ツ Teman Tapi Mesra

Gaya Selebriti Berhijab Paling Trending di Malaysia

Selebriti yang dipilih ini berdasarkan "Like Tertinggi" di Instagram yang berjaya melepasi 50K likes dari follower. Mari kita lihat artis berhijab yang berjaya memikat hati netizen untuk bergaya seperti mereka. Pasti ada keunikan pada diri mereka sehingga mereka menjadi antara yang berpengaruh di Malaysia.



1. Neelofa

Tak salah kalau ena katakan tahun ini merupakan Tahun Bertuah buat Neelofa kerana :

1. Digelar 'Queen of Trend' mempunyai follower paling ramai di Malaysia mengalahkan Nora Danish iaitu 5M followers. Kini Lofa Jutawan Muslim Muda Malaysia Paling Berpengaruh.

2. Merupakan antara 300 individu yang tersenarai dalam "Forbes 30 Under 30 Asia 2017". Maka selayaknya mendapat gelaran 'Beauty with Brain'.

3. Gambar yang dikongsi nyata memberikan "Like Tertinggi" dan kebanyakannya melebihi 100K! Gayanya sentiasa menjadi perhatian dan jangan tak percaya walaupon Neelofa sering mengenakan Shawl tetapi "Like Tertinggi" adalah ketika Neelofa memakai Tudung Bawal. Ternyata gaya simple itu lebih menarik perhatian netizen kerana tampak lebih manis.








2. Hanis Zalikha

Kenapa ena pilih Keknis ditempat kedua? Haaa.. kerana gayanya banyak mencapai likes lebih daripada 70K!

Hijab "On The Go" ni yang buat ena suka sebab mudah tak perlu banyak masa nak pin tudung. Lebih praktikal untuk mak2 macam ena ni nak dukung anak dan pasti pilihan pelajar juga kalau terlambat nak pergi kelas kan. Ni memang gaya yang paling dekat dengan ena.

Almaklumlah bila ena ni saje nak melaram ala2 Neelofa tak sampai setengah jam tudung ni dah senget2 dalam kereta dikerjakan Dhia Sumayyah ni (",). Minat sangat tarik tudung ni.. Adui..Hahaha.. Sabarlah mak2.









3. Mira Filzah

Pelakon cantik Mira Filzah berpeluang untuk beraksi sebagai model 'Catwalk' di pentas antarabangsa sempena "Couture New York Fashion Week 2017" pada 8-10 september lalu.
Dengan sebab itu, rating like naik sehingga mencapai 100K juga seperti Neelofa dan Hanis Zalikha. Gayanya memang sentiasa menjadi ikutan. Sangat stylo!










4. Elfira Loy

Pelakon genit berusia 23 tahun ini memang bijak mengenakan gaya yang nampak "Fresh & Look Young". Apa sahaja caranya memakai tudung pun menjadi ikutan sehingga rami komen meminta tutorial. Wowww..
Portal fesyen terkenal "Vogue.com" ternyata memuji stail dan citarasanya dalm berfesyen. Tidak mengecewakan like mencapai sehingga 58K!










5. Emma Maembong

Kepandaian Emma dalam seni melukis itu datang daripada ayahnya, Ismail Maembong, pelukis profesional terkenal negara. Jadi tidak hairanlah kalau hasil lukisan Emma teramat mengagumkan..
Ena tengok pon terpukau. Berjaya menghasilkan rekaan tudung berdasarkan hasil seni tangannya sendiri melalui koleksi terbaru yang baru dilancarkan pada 20 september lalu iaitu #mysketchbookshawl. Untung siapa dapt Emma kan :)








6. Dato' Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor 1 Malaysia yang sentiasa menjadi kesayangan rakyat Malaysia, Dato CT memang sentiasa tampil menawan dan anggun, wajahnya lembut dan sentiasa nampak awet muda walaupon sudah berusia 38 tahun.
Pakai tudung  simple pon tetap dapat like banyak sehingga 50K!. Dato CT kalau pakai spec memang lagi comel kan macam "Baby Face". Semoga cepat dikurniakan zuriat satu hari nanti. InsyaAllah..









#Hasil survey adalah dari ena sendiri. But it's OK kalau korang rasa tak berapa setuju sebab pilihan masing2 kan... So mana satu pilihan anda? Boleh share :)

19 Chantiq Manis:

noor azlan said...

Saya setuju kalau 6 orang ni disenaraikan... memang kena je gaya tudung mereka... nice info..

Nadhie Wueen said...

Cantik-cantik semuanya. Perasaan jugaklah yang gaya neelofa tu paling jadi ikutan

Azhafizah MN said...

orang cantik pakai camne pun cantik kan :)

Māmy Syu said...

Gaya lopa memang sentiasa jadi ikutan..tapi bagi AS, gaya mirafilzah yang bertudung hijau tu, nampak paling manis n sopan..

kak ina kl said...

tak boleh ikut gak gaya artis pakai tudung, kebanyakkan mendedahkan aset

Maria Firdz said...

tak dinafikan semuanya memang menjadi trend dan ikutan termasuk bagi mereka yg tak bertudung pun..

WhiteBarley said...

Saya suka gaya neelofar..

nayfatimahrasyid said...

Semuanya cecantik gojess....

nayfatimahrasyid said...

Lawa plak tue

maszull said...

assalamualaikum tiny...memang semuanya nampak cantik sangat berhijab...
** Mama Maszull

dear anies said...

kalau dah cantik pakai tudung apa shj ttp cantik

Lokman Hakim said...

Cantik2 semuanya...

Unknown said...

setuju! semuanya cantik2 bergaya

Nora Karim said...

Artis memang sentiasa menjadi ikutan ramai... 😊 saya seronok tengok bakat Emma dalam melukis...

atiehilmi.com said...

ntah la wak.. kakak tetap nampak Mira Filzah tu lagi manis dan labuh tudung beliau sangat sesuai.. hee~

AuL Howler said...

Masya Allah cantik canti sangat para amazing woman nihhh

Aku sukaa tengok Mira Filzah ni
Cantiknya lain, ade manis dan cute nya juga

E'in said...

orang cantik, pakai pattern macam mane pun cantik je kan..

Azirahman said...

Suka tengok semakin ramai artis yang berhijab sekarang ni.

nona sani said...

Adoi, orang cantikk.pakai simple cmne pon, memang cantik jugak.hehe~
Btw, Nona suka gaya Mira Filzah...