MBH Crystal Clear Rawatan Muka Berdaki by MBH Skin Expert



Daki muka????? Euiiiii... rasa macam teruk sangat je ayat tu kan? Ok ena nak sharing masa nak try ni memang ena macam tak percaya muka ena berdaki taw. Sebab kita nampak macam bersih dan cerah tapi bila sekali dah buat baru percaya 😂😂😂

Kenapa kena datang ke MBH Skin Expert @ MBH Medispa ??

Pemenang Asia Pasifik Top 10 Perkhidmatan Terbaik & Anugerah Emas Spa Majlis Pelancongan Malaysia.


Muka sebelum rawatan. So dah set appointment awal tak perlu nak makeup bagai. hehe. Sesi facial ni mengambil masa lebih kurang 45 minit atau dikenali "Lunch Hour Beauty Treatments".

Apa yang buat ena tertarik nak facial muka di sini sebab banyak feedback positif plus baru buka cawangan ke -19 di Muar, so dari situ nampak permintaan semakin tinggi.

Ok untuk pengetahuan korang MBH Medispa dan MBH Skin Expert sama je founder cuma cawangan terbaru rebranding sajer. Contohnya, di Batu Pahat nama spa MBH Medispa. Mungkin ada sesetengah customer ni confuse ingat spa berbeza. Ena buat rawatan di MBH Skin Expert Muar, Jalan Othman. 10 minit jer dari rumah. Office husband 1 minit je lagi dekat.hahaha. 

Location sangat strategik. Dekat dengan coconut shake Muar yang paling sedap tu.. Kalau orang Muo mesti tahu.


 Sebelum rawatan akan ada sesi skin analysis untuk lihat sejauh mana masalah kulit muka. Boleh refer SINI.


Nak tahu apa kelebihan rawatan MBH Crystal Clear ????

1. Menegangkan kulit.
2. Mengecilkan pori kulit.
3. Tiada kesan sampingan.
4. Menghilangkan luka jerawat.
5. Sesuai untuk semua jenis kulit.
6. Mencerahkan kulit secara semulajadi.
7. Membuang sel kulit mati dan daki kotoran kulit yang tak boleh dibuang secara facial biasa.


Step 1 : Deep Facial Cleanser dengan ekstrak Aloe Vera membantu mengawal minyak, breakout, mengurangkan blackhead, mencuci liang pori serta melembutkan kulit.


Step 2 : Microdermabrasion untuk buang kulit mati dan kusam


Haha muka berkerut tu sebab tak biasa buat facial ni. Muka macam kena vacuum tu memang terasa sakit. kalau skala 1 hingga 5, ena rate 2.5/5. Rasa kebas tapi proses ni tak lama dalam 3 minit lebih kurang macam tu.


Step 3 : Exfoliate dengan Crystal Mask membuang semua daki tersembunyi

Korang jagan risau sebab kesakitan tu hanya sementara sebab Crystal Mask ni sejuk. Masa sapu ke muka tu memang terasa sejuk dan menenangkan.  Hilang terus sakit kena vacuum tadi.hehe. Menurut kata Nurse Theraphy, Inah kalau vacuum muka tu tak terasa sakit bermakna tak berkesanlah nak buang kotoran pada muka kan. 


Proses exfoliate ni memang ena sangat suka sebab kita akan nampak terus daki. Warna hitam tulah daki yang ada pada muka ena. Ni bukan facial biasa taw. Sebabtu di panggil daki muka. Kalau facial biasa saje takkan nampak kesan daki camni. So proses ni lama bergantung pada tahap kotoran.

Katakanlah pada dahi purata dia repeat 3kali sebab dahi ena take jerawat pon. Paling teruk blackhead banyak pada hidung. Tu memang geram susah nak hilang. Siap request buat banyak kali.hehe. Lebih kurang 5 kali. Ena tertidur sebab syok sejuk je. Sapu mask menggunakan spatula dan memakai sarung tangan. So kalau nak cari spa muslimah, ena sangat suggest datang ke sini.


Step 4 : Apply Calming Soothing Lotion dan UV Sunscreen SPF50 

Selepas selesai exfoliate, disapukan sunscreen ke muka, jadi korang standby lah bawa foundation dan makeup set kalau rasa nak pergi jalan-jalan dulu.


Step 5 : LED Photon Theraphy

Selepas apply pelembab, muka akan direhatkan dengan mesin LED Photon Theraphy selama 15 minit. Sempat tidur. hehe..



Disebabkan malas nak pergi mana terus balik rumah, so nampak lah muka suci takde makeup. Skin rasa fresh, bersih dan lebih cerah. Memang ketara beza. Paling malas pon korang boleh buat sebulan sekali. Harga RM159 sahaja. Kalau nak hasil yang lebih baik boleh amek pakej terus lebih murah.


Picture ni di ambil masa 9/5/19. So dah 3 minggu ena buat rawatan ni memang takde kesan sampingan. Tiada tumbuh jerawat or alahan apa-apa. Ini kerana rawatan ni adalah asas takde tempoh "downtime" yang akan memberi effect seperti kesan kemerahan atau mengelupas. Tempoh "downtime" bergantung kepada jenis treatment. So pastikan korang tanya dulu ada tempoh "downtime" tak? So tak risau nak cantik di pagi raya sebab kulit dah bersih.hehe..

..........................................................................................................

Segala maklumat lebih terperinci boleh rujuk di bawah :


..........................................................................................................

Post a Comment

13 Comments

Sizzling Suzai said…
Hi slm perkenalan! Aah vacuum tu sy pnh buat jg hahaha ye wak berkerut kerut menahan haha tp puas hati sgt! Rs kena sedut sgl kotorsn btw Crystal mask tu xpnh try nmpk menarik huhu blackheads mmg susah nk buang! Hrga pn ok cjms jauh je la muar plak alamak hehe
Nak musim perayaan, ramai mahu kelihatan cantik dan berseri-seri. Tidak mahu kelihatan tidak cantik, risau malu . hehe
Betty's Journey said…
Such a long time I have not go for facial. Seem is a time to pamper my skin.
Rawlins GLAM said…
Kalau Rawlins, mau kena ulang banyak kali kot sebab banyak daki.
Macam best gak ye kalau boleh buat rawatan sebegini. Harganya pun boleh tahan gak. Perhaps next Rawlins boleh try la
5 Little Angels said…
Spa dia nampak memang best. I yet to try this but going soon before my Raya holiday.
berseri-seri dah muka tu...
atiehilmi.com said…
jap.. jap.. saya terganggu dengan gambar pertama CPI.. hahahahah~ manis nya !! dah cantik pun nak cantik lagi ke ?
Wahhh, lunch hour pun ada treatment ehhh. Tak pernah lagi try pergi mbh medispa ni. Sekarang tengah stop dulu buat facial, nak raya and dekat majlis kawin ni takut muka breakout pula hehe. Tapi kulit awak memang cantik lah flawless.
miedaJaz said…
tengok tajuk terus jadi seram..entah berapa kati daki kat muka nie..tahu tahu ada cawangan kt Kl..klu ada bole gak cuba..tengok ina pun dah berseri2 tue..jelous pulak..hahaha
Sis Lin said…
Nanti nak pergi juga cuba buat rawatan di sini ...macam best sangat plak kita baca ,,
Memang muka nampak fresh giler lepas dapat rawatan.
Bersih dan bertenaga. Tengok cara rawatan dia mmg terbaik dan menyakinkan
saidila said…
ramai gak member datang dan sajes buat facial kat MBH spa nih sebab katanya best dan berkesan serta berpatutan harganya...lepas rayalah nak pergi manja2kan wajah
Syamimi Saad said…
Bestnya dapat buat rawatan macam ni. Makin bersih, makin berseri seri la kulit muka kan. Sebab segala daki dah elok keluar..
Kita tak pernah lagi buat rawatan macam ni.