Travelog Melaka | Melaka Wonderland Theme Park & Resort dan Tips Perbelanjaan


Assalamualaikum & hye :)

Ena nak throwback percutian bersama family in law pada 28/12/2019 yang lalu. Baru sempat nak update sebab kesibukan kemasukan sumayyah ke pra sekolah. Masa ni kandungan ena dah 31 minggu. So memang kena berhati-hatilah dengan kawasan yang sentiasa basah dan licin. Mujur suami ada boleh guide sumayyah dalam pool. So ena hanya duduk berendam tepi je.hehe.

Kalau tanya pendapat ena antara theme park ini Melaka Wonderland dengan Bayou Lagoon Park Resort, honestly ena lagi suka pergi Bayou Lagoon. Kenapa??? haaa so baca sampai habis review ini. Plan asal memang nak ke Bayou Lagoon tapi fully booked !!! So last choice kami ke sini plus tak pernah lagi merasa masuk Melaka Wonderland. Kalau dah pergi tu baru lah puas hati nak review kan.


1. Beli e-Tickets 2 hari sebelum datang untuk dapat harga murah

Kalau korang nak tahu booking online lagi murah ya! Macam kami kan datang hari sabtu (Weekend) sepatutnya dewasa RM40.50 tapi kalau beli online hanya RM36 ikut harga weekday. Jadi pastikan beli awal untuk memudahkan urusan di kaunter nanti.
SENARAI HARGA E-TICKETS >>>> KLIK SINI


2. Makan dulu sebelum masuk theme park

PARKING FEE : RM5 / CAR
Disebabkan makanan tak boleh dibawa masuk jadi kami masak awal pagi semua menu. Masak nasi goreng & sambal sotong dan yang lain frozen je. Selepas parking, kami cari port bawah pokok bentang tikar dan makan siap-siap. Perjalanan dari Muar ke sini ambil masa 1 jam sahaja. So gerak dalam jam 9.00 pagi untuk masuk disini bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam. Hanya bekal susu anak je dibenarkan bawa masuk.



Dari pintu masuk nak ke theme park kena naik bukit. Agak penatlah jugak. Jadi macam perempuan mengandung dan anak kecil memang naik kereta ni. Nanti dia bawa lah pusing semua tempat baru lah turun ke destinasi utama. Yang lain jalan kaki je.hehe. Tapi barang semua boleh letak dalam kereta.
HARGA NAIK KENDERAAN : RM2 / DEWASA (Kanak-kanak percuma)


3. Kemudahan disediakan

SEWA LOCKER : RM10 / TOKEN
Haaa bab ni korang kena fikir panjang taw sebab sekali dah lock, korang nak buka balik memang kena beli token baru semula harga RM10 jugak. Mahal kan??? jadi simpan barang yang memang tak digunakan langsung. Kami simpan wallet je. Nak standby duit sewa pelampung tu kenalah sorang ada pegang. 



Pelampung anak memang ada simpan lama punya jadi tinggal pump angin semula. kalau takde boleh beli di sini saje tak pasti harga berapa. 
SWIMSUIT (SHOPPER @Neebikini) beli kat Shopee RM21.89 ikut harga semasa 



Ruangan cafe memang luas. Jadi tempat duduk tersangatlah banyak. Even tepi kolam pon masih ada banyak meja taw. Bab ni selesa untuk keluarga letak barang banyak 1 meja. Takde berebut kerusi pon. Tak rasa panas sebab kipas syiling pon banyak.





Terdapat dalam 3 kedai makanan disini. Untuk pembayaran locker pon kena pergi kaunter sama.




Ada satu ruangan pentas yang besar untuk berehat. Mula-mula sumayyah yang letih nak nyusu, last-last dengan ena pon tidur sekali. Nasib baik tikar bawa jadi bentang je awal sebab dah basah kan. Ramai je tidur kat ruangan ni.


Toilet??? Haa bab ni ena terkilan lahh. Toilet sebelah kedai makan je tapi cuma disediakan 2 toilet untuk lelaki dan perempuan. Toilet baby memang takde ye. Punyalah ramai manusia di situ tapi 2 toilet je ada. Kebersihan toilet juga tak dijaga. Tahulah orang pregnant ni memang keje dia asik nak ke toilet je. Jadi pasrah jela :( getah paip dah la rosak, sampah pon berlambak tak dibuang even dah 3 kali ena pergi. 


Shower room jauh okeyy.. Masa tu sumayyah dah letih ena terpaksa lah mandikan je dalam toilet tu even tak selesa. Lepastu dia tidur lena sampailah semua nak balik. 

Pastikan korang betul-betul dah puas mandi baru pergi shower sebab jauh tak kan nak patah balik naik bukit.hahahahaha... Shower memang banyak dan ada baby shower. Nasib baik bersih sebab ada sorang yang jaga kat situ. Cuma baby shower tu takde pintu. Ada ke tutup pakai tirai langsir je. Dah lah ena susah nak mandikan anak semula asyik ditiup angin. Tu pon nasib baik jumpa sepit tirai. Aduhai so sad lahhh....

4. Tarikan Theme Park


Adventure Island : ada 8 slide khas untuk kanak-kanak. Macam anak ena pon mandi kat sini je sebab luas dan air pon tak berapa dalam.





Kamikaze Racer : Untuk dewasa. ada alas tikar biru disediakan di tepi kolam dan percuma. Ni syoklah nak berlumba. jadi yang menang adalah orang yang paling berat :)


Tornado Chaser : atau mangkuk gergasi yang akan berputar dan turun masuk ke terowong gelap. 
SEWA TUBE RIDE : RM20 + DEPOSIT RM5 / 2 PAX


1 Big Wave Pool : Seperti santai di tepi pantai dan ada ombak. Pool ni je dekat dengan shower room. Untuk pool yang kami mandi semua di atas bukit. Memang kami tak mandi sini pon. Hanya terus ke shower. Kalau kami pilih stay sini, kemudahan lain pulak jauh atas bukit. Jadi korang boleh pilih lah nak stay di mana.


Lake Activity : Sambil meneroka tasik buatan malaysia boleh lah bagi binatang makan.

FISH @ RABBIT FEEDING : RM5 PER FEEDING
PEDAL BOAT : RM20 PER BOAT / 30 MINUTES
PTUBE RIDE : RM20 PER BOAT / 30 MINUTES

5. Contacts 

Alamat        : Melaka Wonderland Theme Park & Resort
                     Lot PT 17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya
                     75450 Ayer Keroh, Melaka

GPS coordinates  : N: 2' 16' 51.26" E:102' 17' 39.95"

Email           : enquiries@melakawonderland.com.my


Our theme park will be closed every Monday (except during school & public holidays).

Our operation hours are:

Tuesdays to Fridays
11.00 am to 7.00 pm

Saturdays to Sundays including School Holidays & Public Holidays
10.00 am to 7.00 pm

Semoga tips ini dapat membantu korang untuk merancang perjalanan dengan lebih lancar. Still menyeronokkan bagi ena dapat bonding time bersama keluarga. Kami pilih swimming pool sebab bulan 12 kan cuaca tak berapa baik nak mandi pantai. Plan nak ke Pulau Tinggi Mersing tapi mungkin lepas bersalin pulak :) Last but Not Least...........

Tq reading :)

Post a Comment

15 Comments

ray said…
im going to melaka in a few days. this looks fun
Arenapublik said…
quality time bersama keluarga ini emang asik...
Lisa Nurulain said…
huii haritu pergi melaka juga. tapi melaka hjujan hahaha takleh nak jenjalan la
Sunah Sakura said…
eh eh kek lapis pun ada dalam bekalan tu ek..hihi
jasmean said…
Im planning to go to Melaka in feb! This article comes at the right time 😆 would love to spend time at the resort 😍
Rawlins GLAM said…
Bila baca your experience, macam tak friendly plak themepark nie. Siannya yang ada baby kena menapak jauh jika nak mandi kan. Moga depa perbaiki la kemudahan kelak
Mahamahu said…
Ada taman tema baru kat Melaka ker kita pun tak tahu selalu tahu pasal Afamosa jer hehehe sekarang ni kat Malaysia banyak taman tema macam ni hurmmm lagi best. Tapi harga tiket masih tak murah-murah walaupun dah banyak kan makin mahal harga tiket adalah huhuhuhuhu....
Bestnya bwk anak2 enjoy pg situ, beli tiket online mmg murah, next time blk melaka blhlah sggh
Princesa3290 said…
wow best la Melaka Wonderland ni! Tak pernah sampai lagi!
Mus said…
Terbaik perkongsian ini.. saya pun mmg ada plan bawa famili kembara di semenanjung nanti.. boleh masuk dalam itinerary ni.. tq ya
mrsliez said…
Tak pernah sampai bayou melaka lagi.. selalu ke afamosa sbb pernah kerja dekat sana.. ni pun nak plan bak ke bayou utk anak2 sempena school holiday
Cik Min said…
Bagus artikel ni sebab boleh dijadikan guide utk mereka yang nak bercuti ke Melaka
Ciktie said…
Woww bestnya. Thanks for sharing ye
Zharif Azis said…
Wahhh nmpk best betul nie. Kalau bawak keluarga bercuti mesti dorg suka !
Rini Ismail said…
Saya pernah ke Bayou Lagoon, best tapi tak besar mana pun kawasannya. Nampak gambar Melaka Theme Park ni macam lagi besar. Tak pernah sampai lagi kat sini, boleh siap masuk wish list la lepasni..