Domino's "Unite" dengan Mobile Legends dalam 515 Quest menewaskan kegelapan
Baru-baru ini ena telah menerima jemputan media di Domino's Pizza Party di Ayer Keroh, Melaka untuk kempen terbaru "United We Win" bersama Mobile Legends". Dalam kempen ini, pelanggan boleh merebut tawaran hebat bersama Domino's dan berpeluang bertarung bersama-sama rakyat Malaysia lain menyelamatkan dunia di dalam game "Mobile Legends : Bang Bang!"
Ditubuhkan oleh Moonton, permainan popular Mobile Legends : Bang Bang telah dipilih sebagai acara pingat di Sukan Asia tenggara (SEA) 2019 yang akan berlangsung pada bulan November di Filipina. Wahh teruja kan????
Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan kempen global Mobile Legends '515 Unite Day' yang bakal menghimpunkan para pemain dan individu lain untuk menyelamatkan dunia.
Apa itu "515 Unite Day"?
Pelbagai promosi hebat bawa pulang '515' Domino's termasuk Personal Pizza daripada harga RM5 yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza daripada harga RM15 untuk penjimatan RM14.90.
Personal Pizza serendah RM5 ialah tawaran nilai luar biasa Domino's sejajar dengan matlamat jenama untuk membawakan tawaran Ohsem Hari-Hari kepada rakyat Malaysia.
Mempunyai 13 perisa untuk dipilih menerusi Ohsem hari-Hari sepanjang minggu.
Bersatulah wahai wira dan wirawati Mobile Legends. Selamatkan dunia dengan gear edisi terhad. Tingkatkan peluang anda untuk menang dengan mendapatkan pizza personal dari RM5 atau pizza sederhana dari RM15 harini !
Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, "Di Domino's kami tetap berpegang teguh pada janji kami 'It's All About You'. Kerjasama kami dengan Mobile Legends bagi kempen 'United We Win' mencerminkan janji Domino's untuk membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi pizza dan gaming."
Mobile Legends ialah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan esports kegemaran mereka dan rakyat Malaysia dapat menikmati tawaran '515' yang luar biasa bersama rakan-rakan dan orang tersayang di dalam kempen ini.
Menyeru semua wira-wira penyelamat dunia untuk berkumpul di lokasi berikut jam 12 tengahari - 6 petang. Anda berpeluang memenangi :
1. 515 United We Win Goodie Bag
2. 515 United We Win Tshirt
3. 515 Figura MIYA edisi terhad
4. Hyper X Cloud Earbuds
Kami berpeluang merasa menu baru Domino's Royale Salted Egg.. Sila lah bertahan di bulan Puasa ni.... ..............
3 jenis Royale Pizza limited time offer "Eggstra Shiok".
Royale Cheesy Stix sentuhan emas ke breadstix. Sedap gilerrr...Please lah grab tengah promosi ni, Tak masin pon. Just nice.
Royale Chicken Wings mengandungi telur masin dan aroma daun kari ni berhantu makan. Juicy dengan perapan yang enak.
Tamak haloba kat situ :)
My first ranking ! Kalau korang hantu cheese macam ena memang wajib grab ni. Royale Tuna Pizza.
Kedua sedap Royale Delight Pizza.
Ketiga Royale Chicken Pizza. Yang ni bagi ena biasa saje.
Banana kaya Dessert. Yang ni ena tak berapa minat mungkin rasa pelik bila manis. haha..
Untuk keterangan lanjut tentang kempen sila klik pautan :
24 Comments
Haha.
Takpe. Rawlins nak menjengah ke Domino's untuk berbuka kelak sebab dah terpengaruh tengok gambar piza tu semua.