Pakej Percutian Ke Korea Mesra Muslim dengan ARBA Travel & Tours

RANCANG PERCUTIAN BERSAMA PASANGAN

Sepanjang kami berkahwin, ena pernah pergi travel ke Indonesia saje itu pon atas faktor kerja. Pendapat ena lebih seronok bercuti bersama pasangan sebab feeling tu berbeza. So ena plan nak pergi bercuti ke Korea tapi tunggu masa yang sesuai. Husband pon baru habis PJJ dan ena pon tengah pregnant, tak boleh nak travel jauh untuk masa terdekat. Rasanya lagi seronok bawa anak bersama kan tengok culture di negara orang.

Persediaan sebelum melancong ke destinasi pilihan.

1. Masa. 
Yes bagi ena ni penting sebab kena fikir faktor kerja suami yang kena selalu standby demi keamanan negara terutama cuti beku. Sebabtu kami banyak holiday dalam negara dan terdekat untuk elak emergency on duty. Yang penting kualiti bersama.

2. Tetapkan lokasi pelancongan.
Ena memilih Seoul, Korea sebab keinginan tinggi untuk melihat keindahan Pulau Nami iaitu lokasi popular pengambaran K-drama "Winter Sonata". Selain itu ena dan suami sangat meminati rancangan "Running Man". Nampak tak pengaruh Korea tu camne :) Bila minat kita sama mudahlah nak rancang bersama. 

3. Tetapkan musim pilihan.
Ena lebih suka musim sejuk sebab syok masuk SnoWalk @ i-City, so nak rasa pengalaman itu secara semulajadi di sana.

4. Tetapkan simpanan travel.
Budget penting supaya kita dapat mengawal perbelanjaan yang tidak terduga. Lagi-lagi kalau ena nak pergi musim sejuk. Kos perbelanjaan persiapan sebelum pergi perlu di ambil kira dan berapa jumlah kos setiap orang.

5. Pilih Agensi Pakej Pelancongan yang berbaloi.
Travel agency penting supaya kita tidak mudah ditipu atau menyebabkan kerugian. Pastikan pakej itu berbaloi dengan wang yang digunakan. Lebih-lebih lagi macam ena takde pengalaman ke sana, mesti nak cari servis yang berkualiti dan dipercayai orang ramai.




Semoga impian menjadi kenyataan :) :) :)
.
.
Bila dah selalu survey travel agency yang ada, ena tertarik dengan servis dari syarikat ini yang "MESRA MUSLIM"
v
v
v
v
ARBA TRAVEL & TOURS PAKEJ PERCUTIAN MESRA MUSLIM


Kenapa  ARBA TRAVEL merupakan pakej yang berbaloi??? 

Korang tak perlu pening-pening nak fikir musim yang sesuai untuk pergi, barang apa perlu bawa, waktu bila nak pergi dan maklumat destinasi popular semuanya ada di SINI. Mudah untuk kita kenali diri dan pasangan pada musim bila yang kita rasa nak pergi melancong. Pilih musim dan buat tempahan kerana jadual penerbangan disediakan sepanjang tahun untuk 4 musim.


Memenangi pelbagai anugerah berprestij bukti ARBA TRAVEL menjadi pilihan orang ramai.

Senarai anugerah diterima :

⭐⭐⭐ 2017 ⭐⭐⭐
Syarikat travel agensi pertama dan satu-satunya dianugerahkan "Top 30  SME in Malaysia" oleh SME Corp Malaysia.


⭐⭐⭐ 2018 ⭐⭐⭐
Ini dapat dibuktikan kualiti perkhidmatan agensi pelancongan mereka apabila CEO dan COO ARBA Travel & Tours iaitu Encik Ammar Roslizar dan Encik Ammar Shahrin telah tersenarai di dalam "Forbes 30 Under 30 Asia 2018" bagi kategori Runcit dan E-Dagang.

⭐⭐⭐ 2018 ⭐⭐⭐
Top Nominees Ernst & Young Entrepreneur of The Year (EOY) Malaysia Awards


PERBEZAAN PAKEJ PERCUTIAN ARBA TRAVEL DENGAN YANG LAIN

1. Solat sangat dititikberatkan.
Itinerary lawatan disusun supaya menjaga waktu solat.


2. Makanan Halal terjaga.
Restoran dan makanan halal yang dipilih dipastikan HALAL. Team ARBA tinggal 5 tahun di Korea dan tahu status makanan halal sebenar disana.


3. Tour Guide mesra Malaysian.
ARBA Travel hanya memilih tour guide yang faham citarasa orang Malaysia dan mahir sejarah Seoul.


4. Pengangkutan disediakan lebih selesa.
Lokasi hotel strategik di kawasan bandar memudahkan pelancong untuk bersiar-siar, shopping dan rasa street food. Kebanyakan hotel ditempatkan agak jauh untuk 'cut cost'. Pengangkutan bergantung kepada pakej samada van atau bas.


5. Terdapat 3 pakej sesuai dengan budget.
Korang boleh pilih mengikut pilihan pakej samada PREMIUM, BUDGET atau SUPER JIMAT. Maklumat lanjut berkaitan 3 jenis pakej boleh klik DISINI.


 Jadi bagaimana ??? Ada rasa nak pergi Korea dengan lebih selamat daripada penipuan, diyakini pengalamannya dan mempunyai lebih daripada 200 testimoni positif ????

Jika berminat dan nak tahu info lebih lanjut boleh layari terus di bawah ini :


Post a Comment

26 Comments

Sunah Sakura said…
teringin jugak pergi korea!
Ustaz Amirul said…
wahh best nya.. bagus travel macam ni, sngat mesra dengan praktik amalan muslim..
cre8tone said…
it's time to travel.. yeah.. nice one... let's go to korea.. it's a great country to visit.. nice nice nice
Farhana Jafri said…
bagusnya bila ada ARBA Travel ni. Memudahkan sangat untuk yang suka travel especially first timer sebab semua dah lengkap tersedia. Lagi best bila ada halal restaurants, tak payah pening fikir nak makan mana
SalinaJohari said…
nice tips ! teringin gak nak melancong ke negara orang sambil tengok adat dan budaya yang pastinya berbeza . kena gigih menabung lagi ni...
Rawlins GLAM said…
Ok. Boleh jengok nie sebab memang terfikir nak pergi satu destinasi and terfikir pasal makanan halal plak. Kalau dah ada pakej lengkap sebegini, baik ambil je kan. Boleh melancong dengan tenang.
yaya_flanella said…
Pernah dengar ARBA Travel ni agak menarik juga pakej diorang. Tapi husband Yaya suka buat itinerary dan redah sendiri. Last time kitorang ke Osaka. Fuhh cabaran dia boleh tahan tapi seronok! Yaya suka ikut agent sebab boleh rilex hahaha next time boleh consider dengan ARBA Travel :)
Mrs Pip said…
Menarik ... Kalau ikut agent yg diyakini, memang selamat dan seronok melancong tanpa stress.. Kdg2 ada agen menipu, kesian kat traveler.
ajumohit said…
memang berbaloi percutian jika dapat agent yang menyediakan pakej terbaik dari awal hingga akhir. kita tak perlu nak pening kepala fikir penginapan dan tempat makanan halal. semuanya dah diaturkan
Mahamahu said…
WAHH BESTNYA DAPAT BERCUTI TRAVEL AGENT MESRA MUSLIM NI MEREKA LEBIH FAHAM KITA NAK CARI BUKAN SAHAJA TEMPAT MAKAN HALAL TAPI JUGA NAK CARI TEMPAT SOLAT INI YANG PENTING GUNA AGENT MACAM NI SIAPA NAK BAWA KITA ADA KOSONG TAK HEHEHEHE...
Hanny Abdullh said…
Sis dh pernah ke Korea, tapi rasa nak gi lagi..nak bawK anak pulak kali ni kalau ke sana. Tapi kan..sis kalau travel selalu buat sendiri..tak pakai agen. Awal2 sis akan survey tmpt2 n hotel kat mana2 sis nk pergi..cuma kalau pakai agen tu kat tmpt yg rasa tak berapa selamat baru pakai agen..
CXopportunities said…
Bagus ni! Cx pon teringin nak ke korea. Nak tgk culture sana. Sbb selalu dlm tv je dok layan kan? Then nak layan salji heheh.
mek yunie said…
bestnya rancang travel. yes, travel agency yang bagus akan buat percutian kita bertambah manis dengan kenangan. berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.
Agensi arba travel ni not bad. Paling penting pakej dia mesra muslim. Senang kita nak makan di negara orang
Syamimi Saad said…
Bestnya dapat pergi korea. Cousin pergi haritu musim panas. Dia kata kalau nak best musim luruh. Kita kalau nak pergi pun xmo musim sejuk..haha.. Sejenis x tahan sejuk kalau dah sejuk sangat. Teringin nak tengok musim luruh.
Bestnya kalau dapat keluar negara.. Moga impian kita semua terlaksana..yang penting plan nak ambik pakej dengan siapa.
xulhlmi said…
wahhh tak sabar nak pergi korea tahun depan. terima kasih atas perkongsian ini. sangat berguna untuk orang yg baru nak mula travel macam zul
Aerill Hassan said…
Wahh teringinnya nk pgi korea. Terima kasih atas tips. Negara Korea sememangnya berada dlm senari wishlist. Tak tau bila ada rezeku nk ke sana.
Nadia Johari said…
teringin juga nak pergi jalan-jalan luar negara...kalau pergi travel mmng cari agensi yang betul. Pastu guna agensi ni senag, takyah fikir sendiri..hehee..bgus juga tau pasal arba ni..nanti usha
Boleh la cuba ARBA Travel bila simpanan percutian cukup nanti. Pakej pun ada pelbagai. Dan betul, kenan pilih betul-betul untuk elakkan di tipu. Duit hilang, percutian tak kemana.
Kerja Sendiri said…
Macam pernah dengar nama ARBA tapi di mana ye?
Zharif Azis said…
bagus ada muslim travels ebegini sebabnya mengutamakan waktu solat. kadang agen2 travel nie xberapa cakna waktu solat dan kita pon xdelah nak menyalahkan emreka sbb kita sendiri kena peka. tp lebih bagus kalau agent travel yg utamakan waktu2 solat nie
faizzahamir said…
Dalam wishlist ni. Teringin sangat nak travel Korea
maszull said…
assalamualaikum ena...best n seronoknya kalau dpt pi Korea ni kan...
RAIHANAH AHMAD said…
insyaALlah tahun depan pegi dengan trips Shaklee
Unknown said…
Yaya pergi osaka dgn agent mana. Sbb nny sy ada plan nk ke sana gak.
Kunj Jaiswal said…
Thanks for sharing such wonderful blog, as we are tour operator from India and we send lots of guess on Malaysia tour and also assist for Malaysia Visa , i will be glad if you share such article on that too.