Ena nak berkongsi dengan korang lagu yang baru sahaja dilancarkan secara dalam talian melalui Youtube pada minggu lepas dan mendapat sambutan yang baik daripada viewers.
Apa tidaknya, sekali dengar memang deep sangat bait-bait liriknya yang sangat dekat dengan jiwa dimana ia mengisahkan seseorang yang kehilangan orang yang tersayang dan mesej yang ingin disampaikan adalah hargai mereka sebelum mereka meninggalkan kita.
Antara kisah selebriti yang menggemparkan dunia hiburan adalah pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair akibat serangan jantung dan meninggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari atau BCL dan anaknya, Noah Aidan Sinclair.
Jadi lagu ini mempunyai elemen percintaan dan kasih sayang yang ingin disampaikan kepada pendengar. Tajuk lagu juga sangat in digunakan kerana mudah diingati dan anak muda suka menggunakan perkataan itu. Jadi jom kita amati lirik lagu sambil layan video daripada Voice of Men. Pasti feeling mendengarnya. Suara memang best ada aura dan tone sekali dengar ingat Lah Ahmad yang nyanyi.
Video Official MV Saranghaeyo
LIRIK LAGU
Lagu: Saranghaeyo
Penyanyi: Voice of Men
Producer: Fathul Voice of Men/Lah Ahmad
Lagu oleh: Fathul Voice of Men
Penulis lirik: Fathul Voice of Men/Kartini Kamaruzzaman
Masih kah kau ingat,
Saat yang berlalu,
Detik pertemuan kita dulu,
Yang tak pernah ku alami,
Dan tak mungkin ku ulangi,
Kisah cinta kau dan aku tetap bersemadi.
Kali pertama kau tersenyum,
Memikat hati ini,
Ketika engkau memandangku luruh jiwa ini.
Seandainya ku gapai bahagia,
Akan ku semai semua,
Untuk kau yang tercinta.
Ratuku,
Nyata segalanya,
Takkan mungkin pernah,
Kekal selamanya.
Maafkan,
Salahku,
Kerna pernah menyakiti,
mengabaikan dirimu.
Kali pertama kau tersenyum,
Memikat hati ini,
Ketika engkau memandangku luruh jiwa ini.
Saat itu aku lafazkan,
Kata-kata yang kupendamkan,
Saranghaeyo,
Namun kau pergi jua tinggalkan ku,
Tinggalkan ku,
Tinggalkan ku,
TInggalkanku.
Saranghaeyo. Hargai mereka yang ada disamping kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita.
Jom sertai Saranghaeyo Music Video Contest! Jangan lepaskan sebab korang berpeluang untuk menang hadiah wang tunai RM1,000!
Syarat-syarat:
1. Terbuka kepada semua (individu mahupun berkumpulan).
2. Muat naik 1 video berdurasi minimum 1 minit menggunakan lagu “Saranghaeyo” ke YouTube.
3. Guna ‘Saranghaeyo MV Contest #saranghaeyoMV #voiceofmen’ sebagai tajuk video.
4. Kreativiti: Anda boleh cover semula lagu Saranghaeyo dalam bentuk video ATAU cipta video kreatif menggunakan lagu Saranghaeyo ATAU berlakon dan gunakan lagu Saranghaeyo sebagai muzik latar.
5. Pastikan berhemah dan tidak mencemari tatasusila dan budi pekerti kita.
6. Pemenang akan dinilai menerusi video terbaik (jumlah like dan komen turut dinilai).
7. Akhir sekali, kongsikan link video Youtube anda ke private message page Facebook Voice of Men.
8. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20/4/2020. Keputusan adalah muktamad.
19 Chantiq Manis:
La ingatkan kumpulan korea. Retis Malaysia rupanya. Later sis hayati. Dgr sekali belum masuk lagi ke hati. Hehe.
Lirik dan music nya best... Sekali dengar meruntun hati..
Best3x... Terus dengar 2kali kat blog ni je.. Hehe..
sedih sangat bila hayati bait kata lagu ni dengan music video dia...
ingtkan td video lagu korea sbb Saranghaeyo tu slalu dgr dr org2 yg peminat kpop...apa2pn hargai la mereka yg ada bersama sebelum mereka pergi meninggalkan kita
Memula ingat group kpop Korea tadi. Dah lama baca, baru tahu group Malaysia rupanya.😄
Pertama kali dengar lagu ni dan juga artisnya. Ingat artis dari luar negara tadi haha... sefap dan sedih gak lagunya tapi apa maksud Saranghaeyo tu? Bahasa Korea ke?
Sesekali dengar lagu ni, amacam ada kisah benar yang ingin di sampaikan , tapi apa ek...mesti ada kisah di sebalik lagu ini...
https://www.sislin76.com/2020/04/jom-sertai-saranghaeyo-music-video.html
tak dengar lagi. macam sedih je baca komen kawan-kawan kat atas. apa pun, wa ada contest lagi erk. rezeki menang RM1K, sapa nak bagi kan :)
Tak pernah lagi dengar lagu Sarangheyo ni. Maksud Sarang ni sayang eh bahasa korea. Lirik dia sedih juga ye?.
banyak juga nilai hadiah yang ditawarkan, sapa sapa yang aktif kat youtube bolehla join sama, tarikh tutup pun lama lagi boleh fikir nak buat gaya yang boleh tambat hati juri
Alah oppa2 ni,, kenapa tak macam oopa koreaaa sana. Oppss. Hehehe. Nanti mommy tengok klip video mereka.
Oh group Malaysia ke haha ingatkan korea tadi. Bagus jugak mesej yg disampaikan dari lagu tu, mmg patut kita hargai org tersyg yg turut menghargai kita kan..
Ingtakan group korea ruoanya Malaysia. First time dengar lagu diorang ni sedap pulak. Eh ada contest tapi kena nyanyi pulak.
alahai. aida x dpt klik lagu tu.
tak loading :(
pe pun, nice lirik dia.
aida ingatkan penyanyi korea, lirik bahasa diorang.
melayu rupanya :)
ingatkan korean tadi, rupanya mengambil inspirasi daripada korea ya. best juga lagunya
boleh tahan jugak lagu diorang ni. hope diorang boleh terus berjaya lah dalam industri.
sedap lagu tu...mmg akan suara Lah Ahmad
salam jengah dari www.iamfuzy.com
Belum dengar lagi. Tapi sedih baca lirik dia
kalau voice of men ni saya tau lagu dia "pesan abah untuk amina" je hehe
Post a Comment