Cara Pakai CC Cream Yang Ada SPF | Hansaegee Nature

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream sesuai untuk semua jenis warna kulit


Siapa yang macam ena jenis nak bersiap dengan cepat tapi dalam masa yang sama nak hasil yang terbaik ? Ena seorang yang sangat suka makeup tapi nak nampak natural + glowing. Yang paling penting kulit sentiasa kekal lembab sepanjang hari. Agak memilih produk skincare dan makeup sebab kulit sensitif selepas makeup seharian. 

So ena nak sharing antara salah satu produk yang ena suka guna iaitu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Kebiasaannya kita akan jumpa pelbagai kod color seperti beige dan ivory tapi CC Cream ni tak perlu nak pening kepala fikir nak pilih kod sebab hanya 1 botol sesuai untuk semua jenis kulit !!

All in One Day Cream



Korang jangan terkejut sebab liquid color CC Cream ni "putih" tapi lepas je apply pada skin kita akan terus tukar kepada color mengikut tona kulit wajah. Ia takkan buatkan muka korang bercapuk putih melepak. Jadi tak perlu risau. Ia sangat jimat sebab 1 botol ni mengandungi isian 50ml dan tahan lama. Puas hati botol besar dan boleh pakai lama.



Harga pula RM128 tapi bagi ena ia sangat berbaloi sebab tak perlu pump banyak kali. Cukup 1 hingga 2 kali saja untuk sekali pakai. Dan yang paling best tu ia melembabkan sekali kulit dan ada perlindungan SPF 50+ PA +++.

Perlindungan SPF (Sun Protector Factor) adalah penting untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV (Ultraviolet). Antara kebaikkannya adalah kulit tidak mudah terbakar (sunburn), lambat kedut dan tidak kusam. So berani lagi ke keluar rumah tanpa perlindungan SPF????

Selain itu, Hansegee Nature Gold Nano CC Cream merupakan produk yang selamat digunakan kerana tiada kandungan merkuri yang boleh merosakkan kulit iaitu Paraben free, Sulfate Free dan Alcohol free. 



Part yang ena suka apabila nak buka penutup tu mudah tak perlu pusing banyak kali. Hanya pusing sekali dan penutup sudah boleh dibuka. Ketat dan kedap udara.


Tekstur krim tidak perlu nak pump banyak kali. Kalau buka penutup pon krim tak kan meleleh atau melimpah keluar. Kena picit kuat sedikit untuk pump. Pengeluaran krim mudah dikawal semasa dipicit mengikut keperluan pengguna. Jadi takde lah krim penuh didalam penutup kan. Kalau tidak membazir !


Tekstur kulit kembali natural selepas sapuan CC Cream


Korang boleh nampak result sebelum sapuan CC Cream kulit nampak kusam berbanding selepas sapuan CC Cream. Ia boleh menutup pori daripada ketara dan menutup cela. Kalau korang ada eyebag macam ena ni tak apply concealer pon takpe. 

Caranya mudah sekali sapuan pertama untuk seluruh wajah kemudian sapuan kedua letak sedikit di bahagian sekeliling mata dan juga bekas jerawat untuk cover cela.

Sebagai Makeup Base atau Makeup Primer




Ena paling suka pakai eyeshadow dan juga blusher. Kalau korang selalu makeup mesti tahu apa itu primer. Primer digunakan sebelum korang apply eyeshadow supaya nampak pigment atau lebih pekat dengan sekali sapuan. Tapi dengan CC Cream ni korang tak perlu buat kerja 2 kali taw. Bermaksud tak perlu apply primer + CC Cream. Hanya guna CC Cream sebab ia juga berfungsi sebagai primer.

Kulit lebih cerah dan glowing secara natural




Step 1 : Pump 1 hingga 2 kali CC Cream dan letakkan di seluruh muka. Contoh gambar di atas adalah saouan sebelah muka untuk menunjukkan perbezaan.


Step 2 : Hanya menggunakan tangan dan sapukan CC Cream secara perlahan sehingga rata. Untuk bahagian eyebag ataupun parut jerawat, boleh lah buat sapuan kedua untuk cover cela. Selepas itu boleh lah makeup seperti biasa.


Tadi ena ada sebut pasal eyebag kan. Jadi boleh nampak eyebag ena sebelum apply CC Cream. Step yang ena ajar tadi jika nak cover cela adalah lebih baik 2 kali sapuan untuk bahagian tertentu sahaja. Ibarat korang lepas apply CC Cream, kemudian korang apply pula concealer. So Tak perlu lah pakai CC CCream + Concealer lagi ! 

Kalau kaum wanita hantu makeup memang tahu lah apa itu primer, concealer, CC Cream. Haha. Betapa complicated nya perempuan kalau nak bersiap dengan makeup ni. Sebab tu ena sangat memerlukan produk All in One.


Kandungan utama di dalam CC Cream

1. Mineral Water

Mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit.

2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract

Melegakan masalah kulit dan juga bertindak sebagai Anti-bakteria.

3. Colloidal Gold

Melambatkan proses penuaan dan melindungi daripada radikal bebas.

4. Niacinamide

Mengandungi Vitamin B3, memperbaiki pori yang ketara dan tona kulit tidak sekata.


Hasilnya, ena sangat suka sebab ia tak melekit, bau yang natural dan hasil terus glowing. Tak nak apply bedak untuk finishing pon takpe sebab ia tak nampak bercapuk. So far muka ena tidak rasa kegatalan ataupun naik jerawat selepas digunakan. Kalau malas nak makeup pon just apply CC Cream dan lipstik dah ok still nampak natural look. Sure korang suka !



Kalau korang suka produk yang tak payah fikir kod color, boleh grab Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream terus melalui online.

Brand : hansaegee Nature

Website : www.hansaegee.com/shop
Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature
Instagram : hwww.instagram.com/hansaegeenature

TUTORIAL via #VLOGTINYNASWEET



Siapa suka makeup lebih cepat tapi dalam masa sama nampak glowing, pigmented dan natural?? . Ena nak sharing satu sun protection yang boleh cover skin kita daripada sunburn iaitu @hansaegeenature Gold Nano CC Cream 🥰 . Jangan terkejut tengok liquid CC Cream just putih sebab lepas je korang apply ke skin akan automatic berubah ikut skin tone pengguna 👌dan nampak natural. Takkan nampak bercapuk okey 🥰 . The best part tu makeup ena lebih pigmented 😱😱😱. Bila apply eyeshadow dan blusher tu terus je nampak pigmented taw sebab Gold Nano CC Cream dari @hansaegeenature ni boleh dijadikan makeup primer. So jimat masa dan wang kan??? . So kalau korang masih tercari2 produk apa yang boleh cover parut, makeup primer dan day cream protection base, boleh direct ⤵️⤵️ 🍁Brand : Hansaegee Nature 🍁Website: www.hansaegee.com/shop 🍁@hansaegeenature #hansaegeenature #hansaegee #goldnanocccream #vlogger #vlogtinynasweet #beautyblogger #productreview #bloggermalaysia #bloggerjohor #jdtblogger #cccream
A post shared by 👑 ℳiss President | BC ℳary Kay (@tinynasweet) on

Post a Comment

20 Comments

faizzahamir said…
Belum pernah cuba lagi mana2 cc cream. Macam.best lak jenis ni teringin nak cuba
SalinaJohari said…
Bagus gak CC Cream ni sebab tak pening nak beli color code yang sesuai dengan skin muka. Kalau tak time nak beli dah berejam dok milih . Ada SPF50+PA lak tu . Yelah, sekarang ni kan cuaca tak menentu tambah kena dok berpanas lagi..habis muka. Dengan adanya CC Cream bukan je lindung tapi melembapkan. Nanti nak usyar !
Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni nampak cam best jer ni. Boleh cuba gak la nanti. Tq info.
Ezna Khalili said…
Tak pernah pakai lagi CC Cream ni. Tahu juga boleh menutup cela. Cuma pakai terus sunscreen untuk UV protection.
cindyrina said…
Selalu dengar pasal brand ni. Tapi belum pernah cuba lagi. Love the coverage on skin. I would love to try this.
Princesa3290 said…
Wow nampak perbezaan dia eh lepas pakai CC cream ni! Ni yang teringin nak try niii!
Jia Shin Lee said…
Nice I can see the difference and I like that it has a high SPF to protect us from UV
Mahamahu said…
Wahh sekejap sahaja wajah berubah jadi lebih putih dan sekata hurmmm ramai lah orang perempuan suka beli ni hehehe jenama yang diyakini dan selamat untuk semua...
fuh nampak beza sebelah sapu cream & tak pakai. ni kalu buat based sebelum make up mesti cantik. betul tak..
Fadzil Ahmad said…
Wah. Kiranya boleh cerah balik guna produk ni lah kan. Hopefully membantu org kerja luar ni
adianiez AIDA said…
memang perlu guna cc cream.
menutup cela. menjaga kulit.
and nicely blend ekk dgn kulit. jadi flawless.
make up pun jadi sgt menjadik!
Krim ni best sbb ianya cepat menyerap. Dan bila pakai muka x nmpk berminyak pun
shamiera osment said…
Selalu tgk org promote produk hansagee ni tp x perasan cc cream dia..nampak bagus tu.
Syafiera Yamin said…
Syantik lah sis lepas pakai cc cream ni.. nampak ploles gitu.. harga dia wow not bad juga I hope the ingredients bagus untuk all skin type
Nina Mirza said…
Wahhh bagusnya CC cream ni. Siap ada SPF lagi. Semua yang kita perlu dah ada dah dalam CC cream. Complete! Kita pun tak de lah berjam-jam dok memilih colour code yang sesuai
Tengkubutang said…
TB suka gold nano cc cream ni.. sampai sekarang TB masih guna CC Cream ni.. best pakai sebab pakai sikit pun dan glowing muka..
Aerill Hassan said…
Terima kasih atas perkongsian. Walaupun saya tak tahu tentang makeup2 ni, tapi in shaa Allah saya akan share artikel ni dengan kawan2 saya :)
Jia Shin Lee said…
I really love this looks so natural. After I'm done with my makeup base I'll try this out.
RAIHANAH AHMAD said…
saya baru tahu bab premier ni last year, time berjinak2 pakai makeup. hihi