ツ Teman Tapi Mesra

Saranghaeyo Single Baharu Voice of Men



Ena nak berkongsi dengan korang lagu yang baru sahaja dilancarkan secara dalam talian melalui Youtube pada minggu lepas dan mendapat sambutan yang baik daripada viewers.

Apa tidaknya, sekali dengar memang deep sangat bait-bait liriknya yang sangat dekat dengan jiwa dimana ia mengisahkan seseorang yang kehilangan orang yang tersayang dan mesej yang ingin disampaikan adalah hargai mereka sebelum mereka meninggalkan kita.

Antara kisah selebriti yang menggemparkan dunia hiburan adalah pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair akibat serangan jantung dan meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari atau BCL dan anaknya, Noah Aidan Sinclair.

Jadi lagu ini mempunyai elemen percintaan dan kasih sayang yang ingin disampaikan kepada pendengar. Tajuk lagu juga sangat in digunakan kerana mudah diingati dan anak muda suka menggunakan perkataan itu. Jadi jom kita amati lirik lagu sambil layan video daripada Voice of Men. Pasti feeling mendengarnya. Suara memang best ada aura dan tone sekali dengar ingat Lah Ahmad yang nyanyi.


       Video Official MV Saranghaeyo

LIRIK LAGU

Lagu: Saranghaeyo
Penyanyi: Voice of Men
Producer: Fathul Voice of Men/Lah Ahmad
Lagu oleh: Fathul Voice of Men
Penulis lirik: Fathul Voice of Men/Kartini Kamaruzzaman

Masih kah kau ingat,
Saat yang berlalu,
Detik pertemuan kita dulu,
Yang tak pernah ku alami,
Dan tak mungkin ku ulangi,
Kisah cinta kau dan aku tetap bersemadi.

Kali pertama kau tersenyum,
Memikat hati ini,
Ketika engkau memandangku luruh jiwa ini.

Seandainya ku gapai bahagia,
Akan ku semai semua,
Untuk kau yang tercinta.

Ratuku,
Nyata segalanya,
Takkan mungkin pernah,
Kekal selamanya.

Maafkan,
Salahku,
Kerna pernah menyakiti,
mengabaikan dirimu.

Kali pertama kau tersenyum,
Memikat hati ini,
Ketika engkau memandangku luruh jiwa ini.

Saat itu aku lafazkan,
Kata-kata yang kupendamkan,
Saranghaeyo,
Namun kau pergi jua tinggalkan ku,
Tinggalkan ku,
Tinggalkan ku,
TInggalkanku.



Saranghaeyo. Hargai mereka yang ada disamping kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

Jom sertai Saranghaeyo Music Video Contest! Jangan lepaskan sebab korang berpeluang untuk menang hadiah wang tunai RM1,000!

Syarat-syarat:
1. Terbuka kepada semua (individu mahupun berkumpulan).
2. Muat naik 1 video berdurasi minimum 1 minit menggunakan lagu “Saranghaeyo” ke YouTube.
3. Guna ‘Saranghaeyo MV Contest #saranghaeyoMV #voiceofmen’ sebagai tajuk video.
4. Kreativiti: Anda boleh cover semula lagu Saranghaeyo dalam bentuk video ATAU cipta video kreatif menggunakan lagu Saranghaeyo ATAU berlakon dan gunakan lagu Saranghaeyo sebagai muzik latar.
5. Pastikan berhemah dan tidak mencemari tatasusila dan budi pekerti kita.
6. Pemenang akan dinilai menerusi video terbaik (jumlah like dan komen turut dinilai).
7. Akhir sekali, kongsikan link video Youtube anda ke private message page Facebook Voice of Men.
8. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20/4/2020. Keputusan adalah muktamad.