SOOTHING OIL ATAU CREAM?? YANG MANA MENJADI PILIHAN !
Entri kali ni ena nak sharing penggunaan jenama Palmer's Cocoa Butter untuk kehamilan Sumayyah dengan kehamilan kali ni ! Kalau dulu ena pakai SOOTHING OIL, tapi kali ni ena tukar pakai CREAM @ LOTION. Boleh rujuk entri lama DISINI
Pendapat ena pakai CREAM lagi best !!!!!!!
Disebabkan ena sendiri dah guna rangkaian produk ni untuk kehamilan, jadi ena boleh cadangkan pakai Cream adalah lebih baik. So nak tahu apa bezanya???
Kalau dulu ena pakai yang Soothing Oil, still perut gatal tapi takde parut. Berbeza dengan Cream, lepas sapu je memang susah nak gatal walaupun dah 37 minggu.
Kalau korang nak tahu untuk kandungan kali ni memang ena start lambat dalam 31 minggu disebabkan ena terpengaruh cakap orang. Haaa..Sebab adalah sorang netizen tu cakap "Akak tak pernah pakai pape pon perut bersih jerr." Tapi pikir logik yelah anak dia lahir pon kecik 2kg so perut dia memang kecil je. Kebarangkalian nak ada parut tu mungkin lah tak besar berbanding ena yang memang kandungan besar tapi disebabkan ena terpengaruh ena test lah tak pakai apa-apa sampai trimester-2.
Nak dijadikan cerita start 31 minggu perut ena gatal teruk lah sampai ke belakang dan naik ke tangan. Sampai doktor tegur kenapa naik biji-biji ni? Haaa apa lagi gelabah pergi drugstore cari Cocoa Butter Formula. So ena decide guna cream seperti gambar di bawah.. Lepastu magic taw terus takde kegatalan. Woww sangat dan kesannya hilang dalam 2 minggu konsisten sapu selepas mandi.
MASSAGE CREAM FOR STRETCH MARKS
Ena cadangkan beli di Guardian sebab banyak pilihan, mudah didapati dan lebih murah. Bila promosi tu terus grab sebab dapat free travel kit.hehe. Memang puas hati. Harga promosi tak sampai RM30 masa tu tapi tahan lama dah pakai lebih sebulan masih banyak isian. Rasa penggunaan dalam 2 hingga 3 bulan.
KEBAIKAN FORMULA KRIM PEKAT MASSAGE CREAM FOR STRETCH MARKS
1. Membantu merawat parut di sekitar perut, celah peha, pinggul dan payudara
2. Melegakan kekeringan pada kulit yang meregang
3. Membantu mengurangkan regangan dan meningkatkan keanjalan pada kulit
4. Krim berasaskan hypoallergernic bebas daripada minyak mineral, parabens, phthalate, pewangi dan pewarna
5. Sesuai untuk kulit sensitif dan disyorkan ahli Dermotologi
6. Kulit lembab dan lembut selama 48 jam membolehkan kulit mengembang dengan lebih mudah
KANDUNGAN
1. Vitamin E - Mengandungi antioksidan yang tinggi
2. Lutein - Antioksidan semulajadi yang membantu penghidratan kulit
3. Argan oil - Mengandungi asid lemak penting, vitamin dan mineral membantu melembutkn kulit dan mengurangkan penampilan parut
4. Minyak Almond - Minyak pati yang diekstrak daripada badam manis diperkaya dengan Vitamin E, asid lemak Omega 3 dan antioksidan melembabkan kulit kering
5. Minyak Kelapa - Minyak pelembab semulajadi yang diekstrak dari kelapa mentah kaya dengan asid lemak menyokong kulit supaya sihat dan lembut
DAILY SKIN THERAPY SOFTENS SMOOTHES
Jangan risau banyak lagi produk yang korang boleh cuba jika tak mengandung. Tumit kaki ena pon mempunyai masalah kulit yang sangat kering dan merekah. Jadi ena gunakan Soften Smooth sebelum tidur supaya dapat hasil yang lebih baik. Ena suka baunya macam makanan coklat. Rasa nak makan je. hehe. Harga promosi bawah RM30 jugak. So rajin-rajin lah survey dulu.
Rumusan lembut dan cepat meresap mengunci kelembapan sesuai untuk semua jenis kulit, dengan melembabkan kulit selama 24 jam.
Losyen ini merawat dari tahap kulit kering sehingga ekzema, berkesan menyembuhkan, melembutkan dan menjadikan kulit licin dan cantik.
Love it !!! tidak mengecewakan.
Now dah 37 minggu dan saya bebas daripada masalah parut ! Korang dah cuba ???
24 Comments
tapi insya'Allah kalo ada rezeki akan pakai ni sebab testimonial ena sangat bagussss..bole rekemen kat sedara mara dan kawan2 yang lain