Assalamualaikum w.b.t~
Alhamdulillah... harini genap 4 bulan kami melayari bahtera rumahtangga. Seronok taw bercinta selepas kahwin (^_^). Adatlah dalam rumahtangga kalau ada selisih faham. Tapi dari situ lagi banyak kita dapat timba pengalaman dan bertambah lebih matang. Paling best bila suami kita tu susah betul nak makan kat luar, sebab suka air tangan isteri walaupun hanya telur goreng :) kuasa tangan isteri kan... Masak penuh kasih sayang. Petua dari mak mentua nak masak dan bancuh air untuk suami, kena baca bismillah dan sambil berdoa untuk perkahwinan kita. Mudah-mudahan. Amin.

Dah 4 bulan kahwin baru nak upload gambar pre-wedding :P Nak feel orang baru kahwin boleh tak? Pre-wedding ni termasuk di dalam pakej photoshoot wedding. Kalau korang nak buat pre-wedding ena highly suggest photographer ni sebab murah taw berbanding orang lain. Baru-baru ini ambil gambar post wedding. Tak sabar tunggu hasilnya :)

TEMA : SWEETY RAINBOW
PROPS : GITAR, BELON POLKADOT
COUPLE TSHIRT : ONLINE SHOPPING
LOKASI : WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR
PHOTOGRAPHER : ADIB SWEETLITE CREATION