ツ Teman Tapi Mesra

Petua merawat HFMD dan Campak Keladi


Untuk pengetahuan korang, anak ena yang sulung, Dhia Sumayyah dah pernah kena demam campak keladi pada usia 6 bulan, HFMD pada usia 2 tahun dan Influenza pada usia 3 tahun. Jadi ini pengalaman ena bagaimana merawat anak ketika itu. 

Sumayyah susah demam tapi kalau kena sekali teruk macam contoh yang disebut. Sebagai ibu memang kena sentiasa jaga kebersihan dalam rumah. Nak bawa dia ke taman permainan pon fikir banyak kali sebab dia dapat penyakit pon dari playground. Sejak dari itu setiap kali dia nak main, balik rumah cepat-cepatlah bawa mandi. Dalam handbag pon sentiasa sediakan tisu basah antibakteria. Suami pula fobia kalau nak letak anak dalam troli pasaraya dah siap-siap lap bersih pemegang troli. Kami memang fobia lah bawa anak keluar ni. 

Lepas je kena Influenza, kami decide ambil ubat kuatkan paru-paru anak. Memang mahal totally ubat dia je RM450 dari klinik pakar kanak-kanak. Tapi kesannya sampai sekarang usia 5  tahun, sumayyah susah jatuh sakit. Paling ketara takde selesema even ena demam dia tak berjangkit. Padehal tidur 1 katil.

Punca diserang HFMD (Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut) pada 2018

Sumayyah tiba-tiba demam panas 3 hari sebelum keluarnya semua tanda di bawah. Boleh rujuk gambar. Puncanya kami bawa pergi Giant Muar. Selalu juga dia main Indoor Playground tapi masa kami pergi tu hari minggu dan memang padat dengan kanak-kanak. Lepas balik dari Giant, anak terus jatuh sakit.


Apa itu HFMD?

Penyakit HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Kredit to "Kementerian Kesihatan Malaysia"


Kesan lepuh pada tapak kaki


Ulser dalam mulut dan ruam keliling mulut



Ruam di tangan



Ruam di badan


Lepuh di kaki


Kuarantin serta merta

Kami diberi surat untuk kuarantin selama 7 hari. Suami yang bekerja juga diminta untuk cuti menjalankan kuarantin.


Petua merawat HFMD

Sebagai orang berketurunan Jawa, banyak ikut petua orang tua. Tapi jenis ena pastikan jumpa doktor dahulu, barulah ikut tips dan petua yang sesuai selagi tak memudaratkan. Petua ini sama ena buat ketika sumayyah kena campak keladi.


1. Pastikan anak berjumpa doktor dan makan antibiotik mengikut saranan

2. Sentiasa bersihkan badan anak. Kalau ena memang kerap mandikan sebab doktor sendiri galakkan kerap mandi lebih-lebih lagi tengah demam.

3. Minum air kelapa. Ena tak bagi banyak minum. Cukup sekadar sekali sahaja.

4. Buatkan ala-ala bedak sejuk daripada beras dan daun cermai yang di kisar

Cara buat bedak sejuk


1. Ambil 2 cawan beras dan basuh sehingga bersih

2. Toskan air. Kemudian keringkan

3. Setelah betul-betul kering, masukkan ke dalam blender kering dan kisar sehingga halus

4. Gunakan penapis lubang halus dan ayak beras seperti mengayak tepung untuk dapatkan beras yang halus sahaja

5. Boleh simpan ke dalam bekas plastik 1

Cara kisar daun cermai

1. Ambil daun sahaja daripada batang dalam 10 tangkai

2. Cuci bersih. Kemudian masukkan ke dalam blender dan dicampurkan dengan air cukup sekadar hancurkan daun. Kisar sehingga hancur

3. Masukkan ke dalam bekas plastik 2


Cara menggunakan 

1. Selepas mandikan anak, ambil  3 sudu beras halus + 1 sudu daun cermai dan campurkan ke dalam mangkuk kecil

2. Campurkan dengan sedikit air seperti bedak sejuk. Jangan terlalu cair

3. Sapu kan keseluruh kawasan yang mempunyai ruam dan lepuh


Nampak tak ada bedak sejuk pada badan sumayyah?? macam tu lah rupa dia. Memang berkesan, anak langsung tak menggaru selepas sapu bedak sejuk ni. Memang ambil masa nak hilang tapi bekas ruam akan hilang juga. Takde kesan parut. Kalau orang tanya ena, memang ini lah petua yang ena akan kongsikan. Jadi selamat mencuba :) Semoga ia dapat membantu.




17 Chantiq Manis:

Sunah Sakura said...

kesiannya bila anak2 kena penyakit macam ni...dapat pulak dari orang luar yang simptomnya tak nampak, main bersama2 pulak...

terus teringat bahayanya covid juga kalau tak ada simptom...

nona sani said...

Whoaa..terima kasih infonya kak.. ohh..daun tu rupanya... Tak pernah guna..sy selalu pun g klinik dulu Pape Hal... Moga sihat selalu ya anak anak akak... Sedih nengok..adoi..menahan gatal tu....

Sis Lin said...

Anak saudara pernah kena, tapi adik bg minum minyak kelapa dara Ena, dan juga sapu di tempat-tempat yang terkena, alhamdulilah sekejap hilang sakitnya...tu je laa ubat kalau lepas ni kena lagi..

Bae Roslan said...

petua yanh sangat bermanfaat. kesian tengok gambar sumayyah. terima kasih share petua.

Eyqa Hasnan said...

Berguna sangat info nie. Anak officemate always kena hfmd. Boleh share dengan dorang ;)

Fadima Mooneira said...

Oh dear...... kesian your baby. My anak buah pun pernah kena juga. This is the same treatment my cousin buat utk rawat anak dia.

Mahamahu said...

Sianya bila tengok budak-budak kalau kena penyakit macam ni memang tak tahan kita tengok pun tahu sakit sian. Tapi betul mereka jangkakan lepas Covid akan ada penyakit Kawasaki yang akan menyerang kanak-kanak. Harap tips dan petuan ini berguna lah untuk ibu bapa yang pertama kali alami situasi macam ni...

budakbandunglaici said...

erm kesian BBL tengok budak2 kecik kulit kering mengelupas macam tu. kita sebagai mak ayah mesti rasa sedih. tu la nasib baik pokok2 mcm ni boleh tolong kurangkan lega sikit. incase tak sembuh jugak elak jumpa doktor cepat2

Aerill Hassan said...

baru tau bahaya jugak ya sakit ni. memang banyak juga penyakit diluar yang seperti covid-19, tak nampak , terima kasih sebab share :)

Marina Bashah said...

Thank you share tips ni. Kesian anak kalau kena HFMD ni. Minum susu pom tak lalu sebab sakit mulut

Zaza Azman said...

Ya Allah nmpk teruk betul summayyah ke HFMD. Anak za pernah juga kena tapi sbb za mmg paranoid sikit selalu check badan dia dapat detect awal2.. Terus pegi doc and kuarantin. Alhamdulillah tak teruk. Thanks bg tips ni. Boleh la za guna lg kot2 ada kena lg

AyuArjuna BiGoshh said...

Bagus perkongsian ni.. nanti boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang

Nadia Johari said...

Tengok pun tau sakit tu. Kesian bila kene dekat budak. Nasib ade penyelesaiannya.. Dan serasi dengan dia.. Semoga baik2 je

Ika.S said...

Alaaa kesiannya tgk anak sis. Semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. terimakasih juga atas infonya ya

mazharalti said...

Ya Allah! Sedihnya tengok kesan lepuh tu... rasa macam pedih je... tu baru tengok tu... anak kedua saya pernah kena ekzema teruk... melepuh camni la dulu kulitnya... sampai merening kemerahan... kita yang tengok pun dah rasa sakit dah... huhuhuhu... terima kasih di atas petuanya ya... insyaAllah, akan amalkan apabila perlu dan war-warkan maklumat bermanfaat ini kepada yang memerlukan...

Izaramli said...

alaaa kesiannya tengok anak tu. Iza takleh la tengok macam ni. tapi ni info yang bagus. in future kalau terjadi (tapi mintak jauhla) ada la rujukan yang boleh dibaca. thanks share.

Syamimi Saad said...

Dah merasa anak kena macam ni. Tak silap masa zara umur 1y ++ masa tu.
Tak sure kena dari mana.
Sebab masa tu raya. Biasa la jumpa ramai orang kan.
Yang pasti, terul dia kena. Sebulan. + Demam on off sebulan juga.