Ena bersyukur sangat sebab selain pertama kali jejak kaki ke Batam, tetapi dapat banyak jelajah Kota Batam.
Mesti korang tertanya-tanya apa yang best di BATAM????
Ramai mesej ena tanya. Sepanjang dalam bas memang ena tak tidur sebab nak tengok bandar mereka. Kadang tu rasa macam dalam Malaysia je. Lebih kurang macam kat Shah Alam.hehe..
Apa yang buat ena kagum, traffic light taklah terlalu banyak sedangkan ena tengok orang punyalah ramai sesak. Siap cakap dengan kak limah tu, takut lah sebab semua main keluar masuk jerr. Ehhh..rupanya mereka ada attitude taw. Pandai nak agak keluar. Lepastu takdelah sikit-sikit nak hon kalau kita lambat gerak Memang lainlah suasananya. Biasa kita stress jem. Tapi kat sana relax je tak bising dengan bunyi hon.Hahahaha.. Jakun sekejap. Mereka memang moden.
Korang boleh bayangkan tak, masa event larian tu dorang tak tutup jalan taw. Kami ni punyalah takut nak lalu. Tapi steady je dorang. Jenis sopan kat atas jalan raya. So kalau diberi peluang kesana memang nak repeat travel.huhu.. Toilet pon bersih even kat luar nampak macam usang tapi dalam grand. Memang terjaga kebersihan disana.
Lepas je press conference dan tea time, kami teruja untuk berurut. Letihh haii lalui perjalanan jauh dari Malaysia. Teruja masuk Hotel Travelodge ni. Nampak mewah dan menarik. Lebih kurang 2 jam kami disini.
Kami mendapat tajaan urut tradisional daripada Tiara Mustika Spa - Batam Centre. Pusat Spa ini sudah lama ditubuhkan sejak 2001 lagi dan banyak lagi cawangan seperti di Nagoya.
Ada 2 tempat untuk 1 bilik. Tuala dan kain batik disediakan untuk persiapan.
Badan melekit dan letih, teruslah kami mandi dulu. Ni memang syokkk... 2jam masa tu sangat menenangkan dan sempatlah tidur kejap masa kena urut.huhu..
Masa di urut tu memang terasa minyak tu suam-suam jer.. Sebab ada bekas khas untuk memanaskan minyak serai tu. Bau nya sedap. Lepas urut memang tak nak mandi lagi. Hehe.. Ada pelbagai jenis pakej taw. Boleh rujuk Pakej Spa.
Setelah selesai, kami disajikan dengan air teh halia. Bau wangi. Rasa pon sedap. Tak boleh minum sikit-sikit. Kena one shoot je.haha.. Sebab slow minum akan rasa melekat kat tekak bau halia tu.
Terima kasih kepada pihak Tiara Mustika Spa kerana membuat kami lebih bertenaga dan semangat untuk meneruskan trip :) Masa ni kami dipecahkan kepada 4 group sebab pergi ke lokasi yang berlainan.
Sambil nak tunggu bas kami sampai tu, apa lagi kami teruslah ke belakang hotel. Banyak view cantik dekat luar. Dalam hotel ramai orang so tak berapa nak dapat shoot gambar cantik.
Kakak suruh buat helang. So kami layankan ajerr.. Haha best trip ni semua satu kepala.
Terima kasih sekali lagi kepada Travelodge Hotel dan Tiara Mustika Spa kerana menaja kami. Untuk keterangan lanjut seperti di bawah :
Travelodge Hotel Asia :
Tiara Mustika Spa :
Website : http://tiaramustikaspa.com/home
27 Comments
www.maisarahsidi.com