baguslar. Saya pun nak beli satu untuk tidur yang lebih baik.
ajumohit said…
kalau dapat bantal yang empuk dan lembut memang lena tidur. kalau tidak boleh jadi sakit leher kalau bantalnya kerasa dan tak selesa. bolehla try survey bantal baru
Nhazla Fikri said…
macam pernah dengar brand ni. rasanya dulu pernah pakai. curve lebih kurang sama. memang segar je bangun keesokan hari. takde la sakit belakang
Ruby said…
Ruby ada bantal camni. Memang tahan lama. Walaupun harga agak mahal. Tapi kalau compare kualiti dan tahun penggunaan, Ruby prefer bantal camni. Letak je kepala, terus tidur. Hehehe
Marina Bashah said…
Wow bestnye bantal getha. Ramai kata jenama ni memang best kan?
Bestnya kalau dapat tidur lena mcm ni. Mmg puas tido nya heheh
Zaza Azman said…
Sedapnya kalau dpt bantal geetha ni.. Mesti nyenyak tido je selesa kan? Nak kena beli bantal baru nih. Hmm
shamiera osment said…
Bantal Getha ni memang best kan. Suka bantal lembut yang support leher macam tu barulah lena tidur and bangun tido rasa segar.
Kak Fas said…
Getha ni memang jenama terkenal dan paling bagus ia berkualiti.... tp blm permah tidor atas bantal begini...
iena eliena said…
wah nampak lena sangat tidur tu hehe.. nak tidur memang perlu bantal yang selesa.baru boleh tidur dengan nyenyak kan :)
Ika.S said…
nak kena beli satu ni :) thanks tau share pasal bantal ni
Padin said…
sampaikan bantal pon ada yang hi-tech ya.. indahnya sains dan teknologi.
Farhana Jafri said…
bagusnya ada banyak lubang udara dekat bantal Getha ni sebab kalau guna bantal biasa mesti berpeluh lepastu mula la gatal2
Rawlins GLAM said…
Rawlins pun ada beli satu bantal Getha dan ianya memang berbaloi kerana dah tak berdengkur dan leher tak sakit. This one pun mesti better kan
Mahamahu said…
Yer betul kita pernah ada bantal yang selesa dan lembut macam ni best tidur pun lena dan tidak diganggu memang di galakkan untuk orang ada masalah tulang belakang dan tidur....