PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29


SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM 

Tujuan seksyen ini untuk menguji pengetahuan calon berkaitan 
teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan ICT, jentera 
pentadbiran negara dan isu-isu semasa. 

 Masa : 40 minit 
 Soalan : 50 (aneka pilihan) 
  
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 

Dalam kertas ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah 
dengan menggunakan pendekatan seperti berikut: 

i) Kemahiran Menggunakan Logik; 
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data; dan 
iii) Konsep-konsep Matematik. 

i) Kemahiran Menggunakan Logik; 

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala 
pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi 
maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang 
paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang 
dikemukakan.  

ii) Kebolehan Menginterpretasikan Data; 

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang 
menggunakan data dan perangkaan. Data/ perangkaan yang diberi 
perlu dianalisis untuk menyelesaikan masalah-masalah yang 
dikemukakan. 
  
iii) Konsep-konsep Matematik; 

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. 
Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan 
peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). 
  
Masa : 45 minit 
Soalan : 40 (aneka pilihan) 
  
UJIAN PENAKSIRAN PERSONALITI 
  
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan 
personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, 
toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran. 

Masa : 30 minit 
Soalan : 94 (aneka pilihan) 

ARAHAN KEPADA CALON 
 1. Pada hari peperiksaan anda perlu membawa perkara berikut: 
(i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan ini; 
(ii) Kad Pengenalan; 
(iii) Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-lain yang difikir perlu; 
2. Calon mesti berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan dimulakan. 
3. Calon hanya dibenar meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas. 
4. Calon diwajibkan berpakaian kemas dan sopan. 
5. Calon yang tidak menghadiri peperiksaan tidak akan disenaraihitamkan.
6. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab. Pastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan dan maklumat lain ditulis dan dihitamkan di ruangan yang disediakan dalam borang jawapan dengan betul. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan borang jawapan dibatalkan. 
7. Calon diwajibkan mengenalpasti lokasi pusat peperiksaan yang berkenaan. 
8. Semakan keputusan boleh dibuat di Portal SPA, 5 minggu dari tarikh peperiksaan dijalankan. 
9. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini mengenai peperiksaan. 

Post a Comment

2 Comments

teratai said…
Salam,
Kakak mencari dropship untuk butik Aimida. Jika berminat, bolehlah ke link berikut :
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.my/2017/09/dropship-wanted.html

Terima kasih.
Anonymous said…
Remarkable issues here. I am very satisfied to look your post.
Thanks so much and I am having a look forward to touch you.

Will you kindly drop me a e-mail?