ツ Teman Tapi Mesra

Cosmoderm Tea Tree Oil Skin & Body Care untuk kulit bebas jerawat dan mengawal minyak

Cosmoderm Tea Tree Oil Skin & Body Care untuk kulit bebas jerawat dan mengawal minyak | Jerawat merupakan musuh utama ena.hehe.. Stress hai kalau tumbuh seketul pon. Tapi kalau korang nak tahu selagi jerawat tumbuh di muka bermakna kulit korang tu masih muda. Haaaaa tapi kalau dah merebak banyak satu muka tu jangan pulak biarkan. Tetap kena rawat dan jaga kebersihan. Kalau ena jarang naik di muka kecuali stress atau datang bulan. Jadi produk merawat jerawat tetap kena ada spare di rumah. Ena paling suka guna acne spot gel. Just tonyoh kat jerawat timbul tu. Cepatlah dia kecut. Antara favourite ena adalah jenama Cosmoderm yang memang terkenal, disahkan HALAL oleh JAKIM dan dipercayai pengguna.

Cosmoderm bermula sebagai impian sekumpulan pakar tempatan dalam industri penjagaan diri pada tahun 2001 untuk membina jenama yang akan mempunyai produk penjagaan kulit dan penjagaan badan yang berkualiti. Diformulasikan dan dihasilkan di Malaysia. Selain itu, semua produk Cosmoderm bebas paraben dan sulfat yang sesuai untuk pencinta penjagaan kulit yang mempunyai kulit sensitif. Cosmoderm juga menggunakan ramuan berkualiti tinggi seperti Vitamin E dari Eropah, Tea Tree Oil dari Australia, Co-Enzyme Q10 dari Jerman dan ramuan herba tradisional seperti Manjakani dari Malaysia. Produk cosmoderm terdapat di farmasi, kedai kesihatan hospital, dan klinik di seluruh Malaysia termasuk kedai runcit di Singapura dan Lubnan yang menawarkan harga yang berpatutan untuk penggunanya.

Cosmoderm Tea Tree Oil Range

Cosmoderm mempunyai banyak rangkaian set sesuai untuk masalah kulit seperti Tea Tree Oil Series, Gentle Series, Vitamin E Series dan Luminous Pearl Series. Kali ni ena nak sharing Tea Tree Oil Series.

Cosmoderm Tea Tree Oil Range mempunyai formulasi unik yang menyeimbangkan sifat penyembuhan kedua-dua Tea Tree Oil dan Vitamin E. Ia berkesan melawan jerawat, bau badan, sunburn dan pada masa yang sama kekal lembut untuk kulit. Rangkaian ini dirumus khas untuk pengguna dengan kulit berminyak dan kulit berjerawat.

Kulit Cantik bermula dengan Kulit yang Sihat


Untuk penjagaan kulit secara asasnya perlukan langkah penjagaan rapi yang betul :

Step 1: Tea Tree Oil Facial Cleanser (RM16.90)
Membersih secara mendalam untuk mengurangkan lebihan minyak, membersih kotoran dan pori tersumbat

Step 2: Tea Tree Oil Purifying Mask (RM25.90)
Formula menyejukkan membantu menyerap minyak berlebihan, mengelakkan pembentukan jerawat dan bintik hitam. Sapukan masker ke seluruh muka terutamanya pada jerawat. Biarkan selama sekurang-kurangnya 15-20 minit. Kemudian bersihkan muka dengan air diikuti toner dan pelembab. 

Step 3: Tea Tree Oil Anti-Blemish Gel
Dengan ekstrak berasaskan tumbuhan yang membantu mengurangkan jerawat, blackhead dan whitehead dan ia disapukan hanya pada jerawat yang timbul selepas menggunakan toner

a. Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle (Kulit Sensitif) (RM13.90)
Mengecutkan jerawat, menghilangkan blackheads & whiteheads dalam masa 4-5 hari secara lembut

b. Tea Tree Oil Anti Blemish X-Press (RM19.90)
Mengurangkan jerawat degil, menghilangkan blackheads & whitehead dalam 3-4 hari dengan berkesan

Bukan itu saje, boleh teruskan dengan menggunakan produk dari Cosmoderm Tea Tree Oil skin yang lain supaya set penjagaan lengkap dan lebih cepat berkesan mengecutkan jerawat dalam masa yang singkat :

1. Tea Tree Oil Clarifying Toning Lotion (RM20.90)
Membantu melegakan kulit yang terengsa secara berkesan. Sel-sel kulit mati disingkirkan sepenuhnya menjadikan kulit lebih bersih, halus dan sihat

2. Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser SPF15 PA++ (RM19.90)
Membantu kadar pembaharuan kulit sel-sel kulit dan membekalkan kelembapan untuk melembutkan dan melicinkan kulit. Mengandungi SPF15 PA++ untuk perlindungan pancaran UVA dan UVB

3. Tea Tree Oil | Oil Control Serum (RM34.90)
Pelembab gel tanpa minyak membantu membersih liang pori yang tersumbat dan mengembalikan kelembapan semulajadi

4. Tea Tree Oil Shower Gel (RM17.90)
Ia memberikan kesegaran yang luar biasa untuk bau badan dan jerawat badan, pembersihan lembut pada kulit menjadikan kulit segar dan licin tanpa rasa melekit. Ia adalah pancuran mandian ringan, tidak menyebabkan kerengsaan kulit dan anti bakteria yang sesuai untuk semua orang

5. Tea Tree Oil Magic Body Lotion (RM22.90)
Ini adalah lotion semula jadi yang cepat untuk menghilangkan bau badan, jerawat badan dan sunburn. Ia memberikan kelegaan yang sejuk untuk kegatalan dan ketidakselesaan kulit. TTO Magic Body Lotion membantu mengurangkan ruam, jangkitan kulat dan bakteria. Malah berfungsi sebagai penghalau nyamuk dan kutu tidur. Sesuai untuk semua orang dan setiap peringkat usia

Jadi korang boleh dapatkan semua rangkaian produk ini dari farmasi seperti Watsons, Guardian, Aeon Wellness, dan farmasi berhampiran, 

Boleh juga pembelian secara atas talian di laman web Cosmoderm (www.cosmoderm.com.my) atau Shopee Cosmoderm Offical Store (https://shopee.com.my/cosmoderm). Rate harga adalah dari RM13.90 - RM34.90

Periuk Non-Stick selamat digunakan atau tidak?

Periuk Non-Stick selamat digunakan atau tidak? | Sebagai suri rumah yang sememangnya memasak setiap hari sudah tentulah mengidamkan periuk yang cantik, berkualiti, tahan lasak, tidak melekat dan selamat digunakan. Lagi-lagi nak goreng ikan, goreng ayam, goreng telur dan banyak lagi menyebabkan suri rumah lebih suka memilih kuali atau periuk kalis lekat (non-stick) sebab jimat masa nak sental dan masakan pon tak melekat. Tapi korang masak tu ada periksa dulu tak samada periuk selamat digunakan atau tidak? Haaa cuak lah tu kan. Ok jom kita ketahui apa yang perlu dititikberatkan dalam mencari periuk non-stick ini.


Credit to google

1. Pastikan bebas daripada PFOA
Kenalpasti jenis bahan kimia buatan manusia yang digunakan dalam proses pembuatan alat memasak non-stick yang korang pilih adalah selamat seperti PTFE, granite, seramik, enamel dan silikon.

Periuk non stick teflon kebiasaannya periuk aluminium atau besi yang disadur dengan lapisan selaput kalis lekat polytetrafluoroethylene (PTFE) sebatian plastik fluoropolimer yang berasaskan silikon dan mengandungi karbon dan fluorin. Menjadi persoalan lazim apabila ramai yang bimbang periuk non-stick mudah tercalar. Jadi adakah sumber masakan daripada kesan itu berbahaya?

Menurut pakar kimia, Dr Fatimah Salim, tiada masalah masih boleh digunakan walaupun mungkin melekat pada makanan kerana badan kita tidak mampu hadam. Ianya akan dibuang dalam najis tanpa kesan pada badan. Sama juga dengan isu penyebab kanser. Menurut beliau penggunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser sudah tidak lagi digunakan dalam pembuatan periuk kalis lekat yang telah dihentikan sejak tahun 2015 lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti Genx. 

- Rujuk sumber DISINI.

Kesimpulannya tetap kena jaga jangan sampai tercalar atau gunakan pada suhu yang terlampau tinggi dan masak terlalu lama.

2. Beli daripada sumber yang diyakini. Elakkan jenama tiruan
Masa kini, lambakan jenama non-stick terlalu banyak di platform online. Maka pengguna perlu berhati-hati melakukan pembayaran. Semak status pengeluar dan penjual, dapatkan review pembeli supaya kita tidak rugi membeli. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi harga runtuh yang tidak masuk akal. Periuk yang berkualiti biasanya harga lebih mahal tetapi tidak bermakna yang ringan itu tiruan. Jadilah pengguna bijak membeli.

Periuk Batu KayuHome Periuk Selamat yang diidamkan suri rumah

Jadi tak payah nak pening kepala nak cari sebab ena dah jumpa jenama periuk non-stick yang memang diyakini pembuatannya dan original iaitu Periuk Batu Granite KayuHome. Saje lah survey sebab dah lama naaaawww tak tukar kuali dan periuk baru ni. Ehh berkenanlah pula. Try bodek-bodek suami belum lulus lagi. Jadi takpelah ena simpan sini sebagai rujukan mana tahu korang pon tercari-cari periuk baru. Niat ni tunggu duit Adsense dah cukup boleh lah grab Periuk Batu KayuHome ni. Haisshhhh geram tengok color merah tu sebab memang ngam sangat dapur ena yang color merah. Kena dah dengan tema. Bukan apa sekarang ni tanggungjawab makin besar sebab kena masak 3 lauk berbeza untuk suami, kakak sumayyah dengan baby safiyyyah. Haaa tak ke lama memerap kat dapur masak saje pagi tu sampai ke tengahari. Haaaa.. Jadi mestilah nak periuk ekspres kalis lekat ni. Jimat masa dan tenaga!

Periuk Batu Granite keluaran terbaru Kayuhome


Nampak tak color dan design dia cun. Macam mane lah kita ni tak jatuh cinta. Haaa tapi jangan tengok cantik semata-mata. Yang penting ciri-ciri keselamatan yang kita kena ambil tahu samada selamat digunakan atau tidak. Jenis "Granite" ini selamat digunakan dan lebih tahan lasak, lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping non-stick dan ‘green’.


Periuk Batu Granite Merah KayuHome ini merupakan Teknologi German yang bebas dari bahan kimia berbahaya.


Panduan buku manual disediakan memudahkan pengguna


Periuk tebal tahan lasak, warna yang menarik (wine red) dan saiz sesuai untuk kegunaan harian didatangkan dengan kotak premium


Penutup mempunyai auto tiub memudahkan wap keluar ketika memasak


Penutup kaca bentuk flat dan tebal dan
 dilitupi silikon maka selamat digunakan


Handle jenis bakelite, tahan panas


Anti calar, anti lekat dan mudah dicuci. Ia sesuai untuk semua jenis dapur, eletrik dan gas


Ena suka set ni sebab saiz medium sesuai untuk kegunaan harian.

🌹20 cm soup pot
🌹24 cm soup pot
🌹24 cm frying pan
🌹24 cm shallow soup pot


Wahhh teruja tengok set ni. Memang berbaloi sebab ada 11 pcs set senduk silicon KayuHome sekali dibekalkan dalam 1 harga.

Periuk Rendang Batu Granite 40cm


Bukan itu saje.. KayuHome pon ada Periuk Rendang besar. Memang puas masak untuk majlis atau kenduri untuk isian banyak. Sebab apa taw, KayuHome bawakan Periuk Batu Granite merah yang muat 7-10 ekor ayam. Kalau bagi mak-mak di kampung confirm mereka suka. Ia juga lagi tebal dari Dessini yg senang Pecah




Periuk ini boleh masak dengan periuk Elektrik (induction). Mana nak cari periuk induction saiz besar ni. Puas hati masak kenduri.


Free pemegang silikon


Biasa kita buka berwap kan penutupnya. Ena suka Periuk Rendang ni design tutupnya "grip handle" senang nak letak di tepi supaya lebih kemas ada handle.



Dimana nak dapatkan original?? Mudah jeee hanya contact nombor yang tertera dibawah ini.


Wordless Wednesday | Ruangan Komen Facebook ditutup

Hari ini menjadi isu di Facebook apabila posting hilang ruangan "komen". Hanya ada button "Like" &. "Share". Finally ada kawan share status di bawah ni apa punca yang terjadi. Tak tahu siapa owner. Tapi thanks sebab dapat rungkaikan persoalan kami 👍

Ena dah pernah kena blok di Facebook 3-5hari. Instagram pula 5 hari. Huwaaa... So lepasni si lah berhati-hati ya. Jangan buat Abam Mark marah 🤣🤣🤣. Sekarang dia buat secara halus. Tak boleh post gambar sekali banyak. Kalau nak lebih dari 1 pon boleh tapi kena klik gambar baru ada ruangan komen. Tapi yela tak syokla sebab biasa first caption pada general post tulah kita biasa tengok. Hmmm. So redha jela 😅

Kalau Instagram pula nak follow pastikan jangan lebih dari 100 akaun dalam 1masa. Kalau like pula jangan lebih 10 gambar untuk akaun sama. Kira kalau korang nak buat tu kena ada gap beberapa jam. Jangan 1jam tu dok fokus banyak terjah akaun. Kalau tak sia-sia kena blok 5hari. Pedihh oiiii. 

**preh preh tu apa??? Hahahaha. 

Wordless Wednesday | Menu favourite anak

Anak sulung memang penggemar pasta. Favourite dia Spaghetti dan Macaroni. Kat rumah ni kena banyak stok. So far ena suka dari Alce Nero sebab selain organic, cepat dimasak, kenyal tapi lembut dikunyah dan paling best tu tak payah guna minyak nak rebus. Memang tak lekat dan sedap dimakan kosong

Macaroni Carbonara


Sup Macaroni


Macaroni kosong campur kicap. 

Hahaha part last tu sumayyah selalu mintak. Pelik-pelik je kakak ni. Ibu beriya masak macam-macam resepi tapi kicap je dia nak. Sejak umur 5 tahun ni ibu kena ikut flow anak. Ada masa kena dengar pendapat dia. Jadi kalau ibu nak masak kena tanya dia siap-siap kalau taknak berlaku pembaziran. 

Mister Coffee meyediakan kopi terbaik untuk penggemar kopi

Mister Coffee meyediakan kopi terbaik untuk penggemar kopi | Ena memang coffee lover. Kalau  1 hari tak dapat kopi tu rasa tak lengkap je hidup. At least secawan kopi sebelum memulakan tugas harian sebagai isteri dan ibu kepada 2 princess Dhia. Lemau badan ni kalau tak dapat aroma kopi.hahaha.. Kali ni ena nak share antara jenama favourite ena yang ada di rumah iaitu Mister Coffee.

Mister Coffee memilih biji kopi terbaik di dunia

Diantara koleksi kopi yang ena grab adalah Drip Brew dan Bag Brew sebab mudah kalau nak staycation dimana-mana ada pack yang dah siap bungkus. Tak perlu ena nak buka serbuk. Just koyakkan sachet dan terus tuang air panas. Ena lagi suka coffee bag. Nak guna baru buka. Lebih jimat ruang dan easy travel.  

Uwhh yeee... Mister Coffee ni ada banyak jenis dan pattern taw. Terdapat juga coffee machine, coffee grinder dan banyak lagi. Betul-betul memahami kehendak penggemar kopi. Dan paling penting ia produk HALAL.

Sebelum ena cerita lebih lanjut, jom kita kenali Mister Coffee Malaysia:

1. Mister Coffee adalah perniagaan milik keluarga yang beroperasi selama lebih dari 3 Generasi sejak 1982 dimana rasa nostalgia yang tidak anda dapati di tempat lain kerana Mister Coffee diberi hak istimewa untuk menjadi salah satu Perintis Pod Kopi di Asia (Pioneers of Coffee Pods in Asia)

2. Yang paling penting, Mister Coffee memastikan bahawa setiap langkah dilakukan sesuai dengan piawaian tertinggi, dari awal produksi hingga pengiriman setiap produk dan perkhidmatan.

3. Bukan itu sahaja, Mister Coffee dianggap sebagai pembekal OEM terkemuka untuk banyak jenama kopi lain di Malaysia.

4. Mister Coffee selalu mengikuti perkembangan dan perkembangan terkini dunia F&B dengan terus mengikuti Pameran Perdagangan Antarabangsa (International Trade Fairs)

The Brand Behind many Brands

Korang tahu tak Mister Coffee sekarang terkenal sebagai "coffee solution" untuk perniagaan lain dengan banyak yang menganggap ia sebagai "Jenama di Sebalik Banyak Jenama" dan telah menjadi salah satu syarikat kopi milik keluarga terbesar di Malaysia, yang mempunyai lebih dari 30 juta cawan kopi setiap tahun.

Kesegaran kopi terjamin

Di Mister Coffee, kami membungkus produk kami dengan Sistem "Modified Atmosphere Packaging (MAP)". Teknologi pembungkusan membantu mengubah taburan semula jadi dan susunan gas atmosfera dalam kopi untuk memberikan keadaan optimum untuk mengekalkan aroma dan kualiti kopi.

Dengan memanfaatkan teknologi, kita dapat mengendalikan sisa oksigen di dalam beg pembungkusan, meninggalkan sekitar 1% kandungan oksigen setelah pembungkusan, sehingga meningkatkan jangka hayat dan mengurangi pengoksidaan kopi.

BagBrew - Single Serve Coffee

BagBrew adalah penyelesaian terbaik untuk membancuh kopi satu hidangan bagi penggemar kopi yang mencari kemudahan tanpa menjejaskan kualiti. Beg kopi inovatif yang membolehkan air menyerap dengan lebih berkesan, sehingga menghasilkan secawan kopi tunggal yang lebih bersih dan beraroma.

Setiap sachet BagBrew dibungkus secara individu dengan Sistem Pembungkusan Suasana Diubah (MAP) menggunakan mesin canggih dari Jepun untuk mengekalkan aroma kopi untuk jangka masa yang sangat lama.

Jika korang first time pengguna Mister Coffee, jadi tak perlu risau sebab arahan cara menyediakan kopi pon ada disertakan di belakang coffee bag. Yang bagusnya BagBrew ni boleh buat secawan kopi dengan saiz besar iaitu dari 150ml hingga 200ml. Biasa kan standard 150ml sahaja. Jadi ni puas lah minum secawan besar tapi masih mempunyai kepekatan yang sama tanpa mengganggu rasa asli kopi itu sendiri. Sebab apa ? Sebab kopi ni ada level light, medium dan dark roast. Tapi BagBrew ena cuba ni level "Dark Roast" warnanya lebih gelap melalui proses brew yang panjang. Baunya harum selepas dibuka dan jiwa rasa tenang setiap kali dinikmati.

Jadi antara kopi BagBrew yang ena ada :

1. BagBrew Columbia Dark Roast
Korang tahu tak antara negara pengeluar dan pengeksport kopi utama dunia ialah Brazil, Vietnam, Indonesia, Colombia dan India. Jadi kalau nak cuba kopi terbaik dunia, ena recommended Columbia Dark Roast untuk mereka yang suka mempunyai rasa manis dan tak berapa pahit. Ni memang favourite ena. 

2. BagBrew Italian Style Dark Roast
Memanggang kopi pada level ini nilai acidity menjadi 0 pada biji kopi dan rasa kepahitan lebih dominan. Jika korang selalu lesu dan inginkan kesegaran optimum apa kata cuba Italian Style Dark Roast kerana body akan terasa semakin ringan. Aromanya lebih tajam berbanding Columbia Dark Roast

3. BagBrew Liberica Dark Roast
Lebih pahit daripada Italian Dark Roast. Selain kopi Arabica dan Robusta, kopi Liberica juga mempunyai peminatnya sendiri. Berasal daripada Africa Barat mengandungi citarasa yang unik dan kandungan kafein yang lebih rendah berbanding Arabica. Ia juga berfungsi sebagai anti oksidan. Apa kata minum secawan kopi Liberica sebelum menjamu makanan.

4. BagBrew 100% Coffee Original
Jika sukakan rasa original tanpa gula tambahan, kena cuba ini. Sesuai untuk penggemar Kopi O kosong.

5. BagBrew 100% Coffee Sugar Added
Ditambah gula di dalam kopi tetapi tidaklah terasa manis dan tidak berapa pahit. Just nice... Kalau nak tambah gula pon korang boleh tambah sedikit.

Masukkan lebih kurang 5-8g Gula untuk Kopi O


Masukkan lebih kurang 25g Krimer Manis atau Susu pekat untuk Kopi Susu


DripBrew (Drip Coffee Bag)


Kopi jenis drip tidak sama dengan kopi instant kerana lebih nikmat rasai aroma biji kopi asli berbanding kopi sachet. Setiap sachet DripBrew dibungkus secara individu dengan Sistem Pembungkusan Suasana Diubah (MAP) dengan menggunakan mesin canggih dari Jepun untuk mengekalkan aroma kopi untuk jangka masa yang sangat lama.


Drip Coffee Bag mudah dibancuh. Hanya buka dibahagian kertas filter kemudian sangkutkan pada sisi cawan. Tuangkan air panas sedikit dahulu dan tunggu 20 saat. Kemudian slowly tuang 150ml @ 200 ml air panas secara berperingkat untuk elak daripada tumpah. Lepastu barulah buang drip bag. 


Ada pelbagai jenis kopi di import dari seluruh dunia seperti Colombia, Ethiopia, Sumatra, Kilimanjaro, Malaysia Liberica, Decaf dan Premium Arabica. Sudah tentu ena ingin mencuba kopi tempatan iaitu Malaysia Liberica adalah yang paling sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia dan biji kopi yang paling pahit. Memang nikmat dapat rasai kesedapannya samada panas atau sejuk.


Kopi susu sejuk ni memang sedap. Letakkan ketulan ais separuh cawan, tuangkan susu segar kotak (Full cream) dan akhir sekali tuangkan kopi yang telah ditapis. Fuhhhhh sejuk tekak dan rasa relax.... Nak letak air coklat sedikit pon sedap taw. Ena sangat beruntung sebab HQ di Mister Coffee Muar. Dekat je nak dapat kopi ni. Tapi kalau korang teringin nak cuba pelbagai variasi kopi terbaik dunia, boleh layari laman sesawang berikut :


Mister Coffee Sdn Bhd
POS 7, Kampung Parit Raja Sari,
84200 Bakri, Muar, Johor Malaysia

The LOFT Fitness, TLF Gimnasium Besar di Batu Berendam Melaka

The LOFT Fitness, TLF Gimnasium Besar di Batu Berendam Melaka | Tak sangka dapat masuk melihat gym yang besar dan luas sebegini sebab biasa masuk yang bilik sederhana luas je. Masa bujang seronoklah juga exercise tapi guna yang basic je. Sekarang ni mampu exercise di rumah saje. Suami lah asyik cakap nak pergi gym kasi kurus balik badan.hehe..

Kalau korang ada target nak fitness tapi risau tak konsisten nak amalkan, seeloknya pergi gym sebab lebih fokus, ada personal trainer yang membimbing semasa sesi latihan dan progress lebih cepat terhasil berbanding bersenam sendiri di rumah. Kelebihan gym ni sebab peralatan lengkap dan boleh pelbagaikan jenis latihan yang sesuai dengan target badan dikehendaki.

Best fitness best environment

TLF menawarkan peralatan dan kemudahan yang lengkap iaitu Wifi, gym, sauna, swimming pool, fitness class, member card, private parking dan outdoor activity. Konsep TLF untuk memberi pelanggan latihan secara premium. 

Patutlah nampak luar biasa. Selain itu TLF bersedia menerima keahlian @ Studio membership untuk akses kesemua kemudahan :

1 bulan (RM120)

3 bulan RM345)

Yuran pendaftaran (RM95)

TLF juga menyediakan pakej "Personal training" ini dengan 100% dijamin memberi kepuasan atau wang dikembalikan serendah RM300 :


1. New experience
Trial package

2. Foundation building (3 bulan) basic understanding and body conditioning
Meningkatkan 5% muscle mass
Hilang 5% body fats

3. Beginning of evolution (6 bulan) - Advance training
Meningkatkan 10% muscle mass
Hilang 10% body fats

4. Completion of Art (12 bulan) - Able to perform training
Meningkatkan 15% muscle mass
Hilang 15% body fats

Atau boleh juga ambil pakej "Partner up" :

1. Foundation building (3 bulan) basic understanding and body conditioning
Meningkatkan 4-6 lbs muscle
Hilang 3-5% fat

2. Beginning of evolution (6 bulan) - Advance training
Meningkatkan 6-8 lbs muscle
Hilang 5-9% fat

3. Completion of Art (12 bulan) - Able to perform training
Meningkatkan 8-12 lbs muscle
Hilang 9-12% fat

Peralatan gym lengkap di TLF


1. Kettle bell latihan angkat berat yang sesuai untuk wanita dengan penggunaan yang lebih sederhana mampu membakar kalori dan melatih banyak otot dalam satu masa.

2. Ab wheel kuatkan bahagian abdoman dan core badan

3. Medicine ball untuk pelbagai senaman core dan seluruh anggota badan bagi membuang lemak di perut & peha serta menguatkan otot.

4. Heavy bag area / kickboxing area buat latihan menumbuk (punching bag) untuk membina ketahanan otot, membina kekuatan tulang & ligamen, melegakan tekanan dan meningkatkan kestabilan tubuh badan


Free weight area ini mempunyai Dumbbell Rack yang banyak cukup untuk keperluan pelanggan


Calisthenics atau street workout merupakan fisioterapi yang bagus menggunakan berat tubuh badan sendiri tanpa menggunakan beban lain dan lebih praktis untuk melatih bayak bahagian otot badan. Antara gerakan dilakukan adalah push up, sit up, pull up, mountain climbers dan banyak lagi.


Machinery Area terdapat pelbagai jenis peralatan gym


Cardio Area (Treadmill & bicycle with mountain/ hiking steps) dengan mengikut SOP yang ditetapkan dengan menjaga penjarakan sosial


Cardio Area (Treadmill & bicycle with mountain/ hiking steps) yang banyak memang memberi keselesaan kepada pelanggan


Cardio Area (Treadmill) selain membakar kalori, ia membantu latihan jantung dan pernafasan. Juga mencerdaskan otak supaya meningkatkan daya ingatan


My favourite area. TLF juga ada menyediakan kelas zumba, yoga dan cardio mengikut jadual kelas ditetapkan.



Bilik sauna atau mandi wap disediakan memberi manfaat kepada pelanggan untuk proses detoksifikasi melegakan otot dan urat serta dapat merehatkan minda


Ruangan pantri yang luas juga nampak selesa dan santai untuk pelanggan berehat


Sentiasa menitikberatkan penjagaan dan keselamatan pelanggan


Bukan itu saje, kawasan outdoor yang besar untuk pelanggan menghirup udara segar di luar.


Paling syok ada swimming pool guys. Berbaloi untuk langgani dengan kemudahan asas yang lengkap


Shower room


Bathroom dressing tables (Male)


Bathroom dressing tables (Female)



Locker room area

Pada pandangan ena, TLF ni mempunyai ruang yang sangat luas dan antara yang terbesar di Melaka. Dibuka setiap hari jam 2 petang hingga 10 malam kecuali hari Ahad. Ruangan nampak bersih dan kemas. Selain itu pembayaran boleh juga dilakukan via credit / debit card atau online banking. Sila layari laman web sesawang TLF untuk lebih lanjut.

FACEBOOK  | INSTAGRAM

Alamat :
32, Jalan Mutiara Melaka 3, Taman Mutiara Melaka, Batu Berendam, 75350 Melaka.

Contact no : 016 - 7520599