Pusat Rekreasi menarik di Pulau Bintan, Kepulauan Riau Indonesia


Entri sebelum ni ena dah sharing tempat body massage best dan pantai yang sangat cantik, kini ena nak sharing tempat menarik sesuai untuk aktiviti keluarga seperti Family Day, camping, memancing, playground untuk kanak-kanak, swimming pool dan horse riding. Wahhh part ni ena suka sebab jiwa tenang tengok keindahan alam kehijauan, landskap yang sangat cantik warna warni.

Kenapa Batam best???? All in one. Massage, pantai, gurun pasir.... Eh ni ena belum sentuh lagi bab shopping centre dan makanan. Silalah pitam beramai-ramai baca entri. hahahaha. Banyak giler entri nak kena update ni. Bayangkan 1hari tour Batam banyak hotel dan restoran kami kunjungi. Tour Bintan pula, kami more fokus pada pusat percutian keluarga. Sangat membantu untuk ena pergi bersama family pulak.


PUSAT PEMANCINGAN POYOTOMO DI KAKI GUNUNG BINTAN (FISHING SPOT)


Kredit to Alfie Damian

Pusat Pemancingan Poyotomo pusat rekreasi untuk memancing dan camping.

Jika korang peminat joran, boleh lah bawa family datang ke sini. Ada ruangan wakaf untuk berehat, playground untuk anak bermain, kedai makan, ice blanded, memanah, Rumah Hijau, surau dan toilet semuanya lengkap.. 

Tempat ni agak besar cuma bagi ena ruang solat agak sempit plus takde pengasingan lelaki dan perempuan. Kena bergilir untuk solat.



Untuk datang kesini, korang akan melalui kawasan agak terpencil dan seeloknya datang bersama travel agency. Takut sesat jugak. Bila dah sampai, kena jalan kaki ke dalam. Nampak kan cerun ke bawah. Ena suka tempat ni sebab banyak pokok bunga.


Love it !!! Pelbagai jenis ikan ada seperti ikan bawal, ikan lele dan banyak lagi. Untuk memancing dikenakan harga. Ada jugak pertandingan memancing disini taw.



Kredit to admin


Kredit to admin


Kredit to admin


Kredit to admin

Apa yang menarik disini adalah sambil memancing, menikmati keindahan sekeliling, korang dapat melihat Gunung Bintan tertinggi di Pulau Bintan. 

Gunung Bintan juga merupakan antara tempat untuk mereka melakukan aktiviti pendakian gunung disana. Wahh seronok berkhemah bersama keluarga ataupun family gathering kan. Budak-budak pon tak bosan sebab ada playground.





Playground


Rumah Hijau


Kami berhenti berehat disini agak lama untuk lunch dan solat.


Menu lunch memang sedap kat sini. Ayam masak kicap rasanya. Yang lain sayuran. Menu sayuran ena sangat suka sebab bahan rencah dia macam-macam dia bubuh ala sambal gitu. Kalau sup sayur pon enak. Bukan macam masak bening biasa. Siap ada Sambal Jering. Beruntung kami makan memang mewah. hehe.. bawak perut je trip ni. 

Follow to more details :


DESA WISATA EKANG TERSEMBUNYI DI TENGAH PULAU BINTAN


Desa wisata Ekang jugak perlu melalui kawasan pendalaman dan lorong jalan agak kecil. Bas masuk pon ngam-ngam jalan je. Haha cuak kitorang tengok driver ni redah masuk.

Ni persinggahan last kami sebelum bertolak pulang ke Batam. Kalau korang minat aktiviti berkuda, memancing , swimming pool, massage, boleh menginap disini taw. Ada taman arnab, menunggang kuda, memanah, main layang-layang, berbasikal, scooter, taman orkid dan banyak lagi. Aktiviti indoor je dah banyak kan???? 



Jika berminat untuk menginap disini boleh survey price di D' Bamboo Kamp 





Okey macam biasa ena sebut di entri sebelum ni air manis potong kaki. haha. Minum sebanyak tu jerr.. Tak sanggup nak telan habis. Sedap tapi terlalu manis.




Ok puas cuci mata??? Dah tahu nak buat pilihan destinasi mana korang suka? Di Pulau Bintan banyak sangat destinasi percutian yang hebat. Ok ena nak sambung bertentang mata dengan kak Limah. hahahaha.. FOOD HUNTER next entry :) :)

Follow to more details :

Post a Comment

23 Comments

el said…
dah beberapa episod cerita pasal batam ni..aduhai semua tempat best2 korang share..kat sini boleh bercamping juga ye..syoklah kalau sape2 kaki mancing boleh bw family sekali
Tengkubutang said…
Tak pernah sampai lagi ke Batam ni.. tapi ada la baca tentang banyak tempat menarik kat Batam ni.. Tb suka tengok macam-macam aktiviti sis try masa travel ke batam ni.. menarik
Fadzi Razak said…
Ena memang tak boleh minum air manis ke air die manis teruk? Huhuhu len kali kalau pergi sane kena prepare bawak air botol siap siap. Kalau ada air manis je, tuang sikit air botol nak bagi kurang manis
Cik Puan Ena said…
Bukan ena sorang. Dorang pon xminum sgt.haha.. dah tuang air mineral still manis. Manis dia mcm tumpah gula. Haha..
cindyrina said…
I kalau makan mana pun mesti standby plain water sendiri. KTempat ni rasa sangat damai surrounding nye. View pun cantik juga. Kalau aktiviti ramai ramai ngan kawan mesti meriah kat sini.
Mimie said…
Subhanallah cantik sangat pemandangan dekat sana .Bila lah nak merasa pergi travel tempat orang. Banyam tenpat menarik di Batam ni.
Menarik gambar-gambar dekat Pulau Bontan nih, teringin nak pergi situ.. boleh plan nanti reffer entri nih, terima kasih atas perkongsian
Hunny Kitty said…
lamanya tak pergi sini...last dulu masa tahun 2000 hahahahhaha
Cantiknya tempat ni. Kalau datang bercuti ke sini tak sah rasanya untuk bergambar sakan. Tq share tempat menarik ni
Nina Mirza said…
Kita belum pernah sampai Batam ni bila baca your story rasa nak pegi! Cantiknya view sana. Your list lengkap. Kita save bookmark, nanti nak pegi senang refer your story jer.... Thanks tau
Zharif Azis said…
Seronoknya lahai Indonesia nie ya. Banyak tempat kehijauan. Satu fishing spot yg bagus utk mereka2 nk memancing. Mesti banyak ikan dalam kolam tu
Slumber Lady said…
Kalau tempat memancing cantik macam ni, sanggup ajak suami pergi memancing. Haha.
Mahamahu said…
Seronoknya dapat pergi bulau bintan ni dekat je dengan Malaysia tak perlu naik flight hehehehe tempat cantik dan juga menarik ok lah boleh pergi nanti heheheheh sebab pernah pergi sekali kat area kepulauan ini...
Nadia Johari said…
pergh syok giler tengok..banyak tempat menarik dekat batam ye..bilalha dapat eprgi batam ni ye..alahaii.jels tengok
Emi said…
Wow, cantiknya. Kualiti gambar pun boleh tahan jugak. Entah bila nak pergi melancong ke indonesia lagi entah. Hihi
sheayang said…
Wah kolam mancing dia. Rasa nak buat penempatan terus kt situ. Cantiknya la pemandangan.
atiehilmi.com said…
best nya wakkkkkk.. doakan kite sampai plak satu hari nanti ya.. saya rujuk entri awak ni.. hee~
Sis Lin said…
Cantik-cantik semua tempatnyaaaa...
Bilalah nak sampai ke sini yaaaa
Absolute Yana said…
Next trip to Indonesia dah boleh rekomen kat family Yana. Diorang semua kaki travel ke Indonesia dah 7 kali dalam masa 5 tahun. Hahahah Dah jadi annual travel.
Sunah Sakura said…
gambar akar pokok berjurai2 pun cantik..macam mana ni..hahahha
Emily said…
Indahnya tempat-tempat di Bintan. Tetapi hari tu matahari terlalu terik. Panas lit lit. Haha!
Mimin Adam said…
ritu tak sempat jejakkan kaki kat pulau bintan lagi. iols sedih
Masya Allah the view! Tak pernah lagi ke Pulau Bintan ni. Jarang nampak review travle ke sana. Tapi tengok view dia macam best. Thanks for sharing Tiny :)