Nasi lemak Pandan Kambing Bakar Kak misai yang wajib cuba di Muar

Orang Muo rata-rata kenal lah kak misai ni sebab dia femes kat Tiktok. Jual makanan ready made macam nasi goreng daging. Ena antara yang suka tengok kak misai LIVE. hehe.. Tak sangka akan buka kedai makan sendiri. Viral ea kedainya.. Buka 4.30 petang. ena suka datang sebelum 5.30 petang sebab tak perlu beratur lama. Kalau korang datang selepas maghrib tu memang panjanglah beratur. Mungkin lokasi strategik betul-betul sebelah bypass Jalan dato haji kosai.



Nasi lemak ayam bakar RM25. Portion nasi banyak ya. ena kongsi dengan husband 1 bekas ni kenyang..ada juga jual ala carte kalau tak nak nasi.


MY FAVOURITE!!!!! suka repeat lemak bakar. banyak isinya. Kalau ala carte macam ni RM8. Nak 1set dengan nasi lemak RM12.


Kambing bakar pon sedappp.. Lembut je bila kunyah. RM25 1set


Kenapa ek panggil kak misai??? lawa orang nya.hehehe..mesti ada ceritanya..


Terkini. dibuka setiap hari jam 4.30 petang kecuali tutup hari AHAD.

Ada menu baru juga sotong bakar RM25. belum sempat nak rasa.


Syok datang tak ramai lagi.. sini banyak meja disediakan..

LAMAN KAK MISAI

224, Kampung Parit Keroma Darat, 84000 Muar, Johor

Post a Comment

0 Comments