Ramadhan Buffet 2020 | Laman Kayangan, Shah Alam


MENU CITARASA MALAYSIA RAMADHAN BUFFET @ LAMAN KAYANGAN


Pada 28 Februari 2020 telah diadakan majlis Early Bird Preview Ramadhan Buffet yang menyediakan lebih daripada 100 menu dari pelbagai negeri bersesuaian dengan menu "Citarasa Malaysia" bertempat di Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam. 

Lokasi yang sangat strategik memberi peluang kepada orang awam serta syarikat yang ingin membuat tempahan awal menjelang bulan Ramadhan tidak lama lagi. Pasti semua orang hendak pakej yang berbaloi terutama promosi yang disediakan. Jadi ini salah satu tempat yang boleh korang survey untuk juadah berbuka puasa nanti.


Tempat nampak eksklusif, berhawa dingin, parking dan WIFI disediakan secara percuma dan paling penting surau untuk memudahkan umat islam untuk mengerjakan solat.




Buffet ala gerai style memudahkan pengunjung memilih menu dari pelbagai negeri belah utara hingga selatan.


Gerai "Pak Mat Kopiah" menyediakan Cendol Ais Salju, Ais Kacang macam-macam dan Aiskrim Lejen.


Gerai "Tajamkan Pisaumu" menyediakan aneka buahan segar seperti tembikai, tembikai susu dan oren.


Aneka kuih muih pasti membuatkan korang rambang mata untuk makan !


Dessert juga nampak enak !



"Geng 8 Balang" ini menyediakan daripada 8 jenis air kordial manis, Kopi Che Din dan Teh Tarik Ali Bhai


Tak pastilah kenapa nama gerai "Tepi Parit Johor" tapi kat johor memang banyak nama kawasan depannya "Parit". Mungkin sinonim lah kot. Menu utama adalah Laksa Johor dan Sup Daging Merah.


Gerai "Belah Utagha" menampilkan juadah Laksa Penang dan Mee Kari Lo Keng.


Gerai "Che Siti Wan Kembang" juadah Cholek-cholek dan Nasi Dagang Pak Hassan.


Gerai "Panjang Beratur" menyediakan menu berat dan memang membuka selera seperti Nasi Tujuh Benua, Tempoyak Ikan Patin Temerloh, Asam Pedas Ikan Pari Parit Sulong, Ayam Ghodang Podeh Jolobu, Ayam Kapitan Jonker Walk, Rendang Tok Temong dan banyak lagi ! Ni bukan saje panjang beratur tapi panjang masa nak fikir ambil lauk.hahahaha...





Jika korang pencinta pasta boleh lah singgah ke gerai "Orang Kota". Ada menu Pasta Pastu, Peri Peri Sauce, Carbonara Mushroom, Bolognese Sauce, Asam Pedas Sauce, Aglio Olio, Mix seafood dan sayuran.


Gerai "Mak Ngah Bam Bam" iaitu Nasi Gulung Sepesel dengan Rendang Ayam, Kari Ayam, Sambal Telo, Massala dan Serunding Daging.


Di bahagian luar juga ada buffet seperti Gerai "Kuali Panas" iaitu Cucur Sayur, Keropok Lekor, Pisang Goreng, Wantan Goreng dan Massala Vade 


"Gerai Pak Din" untuk menu Steambombastik (Fish cake, Fish ball, Crab stick, Sotong ball, Segi seri special soup) dan banyak lagi.


Menu terakhir adalah kambing Golek dari gerai "Atas Bara". Ada Grill Mutton slice, Grill Chicken slice, Salad dan 2 jenis sos.

Amacam.. terliur tak tengok semua juadah???? 


Jika korang nak jimat boleh lah grab promosi Early Bird sekarang sah sehingga 24 April 2020 ini. Harga serendah RM59 dan makan sepuas-puasnya!!



MAKLUMAT LANJUT DI LAMAN SOSIAL MEDIA

Post a Comment

18 Comments

adianiez AIDA said…
semua blog dah buat entry pasal buffet Ramadhan :)
dekat dah ekk time nyer. excited.
aneka makanan nak di makan.
penoh meja kita nanti ha ha ha ha ha...
Marina Bashah said…
Nama gerai2 dia mengancam. Terliur tengok makanan dia. Harga dia murah jugakla
Fadima Mooneira said…
Wow!!!!!!!! Interesting package and place. The food looks yummy too. Thank you for sharing. Have a good day.
Farhana Jafri said…
Suka makan sup tulang merah dia, sedap! Comel tengok tukang masak pakai baju style tu. Nampak comel, hidup suasana kampung tu
Kayathre said…
Semua makanan nampak sedap sangat buat saya lapar sekarang. Best kan pergi makan buffet
banyaknya menu berbuka puasa. macam berbaloi je datang iftar kat sini. harga pun not bad. nasib baik dekat area shah alam boleh singgah nanti
AlongMurni said…
Wah.. buffet ramadhan dah mula kelihatan.. banyaknya menu yg sedap2 dan membuka selera dgn harga yg berpatutan.. kena cuba nie..
AlongMurni said…
Wah.. buffet ramadhan dah mula kelihatan.. banyaknya menu yg sedap2 dan membuka selera dgn harga yg berpatutan.. kena cuba nie..
Bella Jamal said…
Belum pernah try bufet kt sini.maybe tahun ni boleh dtg. Teringin pulak nak tau cmne Sup Daging Merah.
Gerai style ni yang bagus sebab nanti tak perlu nak beratur panjang dekat satu tempat tau!
Mimie said…
Banyak pilihan makanan untuk buffet Ramadhan ya. Harga yang ditawarkan pun berpatutan
Hanny Abdullh said…
Alaaa tahun ni tak dpt pulak invitation ke sana..selalu dapat..sedihh. tak.apa..puasa nanti kita gi
Izaramli said…
Ingatkan kenduri kahwin tadi masa tengok dewan dia rupanya buffet ramadhan. banyak jugak pilihan makanan dia and semua nampak sedap. harga pun macam berbaloi je kalau pergi.
Oooh sini. Saya pun pernah merasa berbuka puasa di sini. Ade company yg belanja. Memang sedap je semua juadahnya. Nak solat pun ada ruang solat berdekatan.
Sunah Sakura said…
colourfulnyaaaaa nasik tu!
Wan Zawawi said…
Menarik menu-menu yang ada tu
precious cla said…
Dugaan sungguh nak tengok gambar-gambar tu masa ni. Rasa teringin sgt nak makan tu smua. Hehee