ツ Teman Tapi Mesra

Palmer's Cocoa Butter Merawat Kesan Parut Regangan Sepanjang Kehamilan | Cocoa Butter Formula

SOOTHING OIL ATAU CREAM?? YANG MANA MENJADI PILIHAN !

Entri kali ni ena nak sharing penggunaan jenama Palmer's Cocoa Butter untuk kehamilan Sumayyah dengan kehamilan kali ni ! Kalau dulu ena pakai SOOTHING OIL, tapi kali ni ena tukar pakai CREAM @ LOTION. Boleh rujuk entri lama DISINI

Pendapat ena pakai CREAM lagi best !!!!!!! 

Disebabkan ena sendiri dah guna rangkaian produk ni untuk kehamilan, jadi ena boleh cadangkan pakai Cream adalah lebih baik. So nak tahu apa bezanya???

Kalau dulu ena pakai yang Soothing Oil, still perut gatal tapi takde parut. Berbeza dengan Cream, lepas sapu je memang susah nak gatal walaupun dah 37 minggu.

Kalau korang nak tahu untuk kandungan kali ni memang ena start lambat dalam 31 minggu disebabkan ena terpengaruh cakap orang. Haaa..Sebab adalah sorang netizen tu cakap "Akak tak pernah pakai pape pon perut bersih jerr." Tapi pikir logik yelah anak dia lahir pon kecik 2kg so perut dia memang kecil je. Kebarangkalian nak ada parut tu mungkin lah tak besar berbanding ena yang memang kandungan besar tapi disebabkan ena terpengaruh ena test lah tak pakai apa-apa sampai trimester-2. 

Nak dijadikan cerita start 31 minggu perut ena gatal teruk lah sampai ke belakang dan naik ke tangan. Sampai doktor tegur kenapa naik biji-biji ni? Haaa apa lagi gelabah pergi drugstore cari Cocoa Butter Formula. So ena decide guna cream seperti gambar di bawah.. Lepastu magic taw terus takde kegatalan. Woww sangat dan kesannya hilang dalam 2 minggu konsisten sapu selepas mandi.

MASSAGE CREAM FOR STRETCH MARKS


Ena cadangkan beli di Guardian sebab banyak pilihan, mudah didapati dan lebih murah. Bila promosi tu terus grab sebab dapat free travel kit.hehe. Memang puas hati. Harga promosi tak sampai RM30 masa tu tapi tahan lama dah pakai lebih sebulan masih banyak isian. Rasa penggunaan dalam 2 hingga 3 bulan.

KEBAIKAN FORMULA KRIM PEKAT MASSAGE CREAM FOR STRETCH MARKS


1. Membantu merawat parut di sekitar perut, celah peha, pinggul dan payudara
2. Melegakan kekeringan pada kulit yang meregang
3. Membantu mengurangkan regangan dan meningkatkan keanjalan pada kulit
4. Krim berasaskan hypoallergernic bebas daripada minyak mineral, parabens, phthalate, pewangi dan pewarna
5. Sesuai untuk kulit sensitif dan disyorkan ahli Dermotologi
6. Kulit lembab dan lembut selama 48 jam membolehkan kulit mengembang dengan lebih mudah

KANDUNGAN

1. Vitamin E - Mengandungi antioksidan yang tinggi
2. Lutein - Antioksidan semulajadi yang membantu penghidratan kulit
3. Argan oil - Mengandungi asid lemak penting, vitamin dan mineral membantu melembutkn kulit dan mengurangkan penampilan parut
4. Minyak Almond - Minyak pati yang diekstrak daripada badam manis diperkaya dengan Vitamin E, asid lemak Omega 3 dan antioksidan melembabkan kulit kering
5. Minyak Kelapa - Minyak pelembab semulajadi yang diekstrak dari kelapa mentah kaya dengan asid lemak menyokong kulit supaya sihat dan lembut

DAILY SKIN THERAPY SOFTENS SMOOTHES


Jangan risau banyak lagi produk yang korang boleh cuba jika tak mengandung. Tumit kaki ena pon mempunyai masalah kulit yang sangat kering dan merekah. Jadi ena gunakan Soften Smooth sebelum tidur supaya dapat hasil yang lebih baik. Ena suka baunya macam makanan coklat. Rasa nak makan je. hehe. Harga promosi bawah RM30 jugak. So rajin-rajin lah survey dulu.

Rumusan lembut dan cepat meresap mengunci kelembapan sesuai untuk semua jenis kulit, dengan melembabkan kulit selama 24 jam.

Losyen ini merawat dari tahap kulit kering sehingga ekzema, berkesan menyembuhkan, melembutkan dan menjadikan kulit licin dan cantik.


Love it !!! tidak mengecewakan. 
Now dah 37 minggu dan saya bebas daripada masalah parut ! Korang dah cuba ??? 

24 Chantiq Manis:

huda said...

Wah bagus yer produk ni. Boleh rekemen kat sedara mara yang preggy. Akak alhamdulillah, preggy 2 kali takde langsung kesan strech mark kat perut, rezeki baby tak besar sangat kot. hehe

Alia Farhan said...

Wahhhh.. Ni mmg must have utk ibu2 preggy kan... Saya pun dulu pkai palmer... Mmg xda masalah stretch mark ni.. Alhamdulillah

Umi Nazrah said...

Krim ni memang wajib pakai time pregnen 😁

Sunah Sakura said...

belum cuba lagi sebab belum mengandung..hahahhaha :p
tapi insya'Allah kalo ada rezeki akan pakai ni sebab testimonial ena sangat bagussss..bole rekemen kat sedara mara dan kawan2 yang lain

ajumohit said...

akak pun dulu gunakan krim jenama ni untuk stretch mark, waktu hamil memang kena jaga supaya tak ketara kesannya. yang penting kena rajin applikasi untuk dapatkan kulit yang licin tanpa regangan

Sis Lin said...

Sis ko dah beranak 3 ni, dah malas nak kesah tang parut tu...tapi siapa yang baru nak preggy, haaa bagus cuba produk ni..kotlah nanti perut cantik macam anak dara kannn...

AyuArjuna BiGoshh said...

Dulu masa pregnant mmg guna produk ni dan mwmang berkesan sangat

Farhana Jafri said...

tak pernah lagi cuba krim ni, nanti nak try la sebab kulit kaki selalu merekah even dah pakai losyen lepas mandi & sebelum tidur.

Fadima Mooneira said...

Yes, Palmers products memang bagus. Saya masa dok England dulu pun guna kan lotion Palmers juga. X kering kulit. Alhamdulillah.

Princesa3290 said...

Thanks for sharing! mmg bagus2 products from Palmers ni kan. Tak pernah guna, tapi akan try!

xulhlmi said...

bagusnya krim ni, nak recommend dekat saudara yang selalu kaki merekah lah. kesian tengok dia sakit tumit

Hanny Abdullh said...

Sis masa ngandung dulu pun pakai ni jugak nk elakkan kulit merekah..bagus tapi bila anak ke 2 tak guna..haa teruk merekah..nyesal betul

Aerill Hassan said...

nampak macam sangat sesuai wanita dan ibu2 yang mengandung. bolehlah nanti saya suggestkan dekat kwn2 yg ada isteri mengandung:)

Marina Bashah said...

Wah bestnye takde parut kat perut. Cocoa butter ni memang famouskan untuk hilangkan strecth mark

Dikbee said...

Baru nak tanya kalau tak preggy leh pakai tak, rupanya ada juga produk utk yg tak preggy..hehe. Pernah dengar jenama ni tp so far tak pernah try lagi.

budakbandunglaici said...

elok sangat kalu wanita lepas mengandung guna produk ni. tambah lagi kalu ada masalah kulit merekah tu. boleh la suggest makcik beli

Decamellia said...

Palmer's Cocoa Butter memang best. Nur guna nursing butter dia. Sgt2 membantu. Takyah basuh boleh terus kasi anak susu. Tapi stretch mark cream ni belum pernah try lagi

nikkhazami said...

jenama ni memang dah terknal dengan keberkesanannya. dipercayai. semua produk bagus termasuklah lip balm

Balqis Athirah said...

Baru tau ada produk ni. Qiss pakai yang scrub muka tu. Memang best sangat-sangat. Nak try cream ni lah nanti.

Sayidah Napisah said...

wahh nampak macam best je tuuu! hehhee

Mawardi Yunus said...

strech mark kat perut memang jadi mimpi ngeri ya buat pada ibu selepas bersalin. bagus ada produk macam ni.ibu2 tak perlu takut lagi.

faizzahamir said...

Kita pun suka guna ni. Bau dia best

Unknown said...

Salam, cocoa butter ni hanya boleh guna untuk ibu2 mengandung je ke eh?

Cik Puan Ena said...

Ena lepas bersalin pon sambung guna sapu perut sebab lepas bersalin kan perut gelap n belum tegang. Alhamdulillah lepas habis pantang perut bersih je sampai skarang xde kesan