Grand Opening MBH Skin Expert Muar cawangan ke 19

Masih tidak terlewat untuk kembalikan kecantikan wajah. Walaupun mencegah lebih baik daripada merawat tetapi jangan gusar nak cantik di hari raya. Sebab MBH Skin Expert telah menambah cawangan di Muar, Johor. Dan Johor merupakan rangkaian Spa terbanyak mempunyai 6 pusat kecantikan di Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Tebrau, Segamat dan terbaru di Muar bermula pada 27 April 2019.



Tidak perlu risau kerana mempunyai 19 cawangan dan pusat utama di Kajang, Selangor. Berita baik buat orang Perak kerana akan dibuka lagi di Manjung pada bulan Jun 2019. Pastikan jadi orang terawal dapat pakej diskaun 90% kerana ini merupakan promosi wajib setiap kali pembukaan.

Telah beroperasi sejak tahun 2008 lagi dan masih kukuh serta permintaan terlalu tinggi membuatkan Puan Yaya membuka banyak cawangan. Ena juga dapat maklumbalas dari orang ramai bahawa servis dan produk mereka sangat bagus.

"Kenapa menjadi pilihan ramai ????"
.
.
Memenangi TOP 10 Service Award Peringkat Asia Pasific dan Gold Award Spa & Wellness anjuran Malaysian Tourism Award.


Dahulu namanya dikenali sebagai MBH Medispa tetapi kini dengan branding baru sebagai MBH Skin Expert dan merupakan rangkaian pusat kecantikan yang terkenal di Malaysia.


Tak tipu memang ramai sangat orang. Sampaikan kami pon kena tunggu turn untuk consultation. Penangan promosi sampai 90%.



Buat warga Muar yang ingin mendapatkan rawatan pakej dengan harga pengenalan serendah RM70. Selain membawakan rawatan baru, ia juga menawarkan produk penjagaan sendiri dibawah jenama Dermaklair yang menjadi produk rasmi untuk setiap rawatan. "Itulah kelainan kami berbanding spa estetik lain" Ulas Puan Yaya.



Pusat rawatan MBH Skin Expert Muar menawarkan rawatan masalah kulit seperti  Facial, Advance Facial, Whitening, Dermapen, Estetik, Pigmentasi, Jeragat dan parut.

Manakala Slimming dan Hair Care boleh dapatkan rawatan di Johor Bahru. Muar hanya menawarkan rawatan muka buat masa kini.



Pengasas Spa, Puan Yaya Mohammad Sabtu, Pengarah urusan MOHA Group Sdn. Bhd.



Para pekerja juga mempunyai sijil bertauliah dalam bidang perubatan. haa jangan main-main taw mereka perlu hadir kursus sebelum memulakan pekerjaan. Tak lekang dengan senyuman melayan tetamu yang terlalu ramai.



Terima kasih kerana sudi menjemput ena sebagai wakil JDT Blogger. Dekat pulak tu IPD suami.hehe.. Tempat strategik berdekatan dengan IPD Muar, Pejabat Pos Malaysia, SAJ dan Dataran Tanjung Emas. kalau ibu yang buat rawatan Spa, para suami boleh lah bawa anak mereka jalan disekitar kawasan.


Sebelum memulakan rawatan muka, akan ada sesi consultation bersama Theraphist. Haa nampak tak tompokan gelap pada lapisan kulit dalam. Uittt ngeri mak tengok.haha.. Kita boleh tengok tompokan hitam yang mula terjadi even kita nampak luaran takde pape. terus kecut perut ni. 

Menurut kata Therapist, dari usia 29 tahun kulit tidak menghasilkan kolagen lagi dan even korang beli produk di Drugstore pon tapi selagi price tu terlalu murah still tak menjanjikan ia terbaik untuk kulit. Sesi ni percuma dan akan dicadangkan rawatan apa yang sesuai mengikut pakej harga. 

Paling malas pon buatlah sebulan sekali facial buang segala kotoran di muka. Tiada masalah kalau korang ada menggunakan produk lain. Normal facial kalau nak buat sebulan sekali boleh pilih pakej Crystal Clear Treatment berharga RM159. Berbaloi taw.

Untuk pakej ni, ena akan update next entri sebab customer terlalu ramai sampai tak boleh nak open facial taw. Terpaksalah kami postpone facial dulu.


First customer yang datang seawal jam 6.30 pagi. hehe.. Penangan promosi





Terima kasih MBH Skin Expert - Muar kerana memberi layanan yang sangat baik kepada kami. Staff yang baik dan ramah. 

Oh..jangan lupa Spa ada membuat Promosi Raya diseluruh cawangan dan jangan lupa untuk follow ya :)





Post a Comment

23 Comments

She Is Farahain said…
wowww....ceriaa dan gembiraa betull tengokkk muukaaa semua orang..
Cik Nor said…
wow..bestnya g spa..:)
Fadzi Razak said…
Sampai 90% harga promosi diaorang buat? NI betul betul menarik ni. Mesti ramai sungguh la yang datang nak cuba treatment dekat sini
Tengkubutang said…
wah.. mbh medispa buat grand opening? TB suka je dengar pasal spa spa ni.. tapi belum pernah lagi memanjakan diri kat spa.. ada diskaun tu.. fuh.. rugilah sape yang tak grab peluang ni.
ah congratulations to their new opening branch. so nice la they have many branch so people from everywhere can visit it to pamper themselves
Azni said…
Dah pernah p mbh ampanb. Byk treatment derang offer . Sempat huat 2x treatment... best
Mahamahu said…
Makin banyak tempat bagus macam ni hehehehe orang perempuan makin suka lah nak bergaya tambah untuk raya yang akan datang nanti hehehehe....
Wahhh dah cawangan ke 19, tahniah MBH! Kawan kawan i yang pernah buat treatment kat MBH ramai yang puas hati. Teringin nak pi try gak nnt.
wah tahniah MBH sekaran dah melebar sayap cawangan ke Muar pulak. ha orang sekitar muar & batu pahat jangan lupa rebut promosi MBH sempena raya. BBL dah book skin treatment kat branch ampang sebelum raya ni. baru la handsome time beraya nanti
Nina Mirza said…
Beruntungnya orang Muar! Kita memamg puashati treatment kat MBH. Servis tiptop, ada diskaun ni memang harus laaaa grab peluang yang ada!
Zharif Azis said…
wahhh tahniah dia atas pembukaan cawangan terbaru MBH Skin Expert di Muar. beruntunglah orang Muar sebab dekat dengan tempat nie. lepasnie mesti cun melecun org2 muar.
el said…
Wahh tahniah mbh utk new opening dkt muar..rasanya kat penang pun ada...seronok dpt buat treatment kt sinu
Nadia Johari said…
Nad dah pergi mbh berdekatan rumah nad.. Raya ni nak canyik nak pergi buat rawatan kat sini. Nak grab promo yg dia buat.. Hehehe.. Lama tak buat facial muka kat spa ni
Faries said…
Wah bestnya ada spa baru dekat muar. Makin cantik-cantik la orang muar lepas ni. Tengok harga pun terbaik siap ad diskaun lg tu.hehehe
wah cawangan mbh sekarang dah ada kat rumah .. best ni...kalau saper balik kg muar boleh singgah dapatkan treatment terutama pada musim perayaan tak lama lagi..harga pakej pun agak berpatutan juga
yanmie said…
Memang best buat terapi muka ni. Kita orang perempuan penampilan wajah memanglah kena jaga. Sekarang ni macam2 rawatan ada, tinggal lagi sedikana duit je hahhaha.

Akak masih lagi on treatment di naarabelle facespa. Mencari juga tempat lain. Kot2 lagi best hasilnya. Mbh kat klang takde kot kan, kalau ada boleh try :

yanmie
www.yanmieonline.com
nona sani said…
Wow..bestnya.... spa untuk memanjakan diri...tahniah MBH!!!!
Wow...baru teringat sis pun dah lama tak manjakan kulit wajah di Spa. Rasanya ada 1 cawangan di Penang. Boleh la nak cuba nanti.
Emi said…
Bestlah dah ada spa mbh yang dekat dengan ena ye? Emi pun plan sebelum raya ni nak jugak pergi manjakan diri kat spa. Tapi asyik busy je, tengok lah nanti bulan puasa kot baru ke spa.
Syamimi Saad said…
Bestnya dapat pergi buat rawatan.. Hari raya mestilah nak nampak cantik kan. Penjagaan muka memang penting.
Sebab tu selain pakai produk kecantikkan, apa kata sesekali ke spa yang boleh buat pemeriksaan pada kulit muka kita kan. Seram la kalau luar nampak elok, dalamnya tidak.
AlongMurni said…
Amboii.. Cun melecun la nnti gamaknya yea org2 Muar.. AM pun nak cuba juga.. Kat kl nie pun ada cawangan MBH ni gak rasa nya.
Zandra Zane said…
MBH buka grand sangat kat Johor ya. Waaa seronoknya orang batu pahat dah boleh cecantik kat MBH medispa dah.