Seronok dapat bawa anak-anak main salji di Snowland Johor Bahru di Mall of Medini. Bersebelahan dengan Legoland. harga tiket masih tengah murah ni. Jadi grab lah cepat. Limit masuk 2 jam sahaja tapi ena masuk 1 jam je hahahaha... sejuk -8 memang tak tahan lama-lama kat dalam. Baby memang tak boleh bawa masuk ya. Masa ni ena bergilir dengan mak jaga baby. Korang boleh keluar masuk jika nak ke tandas depan. Boleh juga keluar masuk berehat sebentar kalau tak tahan sangat. Ada sediakan locker untuk letak barang dan handbag (FREE).
Jaket disediakan FREE tapi jika anak korang kecil sangat bawah 3 tahun ada jaket lain kena cas RM10 rasanya. Untuk kasut better standby dari rumah kasut yang sesuai. Kalau tak kena lah sewa RM5. Sarung tangan dan topi pon bawa sendiri. Sebab sewa RM25.
Safiyyah pakai labuh yang jaket free ni. Tinggi 98cm gitu..
🎊Sekarang ni tengah "soft opening promo ⤵️
* Weekdays : Adult : RM44.90 | Kids : RM34.90
* Weekend : Adult : RM49.90 | Kids : RM39.90
🪟Operating Hour: 11AM – 9PM (Weekdays)|10AM – 10AM (Weekend & PH)
📲Contact: 018-2916777
💲Normal Price:
Weekday Tickets:
RM64.9 (Adult) | RM54.9 (Child)
Weekend :
RM69.9 (Adult) | RM59.9 (Child)
✅Free Entry For:
Children under 90cm
OKU (Persons with Disabilities)
Seniors aged 60+
Ena parking tingkat atas mall. So takdelah kena bayar parking.hehe.. turun je escalator terus ke kiri hujung akan nampak Legoland. Tak jauh pon dari situ.
Sebelum masuk kena tukar kasut dulu. Sumayyah dah siap-siap pakai jaket dari rumah jadi tambah dengan jaket Snowland baru lah syok masuk tak rasa sejuk sangat. Dia sorang je tahan lama dalam tu.
Ada salji turun.. Tempat tak terlalu besar jadi main benda yang sama je.. Sebab slide pon panjang. better masuk awal pagi so tak beratur panjang nak main.
Syok ea anak-anak ulang benda sama. kalau boleh taknak balik.
Muka tak penat ea. haha
0 Comments